MENGENANG RAKAN                

                   DAGANG MEREMPAT

Sepanjang tahun - tahun 1960  hingga 1977, beberapa kawasan tanah kerajaan (state lands) dalam kawasan perbandaran Ipoh,kebanyakannya bekas kawasan lombong bijih timah , telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak, di bawah UMNO - Barisan Nasional - melalui Exco (Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan ), kepada  beberapa syarikat pemaju perumahan dan industri  yang 99%  dimiliki oleh orang - orang Cina dan orang - orang India.
              Keputusan mengeluarkan tanah kerajaan negeri (state lands) itu belum dibawa ke hadapan baginda untuk dilulus - perkenankan oleh baginda. Tetapi bbeapa kawasan tanah tersebut telah diteroka oleh beberapa syarikat yang mendapatnya.
Amalan Kerajaan Negeri Perak itu dan perbuatan syarikat - syarikan Pembangunan Perumahan dan Industi meneroka beberap akawasan tanah kerajaan negeri (state landas) sekitar perbaran Ipoh, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar rakyat negeri tersebut  yang teridir dari orang Melayu. Mereka berpendapat, kalau kawasan - kawasan tanah kerajaan negeri itu diluluskan kepda syarikat - syarikat yang demiliki oleh kaum lain, akhirnya dalam kawasan perbandanran Ipoh, tidak ada tempat bagi orang Melayu mendudukinya pada masa akan datang.
 Pada tahun - tehun 1960 - 70 - an, ramai penduduk luar bandar di seluruh Negeri Perak yang mahu mengubah corak hidup masing- masing, telah berhijar ke sekitar kawasan perbandaran Ipoh. Mereka telah mendirikan rumah atas tanah kerajaan Negeri Perak tanpa izin dari pejabat Tanah dan Galian negeri atau menggunakannya ’secara harams. Mereka digelar setinggan. Rumah - rumah yang mereka dirikan seperti  rumah orang kampung pada zaman silam dan masih terdapat pada masa ini, iaitu beratapkan daun rumbia atau zink, dinding dan lantai papan serta tiangnya dari katu - kayu yang  mereka beli dari kilang - kilang kayu balak. Ada juga tiang - tiang  kayu yang mereka membelinya dari Lembaga Letrik Negera cawangan Ipoh, iaitu tiang - tiang eliktrik dari kayu kempas yang telah tidak digunakan lagi. 
  ” ....aku dapat tahu, entah betul entah tidak, ada oghang - oghang Exco negeghi yang dah ambil peluang duit poket dari kawasan tanah yang diluluskan tu ...,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.  
”Ampun Sir, I kurang periksa ...,” kawa saya.
” You tau ..., tapi buat tak tau ...,” titah Sultan Idris sambil senyum.    
”Aku sayangkan  oghan - oghang Cina ..., tapi deme tua macam kata oghang kita, dibeghi betis nakkan paha ..., ghebut peluang yang ada hingga oghang Melayu susah ..., tengok ha, macam tanah keghajaan, oghang Melayu macam meghempat di Ipoh ni,” titah Sultn Idris Sha dan dua bola matanya bagaikan akan menelan wajah saya.
 ” Ia, sunguh, Sir, macam pantu orang tua - tuan Melayu,” kata saya.
 ”Apa kata deme tu?” Sultan Idris Shah bertanya. Senyum sambil membedek - bedek kameranya ke arah gunung Keledang.
 Saya mencari - cari awal pantun tersebut dan  menyembahkan kepda Sultan Idris Shah:
                 ”kajang tuan kajang berlipat, 
                        kajang saya menguang layu;
                  dagang tuan dagang bertempat, 
                          dagang saya menumpang lalu.”
     ” ... ha, tu, sesuai benorle pantun tu dengan oghang Melayu dengan oghang Cina di negeghi kita ni ...,” titah Sultan Idris.
     Kalau keghajaan kita biorkan, sudahnye oghang Melayu jadi macam oghang hitam di Amerika...,” titah Siltan Idris.*

* Dari buku 'Sultan Perak, Sultan Idris Shah Dan Saya', oleh: 
   Mokhtar Petah (belum terbit).



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                        TIDAK AKAN BERIMAN

Sesunguhnya, orang - orang kafir (tidak beriman kepada Allah dan hukum - hukum dalam Quran), sama sahaja kepada mereka; sama ada engkau (Muhammad s.a.w.) beri amaran kepada mereka engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
 - al Baqarah:6

Dlam hati mereka (orang - orang kafir dan munafik) itu terdapat penyakit (syak dan sangka, hasad dan tidak jujur), maka, Allah tambahlan lagi penyakit tersebut kepada mereka, dan mereka  akan didera oleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkanb mereka mendusta (dusta kebenaran dalam Quran).
 - al Baqartah:10

Nota.

Ramai dari umat  Islam yang tidak percaya atau beriman secara penuh kepada ayat - ayat dalam Quran, sama ada mengenai ibadah, rumhatangga, kemsyarakatan, hukum hakam, politik dan lain. Mereka mengatakan: Kalau politik dicamopur adukkan dengan agama Islam, manusia akan kucar kacir, agama rosak dan negara rosak.
Tetapi dalam Quran ada ajaran mengenai politik Islam. Mereka tidak nampak atau tidak mahu memahamimnya, kerana mereka terlalu taksuhb kepada pengetahuan dari orang - orang Yahudi dan Kristian.
Orfang - orang demikian, walaupun mereka pemimpin besar, dalam hati merek ada penyakit. Allah menambahkan penyakit itu hingga mereka menjadi orang yang mengamalkan syah wasangka, asut mengasut, tuduh menuduh sesama orang Islam.


                                MENGANTUK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Apabila salah seorang dari kalian mengantuk di tempat duduknya dalam masjid, pada hari Jumaat, maka, pindahlah ke (tempat) lain (dalam masjid itu juga agar hilang ngantuknya). 
- Perawi:Imam Ahmad dan Tirmizi



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


                                 MENTERI DAN MAJLIS PEGUAM

Saya menilai pendapat Menteri di atas, maka, suka menyuarakan; kerajaan yang berani, bersih dan adil tidak takut kepada sesuatu yang merugikan kerajaan dan rakyat untuk melaksanakannya, dan saya kira menteri ini bernai dan terus laksanakan Akademi Undang - Undang di negara ini.
Kebanyakan ahli dalam Majlis Peguam terdiri dri orng - orang kegturunan India.Mereka bijaksana, gtetapi kekadang tindak tanduk mereka itu menjadiakan bangsa Melayu "terasa hati" dan kerajaan kita menjdi berfikir banyak.
Saya telah lama kenal akan orang - orang keturunan India - semenjak saya kanak - kanak hingggalah pada masa ini (mungkin tidak semua), di antaranya, mereka mendirikan benda- benda yang boleh mereka sembah atas tanah - tanah kerajaan negeri, kemudian ditambah menjadi besar dan menjadi kuil, lalu mereka menjerit, kujil itu tidka boleh dibongkar atau diruntuhkan.
Banyak telah berlaku, kerana kerajaan takutkan perlembagaan negara,  Baha 1, 3  (1) Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - mana bahagian Pertsekutuan.
Mungkin berpandukan perkara di atas, mereka sesuka hati mendirikan kuil atau rumah berhala, di atas tanah kerajaan, dalam gua batu dan di mana. Kemujdian mereka menentang kerajaan yang bertindak merobohkan kuil mereka.
Saya teringat, pada zaman Sultan Perak, Sultan Idris Shah, baginda dengan kuasa 'Sultan atau Raja Melayu" telah menggunakan boldozer merobohkan sebuah kuilk Hindu di Sungai Rokam , dalam Bandaraya Ipoh, iaitu sebelum Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak membina bandar baru di sana.


Berita dalam 'sinar Harian', pada hari ini.

MUZAKARAH UMNO - PAS

Muzakarah atau apa - apaan yang bersifat runding muafakat, antara UMNO dengan PAS atau bersama orang Melayu, saya kira amat mudah. Iaitu bawa Quran sebagai induk dasar. UMNO sedia atau sanggup meminda perlembagaannya mengenai agama Islam, sekurang - kurangnya seperti dalam perlembagaan PAS.
UMNO bersetuju dan meneruskan perjuangannya untuk menegakkan Negara Islam di Malaysia, dan UMNO menghapurkan penentangan atau penolakan, iaitu tiak mehu mengguna atau mengamalkan undang - undang hudud seperti yang dinyatakan dalam Quran.
Dalam musahakarh atau apa- apaan itu dua parti politik Melayu itu mengadakan ikrar atau biayaah, iaitu mereka tidak akan hentam mengentam, memfitnah, memburuk - burukkan sesama mereka, iaitu orang UMNO terhadap orang PAS dan orang PAS terhadap orang UMNO.
Sama - sama kembali kepada ajaran Islam dan menolak nasional - kapitalisme seperti yang diamalkan UMNO dan BN sekarang.

  KETUANAN MELAYU

                  MALAYSIA BUKAN KERAJAAN MELAYU?
                              (Ulangan)

              Oleh: Mokhtar Petah

“ … lebih baik kita jangan guna perkataan ‘ketuanan Melayu’ kerana dikhuatiri ia mampu mencetuskan pertikaian . Tak perlulah kita gaduh – gaduh,” demikian dialog keramat Presiden GERAKAN dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dalam sidang akhbar Ahad lalu.
Dr.KohTsu Koon di antara beberapa orang tokoh politik bukan Melayu yang menimbulkan isu ‘ketuanan Melayu’ yang menimbulkan perhatian umum hari ini.
Beliau mengeluarkan dialog keramat itu kerana mengulas kenyataan Timbalan Preden MCA, Datuk Sri Chua Soi Lek dan Ketua Wanita MCA, Datik Paduka Chew Mei Faun mengenai ‘ketuanan Melayu’.
TANGGUNGJAWAB
“Kita perlu merujuk kepada Perlembagaan di bawah Artikel 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak,”kata Dr. Koh Tsu Koon.
Artikel 153 (1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang Diertuan Agong memeliharan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana – mana Negeri Borneo dan kepentingan – kepentingan sah kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, “ Adalah salah dan tidak tepat bagi sesiapapun, sama ada di dalam atau di oluar parti untuk mengatakan kerajaan (Malaysia) adalah sebuah kerajaan Melayu.”
BANGSA MELAYU
‘Ketuanan Melayu’ masih wujud, boleh dihormati dan akan terus kekal selagi bangsa Melayu wujud di Semenanjung ini dan walaupun ditakdirkan Raja – Raja Melayu telah tidak ada lagi.
‘Ketuanan Melayu’ tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun kerana ia adalah rakaman dalam sejarah bangsa Melayu. Sejarah menunjukkan ‘ketuanan Melayu’ adalah salah satu dari dua perkara berikut ini:
                        1 -  Raja Melayu yang memerintah Negeri –
                              Negeri – selepas meredeka Yang Dipertuan
                              Agong sebagai ketua kepada Raja - Raja
                              Melayu memerintah Negara ini -. Maka    
                              mereka adalah tonggak ‘ketuanan Melayu’.
                              Atau,
2 -  Bangsa Melayu bangsa asal dan pemilik
        Semenanjung Tanah Melayu termasuk
        Temasik (Singapura) dan pulau – pulau di
        bawah takluknya.
KERAJAAN MALAYSIA
Di segi sejarah dan konvensyen bangsa, Kerajaan Malaysia adalah Kerajaan Melayu, kerana ia duduk di bawah kuasa Yang Dipertuan Agung dan negeri - negeri dalam Malaysia, di bawah Raja-Raja Melayu.
Tetapi di segi Perlembagaan memanglah bersifat Kerajaan Malaysia, Iaitu kerajaan berkongsi kuasa dengan orang – orng keturunan lain, iaitu Cina dan India.
Singapura sebagai contoh; walapun ia diprintah oleh orang – orang Cina keturunan orang Cina dari Tanah besar Cina, tetapi pada hakikatnya pulau itu milik Melayu.
Tamat.


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                  TEMAN RAPAT

Amarah dari Allah: Jangan! orang - orng mukmin (beriman lelaki dan perempuan) menjadikan orang - orang kafir (Yahudi, Kristian, Majsi, Hindu - Budha dan lain)* sebagai kawan rapat dengan meninggalkan prang - orang yang beriman - Islam dan mukmin dan mnukminah -. Sesiapa yang melakukan (larangan Allah) yang demikian, maka, mereka (tidak mendapat perlindungan) dari Allah dalam apa usaha dan bidangpun. Kecuali kjalian henhdak menjaga diri dari sesuatu bahaya yangf ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) . Dan Allah perintahkan supaya kalian beringat - ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kalian). Dan kepada Allah jua tempat (kalian) kembali).
 - Ali Imran:28.
* Sekarang, sejak negara kita mencapai kemerdekaan, orang - orang Melayu dalam parti politik nasional lebih pentingkan orang - orang yang di beri amaran oleh Allah, dan mereka menghina, menolak serta tidak mahu bersahabatr dengan orang - orang Islam yang mahu menegakkan agama Islam dan Negara Islam.
Maka, saya khuatir, kalau diteruskan juga, orang Melayu akan dimusnahkan oleh Allah. Sekarang pun sedang ada sedikit demi sedikit kemusnahan atas orang Melayu.
Sntara kemusnahan orang Melayu: 1. Perpecahan sesama Melayu, 2. Banyah harta dan tanah oranbg Melayu terlepas kepada orang - orang kafir, 3. Ramai pemimpin Melayu menjadi mangsa pedaya orang kafir, 4. Banyak wang Melayu mengalir kepada orang kafir melalui berbagai karena, 5. Ramai pemimpin Melayu tidak jujur, rasuah dan becikan orang - orang dari bangsa yang tidak sealiran politik dengan mereka,6. Ramai orang kenamaan Melayu rasuah.

                              PEMIMPIN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah menasihati umat Islam:

Pilihlah pemimpin - pemimpin kalian dari orang baik (Islam, briman, tidak menentang hukum Allah dalam Quran dan lain), kerana sesaungguhnya mereka itu wakil kalian, tentang apa - apa perkara yang di antara kalkian dengan Tuhan kalian.* 
- Perawi: Darul Qutnin. 
* Maksutnya, jika para pemimpin umat Islam tidak beriman seperti di atas, umat Islam akan susah, akan menjadi manusia merempat di bumi sendiri.

                                                  HARI JURURAWAT

SAYA UCAPKAN SELAMAT DAN BAHAGIA KEPADA SEMNUA JURURAWAT DI NEGARA INI, PADA HARI MEREKA MENYAMBUT HARI JURURAWAT.

Saya mengucapkan setinggi - tinggi terimja kasih dan ingatan abadi kepada semua jururawat Melayu, Cina dan India yang telah merawat saya, selama didera sakit dan lemah tubuh di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, tiga kali berada di sana dan lamanya lebih satu bulan. Mereka merawat saya sebagai bapa mereka, rakan mereka dan kekasih mereka dan mungkin juga sebagai sifu mereka.

Budi mereka saya tidak lupakan hingga ke akahir hayat saya.
Jururawat baik budi, 
Layan penyakit dengan mesra, 
Allah membalas khidmat mereka, 
Insya Allah mereka hidup bahagian.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

HUKUM DALAM ISLAM

Negara Malaysia menggunakan agama Islam sebagai agama rasmi. Jika dikaji erti rasmi, maka segala amalan, jurusan, pendirian.sosial, ekonomi dan politik boleh dilaksanakan mengikut saya Islam, iaitu  dibawah Quran dan Hadis.Negara Islam. Manakala telah menjadi Negara Islam, maka, segala hukum dalam Quran termasuk 'hukum hudud', mesti dilaksanakan.
Rakyat Malaysia dari keturunan bangsa lain, Cina dan Indis serta lain, tidak boleh pertikaikan masalah ini.Jika mereka pertikaikan bererti mereka tgidak puas hati dengan Islam. Tidak puas hati dengan Islam apatah lagi menentang hukum - hukum dalam Islam, maka, perkara itu boleh menimbulkan perpecahan antara rakyat negara ini.
Menentang hukum dalam Islam, adalah sama dengan menentang raja Melayu, keraja raja Melayu ketua agama Islam di negara ini dan di negeri - negeri dalam Malaysia.
Maka, orang - orang bukan Islam rakyat  negara ini eloklah berfikir banyak kali; adakah mereka suka orang Melayu murkakan mereka atau akan menimbulkan perpecahan dari rasa kebencian terhasap hukum -hukum dalam Islam dan memungkinkan orang Melayu membenci mereka.
Jiaka timbul orang Melayu membenci mereka, saya amat khuatir sesuatu akan berlaku.
Maka, saya berharap para pemimpin bukan Islam di negara ini, tidak membuka mulut menentang hukum - hukum dalam Islam.
Percaya, selagi hukum - hukum Islam tidak dilaksanakan di mnegara ini, sapai ke akhir hayat negara inipun kita tidak dapat mencapai perpaduan dan keamanan.

                                                      HARI GURU

Saya, murid darjah 1, di sekolah Melayu Sauk, Kuala Kangsar, pada 1941. Dengan tulus ikhlasa mengucapkan dengan doa , mudah - mudahan Allah berhat Hari Guru , 16 Mei 2012, dan memberi hidaya dan taufik kepada semua guru.
Semepna Hari Guru ini, saya menyeru kepda para guru, jadikanlah anak - anak bangsa kita, manusia bijaksana, usahakan kebangkitan Islam, dan segar dan suburkan budaya Melayu yangb tidak berlawanan dengan Islam.
Latih dan bimbinglah para pelajar dengan akhlak mulia.

Mokhtar Petah - mokhtarpetah@gmail.com

KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                   (Ulangan)

                   SYAITAN

Hai orang - orang yang beriman, masulkan kalian ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) semua hukum dalamnya (dalam Quran) dan jangan kalian menurut jejak langkiah syaitan; sesunguhnya syaitan itu musuh yang terang bagi kalian.
Maka, kalau kalaian tergelincir (jatuh dalam kesalahan disebabkan tipu daya syaitan),* setelah datang keterangan yang nyata (dalam Quran) kepada kalian, maka, ketahuilah, bahawa Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
- al Baqarah:208, 209.

* Menurut para ulama yang berdasarkan Quran, bahawa syaitan itu ada dua jenis; jenis pertama syaitan yang diciptakan Allah dari api nyala.Syaitan ini dalam organisasi: Jin, iblis, hantu raya, hatu berbagai hantu, pelesit, bajang, jerqangkung dan lain. jenis kedua, ialah yang dipitakan Allah dari tanah, iaitu manusia. Manusia yang jahat, menentang Allah dan hukum - hukum Allah, bermusuhan sesama manusia dan melakukan berbagai kejahatan, dia dinamakan syaitan. iaitu syaitan bersifat.

TAATKAN PEMERINTAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:Dengar dan patuhlah (kepada orang yang memerintah, seperti khalifah dan presiden), walaupun kalian dipimpin oleh seorang hamba (dari) Habsyi (orang hitam dari Afrika) yang seolah - oloah kepalanya seperti anggur kering.* 
- Perawi: Imam Bukhari.

* Hadis ini khas kepada pemimpin - persiden, kahlifah dan lain yang mjemerintah negara Islam. Negara yang patuth kepada hukum - hukum Allah dalam Quran. Negara yang berdasarkan Quran atau negara Islam.
Kita tidak boleh guna pakai hadis ini bagi negara - negara nasionalis - kapitalis, sosialis, komunis dan lain dari Islam.


Berita dalam 'Sinar Hqarian', pada hari ini.

AZALINA DAN PENORAK FELDA

Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
------------------
Saya berpendapat, Datuk Azalina Othman citek dalam memahami Felda dan asal usulnya.Menghalau atau menyuh para peneroka Fleda yang mengutuk kerajaan keluar dari Felda, ada dilouar fikiran orang yang bijak'. Orang bijak akan menasihatkan beliau jangan lanjutkan  diri sebagai orang politik dan ahli Parlimen, kerana tidak dapat memahami hati rakyat yang berada dalam Felda.
Saya juga berpendapat, percakapan ahli Parlimen Pengerang itu, sebagai 'publisiti' diri, agar dicalonkan semula dalam pilihan raya kebangsaan yang ke - 13 nanti.

MAKSUD DARI AL QURAN DAN AL HADIS


Maka Allah perkenankan doa mereka (orang - orang yang beriman) (firman Allah): Sesungguhnya Aku tidak sia - siakan amal kebajikan orang - orang yang beriman dari kalangan kalian, sama ada lelaki mahupun perempuan, - kerana sesetengah dari kalian (adalah keturunan) dari sesetengan yang lain; maka, orang - orang yang berhijrah (kerana mneyelamatkan agama Islam), dan mereka yang diusir keluar dari tempat tinggal masing - masing, dan jga yang disakiti (dengan berbagai perbuatan) keran menjalankan agama Aku dan yang berperang (untuk mempertahankan agama Islam , dan yang terbunuh (gugur syahis dalam perang pada jalan Allah), sesungguhnya akan (Aku) hapuskan kesalahan - kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukan mereka  ke dalam syurga yang mnengalair di bawahnya beberapa batang sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jua pahala yang sebaik - baiknya.
Jangan sekali - kali engkau (Muhammad s.a.w.) terpedaya oleh gerakan orang - orang yang kafir di dalam negeri *(yang membawa keuntungan kepada mereka).
(Sesungguhnya), itu adsalah kesenangan yang sedikit juga (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka, ialah neraka jahannam; dan itulah seburuk - buruk tempat tinggal). - Ali Imran:a95,196,197.

* Setiap orang Islam lagi mukmin dan mukminat yang berjuang pada jalan Allah, seperti dalam organisasi Islam atau seperti PAS, jangan terpedaya atau takut dengan ugutan, pujukan dan tawaran dari oarang - orang yang berjuang di atas lansadan nasional atau asobiyah, kerana mereka berjuang di bawa terlunjuk kapitalis dan menentang beberapa hukum Allah dalam Quran. Berjuanglah pada jalan Allah, kerana berjuang pada jalan allah,; janji Allah adalah syurga.
Mursyidul 'am PAS, Dato' Nik Aziz trelahmengeluarkan penapat, bahawa mreka yang mengudi PAS, akan masuk syurga, adalah benar, kerana beliau berdasar kepada firman Allah, 'berjuang paa jalan Allah". Menegakkan Negara Islam, adalah, pada jalan Allah.
Beliau telah dtentang dan diperlekehkan oleh para ulama 'kuda lomba".


                             TIDAK MENGAKU ANAK

Rasu Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan dengan keras:
Mana - mana lelaki - suami - yang enggan mengaku seseorang anak itu anaknya, pada hal dia melihat kepdanya (dia mengetahui anak itu adalah anaknya sendiri), nescaya Allah berpaling daripadanya dan menghinanya di hadapan manusi generasai awal hingga manusia generasi terakhir (pada hari akhirat). 
- Perawi: Ibnu Habban.


BERITA MALAM.

UMNO BEKUASA MELAYU TENGGELAM

Kuala Kangsar, Isinin, Pada umumnya orang Melayu dalam daerah Kuala Kangsar, sayang dan sokong UMNO dan PAS, kerana mereka yakin dua buah parti politik itu menjamin kekuatan Melayu dan agama Islam, kalau lumpuh salah satu dari dua parti politik itu, bangsa Melayu akan hilang daulat.
Beberapa orang Melayu sekitar Sayong dan Manong secarea terus terang mengaku, bahawa mereka sayangkan UMNO dan sayangkan PAS.
"Kami haram dua pemimpin Melayu dan umagt Islam dalam dua buah parti politik - UMNO dan PAS, mencari ikhtiar untuk bersatu, tetapi kami tidka mahu PAS bersama dalam Barisan Nasiaonal,"kata salah seorang dari mereka.
"Barisan Nasional akan hancur leburkan Melayu dan akan naikkan orang - orang bukan Melayu, tetapi PAS akan dapat jamin Melayu dan Islam kuat," tambahnya.
"Kalau harapkan UMNO saja, tak ke mana oghang Melayu, yang dapat , yang jaya, oaghang Melayu yang berkuasa  dan kaya ghaya, ogang Melayu macam kami, duduk takok lama juge,"kata seorang penduduk saya, menamakan dirinya Kamaruddin Mohamad.
"Di Kuala Lumpur, Puterajaya, bandor - bador besar yang UMNO kuat, oghang Melayu tenggelam, macam kerakap atas abatu, tapi oghang Cina, oghang India kaye ghaya,"tambahnya.
Seorang dari Manong, menamakan dirinya Abdullah Ismail, menhyatakn keyakinan, dengan mengmabil contoh di Negeri Kelantan, kalau PAS memerintah Melayu akan terus maju dan bangsa - banga lain selamat.

PANTUN, Isnin - 14 Mei 2012

Peria melata di Kota Tinggi, 
Buahnya putih laksana mutiara; 
Jika bercinta wajakan janji, 
Usah kasih laksana kera.

Kera di hutan disusui,
anak di buaian mati kelaparan;
Mendera badan keraja janji,
setidak - tidak panas (jadi) baran.

Kalau padi katakan padi, 
jangan saya tertampi - tampi;
Kalau jadi katakan jadi, 
Jangan saya ternanti - nanti.

KULLIYAH AL QURAN

(Ya Allah!) Tunjukkanlah kepada hambaMu ini jalan yang benar. Kalau hidup, hidup yang benar. Kalau bercinta, cianta yang benar keranaMu, kalau bekerja, keraja yang benar dengan ikhlak. Kalau polaitik, politik yang benar; Islamime. Kalau ekonomi, ekonomi yang benar, jauhkan riba dan penipuan. Kalau hidup lama, jadikanlah hambaMu ini benar sampai ke hujung usia.
Lindungilah anak cucu hambamnu ini dari perhambaaan, di hambakan pendatang dan hidup dalam kehinaan.
Amin.




PAGI MINGU DI KUALA KANGSAR

Dari gerai makan, merenung ke hulu sungai Perak, nampak jelas jambata menghubugkan bandar Kuala Kangsar - Sayong. Gagahnya menunjukkan kemamruna negeri dan negara.
Sungai dibawah kurang ikan sungai, antaranya tremulih dan sebarau. Merenung puncak gunung dan rimba raya. Negeri perak beransur miskin 10 dan 20 tahun lagi, kerana kayu balak telah tiada. 
Merenung sekitar ubun - ubunh kampung pendalaman, sebilangan besarnya miskin; mengharapkan bantuan dari kerajaan, untuk anak - anak belajar, ganti gigi palsu hingga ganting tiang tangga rumah sendiri.
Lalu teringat akan kata - kata bebeapa orang kampunjg yang taham politik: Pilihan ghayadepan ni, Umno menang juge, tapi menang nipis, macam kulit bawang, na makan tak boleh, nak tolong oghang tak dapat.
Pada pagi ini Menteri Besar, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir meramikan Hari guru, di Padang Sekolah Ciliford. Dia kata: UMNO dan Barisan Nasional akan tetap menang. Parti - parti opembangkang akan kalah teruk."
"Orang Melayu tak suka DAP, orang Melayu tak suka Pas, orang Melayu benci PKR,orang Melayu sayangkan UMNO,"katanya.

   

 MAKLUMAN KEPADA PARA RAKAN

Pada hari ini hingga Selasa, saya menjadi orang berdagang di Kuala Kangsar, mencari etok - etok dalam pasir di sungai Perak, menziarah makan para Sultan Perak, di Bukit Chandan, menziarah makan Profesor Dato' Zuklfli Muhammad di Kota Lama Kiri, maka laksa telor goreng di sana.

Dalam Sejarah

Kuala Kangsar bumi sejarah,
Pernah berlaku dulu,
Hampir Melayu bermandi darah,
Dik menentang manusia penjajah,
Kini bandarnya membangun maju,
Rakyat mneniaga apam dan lemuju,
Ramai gadis pakai kurang kain baju,
Di kampung membuat labu,
Ada juga memeram budu,
Ramai juga wanita bermadu.



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                     UMAT KE ARAH KEBAIKAN

Jadikan di antara kalian umat yang menyeru ke arah kebaikan, menuruh mengamalkan yang benar dan melarang mengamalkan yang salah. (orang - orang yang melakukan perkara yang baik ini) mereka itulah orang - orang yang beruntung (menang).*
 - Ali Imran:104

*  Kita adalah dari umat Islam. Hendaklah menyeru orang - orang l
    bain seagama dengan kita supaya berbuat baik. Iaitu seruan 
    dengan penuh hikmat dan rasa persaaudara. Elakkan dari 
    melakukan tuduh menuduk, buruk memburuk, hinga menghina 
    dan sebagainya sesama kita, walaupun kita berada atau 
    berjuang dalam organisasi yang tidak sama.


                          UPAH AZAN

Rasul Allau, Muhammad s.a.w. melarang:

Jangan anda mengambi seseorang juruazan (jurubang) yang mengambil upah kerana azannya.
 - Dari Uthman bin Abil "ash.

*   Larangan ini tidak mengenai para juruazan yang bekerja makan 
     gaji di masjid dan surau.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

ORAN INDIA TUNJUK PERASAAN DI SELANGOR

Saya mendapati yang berarak dan tunjuk perasaan di Selangor kerana menentang Kerajaan PKR atau menuntut sesuatu dari Menteri Besar, kebanyakannya orang - orang  dari baka orang - orang India.
Demikian juga, apabila ahli - ahli UMNO Pulau Pinang tunjuk perasaan menentang kerajaan PKR dan mencabar Ketua Menteri, kebanayakan orangnya terdiri dari manusia - manusia keturunan manusia Islam dari India.
Mengapa begitu?
Mungkin, keran aorang - orang itu berani bercakap apa sahaja.Jika orang Melayu, ada juga rasa malu silu. Ataupun ada tangan di belakang yang menggunhakan mereka untuk berbuat demikian dengan tujuan menjatuhkan kerajaan PKR atau mengharapkan PKR termasuk PAS kalan dalam pilihan raya umum ke - 13.


          

           PERJUANAN IKUT RASUL ALLAH




                                      Kelantan,
                       Serambi Mekah,
                       Negeri tayyibah (bertuah),
                       Turut perintah Allah,
                       Pimpinan ulama sabar dan tawakal,
                       Untuk bangsanya serta rakyat semua.

                       Nik Aziz mu’alim bersiasat.
                       Siasahnya ikut system Rasul Allah,
                       Ramai yang mahukan dia gelabah,
                       Biar dia lumpur,
                       Rebah,
                       Dia tabah yakin dirinya.

                       Nik Aziz,
                       Semenjak dijajah Siam dan Inggeris,
                       Sampai ke tahun - tahun lepas merdeka,
                       Kutahu Kota Bharu dinoda maksiat,
                       Kepak bungkus senjata membunuh insane,
                       Pelacuran, arak , judi dan berbagai hiburan.

                       Nik Aziz,
                       Allah mentakdirkan dengan hikmatNya,
                       Harakahmu - organisasi Islam diizinkan,
                       Ambil alih kerajaan Kelantan,
                       Kota Bharu lumpuh maksiat,
                       Syaitan lari menggaru kurap.

                      Nik Aziz,
                      Kini, walaupun  pentadbiranmu,
                      tidak Islam hakiki,
                      tetapi bangga kami,
                      di sini terasa ada reda Allah,
                      Negeri bertuah Allah Maha Pengampun.

                      Nik Aziz,
                      Jika datang makhluk  runtuh - musnahkan,
                      Negerimu - negeri diredai Allah,
                      Sama juga dengan meruntuh agama Allah,
                      Kerana negeri dan kerjaanmu ikut hkum Allah,
                      Manusia rakus nafsu kata “mu salah”.

                      Nik Aziz,
                      Ana mlihamu dari jauh,
                      Makanmu bukan makanan para Raja,
                      Cuma nasi bungkus lauk seketul dua,
                       Minumanmua, hanaya secawa Qahwa,
                       Syukurmu kepada Allah, berganda.
                     
                                                     -     Mokhtar Petah