KEHIDUPAN ORANG MELAYU PRA MERDEKA


Sejak pada zaman penjajahan Inggeris Yang pertama, pada tahun-tahun dijajah Jepun hingga kepada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan, semua warga Kepala Batas yang tinggal dalam kawasan persawahan, bergantung kepada hasil padi, mereka yang tinggal dalam kawasan darat yang bersempadan dengan negeri Kedah bergantung kepada hasil getah dan hasil-hasil lain. Sebahagian kecil pula, di sebekah Kuala Muda bergantung kepada hasil laut.
Pada masa itu, dalam kawasan Kepala Batas terdapat tiga golongan penduduk, iaitu:
(1)  Penduduk yang memiliki sawah padi dan ladang getah yang luas,
(2) Penduduk yang memiliki sawah padi dan ladang getah yang luas tanahnya ibarat ‘sekangkang kera’ sahaja,
(3)        Penduduk yang tidak memiliki sawah padi atau ladang getah, walaupun luasnya sekadar sekuku manusia.
Kerana padi bermusim – setahun hanya sekali, maka pada musim tidak bersawah, ramai orang lelaki dari pendunduk (no.2) dan (no.3) yang bekerja buruh tali air atau dalam berbagai perusahaan termasuk kuli sambilan di pelabuhan kapal Pulau Pinang dan Butterworth. Manakala kebanyakan isteri membuat kerja yang mampu bagi mereka untuk membantu menambahkan pendapatan suami masing. Mereka bekerja mengambil upah menjahit pakaian, menganyam tikar mengkuang dan ramai pula yang bercucuk tanam. Iaitu menanam ubi kemili, ubi kayu, ubi keledek dan berbagai jenis sayuran.
Pemilik ladang - disebut kebun getah -, small holder menggunakan penoreh-penoreh getah untuk menoreh pokok getah dalam ladang mereka dengan cara pawah, iaitu kalau satu hari mendapat empat keping getah, maka pemilik mendapat dua keping dan penoreh mendapat dua keping juga. Getah bertali kecil di alur pada batang (getah scrap) dan getah buku dalam cawan-cawan menjadi milik penoreh. Ada juga dibahagi dua dengan pemilik ladang.
Saya telah meneliti dan mengalami, bahawa pokok getah asli yang berasal dari Brazil yang dibawa ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris dengan tiga tujuan utama, iaitu:
(1)     Menambahkan pendapat penduduk negeri yang mereka jajah.
(2)     Untuk melekakan atau melemahkan penduduk yang mereka jajah.
(3)     Mengurniakan hasil dan keuntungan kepada saudagar-saudagar pihak penjajah atau yang terdiri dari golongan penjajah.
Pemilik ladang getah yang terdiri dari orang Melayu, mereka terkekang dalam kehidupan yang serba susah. Selain dari hidup payah, ibarat ‘kais pagi makan pagi kais petang makan petang’, mereka Hidup berpada dengan apa yang ada, seperti seorang hamba penjajah, iaitu hidup bergantung kepada bantuan orang lain. Kadang-kadang jadi malas bekerja dan memuji penjajah Inggeris. Sebilangan dari mereka jadi kaki sembang di kedai kopi, pemain daun terup, pemain judi seperti sabung ayam, judi dadu dan tikam nombor ekor.[1]
Kerana kemiskinan sebagai pekebun kecil getah, mereka jarang-jarang mendapat makanan yang mengandungi zat, seperti mentega, susu, keju, daging lembu, daging kambing, ikan laut dan sebagainya. Makanan yang sering masuk ke mulut dan mengisi usus mereka, ialah tumbuh-tumbuhan di sekitar rumah, seperti kangkung, paku pakis. Di sekitar sawah padi seperti ikan keli, haruan, puyu dan sepat Siam dan sepat ronggeng. Dalam kebun getah, cendawan batang atau kulat dan pucuk salang. Dalam rimba, umbut kabung, umbut bayas, buah bakung dan sebagainya..
Benih atau biji getah asali (Brazilian tree) telah dibawa dari Amerika Selatan oleh Sir Henry Wickson ke London dan disemai di sana pada tahun 1846. Kemudian anak-anak getah asli itu dibawa ke Ceylon (Sri Lanka) dan Siam, iaitu Grik (Koh Dahulu), Hulu Perak serta ke merata kawasan Kepulauan Melayu. 
Walaupun getah asli mendapat pasaran yang meluas di seluruh dunia dan banyak gunanya kepada umat manusia, di antaranya membuat tayar, alat kelengkapan pejabat, rumah tangga, pertanian dan sebagainya, tetapi pekebun-pekebun kecil getah masih tersepit di celah penderitaan juga.
Pada tahun 1918 seorang pegawai penjajah Inggeris, Kapten Hurbert Berkeley telah dihantar ke Gerik (Koh Dahulu), Hulu Perak, untuk menjadi Pegawai Tadbir atau Pegawai Jajahan (Pegawai Daerah) di sana. Isterinya menetap di India. Kemudian dia telah meninggalkan Hulu Perak kerana menjalankan tugasnya di seluruh negeri Perak dan negeri-negeri lain. Pada tahun 1924 dia telah datang sekali lagi ke Hulu Perak dan memegang jawatan yang sama. Dia adalah salah seorang dari beberapa orang pegawai penjajah Inggeris yang telah berjaya memujuk dan menjinakkan ramai orang Melayu di kampung-kampung di seluruh Tanah Melayu.
Hurbert Berkeley sering memakai pakaian seperti Orang Besar- Besar Melayu pada zaman silam, iaitu berseluar panjang dan baju, kain samping dan tengkolok. Dua tiga hari dalam seminggu dia bersama penghulu atau pegawai bawahannya telah melawat ke kampung-kampung dalam daerah Grik, iaitu Lenggong dan Kroh (Pengkalan Hulu) untuk menemui penduduk-penduduk di sana.
‘Apabila usaha ke arah  menarik orang Melayu dan bangsa Melayu memuja Inggeris telah berjaya, maka dalam tahun 1918 Kerajaan Inggeris telah menghantar Kapten Hurbert Berkeley untuk menjadi Raja atau Pentadbir Kerajaan Negeri Perak, iaitu bahagian Hulu Perak. Kemudian meninggalkan Hulu Perak, kemudian pada tahun 1924 datang semula ke Hulu Perak dan menjalankan tipu muslihat di Hulu Perak dan mencari jalan untuk memujuk Orang-Orang Besar Negeri Perak.
Usaha memujuk Orang-Orang Besar telah memberi kejayaan besar kepadanya untuk menarik rakyat Hulu Perak taat kepadanya dan memandang Inggeris sebagai satu bangsa mulia. Pada waktu itu ada orang-orang di Hulu Perak memandang Hurbert Berkeley lebih mulia dari segala insan.
Berkeley mulai bercampur gaul dengan rakyat jelata di kampung-kampung, dia masuk sawah keluar sawah, masuk ladang keluar ladang, makan asam garam dan sambal belacan bersama rakyat di huma-huma dan pendeknya Berkeley tidak asing lagi bagi orang-orang Melayu Hulu Perak. Di samping itu orang Melayu memuja Berkeley sebagai seorang yang baik hati dan sebagainya.(Buku, Bangsa Melayu Menggugat Dunia (1966), Oleh: Mokhtar Petah)
Hurbert Berkeley telah memberi tanah untuk kebun getah yang luasnya di antara 1 hingga 3 ekar kepada penduduk-penduduk kampung. Dalam geran tanah itu dicatat jenis tanamannya, iaitu getah. Sama ada pekebun-pekebun itu menanam anak-anak getah atau tidak dalam kebun mereka, namun, mereka tetap menerima kupon bernilai satu pikul setiap satu ekar pada tiap-tiap hujung bulan Masihi. Kemudian mereka menukarkan kupon itu dengan wang di pejabat daerah atau di kedai membeli dan menjual getah menurut nilai yang ditetapkan.
Dengan kupon itu pemilik-pemilik kebun getah tidak payah-payah bekerja. Kebun getah semak samun atau jadi belukar. Pada tiap bulan mereka mendapat wang dengan mudah. Mereka memuji Kerajaan Inggeris. Tidak ada langsung di kalangan sebilangan pekebun getah fikiran untuk membebaskan diri mereka dari penjajah Inggeris atau merdeka.
Kerana kebun-kebun getah orang Melayu tidak dijaga, seperti tebas atau cuci semak samunnya, maka telah menjadi buah nasihat kepada orang ramai pada zaman itu, iaitu:
*  Jangan beli kebun getah orang Melayu (kerana semak samun).
*  Jangan beli kelambu Cina (kerana sejak beli tak pernah basuh)
* Jangan beli basikal orang Hindu (kerana menurut bukit digatih juga).
Sementara itu semua pejabat tanah di bawah perintah Inggeris telah mengeluarkan tanah beribu-ribu ekar kepada saudagar-saudagar Inggeris dan rakan-rakan niaga mereka untuk dijadikan ladang getah di seluruh Tanah Melayu. Semua tanah itu dikenakan bayaran mendapatkan hak milik sekadar 25 sen seekar.
Apabila Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney (1948) menjalankan polisinya yang gagal’, iaitu untuk menghapuskan keganasan komunis kerana menentang penjajah British di Tanah Melayu hanya dengan kekuatan tentera dan pengembangan politik, pembangunan ekonomi dan kemajuan rakyat, maka pada tahun 1950–51 harga getah melambung tinggi, iaitu antara $2.00 dengan $2.70 sekati.
Selain dari harga getah, maka harga kelapa kering (kopra) turut naik melambung. Penduduk-penduduk dalam kawasan Bagan Dato, Perak dan Sabak Bernam, Selangor, telah menikmati durian runtuh.
Pada masa harga getah naik melambung itu, sedikit benar dari penoreh-penoreh getah yang terdiri dari orang Melayu yang mempunyai kesedaran ekonomi dan kesedaran untuk berjimat cermat. Ramai pemuda penoreh getah yang boros. Mereka memakai motosikal jenis besar dan mahal (buatan British), saban malam berfoya-foya dalam bandar Ipoh, Teluk Anson, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain.
Sebilangan pemuda penoreh getah dalam kawasan Parit, Kampung Gajah, Perak, mereka menyewa bilik-bilik hotel dalam bandar Ipoh dan Teluk Anson. Pada sebelah pagi dengan menunggang motosikal – seorang atau membonceng dengan kawan, mereka pulang ke kampung mereka untuk menoreh getah. Pada sebelah petang mereka datang semula ke bandar untuk berfoya-foya dan menginap dalam bilik hotel[3] yang mereka sewa cara bulanan.
Pada tahun-tahun itu sebilangan besar penduduk Kepala Batas yang memiliki kebun getah telah merasa akan nikmat dari harga getah melambung tinggi, tetapi mereka telah tidak memuja penjajah Inggeris lagi. Mereka telah menjadi rakyat yang menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan yang dipimpin oleh para pemimpin Melayu, seperti Sheikh Abdullah Fahim, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Dr. Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Dato Onn Jafar dan Tunku Abdul Rahman Putra, Haji Ahmad Fuad Hassan  dan beberapa orang lagi.       
             
PADI KUNCA

Pada zaman Tanah Melayu di bawah cengkaman penjajah Inggeris, semua petani, penoreh getah, nelayan dan buruh hidup dalam keadaan serba kekurangan – miskin – ibarat ‘berselimut kain panjang lima, tutup kaki kepala terdedah, tutup kepala kaki telanjang’ atau laksana ayam kampung, ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Sebilangan petani di Kedah, Perlis, Seberang Perai termasuk Kepala Batas terpaksa berhutang dari orang-orang yang berada yang sanggup memberi hutang kepada mereka.
Mereka terpaksa berhutang kerana hendak membeli barang-barang keperluan atau makanan, membiayai anak-anak bersekolah dan sebagainya. Pada masa itu tiada institusi kewangan yang sedia memberi pinjaman kepada mereka. Majlis Amanah Rakyat (MARA). Majlis itu berasal dari sebuah institusi dana kewangan bernama Rural Industrial Development Aunthority (RIDA) yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar. MARA telah menerima hadiah wang dari Kerajaan British sebanyak ₤10,000,000. untuk tabung kebajikannya.
Dato Onn Jaafar telah memberitahu saya pada masa dia mengendalikan surat khabarnya, ‘Keritik’, pada tahun 1960-an, bahawa wang itu adalah hadiah dari Kerajaan British supaya dia membantu orang Melayu di luar bandar menjalankan perniagaan dan perusahaan kecil-kecilan. Melengkapkan rumah mereka dengan paip air yang dipasang dan disalurkan dari sungai dalam kawasan tempat tinggal mereka. Mengadakan kuasa elektrik dari bahan-bahan tempatan dan sebagainya. Selain itu untuk membantu anak-anak warga kampung melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan tinggi.
Menurut pemimpin Melayu itu, bahawa wang itu sebagai hadiah kepadanya kerana dia telah dapat menjaga nama baik Kerajaan British di mata dunia, bahawa orang Melayu tidak menentang British, tetapi yang menentang mereka ialah pengganas komunis dan mereka dari golongan kiri yang dianggap pengganas juga. 
Selain dari menjaga nama baik Kerajaan Inggeris, bantuan itu kerana menghargai jasa sebagai Menteri Dalam Negeri dalam Kerajaan British di Tanah Melayu, pada tahun 1948–1949. Pada masa itu beratus-ratus orang penentang Kerajaan British di Tanah Melayu telah ditangkap dan ditahan dalam khemah-khemah tahanan di Ipoh, Batu Gajah, Pulau Jerjak, Tanjung Beruas dan beberapa khemah tahanan lagi.
Mereka itu terdiri dari para anggota dan ahli Parti Hizbul Muslimin, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Angkatan pemuda Insaf (API) dan pertubuhan-pertubuhan lain.
‘Oleh kerana benar-benar menyedari akan kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi, Dato’ Onn telah pergi ke London meminta bantuan daripada British untuk menolong meninggikan taraf hidup atau ekonomi bangsanya. Hasilnya dari rundingan antara Dato’ Onn dan Kerajaan British dia telah menubuhkan RIDA dalam tahun 1950. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Pengerusi RIDA yang pertama dengan mendapat bantuan sebanyak £10,000,000 dari Kerajaan British.’[4] (Buku, Dato’ Onn, 1971)
Warga kampung dan permatang yang terdiri dari petani Melayu terpaksa berhutang daripada Ceti (orang India beragama Hindu berniaga membungakan wang) dan mereka yang digelar ‘tengkolak’ atau ‘lintah darat’ yang sentiasa mencari kelabaan dikalangan orang-orang yang susah atau menderita. Mereka itu seperti memasang perangkap atau jerat pada lorong atau denai dalam belukar ataupun seperti peribahasa Melayu, ‘menahan lokah di pergentingan’.
Untuk berhutang wang dari orang-orang yang tersebut di atas, petani-petani terpaksa berhutang dengan menggadaikan tanah mereka, seperti kampung halaman, sawah, kebun atau dusun milik mereka kepada sang piutang.
Pada zaman itu telah terkenal beberapa ‘simpulan kata’ mengenai orang-orang yang memberi hutang dengan mengenakan bunga atau faedah atau pun dengan cara lain. Di Kedah dan Seberang Perai terkenal dengan nama ‘padi kunca’. Iaitu pemilik tanah yang meminjam wang terpaksa membuat surat perjanjian dengan sang piutang. Dalam surat itu dicatat, bahawa wang yang mereka berhutang itu dicagar dengan tanah sawah padi dan lain (satu relung atau beberapa relung). Nama pemilik tanah dalam geran tanah itu ditukarkan kepada nama sang piutang. Hutang itu akan dibayar dengan padi beberapa kunca pada musim menuai nanti.
Mereka mesti melangsaikan hutang itu dengan faedah (disebut sewa) kira-kira sekali atau dua kali ganda dari jumlah wang yang mereka telah berhutang. Jika pada musim menuai, hutang itu tidak dapat dilangsaikan, maka tanah yang dicagarkan itu menjadi milik sang piutang tersebut.
Ada pula perjanjian yang dibuat antara yang berhutang dengan sang piutang, iaitu selagi hutang itu tidak dapat dilangsaikan, maka sampai beberapa musim padi nanti berkunca-kunca padi mesti dibayar kepada sang piutang.
Pada tahun-tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, banyak bidang sawah milik petani-petani miskin terlepas ke tangan sang piutang yang terdiri dari lebai, guru agama, dan orang berada di tempat mereka atau di tempat lain.
Misalnya petani berhutang wang RM1,000.00 dengan mencagar tanah seluas tiga relung yang nilainya lebih RM10,000.00, tetapi kalau hutang tersebut tidak dapat dilangsaikan, maka tanah itu terlepas ke tangan sang piutang. Petani itu tidak mendapat sebarang bayaran dari harga tanahnya yang melebihi wang yang petani itu telah berhutang.
Berbeza dengan berhutang dan menggadai tanah kepada Ceti. Biasanya, jika tanah bernilai RM10,000.00 yang dicagarkan kerana berhutang RM1,000.00, jika tidak dapat dilangsaikan hutang itu, Ceti akan melelongkan tanah tersebut. Setelah ditolak wang pokok (yang dihutangkan kepada pemilik tanah) dan bunga, maka baki wang harga tanah itu,  dipulangkan kepada pemilik tanah tersebut.
Di bahagian utara negeri Perak dan sampai ke Perak tengah dan Hilir Perak, berhutang dengan mencagarkan tanah terkenal dengan ‘jual janji’. Iaitu orang yang berhutang dan piutang menandatangani dua surat perjanjian:
1        Surat perjanjian berhutang, iaitu berapa banyak wangnya yang diberi hutang dan tempoh akan dilangsaikan hutangnya itu dengan mencagarkan tanah miliknya (atau milik orang lain). Nama dalam geran tanah itu ditukar kepada nama sang piutang dengan menggunakan borang khas tukar nama dari Pejabat Tanah. Sekiranya wang yang dipinjamnya itu tidak dapat dilangsaikan pada tempoh yang ditetapkan, maka tanah itu menjadi milik sang piutang.
2        Surat perjanjian menyewa tanah atau rumah yang dicagarkan itu. Kerana hendak mengelakkan daripada ‘perbuatan riba’, maka sang piutang mengambil faedah dari wang yang dipinjamkan itu pada tiap-tiap bulan hingga tamat tempoh dengan menerima sewa dari orang yang berhutang. Misalnya wang yang dipinjam RM1,000.00, maka sewa tanah yang dicagar atau digadaikan itu kira-kira RM50.00 hingga RM100.00 sebulan. Apabila cukup tempoh seperti dalam perjanjian itu, jika wang yang dipinjam itu tidak dapat dilangsaikan, maka tanah itu menjadi milik sang piutang, walaupun sewa tanah itu dibayar sepenuhnya pada tiap-tiap bulan.
Kaedah berhutang cara ‘padi kunca’ dan ‘jual janji’ masih diamalkan di beberapa kawasan negeri Perak hingga pada masa ini. Tetapi amat sedikit jumlahnya.
Pada zaman belum merdeka, ekonomi rakyat tidak menentu. Bilangan orang miskin lebih ramai dari orang kaya. Nafsu manusia tidak kira miskin atau kaya; mahu makan, pakai, berhias, berhibur dan sebagainya. Semuanya memerlukan wang. Jika tidak ada wang, maka terpaksalah berhutang.
Di antara kaedah berhutang kerana membeli pakaian, barang kemas dan sebagainya, ialah, ‘buka kain kak’, ‘kelentung’ dan ‘manik kuran’.
Perkataan “Buka kain kak’ yang digunakan oleh orang-orang dari negeri Kelantan yang menjaja kain songkek, batik, barang kemas dan barangan dari perak di negeri-negeri sebelah pantai barat. Mereka menjaja dari rumah ke rumah pada waktu siang hari. Biasanya para suami tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sebaik-baik sahaja penjaja-penjaja yang menggalas pundut kain dan barangan itu tiba di halaman sesebuah rumah, mereka memberi salam terlebih dahulu. Bila orang perempuan dari rumah itu menjenguk melalui jendela atau keluar diambang  pintu rumah mereka berkata “buka kain kak”.
Perkataan ‘buka kain’ itu ialah sebagai menawarkan kepada perempuan itu supaya membuka kain pundut pakaian dan barangan yang mereka galas supaya melihat pakaian dan barangan tersebut. Pada peringkat awal pakaian, barang kemas atau barang dari perak itu dijual secara tunai. Tetapi setelah berulang alik ke rumah pelanggan itu dan telah menjadi rakan biasa, maka pakaian dan barangan itu dijual dengan cara berhutang, iaitu pembeli membayar pada tiap-tiap bulan secara ansuran.
Misalnya jika pakaian atau barangan yang mereka jaja itu dibayar dengan tunai, berharga RM500.00, tetapi kalau berhutang selama tiga bulan, dikena tambahan RM250.00. Dalam jual beli cara berhutang ini ada unsur riba.
‘Kelentong’ perkataan ini digunakan pada zaman orang-orang Cina Islam yang datang menjaja barangan seperti cincin tembaga, ubatan, kayu sugi, manik dan sebagainya di negeri-negeri Melayu. Mereka menggunakan gendang kecil, iaitu kayu kosong sebesar cawan di kiri kanannya dieratkan dengan kulit lembu atau kulit kambing seperti gendang. Gendang itu ada tangkai kayu dan ada tali berhujungkan kayu atau besi untuk memukul gendang itu. Apabila tangkai gendang kecil itu digoyang-goyangkan, maka gendang kecil tersebut berbunyi ‘kelentong, kelentong, kelentong’.
Pada peringkat awal, orang Cina kelentong menjual barangan mereka dengan cara tunai, tetapi setelah biasa dan telah menjadi rakan, maka mereka menjual dengan cara berhutang, iaitu dengan cara bayar ansuran pada tiap-tiap bulan.
Cara membayarnya sama dengan kaedah berhutang ‘buka kain kak’ oleh orang Kelantan. ‘Mani kuran’, ialah perkataan dari dua benda yang disatukan, iaitu manik dan Quran. Hasil penyatuan itu, maka jadilah ‘mani kuran’. Perkataan ini dari orang-orang Arab, Iran, Kabul (Afghanistan) dan Pakistan yang menjaja barangan seperti manik, gelang tangan, celak, bedak, Quran, mukaddam, kitab-kitab riwayat para rasul, kitab doa dan sebagainya. Kerana mereka tidak pandai menyebut cara betul dan tambahan pula lubang hidung mereka luas, bila mereka menyebut dua kata benda itu, suara mereka menjadi sengau.
Mereka juga menjalankan perniagaan seperti penjaja dari Kelantan ‘buka kain kak’ dan orang Cina Islam ‘kelentong’, iaitu berhutang dan dikenakan ganda harga yang kaedahnya sama dengan bunga yang berunsur riba. 


[1] Judi tikam ekor atau nombor ekor wujud setelah Persatuan Cina Malaya – Malayan Chineses Association (MCA) mengadakan sejenis judi, iaitu loteri. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1952 dan telah  berubah menjadi parti politik, kerana menyertai UMNO(Perikatan) dalam pilihan raya Municipality Kuala Lumpur.
[2]  Mokhtar Petah, Bangsa Melayu Menggugat Dunia, 1966, Kota Bharu, Pustaka Aman Press, hlm.46 -48.
[3]  Pada zaman itu sewa sebuah bilik hotel antara  $2.00  dengan $5.00 bagi satu malam.
[4]  Anwar Abdullah, Dato’ Onn, 1971, tiada nama penerbit.




KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

... mereka yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya (termasuk lelaki), kemudian tidak dapat membawa empat (4) orang saksi (yang tidka fasik), maka, sebatlah mereka (yang menuduh) lapan puluh (80) kali sebatan. Jangan kalian meminta persaksian mereka itu selama - lamanya; kerana mereka itu orang - orang yang fasik.
 - an Nur: 4.


                    PEREMPUAN PEMIMPIN NEGARA

Dari Abu Bakrah, bahawa, setelah Rasul Allah, Muhammad s.a.w. meerima laporan dari Parsi (sekarang, Iran), bahawa rakyat Parsi telah mengangkat seorang perempuan - Bintu Kasra -, sebagai ratu - pemimpin -, maka, Junjungan memaklumkan:Sekali - kali tidak akan bahagian kaum (rakyat) yang menjadikan seorang wanita sebagai amir (ketua) negara atau negeri mereka.* 
- Perawi: Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Nasai.

* Wanita adalah makhluk yang lemah dari lelaki. Mereka berasal
   dari tubuh lelaki.Walau bagaimana pandai, berpelajaran tinghgi
   dan sebagaianya mereka, tetapi, fikiran mereka tetap tidak sama
   dengan fikairan lelaki. Ada kelemhan.
   Pada tahun 1950 -an, beberapa orang ulama berkata:
   Perempuan - perempuan semua pandai, tetapi fikiran mereka
   lemah, kerana mereka tidak berfikir timbang dengan otak,tetapi
   dengan kepala lutut.

  DOSA

                          MELANGGAR HUKUM ALLAH
                                 

Hebat Nurul Izzah berbicara tentang tindakan demi tindakan yang dituntut untuk pihak berkenaan mengambil tindakan keatas Blog Papa Gomo. Sungguh lantang suara Izzah dalam gelagatnya cuba menghilangkan kembimbangan hati beliau tentang perangai bapa nya Anwar Ibrahim yang merupakan Kaki Sodomy.
Wahai Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim, janganlah bersikap hipokrit dalam memperjuangan keadilan dalam arena politik Malaysia. Jika anda menuntut tindakan diambil keatas Papa Gomo mengapa anda 
tidak pula mendesak bapa anda Dato Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakanSAMAN keatas Dato Eskay, Papa Gomo dan rangkaian blogger yang lain?
Mengapa anda hanya mendesak satu pihak sahaja dan kemudiannya menyalahkan pihak kerajaan terutama nya UMNO apabila sesuatu isu timbul berkaitan Bapa anda yang merupakan seorang Peliwat? Mengapa tidak bertanya kepada bapa anda apakah beliau telah berhenti dari terus meliwat anak anak muda Malaysia?

Gomo malas nak ulas panjang berkenaan pekara ini namun
 AMARAN buat Nurul Izzah kerana dalam minggu ini Gomo akan berikan satu TAMPARAN maut untuk Nurul Izzah agar bersedia dengan tanggungjawap sebagai seorang anak yang menasihati bapanya.

Sabar Nurul Izzah, sabar kerana sabar itu adalah separuh dari iman. Gomo sendiri sentiasa bersabar dengan apa yang berada ditangan ini. Gomo sendiri tetap tenang dengan bahan bukti yang ada ini. Kerana iman kesabaran ini lah yang membuatkan Gomo akan buka satu persatu agar seluruh rakyat Malaysia tahu siapa bapa anda Anwar Ibrahim.
Sabar Izzah....... Kita tunggu minggu ini!!!!
+++++++++++++++
Kah kah kah..... Ramai yang dari puak pembangkang ketawa bila Gomo laporkan berita mengenai Mahasiswa yang buat laporan Polis kerana diliwat Panasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim. Hahaha.....

Hangpa juak pembangkang ketawalah puas puas. Hangpa semua gelak lah sampai guling guling coz selepas ini hangpa semua akan maki hamun Anwar Ibrahim kerana menjadikan Pakatan PAS,DAP,PKR ditolak rakyat Malaysia.

Gomo sibuk sikit sekarang ni untuk keluarkan kes liwat terbaru Anwar Ibrahim keatas Mahasiswa dari utara tu. Sibuk memandangkan menjalankan tugas liputan Sukan Malaysia ke 15 Pahang yang baru berakhir semalam. Tetapi tunggu dalam minggu ini satu PENDEDAHAN PANAS akan Gomo keluarkan agar semua rakyat Malaysia tahu. - Dari WWW. Papagomo.com

----------------------------

Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada seorang mahasiswa, mendakwa dia telah diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah blog semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, setakat ini beliau tidak dimaklumkan berhubung dakwaan tersebut.
"Sepanjang pengetahuan saya, tiada laporan yang diterima berkaitan dakwaan ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Kira-kira 10 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman bertulis membebaskan Anwar daripada kes liwat, sebuah blog yang pro-Umno mendakwa satu laporan polis telah dibuat kononnya beliau meliwat seorang penuntut institut pengajian tinggi utara Semenanjung.
Sementara blog itu, www.papagomo.com membawa laporan tersebut, penyokong dan pegawai-pegawai Anwar dari PKR melihat ia sebagai konspirasi terbaru dan usaha terdesak pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyerang Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). - Dari Sinar Harian, hari ini.
Kita, semua orang Melayu beragama Islam. Kita taat kepada hokum - hukum Allah. Di antara hokum - hukum itu menjatuhkan nama baik seseorang.Meburuk - burukkan seseorang. Menuduh seseorang melakukan zina atau liwat.
Malangnya, saya telah mengikuti tulisan dalam www.papagomo.com di atas yang terpampang simbul Barisan Nasional dan 1 Malaysia, mengeluarkan cerita kononnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim melaibat mahasiswa dan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, maka dapat mendapati penyiaran tersebut adalah satu kesalahan di segi amruah umat Islam dan bangsa Melayu dan salah serta dosa di sisi agama Islam.
Jika benarlah laman web ini milik UMNO dan BN, maka, saya berharap Presdien BN dan UMNO, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak ‘sudi’ mengambil tindakan menghalan segala macam penyiaran yang tidak betul dan merosakkan nama baik seseorang.
Penyiaran begini, tidak menguatkan nama baik BN dan UMNO, tetapi sebaliknya. Iaitu umat Islam seluruh dunia dan umat Islam di Negara ini memandang UMNO, telah melanggar hukum - hukum Allah dalam Quran.
Memburukkan Anwar Ibrahim sedemikian rupa oleh laman seswang pihak UMNO, samalah dengan membunuh Anwar Ibrahim dengan sebiji peluru. Doa menuduh orang liwat dan membunuh orang adalah hamper sama.
Mengapa para mualim (ulama) dalam UMNO mendiamkan diri?


Catatan Sejarah


PENERAPAN PENJAJAH BENTUK BARU


Pada 1945, Kerajaan Inggeris telah menuntut – mendesak – Raja – raja Melayu supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada Kerajaan Inggeris dan menyokong rancangan Kerajaan Inggeris membentuk gagasan Malayan Union Melayu, beribu orang Melayu, lelaki dan perempuan yang berpelajaran dan mempunyai kesedaran politik telah berkumpul di Kuala Kangsar dan Buki Chandan; mereka memohon dan mendesak Sultan Perak,  Almarhum Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (1938–1948) , agaer tidak menandatangai surat dari Kerajaan Inggeris.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Ishak Haji Muhammad dan Dr Burhanuddin Helmi telah menjadi jambatan perjuangan orang Melayu menentang rancangan Inggeris dan memohon Sultan Perak menolak gagasan tersebut.
Di antara anggota Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang hadir, ialah: Dr Buhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ahmad Judin bin Imam Yeop, Haji Arifinnom Haji Hamzah dan Abdul Rashid Ali.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) berjuang untuk mendaulatkan:
               Satu Negara, Negara Melayu
               Satu Bangsa, Bangsa Melayu,
               Satu bahasa, Bahasa Melayu,
              Agama Islam, Agama Negara 
Kerajaan Inggeris telah berusaha untuk menerapkan penjajah bentuk baru dan menggubal perlembagaan baru bagi  Tanah Melayu telah dilakukan oleh Pejabat tanah Jajahan (colony Office) di London, pada masa Perang Dunia Kedua. Rancangan itu dikenali sebagai Malayan Union. Gagasan itu adalah dari hasrat Kerajaan Inggeris hendak mengubah taraf negeri - negeri Melayu bernaung kepada (protectorate) kepada tanah jajahan British.
MALAYAN UNION
‘Mengikut laporan yang diterima di London salah satu punca utama TRanah Melayu ditawan oleh tentera Jepun semasang Perangdahulu ialah kerana masalah kondinasi pentadbiran, Tanah Melayu pada masa itu berada di bawah tigaa pemerintahan; iaitu Negeri – negeri Selat,Negeri – negeri Melayu Bersekutu  dan Negeri – negeri Melayu tidak bersekutu.Lanjut dari laporan tersebut satu Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) telah digubal bagimewujudkan satu system politik dan kerajaan bercorak kesatuan.
Semasa Kerajaan British menggubal rancangan tersebut, tiga memorandum telah didterima di London. Satu daripadanya dikemukan oleh Persatuan British Malaya dan satu lagi oleh Tan Cheng Lock, seorang pemimpin Cina yang terkenal di Tanah Melayu.Kedua – dua memorandum bersetuju supaya semua negeri Melayu disatukan dibawaha satu kesatuan dengan kuasa dan hak politik yang sama rata bagi semua penduduknya.
Setelah mendengar mengenai memoransum tersebut, sekumpulan pelajar – pelajar Melayu di United Kingdom trelah mengemukakan satu cadangan baru yang menentang rancangan Malayan Union. Memorandum mereka sebaliknya telah mencadangkan supaya kedaulatan sultan – sultan diiktiraf dan hak keraakyatan mengikut prinsip Jus Soli tidak diamkan.Tegasnya golongan pelajar Melayu di United Ingdom bimbang sekiranya Malayan Union ditubuhkan kedaulatan Raja – raja Melayu dan masa depan politik orang Melayu akan terjejas.’  Malaysia  Kita, 1991, Kuala Lumpur, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), hal:483.
Beratus – ratus orang Melayu lelaki dan perempuan telah berhimpun – tunjuk perasaan – di Bandar Kuala Kangsar dan sepanjang jalan Bukit Chandan hingga ke Istana Iskandariah. Mereka memohon – mendesak – Al Marhum Sultan Abdul Aziz supaya tidak menandatangai surat akun bersetujuan menerima Malaya Unian oleh Raja – Raja Melayu.
Dalam tunjuk perasaan itu telah lahir kaliat – kalimat yan dilaungkan: “Sultan adil sultan di sembah”, “Hilang sultan hilang bangsa Melayu” dan “ Sultan jangan jadi alat penjajah Inggeris”.
Dua tiga orang Dari Orang – Orang Besar Negeri Perak, telah tidak setuju sama sekali akan akan berbuatan Sultan Abdul Aziz menandatangani surat persetujuan Malayan Union dari Kerajaan British. Mereka berduka Cina.
PARLIMEN BRITISH
Setlah berlaku perarakan dan tujuk perasaan orang Melayu di Kuala Kangsar, maka Sultan Abdul Aziz telah mengutuskan ‘surat diraja’ – dengan kawat - kepada Lord Marchwood, Lord Elibank dan dua ahli Dewan Pertuanan (House of Lords), di London, yang kandungannya seperti di bawah ini:
‘Saya menyeru kepada tuan dan melalui Dewan Pertuanan,kepada perbuatan minta ubahkan dasar yang diterangkan di dalam Keratas Putih darihal Malayan Union itu, supaya sesuai dengan kehendak – kehendak orang ramai Malaya serta mengawal hak – hak pertuanan Raja – raja Pemerintah Melayu. Dasar yang diterangkan dalam keratas putih itu sekiranya dijakankan helah meolucutkan  hak – hak pertuanan Sultan – sultan yang diakui oleh Great Britain an dunia daripada zaman pubakala. Menurut dasar yang tersebut itu, perkara – perkara agama kami pun terletak di bawah kuasa Gabenor iaitu tidak dapat disebarkan oleh kaum Islam, Fikiran dan ulasan saya di atas cadangan mengubahkan perlemagaan itu suahpun dibentabngkan kepada Pemerintah Baginda King melalui Sir Herold Mac Micheal supaya ditimbangkan.”
Menurut berita, Surat – kawa – dari Sultan Addul Aziz itu telah dibaca oleh Ahli Parlimen British, dari Parti Buruh, Kpt L.D.Gammans dan Dewan Orang Ramai (House of Common) British, iaitu pada hari perbahasan mengenai gagasan Malayan Union, pada bulan Mac 1946.
Pada 1,2,3 dan 4 Mac 1946, satu kongres orang Melayu menentang gagasan Malayan Union, diketuai oleh Allahyarham Dato’ Onn in Jaafar, telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumur. Parti – parti politik dan pertubuhan yang menghatar wakil dan pemerhati ke kongres tersebut, ialah:
1 -      Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar 
          22 waki, Di antara mereka adalah pejuang kemerdekaan 
          dari Kuala Kangsar, iaitu: Mohd. Kassiam bin Haji  Din.
          Orang – orang Kuala Kangsar yang menyertai Parti 
          Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ke kongres tersebut, dio 
          antara mereka itu:
                                     a . Ahmd Judin bin Yeop Ahmad 
                                          (Menora),
                                     b . Abdul Rashid Ali (Padang Rengas),
                                     b . Abdul Rahim bin Ahmad (Lubuk 
                                          Merbau),                         
2  -       Perikatan Melayu Perak, telah menghantar 15 orang wakil,   
            di antara mereka itu, dari Kuala Kangsar:
                              a . Raja Kecil Tengah, Raja Kamaruzzaman 
                                   bin Raja Mansor (Bukit Chandan) ,
                              b . Mufti Negeri Perak, Haji Ismail in Hamzah 
                                   (Kota 
                                  Lama Kiri),
                             c . Raja Haji Shahar Shah bin Raja Harun Al 
                                   Rashjid(Bukit Chandan), 
                               d . Raja Azam  bin Raja Kamaruzzaman 
                                    (Bukit Chandan),
                                e . Encik Tajuddin bin Uda Isa (Guru Melayu - 
                                    Kuala Kangsar),
                               f . Megat Yunus bin Megat Haji Mohd. Isa 
                                   (Kota Lama Kiri), 
                               g . Sheikh Hanmzah bin Mu’ti (Manong).
MENGADAP SULTAN
Setelah gagasan Malayan Union dibatalkan (British menggunakan tektik lain untuk menjadikan kerajaan Tanah Melayu mengikut telunjuknya, agar Tanah Melayu akan dikuasai oleh tiga baekas ngsa, Melayu, Cina dan India), pada 1952 telah berlaku kegelisahan di kalangan orang Melayu dan ahli UMNO di Kuala Kangsar, disebabkan seorang Inggeris Bekas Penasihat Penasihat Undang – undang Negeri, di Tanah Melayu yang menjadi penasihat kepada parti politik perkauman Cina, MCA,Dr. Victor Percell mengasdu domba antara orang Cina dengan Melayu.
Beberapa orang Melayu dalam UMNO, di antaranya Dr Haji Megat Khas telah mengadap  Sultan Perak, Sultan Yusuf  Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radziallah Shah (1948–1963) , memohon budibicara baginda untuk mencari jalan bagi menentang tindak tanduk bekas apegawai British tersebut. Sultan Yusof telah berjanji akan membantu mereka. Baginda juga telah menasihatkan mereka, supaya membawa perkara itu kepada UMNO Negeri Perak.(Al marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah)  Mereka membawa perkara itu kepada  UMNO bahagian Negeri Perak (pada masa itu UMNO ada bahagian di negeri sahaja - mp).
‘Di dalam bulan Ogos, 1952, iaitu kira – kira limam bulan sahaja setelah UMNO dan MCA mengadakan ‘Perikatan’ di dalam Pilihan Raya Municipal Kuala Lumpur itu dan perasaan curiga daan ragu – ragu masih belum habis terkikis di setengah – setengah ahli UMNO atas persahabatanitu, tiba – tiba tersiar berita akhbar  berkenaan  dengan Dr.Victor Percell, penasihat MCA, trlah tiaba di Tanah Melayu.
Dr. Percell ini telah terkenal sebagai seorang yang telalu pro Cina dan anti Melayu. Ialah yang menjadi pembela MCA dan orang – orang Cina  di England  dan pernah  menulis dalam akhbar – akhbar di England,  tuduhan – tuduhan yang orang Melayu tidaka adil terhdap orang – orang Cina yang ada di Tanah Melayu.
Berita kedatangannya itu telah menimbulkan ribut di kalangan UMNO, kononnya ia akan menjadi orang tengah untuk mengadakan rundingan – rundingan di antara UMNO dengan MCA. Selain daripada itu kedatangannya itu ialah juga untuk menyiasat keadaan orang – orang Cina di Tanah Melayu untuk dibuat satu penyata yang akan diserahkan kepada Kereajaan British di England.
Berhubung dengan kedatangan Dr. Percell  dengan tujuan sebagaimana yang dikatakan itu, UMNO Perak telah mengadakan suatu mesyuarat tergempar daan telah mengambi satu ketetapan, iaitumemqndang dengan perasaan sedih akan tujuan kedatangan Dr. Percell itu kerana pada pendapat UMNO Bahagian Perak, tidak mensabah bagi Dr. Percell yang menerima pencen daripada kerajaan negeri ini datang ke mari bagi faedah sepihak sahaja daripenduduknya.Penyata yang hendak dibuat itu,akan memburukkan keadaan lain – lain pihak pada pandangan dunia luar dan akan membawa perselisihan yang amat hebat di antara kaum – kaum.
Ketetapan UMNO Perak itu telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth, Seberang Perai, di dalam bulan September 1952 dan telah disokong oleh SEBERKAS, Kedah (Pertubuhan yang bergabung dengan UMNO serta telah disetujui oleh persidangan itu). (Ibrahim Mahmud, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu, 1981).*

* Dipetik dari manuskrip buku, Kuala Kangsar Bendahara Sejarah 
   Bangsa Malaysia,(belum terbit), oleh: Mokhtar Petah)


Tiga tokoh sertai PAS di Himpunan Hijau Selangor

Hazayani Zakaria|Foto Wan Zahari,16 Jul 2012
KUALA SELANGOR: Tiga lagi bekas pegawai tinggi kerajaan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS pada Himpunan Hijau Negeri Selangor, malam tadi.

Tokoh tersebut ialah bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang selama 31 tahun, Abdul Rahman Taib.

Seorang lagi merupakan bekas Pegawai Tadbir Diplomatik selama 33 tahun dan juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah.

(Abdul Rahman menyerahkan borang permohonan menyertai PAS)

Manakala tokoh ketiga ialah bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Bahagian Pengurusan dan bekas Pengarah Perhubungan dan Sumber Manusia di Jakim, Yusuf Hassan.

Ketiga-tiga tokoh tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu disaksikan ribuan peserta Himpunan Hijau di Stadium Kuala Selangor.

Abdul Rahman dalam ucapannya mewakili rakan-rakan berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana Pakaan Rakyat mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang untuk menerajui Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.

Katanya, mereka sudah merasai kezaliman Umno BN sewatu berada dalam kerajaan dan sudah tiba masanya mereka menzahirkan sokongan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.

"Tanggungjawab kita untuk meruntuhkan kerajaan yang zalim. Segala kezaliman itu kami sudah rasai semasa kami bertugas dalam kerajaan, dan kami bertaha dan tiba saatnya kami zahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"Pengalaman yang kami ada akan dicurahkan untuk membantu rakyat dan saya mewakili rakan-rakan yang berubah arah berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk tampil menyatakan sokongan di sini," katanya yang pernah ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 1, Julai tahun lalu.*

*Di ambil dari Harakah.


BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.



 KAJI DASAR UMNO

Sesiapa sahaja dan mana - mana pertubuhan yang mendesak atau meminta Perdana Menter, Dato' Seri Najib Tun Razak dan UMNO membuat dasar  mengguna mpakai hukum hdud, mesti merjuk kepada dasar UMNO lebih dahulu; selagi UMNO berkuasa hukum itu tidak akan diamalkan.
Saya mengutarakan ini, sebagai menyambut baik akan sokongan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) terhadap cadangan pemimpin PERKASA, Dato' Ibrahim Ali.

'Pertubuhan bukan Islam menyokong cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggubal satu draf berkaitan hukum hudud.

Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddim berkata, penggubalan draf awal itu dapat memberi penerangan dan pemahaman kepada masyarakat terutama bukan Islam."

“Masyarakat bukan Islam menganggap hudud tidak patut dilaksanakan padahal hukum ini hanya dijalankan ke atas orang Islam sahaja.

Untuk mengamalkan hukum tersebut, UMNO perlu meminda perlembagaannya dan mengubah dasarnya, iaitu Nasionalisme ( yang berunsur kapitalis - ala ketuanan Melayu dan Yahudi, Amerika dan Inggeris). Dasar inilah diamalkan oleh UMNO semenjak di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar hingga kepada Najib Tun Razak.

Negara - negara bukan Islam dan negara - negara umat Islam yang mengamalkan dasar nasinlisme dan kapitalisme di seluruh dunia, tidak menerima, bahkan menolak hukum hudud, kerana hukum itu merugikan negara.

Perhatikan:

1 -  Dalam Islam, lelaki dan perempuan yang berzina, diwajibkan hukum mengikut takrif hukum, 
      iaitu sama ada direjam atau diseba dan buah negeri (boleh dipenjara). Negara tidak mendapat 
      keuntungan dari kesalahan yang dilakukan rakyat di bawah hukum ini.
      Di negara kita, orang - orang berkhalwat (berdua - duaan lelaki perempuan sah nikah di tempat 
      sunyi dan boleh disyak) dan melakukan zina , dikenakan hukum penjara atau denda atau kedua 
      - dua sekali.
      Hukum ini bagi negara nasinalisme dan kapitalisme ,ada 'untung', iaitu kalau didenda, wang 
      menjadi hak negara , iaitu hak negeri - negeri.
      Wang hasil zina (katakanlah hasil dan sama dengan hasil pelacuran), di masukkan ke dalam 
      perbendaharaan negeri. Wang gtersebut dicampur gaulkan dan sedikit dari wang itu di bawar 
      gaji kakai tangan kerajaan,termasuk musfti, kadi dan lain.
      Begitu juga kesalahan - kesalahan lain dalam bidang hukum hudud, seperti mencuri, merampuk, 
      minum arah, luka atau cederakan orang, bunuh orang.
      Negara Islam tidak mengambil untung dari kesalahan - kesalahan tersebut, tetapi negvara - 
      negara nasio0nalisme dan kapitalisme, diambil hasil denda tersebut untuk kepentingan negara 
      atau negeri - negeri.
      Maka, saya berpendapat, UMNO tidak sesuai atau ganjiol, kalau melaksanakan hukum hudud, 
      sedangkan negara ini bukan Negara Islam, dan masih negara nasionaoisme dan kapitalisme.
      Orang - orang MCA yang tidak faham hukum hakam Islam dan mengetahui UMNO takutkan 
      mereka, maka , mereka mengeluarkan kata - kata seperti mnengugut UMNO. 
      Tetapi orang 0 orang DAP faham hukum hudud, maka, mereka sedia menerimanya, jika 
      kerajaan ini menajdi sebuah negara Islam.


BERITA DALAM 'SINAR HARAN', PADA HARI INI.




 HUKUM HUDUD

 Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka.

“Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam,” katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan.

------------------------------

Kalau hukum hudud di laksanakan oleh UMNO, maka, negara Islam pun mestilah dibangunkan juga.Kalau tidak hukum hudud itu jadi celaru, iaitu orang Islam bersalah, kena hukum, orang bukan Islam, rakyat Malaysia bersalah tyidak kena hukum.
Dalam Negara Islam tulin (bukan negara umat Islam), setiap rakyat negara tersebut melakukan kesalahan apa jua, termasuk hudud, wajib dihukum. Tidak ada beza.

Saya melihat laungan Dto' Ibrhaim Ali -PERKASA - itu baik, tetapi telah terlambat, kerana beliau berada di luar UMNO. Beliau berkeadaan burung yang berkeliaran pada waktu malam. Pada waktu siangh tidur.

Jika beliau mahu menegakkan hukum - hukum hudud, mengapa beliau ketepikan PAS?

Saya nampak seruan Ibrahim Ali kepada Najib, macam ada 'rahsia' atau, kalau tidak ada berada, masakan tempua bersarang rendah.

TERKENANG


            ULAMA REDORMASI


Pada pertengahan bulan Januari 1954, aku bersama dua orang rakan sekolahku, dengan menggatih basikal masing-masing telah melawat ke berapa tempat di negeri Kedah dan negeri Perlis. Lawatan kami ke sana kerana mencari pengetahuan dan pengalaman.
Kami telah melawat Istana Sultan Kedah, sekolah agama Ma’ahad Mahmud, di Alor Setar dan beberapa tempat di sana, termasuk rumah bapa Tun Dr Mahathir Mohamad. Kami telah menumpang tidur di bilik sewa Fuad yang bersamaku telah menjual julap cacing kerawit seperti yang telah aku ceritakan.
Pada esok paginya kami telah melawat ke Pokok Sena dan ke Kuala Nerang. Di sana kami telah melawat rumah Tunku Abdul Rahman. Dari sana kami telah pergi ke Jitra dan melawat ke sekolah Ma’ahad Ehya Al Ulumnud Diniyah, Tanjung Pauh. Di sekolah itu kami telah di jamu makan tengah hari oleh Mudirnya, Haji Abdullah Abbas Nasution.
Di Negeri Perlis, kami telah melawat istana Raja Perlis dan sekolah agama Alawiyah, di Arau. Di Kangar kami telah bertemu dengan seorang ulama terkenal, Sheikh Abu Bakar Ashaari. Dia adalah salah seorang dari alim ulama yang dianggap ’kaum muda’ di Tanah Melayu pada masa itu.
BID'AH
Sheikh Abu Bakar Ashaari bersama beberapa orang alim ulama di negeri Perlis telah melakukan reformasi terhadap amalan-amalan dalam agama Islam, di antaranya mengenai masalah as Sunnah, amal ibadat, bida’ah, taqlid dan sebagainya.
Kerana reformasi beliau dan alim ulama lain, umat Islam di negeri Perlis telah menjalankan amalan dalam agama Islam mengikut mengikut al Quran dan as Sunah (mengenepikan amalan bermazhab).Tetapi setelah sebuah bukunya, ’Ibadat Rasulullah’, diterbitkan pada tahun 1955, maka fatwa dan amalan beliau telah mendapat tentangan dari kalangan ulama yang mengikut mazhab yang empat, di seluruh tanah air.
’Abu Bakar Ashaari dilahirkan pada tahun 1903 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas menuntut di Sekolah Melayu Chowrastar hingga darjah lima, beliau melanjutkan pelajarannya ke sekolah Anglo Chinese School, Pulau Pinang. Bagaimanapun beliau menukar alirannya dengan memasuki pula Madrasah al Masyhur. Dan pada tahun 1925 hingga 1932 beliau meneruskan pengajiannya di Universiti al Azhar, Mesir.
Ketika berada di Mesir pada tahun 1928 beliau dilantik sebagai pengarang majalah Seruan Azhar  yang diterbitkan oleh pelajar-pelajar Melayu-Indonesia. Bersama-sama dengan Abdul Kahar Muzakkir (yang kemudiannya menjadi profesor terkenal di Indonesia) beliau menubuhkan persatuan pelajar Melayu-Indonesia yang bernama ’Jami’ah al Khairiya’. Dan dari tahun 1930 hingga 1932 beliau yang menjadi pengerusi persatuan tersebut. Beliau juga pernah mewakili persatuannya ke Muktamar Islam di Jurusalem, Palestin.
UMNO
Sekembalinya ke tanahair beliau mengajar di Pulau Pinang di samping menulis dalam akhbar Saudara. Melalui inisiatif ’Tiga Mat’ tersebut beliau dibawa ke Perlis pada tahun 1936 dan dilantik sebagai Imam Besar Majis Alawiyah Kangar. Dalam Jawatankuasa Zakat dan Fitrah beliau juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasanya. Sebenarnya beliau juga terkenal sebagai pengarang yang politik lagi tajam penanya.
Dalam perjuangan politiknya beliau pada mulanya juga seorang penyokong UMNO. Tetapi sejak tahun 1956 beliau menjadi ahli PAS dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Perlis pada awal 1960-an.Sheikh Abu Bakar Ashaari kembali ke rahmatullah pada 6 April 1970 di rumah anaknya, di Port Dickson, Negeri Sembilan.  
Lawatan kami yang akhir ialah ke Pulau Langkawi. Kami telah bermalam di surau di Padang Mat Sirat. Pada malam itu kam telah dijamu nasi dengan lauk kari daging, ikan bakar dan ikan pekasam oleh imam surau itu.
Pada masa itu, aku mendapati masih ramai penduduk-penduduk Islam di pulau itu percayakan tahayul, penunggu dan melakukan perkara-perkara bida’ah dalam ’mengamal ibadat’ dan kehidupan seharian. Di antaranya masih mengamalkan melinggang perut bagi perempuan ’bunting sulung’, menjamu di tasik Dayang Bunting, bersemah dan perbuatasn-perbuatan bersifat percaya kepada apa yang dikatakan keramat dan berkuasa lain dari Allah.
Di satu kawasan di sana, terdapat banyak pasir hitam seperti beras hangus. Pasir itu sejenis galian yang berharga, tetapi penduduk-penduduk di pulau itu percaya sebagai ’beras terbakar’ yang ada hubung kait dengan cerita Mahsuri. Galian yang berharga itu telah diangkut oleh orang-orang dari Siam dengan perahu dan dibawa pulang ke negara mereka untuk tujuan perniagaan. 
   Di kampung Kuah, kami telah menemui seorang bomoh lelaki yang telah tua, aku telah memanggil namanya Pak Itam, kerana dia memakai pakaian serba hitam.Dia tidak mempunyai isteri dan tinggal, di sebuah rumah, di hujung kampung itu.
Menurut cerita bomoh itu kepadaku, dia berasal dari sebuah kampung dalam kawasan Baling. Dia boleh menggunakan jampi dan ubat ramuannya, untuk menjadi suami tunduk kepada isterinya, anak gadis lambat kahwin akan segera dilamar orang. Setiap orang perempuan termasuk gadis-gasdis yang datang berubat kepdanya, dikenakan pengkeras’ selain dari wang lima suku, iaitu satu ringgit dan dua puluh lima sen (boleh beri lebih), pisau lipat dan sehelai kain hitam panjang lima hasta. Mereka itu  dikendaki bermalam dengannya sekadar satu malam. Kalau tidak mahu melakukan demikian, ilmunya tidak menjadi.*

*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan 
    Paruh, (belum), oleh: Mokhtar Petah.


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                         ZALIM

... tidak ada yang lebih zalim daripada orang - orang yang diberi ingat dengan ayat - ayat TuhanNya (dalam Quran), kemudian dia berpaling daripadanya (tidak mengikut, menolak dan engkar, seperti hukum hudud) ; sesungguhnya Kami (Allah) tetap membalasa orang - orang yang berdosa (dan mereka yang zalim).*
 - as Sajadah:27.

* Semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 (UMNO itu telah 
   mati) dan ganti UMNO baru pada zaman Perdana Menteri 
   Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad , beribu ahli UMNO yanhg 
   alim yang mahukan UMNO mengaturkan kerajaannya dengan 
   mengamal dan melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak berani 
   bersuara. Baru - baru ini Allah telah memberi hidaya kepada dua 
   orang Umno, di Melaka dan Kepala Batas, Pulau Pinang, agar 
   hukum hudud di amalkan.
   Entah bilakah UMNO akan mengamal dan melaksanakan hukum - 
   hukum Allah dalam Quran dengan sepenuhnya.


                              LAUK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memeklamumkan:

Lauk kalian yang paling utama (paling baik), ialah garam. 
- Perawi: Ibnu Majah.

Sebaik - baik lauk adalah cuka. 
- Perawi: Imam Bukhari dan kumpulan perawi hadis.




 SAYA TELAH TUNAI HARAPAN NABI MUHAMMAD

Pada Subuh tadi, saya di Kota Melaka. Masih di sini. Allah telah mengurniakan ilham kepada saya dan firmanNya: Kamu manusia, jangan sia - siakan hidup kamu. Kamu hamba, jangan tinggalkan kewajiban menyebak Aku. Kamu telah rasa ada dua isteri, poligami dan ada ramai anak cucu.'

Allah! Sesungguhnya, aku hambaMu dan aku sentiasa menuntu redaMu. Kau telah kurniakan kepada aku:
1 - Seorang ister.
2 - Berpoligami beberapa bulan.
3 - Bercerai dengan satu isteri.
4 - Kini bersama dengan satu isteri (isteri khuatir amat kalau -
     kalau aku berkahwin lagi, kerana dia tahu lelaki sampai tak larat
     langkah bendulpun minagt beristeri lagi). Saya katakan: "Tidak
     ada wanita yang hendskakan saya. Saya dan tua, macam
     batang buruk hanyut dalam suangai banjir airnya. Tidak ada
     manusia yang hendak atau ingin menumpang; hanya katak riuh
     di paya. Tangga katakan kepada saya, 'pergi', kubur panggil
     saya, 'mari'.
5 - Anak saya ada tujuh orang. Semua lelaki.
6 - Menantu, saya ramai menantu, kerana dua anak lelaki saya
     melakukan kabajikan, iaitu berpoligami.
7 - Pada November ini, saya akan mendapat seorang menantu lagi.
     Insya Allah.
8 - Mungkin pada akahir tahun 2013, saya akan mendapat seorang
     menantu lagi.
9 - Para bekas menantu saya (perempuan) sebagai anak saya.
     Mereka sering datang berjumpa saya.
10- Saya ada 25 cucu dan cicit.
Sesungguhnya, saya puas hidup di dunia ini, walaupun saban hari saya makan pucuk paku dan 'makan sambal  telunjuk berdiri'.

BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.



      BEZA UMNO DENGAN PAS


 Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.
“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.
"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.
----------------------------------------------

UMNO sebuah parti politik Melayu dan diakui oleh Perlembagaan Negara dan PAS parti Islam dan diakui oleh Perlemabgaan negara.Tetapi dua buha parti politik itu ada jurang perbezaan yang dalam.
Jurang perbezaan, ialah, UMNO mengakui agama Islam sebagai agama rasmi negara, tetapi tidak mahu menerima huikum - hukum dalam Islam, terutama hukum hudud, sebagai  dasar atau amalan dalam perundangan negara dan negeri. Manakala PAS berpegang kepada Islam - Quran dan Sunnah, sebagai dasar  politik. PAS mahu menjdikan Islam agama negara dan berjuang menegaikkan Negara Islam di bumi pesaka Melayu ini.
Untuk lebih faham, UMNO dan rakan - rakannya dalam BN, mengutamakan dasar Nasional - kapitalis. UMNO parti politik perkauman. MCA parti politik perkauman. MIC parti politik perkauman. Mereka lebih menutamakan amalan dalam politik dan dalam negara mengikut amalan orang - orang kapitalis barat.
UMNO dan BN menghalalkan apa jua yang diharamkan oleh Islam, seperti Riba, judi dan arak.
UMNO - BN lebih mengutamakan 'untuk' dan kepentingan agama Islam.
Pernezaan yang  dalam ini, saya yakin, sampai bila pun dua buah parti politii orang Melayu dan manusia beragama Islam itu tidak akan bercantum, seperti carik - carik bulu ayam akhirnay bercantum semula. 
Saya ada keyakinan sendiri, iaitu para pemimpin dalam PAS, teruskan perjuangan mereka dan tak usahlah membalasa atau berdebat dengan UMNO, kerana perbuatan demikian akan menjadikan ruang luas untuk musuh - musuh PAS memburuk - buruk dan merosakan parti Islam tersebut.
Ssya tetap akui, bahawa semua ahli PAS berjuangan atau berjihad pada jalan Allah. Hidup di dunia berkebajikan dan di akhir masuk syurga. Iini teolah diakui oleh Allah yang Maha Kuasa.


KISAH DARI NOVEL


   PEMUDA LABU SAYONG CINTA GADIS RAJA


Air sungai Perak  jernih berkaca. Beralun. Berlenggang dalam cahaya matahari pagi minggu yang indah. Air mengalir dalam perut sungai antara Kota Lama Kanan dengan Kota Lama Kiri. Mengalir lagi antara bandar Kuala Kangsar dan kampung Sayung dan terus ke hilir bagaikan merajuk tidak berkesudahan.
               Perahu motor membawa penumpang dari pangkalan di lembah bandar Kuala Kangsar menyeberangi sungai Perak ke penambang kampung Sayung Lembah. Tengku Intan duduk atas bangku panjang sambil tangan kanannya bermain air sungai yang dingin.
              “…harap-harap dia ada,…aku nak jumpa dia,” hati Tengku Intan bersuara.
              Tengku Intan tidak sabar menanti perahu tiba ke pangkalan. Bunyi deru motor perahu itu terasa baginya  seperti melambatkan perjalanannya ke bengkel labu tanah. Di sana dia mahu bertemu dengan ‘Alimin. Terlalu lama dirasanya, telah seminggu dia tidak menatap wajah pemuda itu terasa parah benar rindunya.
              “Iake aku ni jatuh cinta pada dia?” Hati tengku Intan bertanya kepada dirinya sendiri.
              “Iale tu, gadis apa kalau tak faham cintake atau tidak,”hatinya berkata lagi.
              “Ingat Tengku, dia tu alim, warak,…kalau Tengku ego, sombong, tak berada, dia tak akan terima Tengku,…Tengku juga yang derita dalam cinta tak menjadi,”hatinya mengingatkan dirinya.
              “Tu aku taule,”sahut Tengku Intan.
             “…tengok, tak pakai tudung kepala, macam orang tak ada agama, nak jumpa dia?”Hatinya bertanya. 
             “Tak apa, lain kali aku pakai tudungle…,”jawab Tengku Intan.
             “Ingat tau, orang perempuan Islam berdosa tak tudung kepala, tau dosa?” Tanya hatinya
             “Tu aku tauuuu….,”jawab Tengku Intan.
             “ Kalau tau baguslah,…jangan Tengku ingat darah raja, daging raja, tulang raja tak dimakan api neraka,”jerkah hatinya.
            “Aku tau, aku ada belajar…,”sahut Tengku Intan.

LABU TANAH

Perahu tiba di pangkalan. Penumpang - penumpang lelaki, perempuan dan kanak-akanak turun menjejak pelantar penambang. Tengku Intan bangun dari bangku panjang dan mengikuti penumpang-penumpang turun dari perahu. Dia menjinjit sebuah bujam berisi makanan untuk’Alimin.
               Tengku Intan terpaksa pergi seorang diri ke sana. Rakan-rakannya tidak dapat bersamanya kerana masing-masing ada hal yang mesti diuruskan.
               Pada waktu Tengku Intan berdiri menunggu kereta sewa untuk ke bengkel labu tanah, tiba-tiba seorang lelaki kundang istana, Mat Ros menyapanya.
              “Nak ke mana Tengku?”
             “ Aaa, Cik Mat Ros,…saya nak pergi ke bengkel labu tanah,”
             “Nak pergi dengan apa, bawa kereta?”
             “Tak, tunggu kereta sewa.”
             “…eh, mari saya hantar, … kalau berjalan jauh, Tengku tu….”
             “Ia, terima kasihle.”
             “Sama-sama.”
            Kereta yang dipandu Mat Ros merayap atas jalan kampung yang bengkang bengkok dan lekuk lekak. 
            “Tengku nak beli labu tanahke?”
            “…aaa, saya nak belajar buat labu tanah.”
            “Eh, takkanle, berselut, kotor, laluke, Tengku?”
            “Tak apa, orang belajar nak jadi jururawat, jadi doktor kena hadap benda busuk, luka, kudis, cabuk…, bangkai pun.”
            Mat Ros ketawa.
            “Cek Mat pandai buat labu tanah?” 
           “Tak pandai,…tiup napiri, pukul gendang nobat taule.”
           “O, begitu.”

JIN KERAJAAN

Sebaik-baik sahaja kereta tiba di jalan masuk ke bengkel ‘Alimin, Tengku Intan meminta Mat Ros tidak memberitahu sesiapa yang dia datang ke bengkel itu. Sambil menghulurkan wang kertas sepuluh ringgit, dia berkata kepada Mat Ros:
           “Jangan beritahu nama saya Tengku,…rahsia tau.”
           “Baik, Tengku.”
           Tengku Intan turun di hadapan bengkel.
           “Apale anak  raja ni, rupa macam bidadari nak  buat labu tanah pula…,”sungut Mat Ros.
          Mat Ros bekerja kundang istana. Kalau  pada hari-hari kebesaran atau istiadat, dia juga jadi pak pacak atau melakukan kerja yang diperintahkan oleh raja. Kerja kundang istana, gajinya murah, tetapi makan dan minum mewah; makan nasi kawah istana. Kalau pandai boleh cari wang luar menggunakan nama raja.
          Ramai orang-orang kampung Sayung bekerja di istana. Tukang tiup napiri, pukul gendang, pukul gong dan dabus.  Pendeknya mengguna alat-alat kebesaran jin kerajaan istana, dipegang oleh orang-orang kampung Sayung. Menurut cerita, mereka itu keturtunan orang Bugis dan kesultanan Aceh. Orang berdarah Pattani, Minangkabau, Jawa atau berdarah lain dari Acen dan Bugis  tidak boleh melakukan tugas jin kerajaan dalam istana.
         ‘Alimin dan Mimi menyambut ketibaan Tengku Intan dengan penuh hormat. Walaupun hati Mimi dimamah cemburu terhadap gadis itu, tetapi kerana abang saudaranya berniaga, dia terpaksa mencampakkan perasaan buruk itu dari dirinya. Mimi melayan Tengku Intan dengan mesra.
         “…belajar buat labu tanah ni, kena uli tanah liat, macam uuli tepung, “’Alimin berkata kepada Tengku Intan.
        “Tak apa,”sahut Tengku Intan.
        ‘Alimin mengajar gadis itu menempa labu tanah, mengukir atau melarik bunga dan membakar sampai berwarna hitam.
        “Labu ni boleh buat bom, tau,”kata ‘Alimin.
        “Iake?” Tanya Tengku Intan.
        “Ia, buat ikut saiz, pada waktu nak tempa masukkan besi paku, macam-macam besi lagi,…dah tu masukkan alat dinamit atau peledaknya,”jawab ‘Alimin.
        “Wau, boleh guna untuk berperang,”kata Tengku Intan.
        “Boleh, Intan berani berperang?” ‘Alimin bertanya.
        “…kalau tiba waktunya, berani,”jawab Tengku Intan.
        “Kalau begitu Intan boleh berkhidmat dalam pasukan tentera, kelulusan macam Intan, tentu tinggi pangkat…,”kata ‘Alimin.
       “Saya tak minat jadi tentera,”sahut Tengku Intan.
       ‘Alimin diam. Dia merenung ke dalam telaga mata Tengku Intan.
       “Saya nak jadi tukang labu tanah, sementara saya nak belajar kat London,” Tengku Intan berkata.
       “Bagus tu, nak belajar jurusan apa, Intan?” Tanya ‘Alimin.   
       “Saya minat  sains politik , sains kemasyarakatan,” jawab Tengku Intan.
       “Bagus tu, boleh jadi ahli politik, pemimpin masyarakat,”kata ‘Alimin.
       “Mudah-mudahan, Insya Allah,”kata Tengku Intan.
        Mereka berehat seketika.

GELI HATI

 Alimin memerhatikan wajah Tengku Intan, dua puntung tangan dan cara dia bercakap’ dia menduga gadis itu egois. ayskin benar dia yang gadis itu berdarah raja. Mungkin dia gadis istana yang pura-pura mengaku orang kebanyakan. Tetapi ‘Alimin tidak mahu bertanya kepada Tengku Intan. Bertanya bererti akan menimbulkan sangkaan. Lebih baik dia mencari sendiri dari mana  asal usul gadis manis itu.
        “Belajar sains politik, kena belajar sejarah, termasuk sejarah Islam,”kata ‘Alimin.
        “Ia, kenake?”Tanya Tengku Intan.
        “Ia, kena,…sejarah Rom,Eropah, Asia, …sejarah perjuangan bangsa Melayu, ”Jawab ‘Alimin.
         “Kalau macam tu, Intan nak belajar sejarah Islam pada ‘Aliminle,”kata Tengku Intan.
         “Apalah ada pada saya, nak belajar pada orang pandai,”kata ‘Alimin merendah diri.
         “Dah ngadale tu, ‘Alimin alim, tau sejarah Islam, tau sejarah orang Melayu,”kata Tengku Intan.
        “Eh, taklah, saya tak pandai, tak belajar,”’Alimin berkata.
        “Alaaa, jangan nak merendah diri pula, Mimi yang beritahu kat Intan,”kata Tengku Intan.
        ‘Alimin diam. Dia menahan geli hatinya. Hatinya mengaku; gadis itu lebih awal mengetahui rahsia dirinya, tetapi dia belum mengetahui rahsia diri gadis itu.
        “Sayang kawan-kawan Intan tak datang,”kata ‘Alimin ketika dia duduk memerhatikan Tengku Intan menempa labu tanah.
        “Deme tu nak datang, tapi ada hal pula,”sahut sahut Tengku Intan.
        ‘Alimin diam. Tunduk.
        “Lain kali datang deme tu,”kata Tengku Intan.
        “Ialah,”sahut ‘Alimin.
        “Ngapa, rindu?” Tengku Intan bertanya. Menduga.
        “Tak, apa nak dirindukan,…orang yang saya rindu ada di sini,”jawab ‘Alimin.
        Wajah Tengku Intan disambar daranya sendiri. Jantungnya berdegup dan menendang-nendang dinding dadanya.
        “Saya ingat, saya yang rindu seorang,”kata Tengku Intan dengan suara menggetar.
        “…kalau rindu dantanya cinta,”kata ‘Alimin.
        Tengku Intan diam. Tunduk menatap tanah liat di dujung kakinya.
        “…kalau orang kampung macam saya ni cintakan Intan, salah tak?” ‘Alimin bertanya.
        Tengku Intan diam. Jari jemari tangannya menggeletar. Bulu-bulu roma tengkuk terasa meremang.
        “Kalau saya cintakan Alimin salah tak?” Tengku Intan bertanya.
        “Tak, tak salah, cinta nikmat dari rahsia Tuhan, kita cintakan seseorang maknanya kita syukur nikmat Tuhan,”jawab ‘Alimin.
       “Iake?”Tanya Tengku Intan.
       “Cinta, macam juga jodoh, pertemuan, mati, di bawah takdir Tuhan, kita manusia, Intan,”kata Alimin sambil merenung dua lesung pipit dan anak-anak rambut gadis itu..
            “Iake?” Tengku Intan bertanya.
            Puteri raja itu tidak pernah mendengar ungkapan -ungkapan tentang kuasa Tuhan. Semenjak dilahirkan dia hidup dalam kemakmuran. Yakin kepada sesuatu yang dilihat,didengar dan ditelan berada di bawah kuasa manusia. Misalnya dia tahu  Maharaja Firaun berkuasa atas umat Yahudi sehingga berjaya membina piramid.Raja Melayu Melaka berkuasa atas belakang rakyatnya. ‘Beraja di mata bersultan di hati’. Azan dari masjid dan ayat-ayat Quran didengar, tetapi dia belum arif manusia di bawah takdir Tuhan. 
            “…ngapa, tak betulke cakap saya, Intan?” ‘Alimin bertanya.
           Tengku Intan senyum.
           “Saya tak pernah dengar kata-kata begitu,” Jawan Tengku Intan.
           “Tak percaya?” Tanya ‘Alimin.
           “Percaya, tapi…,”jawab Tengku Intan.
           “Kalau Tengku tak percayakan kekasih sendiri, nak percaya siapa lagi?” ‘Alimin bertanya.  Senyum.
       “…saya percaya, percaya sangat,…tapi saya bukan Tengku,”jawab Tengku Intan.
       “Minta maaf, tersilap,maklumlah manusia…,”sambut ‘Alimin.
        Hati Tengku Intan  bagaikan kulit ikan terkena minyak panas. Hatinya khuatir kalau-kalau ‘Alimin telah  mengetahui akan rahsia dirinya.
        “Benarkah dia tersilap cakap?”hati Tengku Intan bertanya.
        ‘Alimin sendiri tidak sedar dia tersasul menyebut Tengku. Hatinya memuji Tuhan; tentu ada hikmat di sebalik ketersasulannya tadi.
          “Bila Intan nak datang lagi?” ‘Alimin bertanya.
          “Aaa, esok,lusa, … bila pun tak apa,”jawab Tengku intan sambil melepaskan jari jemari tangan kanan ‘Alimin dari genggamannya.
          Dua asang tangan masing-masing berlumuran tanah liat.
          “…adat orang berkasih, orang tempa labu tanah,…apa pula tangan saya ditempa…,”sindir ‘Alimin.
         “Saja, … tak boleh?” Tanya Tengku Intan.
         “Saya tak kata,”jawab ‘Alimin.
         “Kalau dah suka,…tu baru tangan,” sahut Tengku Intan. Ketawa.
         “Ai, dah macam pantun orang kita…” kata ‘Alimin.
         “Apa pantunnya?” Tanya Tengku Intan.
         “Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya dirikan,”jawab ‘Alimin.
         “Lagi, lagi,” kata Tengku Intan.
         “Kalau sungguh bagai dikata, badan dan nyawa saya serahkan,”’Alimin mengucapkan pantun.
         Bagai anak manja dengan ibunya, Tengku Intan memaut tubuh ‘Alimin sejenak. Penuh kasih. Penuh saying. Mesra amat.
          ‘I love you…” suara Tengku Intan menggigil.
          ‘Alimin senyum.Empat mata mereka ibarat bulan yang satu.
          “Kalau hati dah cinta, kata-kata tak perlu lagi,”sahut ‘Alimin.
         Pada detik-detik begitu,terasa benar pada hati nurani Tengku Intan, betapa pentingnya pemuda itu kepada dirinya.
          Mimi memerhatikan Tengku Intan sedang menghadap beberapa biji labu tanah yang baru siap ditempa. Hatinya dimamah cemburu kepada gadis itu. Khuatir benar hatinya kalau-kalau gadis itu merampas ‘Alimin daripadanya.
         “Tapi, kalau abang ‘Alimin cintakan dia, aku rela.” nekad hati Mimi.
         Pada petang itu ‘Alimin dan Mimi menghantar Tengku Intan pulang. Mereka menaiki van tua sampai ke Pangkalan Tambang Sayung Lembah. Dalam perjalanan mereka ke Pangkalan Tambang, Mimi dapat menangkap; sesungguhnya, gadis berlesung pipit itu mencintai abang saudaranya.
          Sambil melambaikan tangan kepada Tengku Intan yang duduk atas perahu menyebrangi Sungai Perak, hati Mimi yakin akan lagu belotah orang Melayu  Perak - Bandar, Pasir Salak, Lambor, Bota dan Parit, ‘Apa diharap pada maman, semalu juga banyak tumbuhnya. Apa di harap pada padi, lalang juga lebat daunnya’.
           “Cantik, kak Intan tu, bang,” kata Mimi kepada ‘Alimin pada ketika mereka dalam van membawa mereka pulang ke rumah.
          “Iake?”Alimin baratnya.
          Mimi mengangguk.
          “Entah, abang ni macam orang buta rabun, tak tau mana perempuan cantik, mana tidak,”kata ‘Alimin.
          Mimi senyum.
          “…yang abang tau, adik abang ni cantik,”kata ‘Alimin.
          Mimi diam.
         “Tak sama, cantik lagi dia tu,”hati Mimi berkata.*

* Dari manuskrip novel, Cinta dan Jihad, (belum terbit) oleh: Mokhtar Petah)