Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


SETIA  USAHA AGUNG UMNO

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia hanya fitnah pembangkang untuk kepentingan politik.

“Mereka (Aziz dan Wan Ahmad) tidak bersalah. Pembangkang sudah tidak ada modal dan hanya mencari publisiti. Mereka sudah memberi kenyataan dan individu sebenar telah tampil,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Saya telah menyertai UMNO dari tahun 1953 hingga di ambang kemerdekaan. Pada masa itu kurang benar para politiku dalam parti - parti pollitik yang mentehomah, memfitnah, memburuk - burukkan, menghina hingga menuduh berzina dan meliwat, tetapi semenjaklepas negara kita merdeka pada 1957, hingga kini, politikus - politiku, dalam UMNO,PKR, PAS, MCA, MIC, GERAKAN dan lain menjadikan perkara salah itu sebagai amalan harian mereka. Sebagai seronok atau sebagai mencari nama, siapaya yang banyak memfinah dan sebagainya, dialah orang mulkia san ternama.
Saya harap, Setiausaha Agung UMNO, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor yang pernah menjadi pemilih syarikat akhbar, dapat, melakukan sesuai, agar dalam UMNO tidak ada manusia - manusia demikian.
Begitu juga dalam PAS, PKR dan parti - parti politik lain dapat berhenti dari melakujkan perbuatan yang dimuka oleh Allah dan akan menimbulkan perpecahan dan prmusuhan tersebut.
Saya harap, jangan mencari kesenangan dan kemuliaan dengan 'mencangkul atas belakang kawan' sesama manusia dan sama - sama beragama Islam.





KULLIYAH AL QURAN AN AL HADIS


               POLIGAMI DAN SABAR

Maka, kahwinlah dengan perepuan - peempuan yang kalian sukai, dua, tiga danempat. Maka, sesaungguhnya, jika kalian khuatir tidak dapoat berelaku adil (antara isteri - isteri), maka, henbdaklah satu (seorrang isteri) sahaja.*
 - an nisaa:3
* seseorang lelaki yang berhajat untuk berkahwin dengan beberapa orang perempuan atau memadukan isteri, mesti ada:
 1 - Lelaki yang sempurna atau lelaki sejati, 
2 -  pengetahuan Islam yang sempurna,
 3 - Akal yang sempunrna (tidak panas baran, berkeadaan gila dan 
     tidak sabar), 
4 - Menghormati perempuan - prempuan,
 5 - Ada kemampuan untuk menanggung isterinya dengan 
      kemampuan yang ada.
Jika. dia berfikir tidak boleh melakukan keadilan terhadap isteri - isterinya, maka, cukuplah dengan seorang isteri.
Orang tua - tua Melayu menasiahati para lelaki yang hendak berkahwin lebih dari seorang isteri, supaya berjaga - jaga, fikir - fikira dan waspada, agar tidak ' memikul biawak hidup'.

Hai orang - orang yang beriman, sabarlah dan cukup (sempurna)kan kesabaran, dan perteguhkan kekuatan, dan patuhlah kepada Allah, agar kalian menjadi (orang - orang) beruntung.*
 - Ali Imran:200. 

*Bagi lelaki yang sempurna keadaan dirinya untuk berpioligami, eloklah mengamalkan ayat Quran di atas ini, seperti diamalkan oleh beberapa orang alim yang beristeri lebih dari seorang.
Di antara orang - orang alim yang memberi nasihat ini kepada saya, di antara mereka:
 a. Sheikh Haji Nawawi (janggut merah); tiga isteri, semnua isterinya berbaik antara satu dengan lain.
 b . Haji Wan Mohd. Yusof, imam Masjid Ubudiyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar,
 c. Haji Abdul Razak, Kati, Kuala Kangsar.
Cara melakukan: 
1 - Pada waktu tengah malam, sembahyang hajat dan pada setiap sujud mohon kepada Allah agar isteri tidak menegah suami berkhawin lagi dan isteri dikurniakan Allah, bersabar, 
2 - Pada ketika isteri sedang lena, baca berbisik ayat di atas, dan hembuskan kepada tubuhnya dari kepala ke kaki. Lakukan sebanayak tiga kali,
3 - Amalkan tujuh malam.

                              AMANAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memenasihat dan memerintah:

Tunaikan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada anda, dan ajangan mengkhianati orang yang mengkhinati anda.
Tangan lurus menanggung apa yang diterima sehingga dia wanjib menunaikannya.* 
- Perawi: Imam Abu Daud, Tirmizi dan Imam yang lima (para perawi hadis)

*  Dalamj hadis ini Rasul Allah memberi amaran, agar seseorang Iwslam tidak membalas dengan khianat ke atas arang yang mengkhinati dirinya. Maafkan dan serahkan kepada Allah.


Beritra dalam "Sinar Harian', pada hari ini.



BENARKAN NIK AZIZ BAPA KAFIR?

 Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’ mempunyai unsur dendam.
Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama.
“Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat,” kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, semalam.
-----------------------------------------------

Sesiapa yang telah membaca buku krangan saya, ' Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu' ,(1993) tentulah telah membaca Pada halam 20 - 32, iaitu salinan'Sahifah Madinah' (Piagam Madinah) sebanyak 47 fasal; perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum - kaum Yahudi di Madinah al Munawwarah.
Dalam perjanjian itu, pemerintah Islam pimpinan Nabi MUhammad s.a.w. melindungi keamanan orang - orang kafir di Madiha dan orang - orang kafir pula melindungi dan menjaga bersama kesalatan umat Islam, iaitu saling bekerjasama bagi menjagpergaulan, keselamatan dan keamanan.
Dalam Quran, Allah berfirman:Ditimpa kehinaan atas mereka, di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan denganAllah dan hubungan dengan manusia (ertinya saling jaga keselamatan dan keamanan antara orang Islam dengan orang kafir) 
- Ali Imran:112. Maka, tidak menjdi salah dalam agama Islam, orang Islam bekerjasama dan melindungi orang kafir atau sama - sama menjaga ke amanan.Keran aorang kafir tidak mengganggu dan memusuhi umat Islam.
Nik Aziz bin Nik Mat, Najib Tun Razak, Anwar Ibarahim dan siapa sahaja tidak salah melindungi orang - orang kafir di negara ini.
Saya meneliti berita mengenai Rahim Nor terhadap Nik Aziz, menampak Rahim Nor tidak berapa memahami pengetahuan Islam (lain dari fardu ain dan ibadah). Dan beliau bercakap seperti orang menembak musuhdengan pinolnya sebelum menatap wajah musuhnya.

PANTUN - Rabu,9 Mei 2012

Bila ke Perlis makanlah laksa,
Juga mee sarang burung;
Jika menulis aliran sastera, 
Jangan jadi memerang mengkarung.

Bila beli buah gajus,
Cari yang biji di dalam;
Jika anda jadi politikus,
Jangan ketepikan intipati Islam.

Ketika padi ditiup bayu,
Segera ditampi dekat bidai;
Jika diri jadi Melayu,
Negara sendiri jangan digadai.



MAMPUKAH UMNO PERTAHANKAN MELAYU?

Oleh: Mokhtar Petah

(akhir)

Pada zaman Dr. Mahathir Mohamad memimpin UMNO telah berlaku beberapa pergolakan dalam UMNO,di antaranya:
* Retak dan belah 2M – Mahathir – Musa -, Datuk
Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
* Kumpulan 11 telah berjaya membawa kes UMNO
kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan
pada 4 Februari 1988 hakim, Datuk Harun Hashim
telah membuat keputusan, bahawa UMNO sebuah
pertubuhan yang tidak sah,mengikut Seksyen 12
(3) Akta Pertubuhan Pertubuhan 1966,UMNOtidak
sah di segi undang-undang.
Dr. Mahathir Mohamad telah berusaha menubuhkan (semula) UMNO, tetapi telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Februari. Setelah diubah suai, iaitu menggunakan nama UMNO Baru, maka pada 15 Februari 1988 UMNOBaru telah didaftarkan menjadi sebuah pertubuhan yang sah. Ertinya UMNOyang ditubuhkan pada tahun 1946 telah berkubur tanpa nisan menurut undang-undang negara.
Pada hari-hari sebelum UMNO baru ditubuhkan dan didaftar oleh Pendaftar Pertubuhan, terdapat golongan politik China termasuk beberapa orang kalangan MCA telah bergerak untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan seperti melantik seorang China dari parti itu untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.
* Wujud team A dan Team B sehingga Dr.
Abdullah Badawi dijadikan melukut tepi gantang oleh pucuk pimpinan UMNO, kerana seperti orang bercinta; sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi.
Pada masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi ahli politik naiktocang. Dialah ibarat gadis bertuah.
* Krisis antara Raja Melayu dengan UMNO sekitar tahun 1992. Hasilnya kerajaan pimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Ghafar Baba telah
berjaya memansuhkan kekebalan Raja Melayu. Sidang
Khas Dewan Rakyat pada 18-19 Disember 1992,
telah meminda perkara dalam Perlembagaan: Artikal
181(2) : ‘Tiada apa-apa perbicaraan boleh
dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi satui-satu negeri atas sifat dirinya sendiri.’ Artikal berikut menjadi penghalang kepada pindaan itu:Artikal 38(4): ‘Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran boleh diluluskan dengan tidak persetujuan Raja-Raja’.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ghafar Baba dalam ucapannya pada waktu membentangkan usul “Raja Berpelembagaan’ dalam Dewan Rakyat pada 10 Disember 1992,antara lain berkata:
“Saya rasa diri saya memikul tanggungjawab yang sangat berat bagi membawa satu usul yang penting di dalam Dewan yang mulia ini kerana ianya melibatgkan kedudukan Raja-Raja yang selama –lamanya saya anggap sebagai sahabat-sahabat saya yang sentiasa disanjung dan dihormati. Tetapi oleh kerana kepentingan negara mengatasi segala-galanya,maka saya terpaksa berdiri untuk membentangkan usul yang berbunyi:
….Kerajaan menegaskan pendiriannya mahukan Institusi Raja Berpelembagaan dikekalkan di negara ini, walau bagaiamana pun,kerajaan mempunyai tanggungjawab sepenuhnya bagi menegur dan memperbetulkan apa-apa juga kesilapanm yang didapati telah dilakukan oleh mana-mana juga Raja-Raja Melayu.
Bahkan tindakan Kerajaan ini adalaah dibuat dengan ikhlas dan bertujuan untuk mengekal dan mempertahankan Institusi Beraja sebelum rakyat jelata sendiri bertindak liar terhadap Raja-Raja yang mungkin tidak boleh dikawal lagi akhirnya.
…rakyat jelata telah memberi persetujuan untuk beberapa keistimewaan kepada Raja-Raja sebagaimana yang tersebut dalam Artikal 38(4) Perlembagaan Persekutuan yang disebut, ‘No Law directly affecting privileges, position, honours and dignities of the Rulers shall be passed without the consent of the Conference of Rulers’.
Cabutan dari titah Sultan Perak,Sultan Azlan Shah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang: “Takhta Merak Kayangan di Iran telah dialih dari istana ke muzaum sejarah kerana rakyat Iran tidk lagi memberi kepercayaan dan taat setia kepada Takhta,kononnya Takta Merak Pahlavi telahmelebihi kuasa yang ada padanya.
Sejarah telah menunjukkan bahawa takhta yang dialihkan dari istana ke muzium sejarah adalah hasil daripada salah nasihat yang diberi oleh penasihat-penasihat istana yang tidak bertanggungjawab kepada rakyat. Sebenarnya, pensihat-penasihat istana ini terdiri daripada mereka ayang mencari keuntungan jangka pendek bagi kepentingan rakyat dan negara. Apabila keadaan itu berlaku, lambat laun rakyat akan memberontak dan takhta tergugat.
Walau seberapa banyak sekalipun askar,polis rahsia atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga takhta, namun tidak satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan,namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata itu dimakibulkan Allah,maka berpindahlah takhat dari istana ke muzium seni dan budaya”. – mokhtar petah)
Riak-riak kecil pada hari-hari sebelum dan setelah Peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Mengeri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.
Beliau disingkir dari UMNO dan ditangkap atas tuduhan-tuduhan tertentu.
Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan Presiden UMNO dan jawatan itu telah dipangku oleh Abdullah Ahmad Ahmad Badawi.UMNO mengalami Timbalan Perdana Menteri baru di sandang oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Mungkin boleh dijadikan ‘perhatian’ di kalangan ahli-ahli UMNO,iaitu sebuah buku sejarah UMNO hendaklah ditulis agar perjuangan parti itu dibaca dan diketahui oleh generasi hari ini dan akan datang.
Semenjak Dato’ Onn bin Jaafar hingga kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, adanya pergolakan, krisis dalam UMNO dan segala macam tidak puas hati di kalangan ahli-ahlinya disebabkan beberapa faktor, di antaranya:
1 - Pemimpin lebih mementingkan dirinya sebagai
Orang nombor satu yang kadang kala ada sikap
kediktatoran kecil yang mereka lakukan.
2 - Pertukaran dari intelektual seorang pemimpin
kepada sikap veto dan autokrasi setelah
memegang kekuasaan tertinggi.
3 - Tindak tanduk orang-orang kanan atau rakan –
rakan rapat pemimpin menggunakan nama
pemimpin bagi mena dapatkan pengaruh
di kalangan orang ramai atau menakutkan
mereka.
4 - Sikap telunjuk lurus kelingking berkait di
kalangan orang-orangyang rapat dengan
pemimpin dan mereka mengejar kepentingan
diri sendiri.
5 - Ada di antar ahli-ahli UMNOyang
berkedukukan atau berkuasa menjadi tidak
jujur kepada parti dan orang ramai,melakukan
rasuah atau politik wang, menikan kawan
seperjuangan dari belakang dan menjadi alat
kepada syarikat-syarikat gergasi bukan
Bumiputera.
AKAR UMBI
Pada masa mendatang ini, UMNO akan berada pada keadaan normal dan memuaskan hati ahli-ahlinya sekiranya faktor-faktor di atas ini dapat dielakkan dan di musnahkan hingga ke akar umbi.
Kita bersyukur kepada Allah, denganhidayah dan taufiq-Nya, Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad telah mengistiharkan dalam Dewan Rakyat, bahawa Malaysia telah bertukar dari sebuah negara nasional – kapaitalis kepada Negara Islam. Apabila Abdullah Badawi mengambil alih kepimpinan negara,beliau telah mengemukakan sajaknya yang berfalsafahkan Islam – Al Quran dan As Sunnah. Sekali gus beliau telah mengitiharkan konsep Islam Hadharimenjadi asas negara. Asas itu juga telah menjadi tunjang, batang dan puncak pada cekap, amanah dan adil yang menjadi amalan negara.
Segala-galanya telah berlaku, maka apakahUMNO akan tetap menjadi sebuah parti nasionalis yang terus menjaga kepentingan nasional atau ia membiarkan negara ini diperintah oleh kalangan yang cenderung kepada mengenepikan bangsa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam?
Seluruh ahli UMNO mestilah bersaspada, bahawa pada masa kini, umat manusia yang hendak menghapuskan satu-satu bangsa, agama Islam dan Raja Pemerintah dengan menggunakan senjata sosio-demokrasi. Iaitu sosialisme demokrasi dari falsafah Karl Mark. Adakah sosialis tersebut yang menurut sains politik, adalah mempunyai ideologi yang paling hampir atau sebadan dan senyawa dengan komunisme.





KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


             MENJADI ORANBG KAFIR

Hai orang - orang yang beriman, jika kalian taat akan sesuatu organisasi dari orang  - orang (Yahudi dan Kristian) yang diberi kitab itu, nescaya mereka mengembalikan kalian menjadi orang - orang kafir setelah kalian beriman. *
-Ali Imran:100

* Mengamalkan politik dan ekonomi dan lain mengiku sistem
   mereka (kapitalisme dan lain), adalah sama dengan mengikut
   mereka juga.


                           HARGA

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi amaran:

Sesiapa yang menimbun (mengganda) kan harga barangan bagi orang Islam, maka, pasti Allah menempatkan dia dalam sebahagian besar dari neraka. 
- Perawi: Abu Hurairah dan Imam Ahmad.

*  Perbuatan menggandakan keuntungan, seperti yang dulakukan  
    oleh kebanyakan peniaga restoran. warong makanan, pasar
    malam dan pasar minggu, maka, ertinya  hasil dari perniagaan  
    demian  tidak halal dan pelakunya akan dimasukkan Allah dalam
    neraka.

SAJAK DAN CERPEN

ISLAMKAH KITA?


(Untuk Najib, Haji Hadi, Nik Aziz ulama


dan indvidu Islam yang beriman)




Benarkan kita ini manusia Islam,


Hati dan jiwa mukmin murni,


Taatkan Allah pemilik alam,


Pegang kukuh Sunnah nabi?




Baca kaji dalam diri kalian,


Kerana kuasa abaikan perintah Allah,


Suara naga kerja laksana semut dijalanan,


Benak hati abaikan perpaduan ummah,




Benarkah kita ini manusia beriman?


Atau pendurhak bakal api neraka,


Sesama ummah putus hubungan,


Kerana jahiliah moden arah tuju kita.




Perpaduan umah kita abaikan,


Berkarat hati sesama meslimin,


Bangga kuasa atau ria beriman,


Macam sibuta menghadap cermin.




Benarkah kita manusia beriman?


Sebijak mana orang Pekembar,


Sekuat mana PAS bertakwaan,


‘Perpaduan ummat ngapa dibiar?’




Wahai Melayu Ummah mulia,


Usah dibangga kuat dan pintar,


Jika perintah Allah kita alpa,


Kuasa dan makmur tetap bertukar.




Kalimat kudus, Kun fayakun!


Kita jadi papa kedana,


Kuasa berpindah ke tangan orang,


Bangsa Melayu hilang kuasa,


Raja kita pindah ke sarang.

Tanjung Piring, Kedah ........... Mokhtar Petah








PEMIMPIN YANG GAGAL
Tangan wajanya menepuk dada berpapan,
Suaranya membelah langit dan bumi,
Jerkahnya bagaikan gugur bulan,
Qarun dan Fir’un bertakhta pada hatinya.

Pada ketika kuasa di tangannya,
Bukit bukau roboh, punah,
Rimba balak jadi padang tekukur,
Habuan para tukang ampunya.

Sedikit para pengikutnya nan jujur,
Bagaikan beruk jantan turun minyak
Berseringai taring menanti waktu,

Tempurung lututnya jadi sasaran.



Dia pemimpin yang gagal,

Kuasa di tangannya bagaikan api lilin,

Angin kencang menerpa tiba,

Api padam lilin rebah,

Gagalnya mamah dirinya sendiri.



Mangsa politiknya rakyat murba,

Siang malam menelan janji indah,

Ketawa bersiringai gigi sebatang,

Air liur kering di lidah.

Dia pemimpin yang gagal,

menyatukan umat mulia,

menyempurna harakah ditangan,

hidupnya moyok bak kera duku di dahan.


Wetland, Putrajaya …………………..Mokhtar Petah



----------------------
MEREKA BERDOSA






Dari perlis hingga ke sabah,


Hening ribut banjir di hati,


Siput laut tonggek ternganga,


Mengigil lotong kakah dan semua serangg,


Dik laung jerekah pemimpin kita.


Najib, Hadi, Anwar pejuang bangsa.







Laksana pintu penajara mulut Ulama zuhud,


Ahli fatwa bukan taraf mereka,


Arif amat mereka; para pemimpin berdosa,


Laung pekek sepanjang masa,


Kukuk berderai ekor ke gelegar jua;





Biar Melayu – ummah – bersengketa,




Najib mengepung idea dalam diri,


Laksana enggang jantan mengeram telur,


Hadi moyok hadapi jihad mulia,


Laksana golf (golongan lemah fikiran),


Anwar payah di persimpangan, abimiah,


Islamkah atau asobiyah ciptaan manusia.







Najib dan Hadi berdosa,


Anwar pikul dosa bersama,


Kerana abaikan amanahAllah ,


Hendarkan sengketa sesama ummah,


Berpadu kukuh bawah satu kalimah,


’Allah’ – Islam negara bertuah.







Pasir Salak .....................................Mokhtar Petah


--------------------------------------

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini



GUNA BELIUNG TEBANG AZMIN ALI


Saya mendapati 'krisis anak beranak' Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, adalah satu krisis dalaman dan boleh diselesaikan oleh mereka sendiri, tetapi kerana beliau seorang yang populer di negara ini dan usaha menjatuhkan beliau diusahakan oleh orang - orang tertentu, maka, yang yang baik adalah menggunakan ibunya dan kakaknya.

Sebenarnya,jika mengikut maruah Islam, walau macam mana salah anak kepada ibu, ibu kena sabar, berdoa kepada Allah agar anak menjadi baik dan taat kepadanya; tidak boleh mendedahkan kepada jiran tentangga, msyarakat, lebih - lebih kepada media, sehingga diketahui oleh umat manusia di seluruh dunia.

Kalau benar Azmin bersalah, maka ibunya telah membuat salah, kerana membuka pekung di dada sendiri dan mendedahkan keburukan daging darah sendiri kepada dunia.

Saya kira menjadi 'wajib' ibu sembahayang hajat, berdoa kepada Allah, agar anaknya menjadi baik dan taat (kalau benar (Azmin bersalah).Tidaklah mengistiharkan kepada media.

Tidak ada ibu yang rela anak kandungnya diburuk - burukkan, apa lagilah hingga anak itu masuk neraka. Ibu yang demikian, adalah seperti meludah ke langit; batang hidunjg sendiri juga yang kena.

Saya meneliti tulisan Azmin , maka, saya yakin, dia tidak seperti yang menjadi propaganda pihak musuhnya politik..

Mungkin, seperti orang - orang Yahudi peda zaman silam, untuk menjatuhkan Nabi Musa alaihis salam, mereka menggunakan sahabat dan orang rapat nabi tersebut, sebagai hulu beliung bagi menebang pokok besar, iaitu untuk menjatuhkan nabi Allah itu. Azmin juga sedang cuba ditebang oleh beliung yang menggunakan ranting kecil dari kayu, kerana, pada anggapan umum, Azmin kuat seperti kayu besar dalam arena politik tanah air.

Dilihat di segi ilmu pengetahuan Islam ( saya tidak tahulah fatwa Majlis MUfti), bahawa, sesiapa jua melakukan kerja ' melagakan orang adik beradik atau orang anak berana - ibu dengan anak' adalah dimurkai Allah dan akan mendapat dosa yang besar.

Saya berharap, sesiaoa pun tidak mencari keuntungan, kemenangan dan kepopuleran dengan mencangkul atas belakang orang lain.


PANTUN - Isnin, 7 Mei 2012

Ada rumah tiada pancur,
 Semua benak bagai dibelat;
Bapa rasuah emak pelacur,
 Semua anak menusia jahat.

Terang sawah sekat selat,
Redup mula hala ke jeti;
Orang rasuah dilaknat Allah,
Hidup derita hingga mati.





KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                     MANUSIA

Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengaturkan cara mencipta manusia, bermulanya dari air mani yang bercampur *(dari benih lelaki dan perempuan, dan dari berbagai jenis makanan yang menghasilkan darah dan darah menjadi air mani), serta Kami (Allah) tetapi mengujinya (dengan kwajiban -kewajiban), oleh itu, Kami (Aallah) mencipta dia (manusia) berekadaan mendengar dan melihat). - al Insan:2

* Air mani manusia dijadikanAllah dari darah. Darah itu dari hasil berbagai makanan, sama ada halal lagi baik, atau halal tetapi tidak baik (berdasarkan satu ayat dalam Quran). Makanan haram, sama ada dari jenis makanan yang diharamkan dalam agama Islam, seperti babi, arak dan sesuatu jenis yang merosakkan fikiran dan jiwa manusia, seperti dadah dan sebagainya. Dan hasil haram seperti, hasil zina atau pelacuranm, suri dan samun, makan suap atau rasuah dan lain.
Kita melihat atau kita berpengalaman, ramai anak - anak manusia yang menjadi baik - anak yang salih - , adalah hasil dari apa yang dimakan oleh ibu bapa mereka, iaitu hasil dari punca yang halal.
Ada anak - anak manusia menjadi jahat, tidak senonoh dan sebagainya, adalah hasil dari apa yang dimakan oleh ibu bapa mereka dari hasil yanjg haram.
Saya ada dua pengalaman tentang perkara ini: 
1 - Suami isteri miskin, mempunyai lima orang anak, semua anak mereka berpelajaran tinggi dan menjadi mansusia yang baik dansalih. 
2 - Syuami isteri kaya, mempunyai anak lima orang. Semua anak mereka beku otak dan pelajaran setakat darjah tiga sekolah rendah. Jahat. Ada yang jadi pencuri, perogol, pelacur kehormat dan penagih dadah.
 Keburukan yang berlaku atas anak - anak itu kerana suami isteri tersebut memakan hasil haram, di antaranya, membungakan wang (riuba), mengamalkan memberi rasuah dan menyelewengkan harta orang untuk dijadikan harta mereka, iaitu melalui pegawai - pegawai di  beberapa pejabat tanah.


                          WANG HASIL RIBA

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi amaran kepada umat Islam: 

Satu dirham yang hasil riba yang dimakan oleh seseorang, pada hal dia mengetahuinya, maka, adalah dosanya sama berat dengan dosa tiga puluh enam (36) pelacur.
 - Perawi: Abdullah bin Hanzalah dan Iman Ahmad.

SAJAK




PAKU GAJAH*

Piah,
Perempuan muda Orang Asli,
Manis, rahsia jelitanya,
Sepasang bibir merah, basah,
Bergaya, 
Penduduk Lembah Paku Gajah.

Piah,
SPM Sek.Mengangah Tun Saban,
Pengkalan Hulu, Perak,
Kerana cinta agung,
Tinggalkan ibu bapa,
Bersama kekasihnya ke Tanah Rata.

Piah,
“Saya orang Kristian,
Kami tak tau agama Islam,
Ingin ada tapi tak kenal,
Tak ada orang Islam seru kami,
Di lembah kami,” ujarnya.

Piah,
“Kami orang Melayu juga,
Orang Melayu asal kami,
Temiar,Negrito, Jakun banyak lagi,
Tapi orang Melayu tiak suka kami,
Kami oang utan tak moden,” suara Piah sedih.

Piah,
Saban hari menapak di bendar Tanah Tinggi,
Bekerja membantu suami setia,
Pemandu lori sayur,
Cinta mereka laksana di bawah kabus gunung,
Entah laksana bunga di bawah suria.

Piah,
Tiada cahaya mata,
Bibit suami tidak bertunas dalam rahimnya,
Kerana merancang tidak mahu anak,
Makan ketis belalang dewa,
Air rebusan tunjuk langit rimba.

Piah,
Saban hari,
Berladung air mata dan tumpah ke pipinya,
Melihat bayi didukung ibu,
Hatinya didera kepingin anak,
Piah, benci cinta tanpa anak.

Piah,
Katanya,“Kalau siami saya orang Islam,
Saya tak sedih begini,
Sepi macam gua tiada penghuni,
Ada rahim tak ada anak,
Hidup saya macam paku gajah.”

Cameron Highland ................ ...... Mokhtar Petah

* Ulangan



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                   YAHUDI

Kami pecah - pecahkan mereka (kaum Yahudi) berpuak - puak (yang bertaburan di merata - rata dunia). Di antara mereka ada yang salih(mereka yanbg beriman kepda Allah, kitab - kita Allah termasuk al Quran dan Nabi Muda dan Nabi Isa dan juga kepada Nabi Muhammad s.a.w.). Dan ada di antara mereka itu yang tidak demikian (yang kafir, tidak putus - putus melakukan kejahatan dan kezaliman serta derhaka kepada Allah). Dan Kami (Allah) uji meeka nikmat yang baik - baik dan bala bencana yang buruk, supaya mereka kembali (bertobat).*
 - al A'araaf:168

* Umat Islam boleh brbaik dengan orang - orang Yahudi yang baik dan beriman kepoada Allah serta salih.
Dalam Sahifah Madinah - Piagam Madinah - , Nabi MUhammad s.a.w. telah menandatangani persahabatan dan perpaduan dengan kaum -kaum Yahudi di Madinah.



                     TUKANG BEKAM

Dari Abu Hurairah: Sesungguhnya Rasul Allah, Muhammad s.a.w. melarang (seseorng Islam) bkerja sebagai tukang bekam, upah melacur dan harga anjing (jual anjing). 
- Perawi: Imam Ahmad.


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.




MENTERI DALAM NEGERI



Saya menyanjung tinggi akan akan keikhlasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Sebagai menteri yang bertanggungjawab laksanakanlah dengan penuh tanggungjawab dan adil. Jika ada yang bersalah, orang awam atau polis, laksanakan hukuman.Dalam negara demokrasi; kadang - kadang orang yang benar berbuat salah menyembunyi tangan dan orang yang, dan orang salah melakujkan kebenaran, dianggap salah.
Utamakan keadilan, iaitu bermula dari penyiasatan, fakata, pendakwaan dan menghakiman. Insya Allah Datuk Seri beradalam golongan umat manusia yang diredai Allah.


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                              QURAN


Sesungguhnya, Kami (Allah) telah menghuraikan dengan berbagai cara dalam Quran itu untuk umat manusia, dri segala contoh bandingan; dan ( tetapi) sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang paling banyak bantahan.* 
- Al Kahfi: 54

*  Kebanyakan manusia yang m endapat pendidikan barat atau guru mereka para maha guru dari golongan orang Yahudi atau Kristian, membantah dan mendolak dalikkan hukum - hukum Allah dalam Quran. Mereka lebih mengutamakan hukum - hukium ciptaan manusia Yahdui dan Kristian.


                        MAKAN HASIL QURAN

Rasulu Allah, Muhammad s.a.w. memberi perinagatan:

Bacalah al Quran, tetapi kalian jangan berlebih - lebihan, jangan kalian berat - beratkan, jangan kalian makan dengannya (hasil dari ayat - ayat Quran) dan jangan kalian mencari kekayaan dengannya.*
 - Perawi: Imam Ahmad dan Abdul Rahman bin Syibli.

* Sekarang, kita dapati ayat - ayat Quran diperniagakan orang, seperti ditulis khat dan masukkan dalam pemidang, dalam kerta - kertas tebal dan buku, dijual dengan harga yang lebih dari patut. 



RENUNGAN PADA HARI JUMAAT


KE MANA HENDAK KITA TUJU?

Peristiwa bersih 3 - 0 bru - baru ini yang menajdikan Bandara Kuala Lumpur seperti Bandar Kahirah, Masir dan Bandar - bandar lain di seluruh dunia; Kerajaan menuduh para tunujuk persaan salah dan para penunjuk perasaan menuduh kerajaan ‘kotor’, lalu hendak dibersihkan.
Dari peristiwa itu, menjadikan fikiran kita terbuka untuk mencari falsafah:
Berburu di padang datar,
 Dapat rusa berbelang kaki;
 Menurut kepalang dasar,
 Alamat kita terkekang kaki.
Parti politik mana yang hendak kita ikut dan dasa politik mana yang kita fikirkan baik untuk diharapkan.
Lalu kita membuat andaian yang membimbangkan kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam.Maknanya dalam pilihan raya umum ke - 13 nanti , parti politik mana yang henak kita beri pankah hormat kita itu. Untuk member sedikit pangkah dari pena, dakwat dan kertas percuma itu, kita wajib berfikir untuk diri kita dan anak cucu kita.
1 - Jika kita memilih UMNO - Barisan Nasional, bermakna kita duduk ditakuk lama jua, iaitu masih berpegang kepada dasar Nasional dan kapitalisme. Harapan bagi orang Melayu untuk mentasai bangsa - bangsa lain, seperti ‘ kata puru berlawanalari dengan kancil’ Cuma.
      Bangsa Melayu akan terus ada, tetapi laksana tumbuhan atas batu; hidup segan mati tak mahu’. Atau, mungkin, kita akan menerima nasib seperti orang - orang kulit hitam yang Negara mereka dikuasai oleh orang - orang kulit putih. Mungkin juga, sebiolangan besar dari bangsa Melayu merempat di bumi pusaka datuik nenek mereka sendiri.Akan bernhyanyilah anak cucu Melayu:
                          Kajang tuan kajang berlipat,
                                   Kajang saya mengkuang layu;
                            Dagang tuan dagang bertempat,
                                   Dagang saya rumput layu.
    Eslau bagaiamanapun UMNO - BN masih mempertahankan Islam menurut Perlembagaan Negara, seperti dalam Perlembagaan Persekutuan, bahagian 1 (3) Agama Persekutuan 1-  Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - manan bahagian Persekutuan.
  2 -   Jika kita memilih parti politik pimpian Anwar Ibrahim, iaitu Parti   
         Keadilan Rakyat (PKR), parti politik itu berlawanan dengan dasar   
         UMNO,iaitu berdasarkan sosio - demokrasi (ertinya mengamalkan sistem  
         Sosialis dan berlandaskan demokrasi. Ia,  sama dengan Demoract Action   
        Party (DAP) yang dulu satu badan dengan PAP Singapura, setelah
         terbentujk Malaysia, iaitu terepisah dan menjadi adik angkat kepda parti
        politik Singapura itu.
        Parti - parti politik ini akan memerintah negara ini seperti pemerintahan
        Singapura sekarang.Tidak ada satu bangsa pun dalam Negara ini yang berhak mengakui ‘bangsa’menurut pusaka datuk nenek mereka. Mereka hanya bangsa satu, iaitu bangsa Negara ini atau Malaysia.
      Semua hak istimewa orang Melayu, seperti tanah Malays reservision (simpanan Melayu) akan terhapu. Dan semua yang ada hak bagi orang Melayu akan berubah menjadi sama rata dengan kaum - kaum lain.
      Manakala agama Islam, boleh berjalan atau bergerak seperti dalam kerajaan Barisan Nasional sekarang.
      Satu hal yang patut difikiran; jika hak Melayu telah terhapus, maka, kerajaan bercorak sosio - demokrasi tentulah tidak perlukan lagi ‘Raja Melayu’. Apa hendak dirajakan, kerana bangsanya tiada.
3 -  Kita boleh menyokong PAS, mungkin PAS yang berpandukan Islam, dalam Negara Islam, bangsa tetap ada, tetapi Islam menjadi dasar Negara. Tetapi, kita kena perhatikan kembali akan ‘salah dan silap’ Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta rakan - rakan utama mereka dalam UMNO dan pihak Raja Melayu yang mengubal ‘Perlemabagaan Persekutuan’ bersama para pemimpin parti politik orang Cina dan parti politik orang India dengan tunjuk nasihat Inggeris, tentulah sukar untuk meminda Perlembagaan Negara pada bahagian 1 (3) Agama Persekutuan 1-  Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - manan bahagian Persekutuan.
    Jika berjaya membentuk Negara Islam, bukan Islam ‘ausatuha’ seperti yang dilaungkan UMNO, maka, Negara Islam yang baru akan menghadapi tentangan dari orang - orang yang tidak menyukainya. Akhirnya akan berlakukan seperti Negara Islam yang dibentuk ‘Toliban’ di Afghanistan dan Negara Republis Islam Iran, yang sentiada diburuk - burukkan oleh sebilangan musuh Islam dalam Negara sendiri dan orang - orang luar.
      Akhirnya, kuasa - kuasa besr dunia akan melakukan tindakan seperti yang dilajukan ke atas Afghanistan, Iraq, Libya dan Negara - Negara lain.
      Cubalah berfikir!










Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

                                                 KRITIK BERMARUAH

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP menunjukkan Anwar tidak lagi menghiraukan orang Melayu dan Islam, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata Anwar adalah seorang yang sanggup berbuat apa sahaja dan menganggap semuanya halal asalkan dapat menjadi perdana menteri.
"Perangai dan sifat sebegini, orang Melayu harus beri penilaian. Orang Islam harus beri penilaian, siapa itu DAP. Saya sudah kenal dia (Anwar) lama," kata Rais, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.
----------------------------
Saya sebagai rakyat Malaysia,menghormati dan menjunjung perlembagaan negara; maka, saya hormati semua parti politik di negara ini, kerana semua parti politik itu di bawah lindungan perlembagaan.
Saya sebagai rakyat Malaysia, tidak memihak kepada mana - mana parti politik. Setulus hati saya menulis di sini, menegur sedikit akan 'suara Menteri, Datuk Seri Rais Yatim mengenai Anwar Ibrahim, seperti di atas. Saya menganggap percakapannya itu termasuk dalam lingkuang 'kritisk yang tidak bermaruah'.
Saya tahu, Anwar Ibrahim sayangkan Melayu, Cana, India san orang lain yang menjadi rakyat negara ini. Beliau sama dengan Rais Yatim sayangkan semua. Tetapi mengapa Rais Yatim anggup menuduh beliau sedemikian.
Kata - kata Rais Yatim seperti memperjahilkan orang ramai dengan tujuan meraih sokong terhadap partinya dan dirinya.
Mungkin 'kritik tidak bermaruah' oleh Rais Yatim, kerana mempertahankan kedudukannya, agar beliau masih dihormati pucuk pimpinan parti dan dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke - 13 nanti.
Saya kira Rais Yatim terlalu lama memegang jawatan dalam kerajaan. Dari kerrajaan Negeri Sembilan hingga Kerajaan Malaysia. Eloklah beliau berundur dan berikan peluang kepada orang lain di Negeri Sembilan untuk berjuang secara 'lebih cegas dan tidak bercakap banyak'. Saya kira ramai dalam kawasan Jelebu, tokoh - tokoh UMNO yang boleh dicalunkan untuk menggantikan tempat Rais Yatim.
Bukan Rais Yatim sahaja, mana - mana orang tua dan orang lama memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan pusat (atas teket parti politik), ekoklah berundur dan beri peluang kepada orang lain - kawan - kawaan seperjuangan.








PANTUN - Jumaat, 4 Me 2012

Bulan bulat tinggi di desa, 
Kelabu nampak tunggul muda;
Bukan murtad tetapi berdosa, 
Baju nampak binggul  dada.


Malam Jumaat pasang pelita, 
Pelita malap minyak tanah; 
Jangan melaram tubuh jelita, 
Amalan maksiat dikutuk Allah.*


* Untuk kaum wanita. 



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                  BERLAKU ZALIM

... al Quran yang Kami (Allah) wahyukan kepada kamu (Muhammad s.a.w.) ialah yang benar, yang tetap mengesahkan  kitab - kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan sedalam - dalamnya akan keadaan sekalian hamabaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan.
Kemudian Kami (Allah) jadikan al Quran itu diwarisi (dipusakai) oleh orang - orang yang Kami(Allah) pilih dariu kalangan hamba - hamba Kami (Allah) - iaitu umat Muhammad s.a.w. Sungguhpun begitu, di segi amalan, ramai yang melakukan dosa, ada yang sederhana dam ada yang nendapa taufik dan hidayat menjadi orang yang taat yang sungguh - sungguh kepada Allah -; maka ada di antara mereka yang melakukan kezaliman kepada sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran dan hukum dalam al Quran). Dan ada di antara mereka bersikap sederhana*, dan di antara mereka pula mendahului (orang lain) dalam berbuat kebajikan dengan izin Allah. Yang demikian itu, ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata - mata). - Faatir:31,32.

* 'Ada di antara mereka bersikap sederhana'. Saya melihat, Kerajaan Malaysia, walaupun menolak Negara Islam dan menolak hukum hudud, tetapi telah melaksanakan banyak perkara kebaikan dan kebajikan mengikut Islam dan dengan izin Allah.


                            TNAH TIDAK DIUSAHAKAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesiapa yang memiliki tanah (pertanian) hendaklah ditanaminya (dengan tanaman yang berfaedah), atau dia serahkan kepada saudaranya untuk mengusahakannya (bercucuk tanam). Tetapi, kalau dia enggan (berbuat demnikian), maka (pemnerintahan Islam) hendaklah menahan tanah tersebut.
 - Perawi: Imam Muslim dan Imam Bukhari.







PANTUN ISNIN

Kuala Perlis  padi menjadi,
Padi huma atas daratan;
Jadi penulis jaga diri, 
Jadi manusia kuat fikiran.

Padi huma atas daratan, 
Buah getak atas batu;
Jadi mulia kerana tulisan, 
Maruah rosak tulis tak tentu.

Buah getak atas batu,
Batu kawi dari makkah; 
Allah tegah orang begitu,
Tentu diri tidak berkah.

QURAN DAN HADIS

BALASAN ALLAH

Sesungguhnya, Penguasa – Allah – anda – Muhammad s.a.w. – tetap mengawas dan membalas – segala perbuatan baik dan perbuatan jahat hamba – hambaNya di dunia dan akhirat - .
Oleh yang demikian, kebanyakan manusia, apabila diuji oleh enguasa – Allah – nya - dengan kemuliaan dan dimewahkan hidupnya (dia tiak mahu bersyukur tetapi bersikap takbur – serta berkata dengan bongkak atau sombong: “ Tuhanku telah memnuliakan aku.”
Sebaliknya, apabila diuji Penguasa – Allah – nya, dengan disempitkan rezekinya, dia (tidak sabar bahkan resah gelisah - serta merepek dengan kata – kata: “Tuhan telah menghina aku.”
– Al Fajr: 14 – 16.

NOTA

Pada zaman ini, orang Melayu di Malaysia, ramai yang berkuasa dan kaya raya, tetapi mereka menjadi bongkak atau sombong dengan menghina, memfitnah dan memburuk – burukkan orang Islam yang Allah tentukan sahabat mereka.
Mereka tidak sahaja melakukan demikian sahaa, tetapi mereka sanggup menyiksa, membunuh dan sebagainya terhadap orang Islam.
Orang – orang yang mlakukan demikian tidak akan terlepas dari balasan Allah. Di dunia mereka akan mengahdapai kejatuhan dan kehinaan. Di akhirat mereka akan dihumbankan ke dalam neraka


HADIS

DARAH ORANG MUSLIM

Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Tidak halal – iaigtu haram – darah orang muslim yang mengakui atau bersupah setia, bahawa tidak ada tuhan selain Allah saya adalah rasulNya, kecualoi kerana salah satu dari tiga perkara: Janda – dan duda – yang berzina, jiwa dengan jiwa dan meninggalkan agama Islam dan memisahkan diri jemaah orang Islam – murtad - .
– Perawi: Abdullah bin Masu’ud