KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS




               KETAWA ORANG DERHAKA*

Sesungguhnya,orang - orang yang derhaka (mereka derhaka kepada Allah dan para rasulNya, termasuk dalam golongan orang kafir), serinbg mentertawakan orang - orang yang beriman.
Dan apabila orang - orang beriman itu lalu dekat dengan mereka, mereka mengelinag dan memejam celikkan mata sewsama sendiri (mencemuh atau menghina).
Dan apa bila mereka (orang - orang derhaka), mereka kembali dengan riang gembira;
Dan apabila mereka melihat orang - orang beriman, merfeka berkata: "Sesungguhnya, orang - orang itu dalam golongan yang sesat.
Pada hal mereka tidak diutus untuk menjaga sesat atau tidaknya orang - orang yang beriman itu.
(Apabila Allah memberi hidaya dan taufik atau pada hari akhirat). Maka, pda hari ini, orang - orang yang beriman pula yang mentertawakan mereka.
 -al Mutaffifiin:29 - 34.

* Ayat - ayat Quran di atas sesuai untuk diperhati, dikaji dan dirasa 
   insaf oleh orang Melayu padsa masa ini.Sebilangan orang Melayu 
   telah melakukan berbagai keburukan terhdap roang - orang 
   Islam yang berjuang pada jalan Allah. Beriman secara hakiki 
   kepada hukum - hukum Allah. 

   Ada  orang Islam yang telahmenuduh seorang ulama yang sentiasa
   menyeru umat Islam 
   kepada jalan Allah, sebagai 'ketua kafir'. Dan berbagai 
   penghinaan lagi kepada orang - orang Islam yang berjuangn 
   untuk menegakkan 'Negara Islam' dan berbaik - baik sesama 
   insan.

   Allah dengan kuasa dan kehendakNya, hati manusia akan diubah. 
   Kekuasaan manusia akan dimusnah. Ada kemungkinan, pada 
   satu hari nanti orang - orang Islam yang telah dihina itu akan 
   mentertawakan mereka yang menghina pula.


                             MAKKAH DAN MADINA

Rsul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesungguhnya, Nabi Ibrahim alaihis salam telah mengharramkan Makkah, dan sesungguhnya, saya pun mengharramkan Madinah antara dua pos (perdaerah), tidak boleh dipotongnpohonh yang berduri, dantidak boleh memburu haiwan - haiwan buruan.*
 - Perawi Imam Muslim.

* Di antara sebab - sebab larangan dua Rasul Allah itu, ialah untuk 
   menjaga alam sekitar dan menyelamatkan muka bumi.

PENDAPAT MUSTAPA MOHAMED

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk
berpolitik.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk
berpolitik.
------------------------------
Semenjak PAS ditubuhkan pada 1951 hinggalah pada masa ini, terdapat orang - orang yang sebelumnya menolak parti tersebut dan ada yang memandangnya sebaga i organisasi musuh bangsa Melayu, telah menyertai PAS dengan tujuan untuk menyertai perjuangan fisanbilillah - pada jalan Allah.

Saya setuju dengan pendapat Datuk Seri Mustapa Mohamed, bahawa  bekas pegawai kerajaan dan selebriti yang masuk PAS bukan untuki berdakwat tetapi untuk berpiolitik. Mereka tidak mahu berdakwah, kerana dalam PAS, telah ramai orang yang boleh bertdakwah - menyeru manusia masuk ke dalam Islam atau menyeru orang Melayu masuk parti yang berideologikan Islam. Mereka menyertia PAS ialah kerana berpolitik, iaitu m3erekatidak mahu mengikuti politik lain dari PAS, kerana PAS menjalankan politiik yang berdasartkan Islam atau berpegang kepada islamisme.

Parti - parti politik yang berpegang kepada kebangsaan atau nasional, para ahlinya tidak menolak Islam, bahkan amal ibadat dan amalan lain mengikut Islam, tetapi mereka menolak politiik Islam dan menolak undang - undang atau hukum - hakam dalam Kuran yanhg ada saangkut paut dengan jenayah atau undang - undang hudud.

Sesungguhnya, mereka yang menyertai PAS, telah dikurniakan hidayat dan taufik oleh Allah untuk menuju kepada jalan keredaanNya.

Mana tahu, munkin, apabila Mustapa Mohamed telah lanjut usia dan tidak lagi dalam kabinet , beliau dikurniakan hidaya oloeh Allah juga dan masuk PAS.

Kuasa dan kehendak Allah tidak siapa yang tahu!

KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                     NEGERI BERTUAH


Sesungguhnya, bagi negeri Saba (dalam Yaman sekarang) satu tanda (bukti kekayaan Allah dan pertolonganNya) yang terdapat ditempat tinggal (bermastautin) mereka, iaitu, dua bahagian kebun (ladang) yang luas lagi subur, yang terletak dibelah kanan dan sebalah kiri (kawasan mereka). (lallu dikatakan kepada mereka): Makanlah darirezeki kurniaan Allah dan bersyukurlah kepadaNya*. Negeri kalian ini adalah negeri bertuah, dan Allah Maha Pengampun. 
- Saba:15

* Bersykur kepada Allah, tidak hanya berzikir dengan al 
   hamdulillah, tetapi amalan - amalan kita yang menerima rezeki 
   itu, dapat membantu orang ramai, orang susah, kebajikan dan 
   pada jalan Allah.

   Kekayanaan yang ada pada manusia, adalah kurniaan Allah untuk 
   kekal dan kalau tidak bersyukur kekayaan itu akan bertukar   
   menajdi papa ke dana.

   Demikian juga negara kita, jika para pemimpin tidak jujur kepada 
   rakyat, tidak berhati -n hati menggunakan wang, tidak 
   mengambil berat akan kesusahan rakyat dan tidak menolak 
   segala kejahatan dan keburuan - segala amalan haram danrezeki 
   haream - , maka, kekayaan negara ini, dengan kehendak Allah, 
   akan bertukar menjadi miskin dan papa kedana.


                         AMANAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mengarahkan:

(Setiap lelaki mukmin dan mukminah) Tunaikan amanah kepada orang yang memberi amanah kepada anda, dan mengkhinati orang yang telah mengkhinati anda.*
 - Perawi:Imam (pencatat Hadis) yang lima

*  Orang mukmin sejati, tidak boleh membalas dendam. Kalau 
    orang melakujkan kejahatan atau khianati kita, maka, jangan 
    mebalasnya dengan kejahatan atau khianat kepadanya. Yang 
    baik, balaslah dia dengan kebaikan.
    
    Sanggupkan anda melakukan ajaran Rasul Allah ini?


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.
Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata, buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta, tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dikaji dan diteliti.
----------------------------

Untuk diketahui oleh orng ramai, perlu diberi penjelasan 'fahaman ahlus sunnah wal jamaah' itu, adakah ahlusunnah yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammas s.a.w., iaitu berpegang dan mengikut Quran, Hadis dan ijma' para sahabat atauulama. Atau mazhab ahlus sunnah waljamaah.
Iaitu adakah asas ahlus sunnah waljamaat atau mazhab ahlus sunnah waljamaah?

Negeri Perlis berpegang kepada ahlus sunnah waljamaah, seperti zaman Nabi Muhammad s.a.w., tetapi tidak berpegang atau mazhab - mazhab.

Kementerian dalam Negeri patut mengeluarkan kenyataan untuk mebezakan dua perkara ini, agar orang ramai tidak keliru.

Di negara kita ini, sama ada sedar atau tidak, semua orang Islam berpegang kepada ahlus sunnah waljamaah, tetapi tidak semua berpegang kepda mazhab ahlus sunnah waljamaah. Ada yang ikut mazhab Wahabi, Ibnu Taimiyyah, syi'ah dan lain.


Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


PEGUAM BELA ANWAR IBRAHIM

Peguam adalah manusia. Peguam ini adalah manusia yang dihidayatkan Allah untuk menolong manusia.Ada manusia peguam pada masa lalu, tidak mahu menolong orang yang didakwanya, kerana hati dan jiwanya tidak dihidayat Allah. Peguam ini telah mendapat hidayat Allah.
Saya teringat akan kata - kata peguam S.P.Sinivasagam , Ipoh, kepada saya: " saya sangat marah kepada wartawan yang menulis merosakkan nama baik saya, tetapj, kalau wartawan dituduh dalam mahkamah, saya sedia membelanya, kerana dia dan saya, sama - sama manusia.
 Saya menjunjung tinggi nama Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden,kerana, beliau ada jiwa dan hati ' kemanusiaan sejagat'.

MANSUH BANGSA KUASA MELAYU
                                           Oleh: Mokhtar Petah

          (Akhir)

Orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan, parti dan pergerakan, kesemuanya dengan satu tujuan,iaitu hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya. Maka hanya iaitu telah didirikan persekutuan dan  lain-lain itu telah membantukan tujuan kesemuanya dan tiap-tiap sebuah daripadanya itu. Maka daripada bersatu hati telah te0rsemai pula benih yang kelak membawa kepada berpecah belah.
Dari segala cerok di Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu dan pada hari ini kesungguh seruan itu akan teruji dan tatkala di dalam ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka itu hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutan.
Pada hari ini lebih daripada lain-lain masa di dalam tawarikh bangsa kita adalah dikehendaki kita berkuat hati supaya dapat kita hadapkan apa juga yang akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri.
Marilah kita tunjukkan kepada dunia,iaitu ruh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan,iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat.Marilah kita tunjukkan sekuat mana paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segara daripada dahulu.
Marilah kita tunjukkan,iaitu dengan persatuan di antara kita berkehendakkan menzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu.Marilah kita mengaku akan diri kita tidaka kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa.
Marilkah kita bersatu dan berusaha bagi faedah baangsa kita dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan-perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang benar.
Saya telah mendengar,iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semanjung Tanah Melayu ini. Akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebih-lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan di dalam negeri kita yang di dalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada  mendapat balasan[1] yang berpadanan.
Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja,iaitu adakaah atau tidak hendak dijadikan  United Malay Organization –UMO[2] itu. Butir-butir perdirian dan perjalanan UMO itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan.”
                                                                            
 (Sedutan dari ucapan Tunku Abdul Rahman Putra setelah mengambil alih jawatan Yang Dipertua Agung UMNO dari Dato’ Onn Jaafar – menarik diri - dalam Mesyuarat Agung UMNO yang ke enam di sebuah hotel, di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Ogos 1951- mokhtar petah)
UMNO ini adalah sebuah Pertubuhan Kebangsaan Melayu yang sebenar-benarnya bertujauan dan berdasrkan pada memelihara bangsa dan tanahair Medlayuu supaya kita menjadi setaraf dengan lain-lain umat yang bebas merdeka di seluruh dunia ini.
Selama ini paa pendapat saya,kerja yang besar yang telah dijalankan oleh UMNO ialah meruntuhkan Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang ada pada hari ini.
Tetapi apakah yang didapati oleh rakyat jelata? Pada pandangan saya kehidupan dan kedudukan umat Melayu serta tarafnya adalah terlebih pada sepuluh tahun dahulu daripada keadaan sekarang ini,apatah lagi jika dibandingkan dengan masa-masa yang jauh ke belakang nescaya didapati kdaan kita adalah bergnda lebih baiknya daripada keadaan sekarang.
Sekiranya kita hendak timbang menimbang atas perasaan hawa nafsu bangsa asing (Orang China, India dan bangsa-bangsa lain),apakah yang akan jadi kepda bangsa Melayu kita dan apakah maknanya yang terkandung di dalam perjanjian Persekeutuan Tanah Melayu? Ini negeri hak Melayu dan berilah kelebihan kepda Melayu.
Masanya telah sampai bagi orang-orang Melayu mesti sedar di atas kedudukand an  kehidupan meeka dan kita mestilah menuntut dan sepenuh-penuh dan segenap hati supaya pihak bekuasa menjalankan apa-apa yang telaah dijanjikan kepada kita.
Seperkara lagi yang penting bagi kita pada masa ini, ialah perkara kemerdekaan. Ada pun cita-cita itu berpatutan dengan keadaan masa sekarang semua jiraa-jiran yang ada dai sekeliling perenggan negeri kita telah merdeka. Lihat Siam,Selon,Indonesia dan Filipina. Mereka adalah bangsa yangmerdeka. Maka mengapa dan  apakah sebabnya kita tidak mendapat kemerdekaan?
Keinginan kita hendak mengambil tempat supaya kita duduk sebelah-menyebelah dengan merteka itu adalah menasabah dengan akan fikiran. Keinginan itu bertambah kuat daripada sehari ke sahari dn hingga akhirnya haruslah perasaan ini tidak dapat di saba-sabarkan lagi.
Pada masa ini cogan yang kita pakai, ialah ‘Merdeka’. Kerana dan untuk merebut kemerdekaan bermacam-macam perkara telah berbangkit di dalam dunia ini. Berjuta-juta nyawa hilang dan beberapa negeriserta pecan menjadi hancur binasa.
Orang-orang Melayu kita menaruh cita-cita untuk mendapat kemerdekaan itu dengan jalan Perlemabagaan seperti yang didapati oleh Selon dari Britain dan Filipina dari Amerika,iaitu tidak dengan jalan menumpahkan darah dan binasa rakyat jelata.
Berkenaan dengan adanya cadangan-cadangan orang-orang kita,iaitu patut kemerdekaann diserahkan kepada ‘Malayan[3],maka siapakah ‘Malayan’ itu belum ada lagi ditentukan siapa mereka itu. Oleh itu biarlah Melayu sendiri menentukan siapa ‘Malayan’ itu.
Janganalah kita gemar kemerdekaan itu hingga dengan kemeredekaann itu kehormatan kita terjual. Ambillah tahu aapa yang akan terjadi kelak atas bangsa kita.Oleh sebab itu saya katakana,mahulah kita berpegang teguh akan semangat Melayu terlebih dahulu supaya dapatlah kita dengan semangat itu menuntut akan kemerdekaan serta terpaksa mereka serahkan kedaulatan negeri ini kepada kita.
Berkenaan dengan bangsa asing yang ada di dalam negeri ini kita tidak akan melupakan bahagian mreka. Bangsa asing itu bolehlah ketahui bahawa bangsa Melayu ini bukanlah bangsa yang tamak.
Lebih daripada dua ratus tahun sudah kita duduk bersama –sama  dan berjirandengan bangsa-bangsa asing  dana apa yang aa pada kita,kita beri kepda merteka dengan kita tidak menunjukkan cemburu ataudengki. Selama dua ratus tahun kita bersama-sama dengan mereka dengan tidak berlaku sesuatu pergaduhan pun. Jika pun ada pergaduahan-pergaduhan antara satu dengan lain-lain ialah kerana hasutan-hasutandari luar.
Pada masa kita bangkit mruntuhkan ‘Malayan Union’  bangsa asiang itu Cuma melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambnil tahu apa-apa kerana mereka itu sedar bahawa yang kita tunhtut itu adalah hak kita sendiri dan bangsa asing itu tidak mengambil bahagian kerana pada fikiran mereka mereka itu yang mereka tidak kena-mengena dengan pemerirntahan negeri ini.
Tujuan mereka hendak duduk di dalam Tanah Melayu ini ialah kerna mencari nafkah dan kekayaan dan kita tahu baik-baik yang mereka itu berkehendak merebut hak-hak sisasah (politik) di dalam negeri ini ialah kerana hendak mempertahankan  hak-hak mereka yang ada sekarang. Kita menghormati akan hak-hak merteka dan kita akan timbang dan tilik pula atas segala tuntutan-tuntutan mereka.
Orang China dan India yang saya ketahui tidak berkehendak menjadia ‘Malayan’. Mereka lebih sayang kepada bahasa dan bangsa mereka sendiri.
Kemerdekaan negeri Melayu ini mestilah diserahkan dengan seberapa segeranya kepada kita dengan tidak dihadkan masanya dan ditinggalkan perkara-perkara keamanan negeri dan peraturan-peraturan di dalama masa peralihan dan perubahan milik kepada Melayu untuk mengurus dan mengatgurnya. Sekiranya ditangguhkan tentulah akan berbangkit pertengkaran yang panjang lebar antara penduduk-penduduk di sini.
Tiap-tiap pegawai UMNO  mstilah berjalan ke merata-rata tempat dan menerangkan dasar-dasar perjuangan UMNO dan caita-caita UMNO kepda semua orang supaya janganlah orang menyangka setelah menerima wang yuran tidak ada apa yang UMNO buat kerana mereka.
Jangan orang Melayu berfikir semua pekerjaan itu akan berjaya jika orang Melayu sendiri tidak mengambil berat di dalam hal itu. UMNO sedia akan memberi bantuan dan menguruskan jika di dapati kesulitan di dalam menjalankan pekerjaan-pekerjaan dan kehendak-kehendak itu.
Kita  mestilah ada keberanian bertanggungjawab dan berusaha. Hendaklah ingat bahawa dasar-dasar itu mengutamakan faedah Melayu dan anak cucu kita pada masa hadapan.”

 (Tamat)


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                               MENDUSTA

Orang - orang kafir (bersama orang - orang munafik) mendusta ayat - ayat keterangan (dalam Quran dan kitab - kitab Allah)* Kami (Allah), merekalah ahli neraka; mereka kekal di dalamnya. Dan itulah seburuk - buruk tempat (manusia) kembali.
 -at Taghabun:10

* Sesiapa jua dari umat Islam yang menolak ayat - ayat dan 
   hukum - hukum dalam Quran dan kitab - kitab Allah sebelum 
   Quran, Allah meletakkan taraf mereka sebagai orang kafir. 
   Mereka akan dibalas pada hari kemudian, sebagai penghuni 
   neraka yang kekal.

                                 GADAI

Dari Anas r.a., dia memberitahu, Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah pernah menggadai (rahnu)* sehelai baju besi kepda seorang Yahudi, di Madinah dan Rasul mengambil kandum dari orang Yahudi itu untuk keluarganya.
- Perawi:Imam Ahmad, Imam Bukhari, An Nasaai dan Ibnu Majah.

* Dari Hadis ini, kita mendapat kefahaman, bahawa orang Islam 
   boleh menjalankan perniagaan atau urusan berjual beli dengan 
   oranbg Yahudi dan mereka yang beragama lain dari Islam. 
   Tetapi, dalam apa jua urusan perniagaan, Islam tetap dengan 
   hukum haram riba.
   Rasul Allah melakukan rahnu (gadaian tanpa bunga), tetapi 
   dibayar atas kerja si Yahudi menjaga baju besinya atau 
   membayar sewa meletakkan baju besi itu kepada penerima 
   gadai tersebut.
Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.



BEKAS PEGAWAI POLITIK SERTAI PAS

Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. semua orang kafir menentang agama Islam dan mereka berusaha membunuh Rasul dan umat Islam. Setelah berlaku perang Uhud, Abu Sufiah yang menjadi musuh Rasul, memeluk agama Islam. Wahsyi yang memnbunuh bapa saudara Rasul, Syedina Hamzah masuk Islam. Begitulah, jika Allah hendak membuka hati dan fikiran hambanya ke arah yang benar, iaitu berjuang kerana allah dan Islam serta bertujuan menegakkan Negara Islam.
Mungkin ramai lagi bekas pegawai tinggi Melayu akan dihidaya Allah, menyertai PAS.
Dan mungkin menghadapi pilihan raya umum ke - 13 ini, ramai orang penting dalam UMNO akan mendapat hidaya Allah dan mereka menuju kep jalan demikian.
Ihdinas siratal mustaqim - Tunjukkan jalan yang lurus (jalan Allah dan Islam)


 POLITIK
                                 
                           MANSUH BANGSA KUASA MELAYU

                                           Oleh: Mokhtar Petah
(Sambung dari Ahad)

“Perjuangan asal UMNO mesti terus dikekalkan. Kita mahu pemimpin yang ikhlas, jujur, beramanah serta memahami perjuangan UMNO. Perjalanan kita masih jauh.
              UMNO dan orang Melayu mesti menguruskan kejayaan yangtelah dibina selama ini untuk terus menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati.”
Begitulah pandangan Abdullah Badawi tentang UMNO dan kepentingan bangsa Melayu pada hari ini dan pada masa akan datang. Pandangan yang berharga itu perlulah dikaji dan diamalkan oleh genarasi muda Melayu untuk menjamin masa depan mereka, iaitu tidak menjadi ‘orang merempat di bumi sendiri’.

                                 KITA PEWARIS UMNO

(Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 55, atas nama Pemimpin Utama UMNO Malaysia, Abdullah Badawi telah membuat ucapan dalam perasmian Perhimpunan Agung itu dengan kalimat-kalimat yang bercampur ‘gula dengan garam’, ‘nasihat dan kecaman’, ‘sanggahan dan bimbingan’ dan pendeknya beliau seperti seorang doktor bedah yang melakukan pembedahan atas tubuh manusia.
Dalam menjalankan pembedahan itu, beliau telah menyuntikkan ubat keruhanian kepada manusia di hujung pisau tajamnya itu. Ubat tidak diadukan dengan dadah itu mengandungi:
1 .   Ilmu Pengetahuan
2     Keimanan, ketakwaan dan akhlak mulia – AL Quran
                            dan As Sunnah  Nabi.
3 .   Akhlak yang mulia.
4 .   Ikhlas dan amanah.
5 .   Adil dan ihsan.
6 .   Bertanggungjawab kepada diri sendiri sebagai seorang  
          mukmin atau   mukminat.
7 .   Menunaikan janji-janji kepada rakyat jelata.
8 .   Insaf diri sebagai individu dari bangsa Melayu dan  
          sekali   gus mengenali Melayu itu orang Islam.
9 .    Kerjasama dari atas hingga ke akar umbi seperti  
          Nabi Muhammad s.a.w. bekarjasama dengan para          
                             anggota Kabinet atau Majlis Syuranya.
Dari pengertian di atas,maka UMNO haruslah terus menerus menggunakan falsafah orang Melayu, “tak kenal maka tak cinta’. Orang ramai telah kenal UMNO dan semua pendukung UMNO dari peringkat atas hingga ke peringkat bawahan, di kampung-kampung pendalaman,maka ia tidak lagi khuatir untuk mendapat sokongan dan undi dari orang ramai.
“Perhimpunan hari ini dilangsungkan dalam suasana negara baru merayakan hari ulang tahun kemerdekaan kali ke-47. Perhimpunan ini dilangsungkan ketika UMNO telah mencapai usia 58 tahun. Perhimpunan kali ini juga meletakkan satu tanggungjawab baru kepada saya, untuk pertama kalinya mengisi agenda, menyampaikan ucapan dasar Presiden parti.
 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali dengan nama UMNO merupakan parti politik terbesar di tanah air kita dengan keahlian sejumlah 3.2 juta orang. Parti yang mula diasaskan di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Onn Jaafar telah bersilih ganti pimpinannya dari Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn  dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebelum tanggungjawab pimpinan parti diserahkan kepada saya. Alhamdulillah, dalam perjalanan menempuh usia 58 tahun, UMNO bertambah kukuh – bertambah matang.
 Kita terhutang budi kepada setiap seorang dari mereka yang telah mewariskan kepada kita UMNO yang kukuh lagi matang. Kepada mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, kita doakan semoga roh mereka berada di kalangan para solehin. Sempena perhimpunan ini sama-samalah secara ikhlas kita bacakan Surah Al-Fatihah. Semoga bacaan tersebut diterima sebagai amal soleh oleh Allah s . w . t . Semoga ganjaran dari amal ini disampaikan kepada roh-roh para pejuang UMNO yang telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.”                                                                

(Sedutan ucapan Dato’ Onn bin Jaafar sebaik-baik sahaja beliau dipilih menjadi pengerusi Kongres orang Melayu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada 1,2,3,4 Mac1946, iaitu sebelum penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO.)
“Sebelum saya ucapkan berkenaan dengan  tujuan atas fasal yang pertama dalam kongres ini,saya mengucap terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kehormatan yang tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai pengerusi bagi persidangan yang sangat bermakna ini dari wakil-wakil umat Melayu dari segenap negeri dan jajahan Tanah Melayu ini.
Kepercayaan tuan-tuan ialah satu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya ialah satu lafaz kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya kongres sebagaimana yang berkumpul di sini atas kemahuan dan  keazaman tuan-tuan dari runddingan-rundingan dan keputusan hari ini hendak membina tapak bangunan yang akan menghasilkan dan mengesahkan cita-cita bangsa kita yang telah lama diada-adakan iaitu persatuan (parti politik) di antara kita sendiri.
Adapun maksud dan tujuan itu ialah keyakinan di hati kita bahawa nasib bangsa kita itu hanyalah dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat diperliharakan dengan perpegang kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sekalian.
 Sebagai mana kita ini akan menaruh fikiran yang lain-lain dan apa jua taraf dan kedudukan kita itu bahawa adalah satu sahaja hakikat dan kehendak kita itu iaitu, kita berkehendak meninggikan dan memeliharakan maruah serta kesopanan bangsa kita. Kita berkehendakkan tanah air kita dan bangsa kita ini terselamat dan  kuat.
Kedua-dua itu hanya boleh terselmat jika kuat dan hanyalah boleh kuat jika (kita) bersatu padu. Dan lagi kita berkehndak mengambil bahagian dan pikulan (tanggungjawab) kita pada menolakkan selagi da masa. Akan keaiban yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita itu. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan (parti politik) di antara bangsa kita ini disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh secukup kekuatan menurut kehendak zaman yang ada ini.
Pada waktu dan zaman kehidupan kita ini setelah ditimpa suatu peperangan yang tiada bandingnya di dalam tawarikh dunia ini mana sekalian manusia di dalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan berhidup yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.
Adakah kita berkehendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak juga menyaingi mereka itu. Belumlah pernah lagi terhadap kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini pada memilih yang mana kita berkehendak itu.
Adakah kebahagiaannya atau kecelakaannya. Maka pilihana itu adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian pada memilihnya. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini.
Keputusan dan pilihan tuan-tuan itu akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahagiaan daripada kesengsaraan.
Adapun kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baharu lepas ini maka bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagi menyelamatkan darinya daripada dibinasakan oleh bangsa yang lain serta mengadakan suatu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan.
Maka daripada ikhtiar itu zahirnya United Nations Organization  - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - itu.

Catatan:
United Nations Organization telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945. Di antara tujuan penuhan itu,ialah untuk menghubungkan kerjasama antara negara - negara di seluruh dunia. Memupuk dan menjaga keamanan dan kebajikan bagi umat manusia.
         Anggota-anggota tetap: China, Perancis, Rusia, Britain dan Amerika Syarikat. Ibu pejabat PBB di New York. Di ibu pejabat itulah tempat perhimpunan anggota-anggotanya.
         Di antara badan - badan di bawahnya, ialah:  *Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) *Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) *Persatuan Pembangunan Industri PBB(INODO)*Persatuan Pengetahuan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO).
          Kerana adanya Anggota- Anggota Tetap mempunyai kuasa veto dan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang sering keras kepala,maka kadang kala PBB separti mengalah. Di antaranya pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan kezaliman Yahudi ke atas Palestin.
        (Bersambung kepada esok)


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                             ALLAH MENCIPTA KITA


Allah yang menciptakan aku (dari tiada kepada ada), maka, Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepada aku.
Dan Allah jua yang memberi aku makan dan minum.
Dan apabila aku telah (didera) sakit, maka, Dialah yang menyebuhkan penyakit aku.
Dan (Dialah) yang mematikan aku, kemudian Dia menghidupkan aku (semula).
Dia (Allah) yang aku harapkan (amat sangat) agar mengampunkan dosa aku pada hari kiamat.
Ya Tuhanku, kurniakanlah kepaa aku ilmu pengetahuan (agama Islam dan segala ilmu yang tidak Kaubenci). Dan hubungilah aku dengan oranbg - orang yang baik - baik (salih).* 
- asy syu'ra:78, 83

* Ayat - ayat Quran di atas ini adalah pengajaran dari Allah. Setiap orang mukmin - kita semua - dicipta Allah dari air mani bapa dan ibu kita; dari hasil makanan mereka - sama ada makanan itu baik, halal mahupun tidak baik dan haram -, maka, kita adalah di bawah pimpinan Allah. Orang yang tidak dipimpin Allah, adalah orang yang menolak segala atau sebahagian pengjaran, perundangan dan sebagainya dalam Quran.
Makan minum kita, Allah yang mengurniakan, maka, kita hendaklah bersyukur. Kesyukuran tidak sahaja memuji atau berterima kasih kepada Allah, tetapi makanan kita itu diberi pula kepada mereka yang tidak punya; miksin atau fakir.
Apabila kita didera oleh apa jua penyakit, meohonlah dengan membaca al fatihah, ayat ini (80) dan selawat kepada RasulNya, Muhammad s.a.w. dan jangan meminta kepda bomoh yang menggunakan syaitan, iblis dan lain dari Allah.


                        TIDAK GUNA DINAR


Rasul Allah, Muhammad s.a.w. melarang umat Islam:

Apabila manusia kikir - bakhir -, dengan dinar dan dirham (tidak mahu menggunakan mata wang), berjual beli dengan cara 'inah, iaitu menilai mengikut ekor - ekor lembu,* dan meninnggalkan jihad pad ajalan Allah, maka, Allah akan menurunkan bala kepada mereka, kemudian tidak ada yang dapat menghilangkannya, sampai mereka kembali kepada agama mereka (kembali mnengikut ajaran agama Islam).
 - Perawi: Imam Ahmad dan Imam Abu Daud.

 * Dinar dan dirham adalah wang negara. Setiap rakyat mesti menggunakan wang untuk membeli dan menjual. Kerana dengan wang - dinar dan dirham - akan dapat memakmurkan negara, jika, dilakukan dengan cara halal (tidak riba dan lain).


 SAJAK


BUKIT CHANDAN

Bukit Chandan,
Namamu merakam sebuah nama,
‘Pokok renek’ ubat manusia,
Dari bibir sungai Perak,
Ke pinggir rimba Padang Changkat,
Meredah ke tepi Sungai Kangsar.
Terukir namamu dalam sejarah kita.

Bukit Chandan,
Kudakap dada langit,
 kuusap dada bumi,
Namamu dunia diraja,
Masjid Allah - Ubudiyah’,
Melaung insan  taqwa, reda,
Sementara mengembara ke pusara.

Bukit Chandan,
Istana tua mulai uzur,
Usang, sepi istana Iskandariah,
Berpagar batu memisah dan terpisah,
Berbeza dengan zaman lalu,
Sultan Iskandar, Yusuf dan Idris Shah,
Rakyat jelata datang makan gulai berkawah.

Bukit Chandan,
Bertanya semua rakyat jelata,
Sultan kita di mana?
“Tutup mulutmu,
Jangan bertanya apa - apa!”
Makam Raja tegak di bumi,
Semua Raja ke sana pulang mereka.

Bukit Chandan,
Madrasah Idrisiyah lanjut usianya,
Asal mula Madrasah Mariah,
Melahirkan ramai ulama,
Dalam usiamu yang lanjut,
Ramai penuntut dalam dadamu,
Bakal pemimpin umat manusia.

Bukit Chandan,
Kini anak - anakmu Adam dan Hawa,
Mengenangmu,
Melakar sejarah ‘Kampungku’ mulia,
Sedu mereka ber’air mata’,
Keranamu tempat lahir mereka,
Waris bumimu tanah pusaka.

* Chandan. Sejenis pokok renek (boleh jadi ubat sakit  kencing
   manis, darah tinggi. Ada yang berpendapat, pokok itu gemar
   dimakan kucing. Atau semak semun yang terhias.

Masjid Ubudiyah,  Bukit Chandan ………………..Mokhtar Petah


POLITIK
                                 
                           MANSUH BANGSA KUASA MELAYU

                                           Oleh: Mokhtar Petah

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kalian dari seorang lelaki (Adan ‘alaihis salam) dan seorang perempuan (Hawa), dan Kami jadikan kalian beberapa bangsa dan suku – suku bangsa, agar kalian mengenali satu sama lain.
 – Al Hujurat: 13.
Ayat Quran di atas ini menyatakan umat manusia yang telah diciptakan oleh Allah itu berbangsa dan bersuku bangsa. Ertinya umat manusia tidak boleh menolak bangsa yang ditetapkan oleh Allah. Walaupun orang Melayu beragama Islam dan mahu menegakkan negara Islam, tetapi mereka tidak boleh membuang atau memasuhkan bangsa (Melayu) dan mewujudkan bangsa Islam.
Allah telah melantik Muhammad bin Abdullah dari bangsa Arab dan suku kaum Quraisy. Bahasa bagi agama Islam adalah bahasa Arab tua. Tetapi Allah tidak  pula memerintahkan dimansuhkan bangsa Arab.
Maka, orang Melayu yang mahu menegakkan ketuanan Melayu dan menegakkan Negara Islam tidak boleh membuang atau memansuhkan bangsanya.
Berbeza dengan pendapat kalangan ulama PAS ( terutama Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri besar Kelantan), bahawa beliau tidak menampakkan untuk mengekalkan bangsa Melaya jika PAS memerintah negara Islam. Dan pada PAS tidak ada ketuanan Melayu. Yang wujud hanya umat Islam yang tidak lagi mengguna dan mendulatkan bangsa.
Pandangan itu bercanggah dengan ayat Quran di atas. Para ahli PAS yang sayangkan bangsanya mestilah membuat kajian dan mempertahankan bangsa Melayu. 
MEMAJUKAN UMAT ISLAM 
Walaupun UMNO tidak menampakkan usahanya untuk menegakkan negara Islam, tetapi ia telah melaksanakan kerja dan usaha untuk memajukan umat Islam, misalnya ekonomi Islam, universiti Islam dan segala yang berunsur Islam. UMNO tetap mempertahankan bangsa Melayu dan ketuanan Melayu.
Kerana menurut Perlembagaan Negara, bahawa orang Melayu adalah orang Islam, maka tindakan menghapuskan bangsa Melayu samalah menghakiskan manusia Melayu yang beragama Islam di negara ini.
Dalam satu seminar ketuanan Melayu anjuran institut pengajian Tinggi di Melaka, di Air Keroh, pada 6 dan 7, sebikangan para sarjana atau intlektual Melayu telah menyuarakan menentang cara dan rancangan PAS untuk menggunakan Islam sebagai bangsa.
Jika PAS menolak rupa bangsa, maka, hanya UMNO satu- satunya parti politik yang boleh dijadikan tempat bergantung orang Melayu untuk mempertahankan bangsa Melayu dan ketuanan Melayu.
MENJAMIN KUASA MELAYU
Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, sempena ulang tahun UMNO ke 62, yang diusiarkan pada 11 Mei 2008 telah berkata, bahawa UMNO menjamin kuasa Melayu.Beliau telah menjelaskan:
            “Selepas enam dekad, UMNO telah mengalami pelbagai peristiwa, rintangan dan cabaran politik dalam sejarahnya. Ujian dan cabaran ini datang bdalam pelbagai bentuk.
           Masalah terbesar ialah msalah parti-parti serpiahan yang tumbuh dan tertubu apabila apabila beberapa pemimpin telah membawa pengikut-pengikut mereka keluar parti UMNO atas sebab-sebab yang berbeza dari semasa ke semasa.
           Bermula dengan PAS pada tahun 1951; Parti Negara yang dipimpin sendiri oleh Dato Onn, pengasas UMNO, Parti negara; Parti Melayu Semangat 46 yang diupimpinn oloeh Tengku Razeigh Hamzah dan yang mutakhir adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawan pimpinan ‘de facto leader’nya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Membela orang Melayu
Apapun yang beerlaku, sejarah melihat UMNO terus dengan perjuangannya untuk membela orang-orang Melayu, orang-orang Islam dan di samping itu menjadi pelopor kepada perjuangan untuk semua orang Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa bagi mendapat tempatq dan perhatian dalam negara ini.
            Jangan pula kita lupa, di sebalik peristiwa-peristiwa tersebut, UMNO terus memenangi setiap pilihan raya umum, bermula dari piliahan raya pertama pada tahun 1955 dan seterusnya, selama 12 kali berturut-turut termasuk pilihanraya pada tahun ini. Kemenangan UMNO adalah bersama parti-parti komponen dalam Perikatan dan seterusnya dalam Barisan Nasional.
            Kalau diperhatikan secara teliti akan keputusan Pilihan Raya Umum ke - 12 yang lalu, UMNO tidak mengalami kemerosotan sepeerti yang diudakwa. UMNO memenangan 85 peratus daripada kerfusi yang dipertandingkannya tetapi majoriti yang telah diperoleh calon-calon UMNO kurang daripada yang diperolehi pada dalam piliahanraya umum 2004.
Walaupun begitu, orang Melayu tidak meninggalkan UMNO secara total. Kuasa orang Melayu belum terhakis. Saya setuju jika prestasi kita diperkatakan menurun, tetapi UMNO masih kekal sebagai tunjang kekuatan Melayu.   
           Sebaik sahaja tamat pilihan raya umum ke-12 yang lalu, saya telah menemui semua ahli Perhubungan UMNO Negeri di seluruh negara yang terdiri daripda Ketua _Ketua Bahagian UMNO di setiap bahagian. Mereka telah menyuarakan pandangan, saranan, pendapat dan cara-cara memperkukuhkan semula parti.
              Pertemuan ini telah diadakan di kediamansaya dalam beberapa siri secara tertutup. Pertemuan tersebut dikuti dengan lawatan Jawatankuasa Pengurusan ke enegeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pada pendapat saya, di sanping usaha mengukuhkan parti, UMNO bersama-sama dengan parti-parti komponan lain dalam Barisan nasional perlu meyakinkan rakyat tentang kemampunan Kerajaan Barisan Nasional untuk memberikah khidmat yang terbaik, melaksanakan tanggungjawabnya dan memenuhi janji-janji yang dibuat dalam Piliahan Raya Umum ke-11 dan 12 yang kalu.
             UMNO bukanlahg parti yang tunduk kepada tekanan daripda mana-mana pihak. Jika ada apa-apa permohonan yang wajar, UMNO tidak keberatan untuk memberi sokongan kepada permohonan tersebut. Ini adalah amalan yang berlaku dalam muafakat Barisan Nasional. Partiparti komponan dalam Barisan nasional semuanya membuat keputusan megnenai satu-satu perkara berasaskan konsensus.
              Umno tetap dengan pernjuangan asal. UMNO tetap mempertahankan maruah Melayu. Itu sudah termaktub dalam Perlembagaannya. Yang penting dan perlu diingat adalah UMNO berada dalam Barisan Nasional. Muafakat dan kebijaksanaan, kesederhanaan serta keadilan dan kesaksamaan perku menjadi amalan dalam mengambil tindakan.
Saya tegaskan, UMNO tidak ditolak di akar umbi. Di luar bandar UMNO tetap kukuh. Kekuatan MNO dibina dari peringkat cawangan, bahagian  dan seterusnya peringkat Majlis Tertinggi.
          Yang menganggotai barisan kepimpinan parti terdiri daripda mereka yang mendapat sokongan ahli-ahli parti di semua perinbgkat.Di samping itu, kebanyakan mereka tgerdiri dari individu-individu yang telah memenangi pilihan raya dengan sokongan majoriti rakyat.
           Pembelaan nasib bangsa, agama dan negara terus menjadi core kepada perjuangan. Inji yang perlu dihidupkan semula, diperkukuhkan. Sewjarah perjuangan bangsa perlu diterap semula. Legitimcy kewujudan orang Melaui di bumi ini mesti difahami oleh semua kaum dengan tidak mnenjejaskan hak-hak kaum lain.
Pengusaan Ilmu Pengetahuan
UMNO mesti terus memperkasa dan membangunkan bangsanya melalui penguasaan ilmu pengetahuan, kedaulatan bahawa, kemuliaan akhlak dan agama, kedaulatan Raj-Raja dan kesucian islam.Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak boleh dikompromi. Ita tidak boleh membiarkan perkara ini terhakis dan dipinggirkan. Itulah intipati perjuangan yang mnenjadi kebanggaan kita.
              Inilah cabaran besarkepda golongan muda dalam UMNO, khususnya Pergerakan Pemuda dan Puteri bagi memastikan orang muda Melayu mengetahui, memahamai dan menghayati sejarah perjuangan UMNO.
             UMNO mesti pergi kepada mereka, tidak boleh membiarkan atau menunggu mereka datang. Pemuda UMNO mesti mencari ahli-ahli baru, menyebar risalah, memili ‘kader’ dan melatih mereka. Pemuda dan Puteri UMNO  mesti menjadi contoh sebagai pejuang yang bersemangat patriotik, berintegriti dan berjaya dalam hidup mereka serta tidak angkoh.
 (Bersambung pada Isnin).


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                           BERJUANG TEGAK NEGARA ISLAM

- Quran - ini ialah penerangan - penyataan - kepada semua umat manusia - tidak kira yang beragama Islam atau yang kafir - , dan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. 
Dan jangan kalian merasa lemah (dalam perjuangan menegakkan Islam dan membina Negara Islam)*, dan jangan kalian berduka ( terhadap apa jua yang mneimpa kalian), kalian, adalah orang - orang yang tertinggi(mengatasi musuh dan penetang perjuangan kalian), jikan kalian orang - orang yang sungguh - sungguh beriman. 
- Ali Imran:138,139.
* Sesunguhnya, berjuang untuk menegakkan Negara Islam di negara ini dan mengikut dengan taat akan hukum - hukum dalam Quran adalah wajib bagi setiap induvidu Melayu yang tidak jahil Islam. Maka, anak muda Melayu, tegakkan iman dan berjuanglah menegakkan Negara Islam di bumi sendiri.
Jika kita tidak menegakkan Negara Islam di bumi kita sendiri, sampai akhir dunia inipun Melayu akan lemah dan menjadi hamba orang. Ditanda oleh Melayu yang berkuasa dan kaya raya. Oleh para pendatang yang mahu menguasai negara ini dan mengaut kekayaan. Mereka lebih suka melihat setiap orang Melayu menjadi hina dan merempat di negara sendiri.


                        MERMBUKA RAHSIA SUAMI ISTERI

Rasul Allah, Muhammad s.w.a. memberi amaran:

Sesunguhnya, seburuk - buruk - sejahat - jahat - manusia pada pandangan Allah, pada hari kiamat nanti, ialah lelaki yang bercampur - bergaul - dengan isterinya dan peremouan yang bercampur - bergaul - dengan suaminya, kemudian menyiar atau mendedahkanb rahsianya (kepada sahabat dan orang lain).*
 - Perawi: Imam Ahmad dan Imam Muslim.

* Perkara seperti ini sering berlaku dalam masyarakat orang 
   Melayu. Mereka mendedahkan rahsia suami isteri (nereka) 
   kepada orang lain, terutama kepada para sahabat.

JIKA ALLAH MEMANDANG SESEORANG ITU JAHAT, MAKA, AKAN LEMPAKKAN KE DALAM NERAKA.



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

ISLAM LEBRAL

Saya tidak mengegtahui 'secara hakik' sejauh an sekuat mana kuasa Menteri Di jabatan Perdana Menterii, Datuk Seri Jamil Khir Baharom , untuk menghalang, menentang atau menolak segala macam gerakan, kegiatan dan musuh Islam, sama ada dari luar datang ke negara kita mahupun yang ada dalam negara ini.
Beliau sepatutnya, mengadakan perbingangan dengan semua Jabatan Agama Islamn di negeri - negeri dan di bawah kuasa Raja -Raja Melayu meneolak dan menegah sebarang perbuatan yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan menghina agama Islam, seperti yang akan dilakukan oleh
seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji mengadakan.
Saya suka bercakap dengan beliau melaluilaman ini, jika beliau perhatikan, bahawa di negara ini, sebilangan orang Melayu sendiri yang melakukan sesuatu yang lebih dari 'Islam Lebral. Di antara:
1 - Menolak beberapahukum dalam Quran.
2 - Menghalalkan segala yang diharamkan dalam Islam, seperti Rib, judi dan lain.
3 - Sbilangan dari umat Islam di negara ini berpecah belaj disebabkan berpedaan atras pegangan 
     terhadap agama Islam.
4 - Ada di antara pemimpoin Melayu yang melaungkan, bahawa politik tidak booleh dicampurkan 
     dengan agama Islam, iaitu mesti seperti agama Keristian.
Maka, saya berharap, menteri berkenaan, dapat kiranya menulis dan menerbitkan sebuah buku yang menjelaskan Islam hakiki, Islam Lebral, Islam campur aduk dengan kapitalisme, sosialisme, komunisme dan sebagainya.

             
               KISAH BERMULA RAJA NEGERI *

                          Sultan Idris Shah,
                          Hidup Tuanku meniti sejarah,
                          Dari pangkal sejarah,
                          Negeri Perak bertuah,
                          Hingga ke Sembilan belas,
                          Delapan puluh empat.

                          Berkisah Paduka Sultan,
                          Kepada penulis pena senjatanya,
                          Awal Sultan bagi negeri berdaulat,
                          Putera Sultan Melaka, Mahmud ,
                          Nama baginda Raja Muzaffar Shah.
                          Sultan Perak nan mula.

                          Dik sikap baginda zalim melulu,
                          Takdir Allah Melaka ditawan penjajah,
                          Lima belas sebelas tahunnya,
                          Semua rakyat lari begalas
                          Berhijrah Sultan ke Kampar , Sumatera,
                          Hilang daulat didera duka.

                          Raja Muzaffar Shah di bawa  belayar,
                          Dalam sebuah parahu tanpa jentera,
                          Dari Kampar ke Negeri Perak tua,
                          Bersama para pembesar Melayu purba,          
                          Ke negeri kecil ‘sekangkang kera’,                                          
                          Di Beting Beras Basah kisah bermula.

                          Perahu tersangkut di beting  Sungai Perak,
                          Walang semua dalam perahu,
                          Perahu kaku laksana batu tegar,
                          Raja resah semua pembasar gelisah,
                          Ada berdoa kepada Allah,
                          Adapula merayu penunggu entah berentah.

                          Berkisah Sultan Idris Shah,
                          Penulis mendengar semua kisah,
                          Raja Muzaffar Shah  bermadah resah,                    
                          Suaranya serak tubuh menggeletar,
                          Takut baginda jatuh ke dasar sungai.
                          Entah berdoa entah memuja hamba,

                         Suara baginda, “Selilit Tanah Minangkabau,
                          Selingkong Pulau Percha,
                          Dilingkung ular ‘sakti muda’,
                          Sebenarnya aku keturunan Raja,
                          Jauhkan segala mala petaka,
                          Perpisahan aku di Selat Melaka.”

                          Sebaik habis doa dan rayu Raja,
                          Perahu tua bergerak semula,
                          Berkayuhlah para hamba tua muda,
                          Memudik Sungai melintas Pasir Salak,
                          Menokah air mengalir di Pulau Tiga,
                          Lalu tiba di Geronggong negeri tua.

                          Berkisah akhir Sultan Idris Shah,
                          Di daerah Parit kini, Geronggong nama negeri,
                          Para Pembesar menjunjung daulat
                          Raja Muzaffar Shah memanjat takhta,
                          Bergelar Sultan negeri berkat,
                          Bermulanya Raja kasihkan rakyat.
 Di Istana Kenangan ,
 Bukit Chandan , Kuala Kangsar……..……… Mokhtar  Petah

* Dari buku, Sultan Perak, 'Sultan Idris Shah dan Saya' (belum
   terbit)

KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                  SEMBUNY YANG HAK

Kalian berimanlah dengan apa yang Aku (Allah) teklah turunkan (al Quran) yang mengesahkan benarnya kitab - kitab yang ada pada kalian, dan janganlah kaklianb menjadi orng - orang yang mula - mula kafir (mengingkar dengannya dan jangan kalian menjadikan ayat - ayat Aku (Allah)  (sebagai harga untuk) membeli kelebihan - kelebihan yang sedikit faedahnya, dan kepda Aku (Allah) sahaja hendaknya kalian bertakwa.
Dan kalian jangan campur adukkan yang benar itu dengan yang salah*, kalian menyebunyikah hak - kebenaran - pada hal kalian semua mengetahui. 
- al Baqarah:41,42.
* Dalam ayah ini, melarang orang - orang Yahudi menyembunyikan kebenaran mengenai Nabi Muhammad s.a.w., tetapi mereka melakukan juga, maka hingga sekarang mereka tinggal dalam kekufuran. 
Kita juga, orang Melayu, telah melakukan perbuatan menyebunyikan kebenaran ayat - ayat Quran. Misal, dalam Quran melkarang riba, judi dan lain, tetapi kita menghalallakan dengan mengeluarkan lesen.
Allah mengadakan hukum - hukum atas keslahan jenayah - hudud -, di antaranya bunuh orang, samun dan curi, tetapi kita menolak dan kita mengikut dan patuh akan hukum dari orang barat.
Allah menegah umat Islam bepecah belah dan mencerca sesama umat Islam, tetapi kita menjadikannya sebagai adat atau kebiasaan.


                           SYAITAN ATAS BATANG HIDUNG

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menahati umat Islam:

Apabila salah seorang dari kalian bagun dari tidurnya (pagi), maka, sedut air - basuh hidung tiga kali (dsengan baca:A'uzubilaah ... dan basmalah), kerana syaitan bermalam di atas batang hidunya.
 - Perawi: Imam Ahmad, Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


MUZAKARAN PAS DAN UMNO

Muzakarah PAS dengan UMNO adalah berhubungan dengan perbezaan dasar politik dua parti politik orng Islam itu, tetapi, saya yakin muzakarah itu tidak akan menghasilkan apa - apa yang diharapkan, selagi UMNO tidak mahu menerima apa yang PAS terima mengenai hukum - hukum dalam Islam dan perjuangan menegakkan Negara Islam.
PAS tetap dengan keimanannya untuk melaksanakan cita -citanya bagimnegakkan Negara Islam dan menjalankan hukum hudud, tetapi UMNO menolak kedua - dua itu.
Jika UMNO setuuju dengan perjuangan PAS dan menyertai parti Islam itu menegakkan Negara Islam dan melksanakan hukum hudud, saya yakin muzakaran itu akan mencapai matlamatnya.
Tidak mungkin muzakara itu membuahkan kebaikan dan perpaduan UMNO dengan PAS. UMNO sebuah parti politik kebangsaan - nasional - dan mengamalkan sistem kapitalis, tentulah jauh bezanya dengan PAS sebuah parti politik Islam dan dasarnya berlandaskan Quran.
Muzakaran dua parti poilitik itu akan menjadi riuh yang tidak menguntungkang. Riuh seperti orang mengadakan peraduan orang - orang tidak bergigi atau gigi rongak, makan jagung bakar sahaja.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

ANUAR MUSA

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun dan semalam diberi amaran oleh badan itu, mempersoalkan 'tindakan terbaru' dikenakan ke atas beliau.
"Di mana salahnya?" soal Annuar dalam reaksinya dipetik dari laman sosial Facebooknya.
Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membidas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak yang memberi amaran keras kepada beliau agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak.
----------------------------

Kalau tidak ada apa - apa yang menyalahi undang - undang atau Peraturan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya amat sedih atas apa yang menimpa bekas menteri Kerajaan Malaysia, Tan Sri Anuar Musa, tetapi, kerana ada fakta yang beliau melanggar peraturan, maka, saya harap beliau bersaba dan merialissikan diri sendiri.
Beliu boleh mendarap, mengira dan menjumlahkan apa - apa salah silap yang beliau lakukan pada masa beliau memengang mjawatan menteri dulu - salam kepada individu yang lain dari parti beliau, salah kepa agama Islam dan lain. Jika ada kesalahan - kesalahan, walaupun satu atau dua, maka, itulah balasan Allah terhadap beliau, agar beliau sedar dan insaf.
Kita adalah manusia. Manusia tidak dapat elak dari melakukan kesalahan kecil atau besar. Allah Maha melihat kesalahan kita, walaupun sebesar zarah - debu atom -.
Saya kira, sesuatu yang menimpa Anuar Musa adalah satu ujian dari Allah, untuk menurunkannya dari atas hingga beliau berada di atas bumi keinsafan akan apa - apa yang beliau telah lakukan pada masa lalu.
Saya harap, Anuar Musa, tak usahlah melaungkan ke langint untuk menentukan kebenaran diri. Lebih baik beliau bershyukur kepada Allah dan memohon ampun kepada Allah serta memohon maaf kepada mana - mana individu yang beliau melakukan kesalahan - seperti tuduhan, cerca, caci dan lain.
Allah Maha Kuasa. Qarun yang kaya raya, dijadikan jatuh ke bawah dan ditelah bumi. Raja Namrud dimatikan dengan kadaan derita. Raja Perempuan Balgis, dijatuhkan dengan rasa ciantanya kepada Rasul Allah, Sulaiman alihis salam.

MENGENANG RAKAN                

                   DAGANG MEREMPAT

Sepanjang tahun - tahun 1960  hingga 1977, beberapa kawasan tanah kerajaan (state lands) dalam kawasan perbandaran Ipoh,kebanyakannya bekas kawasan lombong bijih timah , telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak, di bawah UMNO - Barisan Nasional - melalui Exco (Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan ), kepada  beberapa syarikat pemaju perumahan dan industri  yang 99%  dimiliki oleh orang - orang Cina dan orang - orang India.
              Keputusan mengeluarkan tanah kerajaan negeri (state lands) itu belum dibawa ke hadapan baginda untuk dilulus - perkenankan oleh baginda. Tetapi bbeapa kawasan tanah tersebut telah diteroka oleh beberapa syarikat yang mendapatnya.
Amalan Kerajaan Negeri Perak itu dan perbuatan syarikat - syarikan Pembangunan Perumahan dan Industi meneroka beberap akawasan tanah kerajaan negeri (state landas) sekitar perbaran Ipoh, telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar rakyat negeri tersebut  yang teridir dari orang Melayu. Mereka berpendapat, kalau kawasan - kawasan tanah kerajaan negeri itu diluluskan kepda syarikat - syarikat yang demiliki oleh kaum lain, akhirnya dalam kawasan perbandanran Ipoh, tidak ada tempat bagi orang Melayu mendudukinya pada masa akan datang.
 Pada tahun - tehun 1960 - 70 - an, ramai penduduk luar bandar di seluruh Negeri Perak yang mahu mengubah corak hidup masing- masing, telah berhijar ke sekitar kawasan perbandaran Ipoh. Mereka telah mendirikan rumah atas tanah kerajaan Negeri Perak tanpa izin dari pejabat Tanah dan Galian negeri atau menggunakannya ’secara harams. Mereka digelar setinggan. Rumah - rumah yang mereka dirikan seperti  rumah orang kampung pada zaman silam dan masih terdapat pada masa ini, iaitu beratapkan daun rumbia atau zink, dinding dan lantai papan serta tiangnya dari katu - kayu yang  mereka beli dari kilang - kilang kayu balak. Ada juga tiang - tiang  kayu yang mereka membelinya dari Lembaga Letrik Negera cawangan Ipoh, iaitu tiang - tiang eliktrik dari kayu kempas yang telah tidak digunakan lagi. 
  ” ....aku dapat tahu, entah betul entah tidak, ada oghang - oghang Exco negeghi yang dah ambil peluang duit poket dari kawasan tanah yang diluluskan tu ...,” titah Sultan Idris Shah kepada saya.  
”Ampun Sir, I kurang periksa ...,” kawa saya.
” You tau ..., tapi buat tak tau ...,” titah Sultan Idris sambil senyum.    
”Aku sayangkan  oghan - oghang Cina ..., tapi deme tua macam kata oghang kita, dibeghi betis nakkan paha ..., ghebut peluang yang ada hingga oghang Melayu susah ..., tengok ha, macam tanah keghajaan, oghang Melayu macam meghempat di Ipoh ni,” titah Sultn Idris Sha dan dua bola matanya bagaikan akan menelan wajah saya.
 ” Ia, sunguh, Sir, macam pantu orang tua - tuan Melayu,” kata saya.
 ”Apa kata deme tu?” Sultan Idris Shah bertanya. Senyum sambil membedek - bedek kameranya ke arah gunung Keledang.
 Saya mencari - cari awal pantun tersebut dan  menyembahkan kepda Sultan Idris Shah:
                 ”kajang tuan kajang berlipat, 
                        kajang saya menguang layu;
                  dagang tuan dagang bertempat, 
                          dagang saya menumpang lalu.”
     ” ... ha, tu, sesuai benorle pantun tu dengan oghang Melayu dengan oghang Cina di negeghi kita ni ...,” titah Sultan Idris.
     Kalau keghajaan kita biorkan, sudahnye oghang Melayu jadi macam oghang hitam di Amerika...,” titah Siltan Idris.*

* Dari buku 'Sultan Perak, Sultan Idris Shah Dan Saya', oleh: 
   Mokhtar Petah (belum terbit).



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                        TIDAK AKAN BERIMAN

Sesunguhnya, orang - orang kafir (tidak beriman kepada Allah dan hukum - hukum dalam Quran), sama sahaja kepada mereka; sama ada engkau (Muhammad s.a.w.) beri amaran kepada mereka engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
 - al Baqarah:6

Dlam hati mereka (orang - orang kafir dan munafik) itu terdapat penyakit (syak dan sangka, hasad dan tidak jujur), maka, Allah tambahlan lagi penyakit tersebut kepada mereka, dan mereka  akan didera oleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkanb mereka mendusta (dusta kebenaran dalam Quran).
 - al Baqartah:10

Nota.

Ramai dari umat  Islam yang tidak percaya atau beriman secara penuh kepada ayat - ayat dalam Quran, sama ada mengenai ibadah, rumhatangga, kemsyarakatan, hukum hakam, politik dan lain. Mereka mengatakan: Kalau politik dicamopur adukkan dengan agama Islam, manusia akan kucar kacir, agama rosak dan negara rosak.
Tetapi dalam Quran ada ajaran mengenai politik Islam. Mereka tidak nampak atau tidak mahu memahamimnya, kerana mereka terlalu taksuhb kepada pengetahuan dari orang - orang Yahudi dan Kristian.
Orfang - orang demikian, walaupun mereka pemimpin besar, dalam hati merek ada penyakit. Allah menambahkan penyakit itu hingga mereka menjadi orang yang mengamalkan syah wasangka, asut mengasut, tuduh menuduh sesama orang Islam.


                                MENGANTUK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Apabila salah seorang dari kalian mengantuk di tempat duduknya dalam masjid, pada hari Jumaat, maka, pindahlah ke (tempat) lain (dalam masjid itu juga agar hilang ngantuknya). 
- Perawi:Imam Ahmad dan Tirmizi