skip to main | skip to sidebar

EDIT - Thinker

Editor - Petah Shahrir Aidid

  • Home
  • Posts
  • Comments RSS
  • Edit

BERITA

at 21:00 Tuesday, 28 July 2009
"SAYA TERJUN DARIPADA KAPALyang bocor"
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 29 Julai (Hrkh) - "Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADIILan) .

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkang.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa.

"Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat, " tambah beliau.

------------------------

LAGI DESAK TUKAR SEGERA ROSMAH MANSOR
PEMUDA PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Pemuda Pakatan Rakyat Selangor mengulangi desakan kuat kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk menukar segera Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Datin Seri Rosmah Mansor kerana beliau tidak layak dan kompeten untuk menduduki kerusi berprestij tersebut.

Pemuda Pakatan Rakyat yakin kedudukan beliau yang sesuai dan terbaik ialah hanya di gedung-gedung pakaian dan membeli-belah dan bukannya berada di kerusi tertinggi untuk sebuah institusi gedung ilmu negara.

Kenyataan tegas Pemuda Pakatan Rakyat ini juga menyokong desakan yang kuat daripada mahasiswa,mahasiswi dan pensyarah UNISEL sendiri apabila satu program yang dihadiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sokongan agar Canselor UNISEL ini ditukar segera mendapat sokongan total dan tidak berbelah bagi.

Malahan kita yakin masyarakat di negeri Selangor juga mahu kepada seorang Canselor UNISEL yang boleh mencerminkan prestij dan imej keilmuan dan taman budi sebuah gedung ilmu negara.

Menyedari hakikat ini,Kerajaan Negeri sepatutnya sudah menyedari dan bertindak proaktif untuk menukar Canselor UNISEL kepada individu yang lebih berkelayakan dan mempunyai nilai ilmu,akal budi dan akhlak murni yang tinggi.

Ia adalah salah satu usaha progressif bagi mencerminkan gerak kerja bersungguh-sungguh kerajaan negeri memartabatkan insititusi pengajian tinggi ke peringkat global.

Kita mahu UNISEL dipandang tinggi dan dihormati di peringkat antarabangsa sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu mencapai standart universiti tersohor dan terbilang dunia.

Justeru, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor ini disegerakan kerana jelas penolakan mahasiswa dan pensyarah sendiri yang menyatakan pendirian ini secara terbuka.

Kerajaan Negeri perlu memilih individu yang paling sesuai dan terbaik untuk Canselor baru UNISEL akan datang.

Semakin lama kerusi ini disandang oleh Rosmah Mansor ianya hanya akan menjadi satu liabiliti dan tanggungan kepada pihak kerajaan Negeri dan juga UNISEL.

Malahan, kredibiliti dan ketinggian institusi ini akan semakin dipersoalkan oleh masyarakat dan dunia antarabangsa.

Pemuda Pakatan Rakyat yakin apabila kerusi Canselor UNISEL ini disandang oleh individu yang layak dan mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi. Maka usaha ke arah meninggikan dan martabat kedudukan UNISEL akan semakin bersemarak.

Pemuda Pakatan rakyat bertambah yakin UNISEL kelak akan menjadi salah satu universiti terbaik dunia yang pada kelasnya yang tersendiri.

Justeru, Kerajaan Negeri hanya mempunyai satu sahaja pilihan iaitu meletakkan individu terbaik dan paling layak untuk kerusi Canselor UNISEL ini.

Akhirnya, Pemuda Pakatan Rakyat mengulangi desakan agar pertukaran Canselor UNISEL disegerakan.

Kita yakin seluruh mahasiswa dan mahasiswi serta warga penggerak UNISEL akan bertambah bersemangat untuk memartabatkan universiti tersebut sebagai pusat kecemerlangan ilmu dunia dengan pertukaran Canselor UNISEL yang akan melonjakkan UNISEL antara universiti terbilang dunia.

---

Kenyataan ini dikeluarkan oleh

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Angkatan Muda Keadilan Selangor

Hasbullah Mohd Ridzwan
Dewan Pemuda PAS Selangor

YB Lau Weng San
DAPSY Selangor_

(Dua brita ini diambil dari Harakah Daily, 29 Julai 2009)


**** ****


JANGAN PERCAYA NIK AZIZ



Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan dari Uganda meminta pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak lagi memberi respon kepada sebarang kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ini kerana katanya, dalam soal hubungan dengan UMNO, pendirian Menteri Besar Kelantan itu daripada segi rekodnya sering berubah-ubah. Mungkin itulah yang terbaik memandangkan Nik Aziz memang ‘tak berahi’ dengan UMNO’ malah dah suruh ‘UMNO pergi jahanam’. Muhyiddin dilaporkan berkata, penafian Nik Aziz mengenai kesediaan kerajaan PAS Kelantan mengadakan hubungan dengan UMNO bukanlah yang pertama dan ia ibarat satu putaran.

(Berita ini diambil dari Agenda Daily, 29 Julai 2009)

**** ****

KETURUNAN NABI MUHAMMAD

Putrajaya - Selasa: Kalangan ulama dan cendekiawan Melayu sekitar Kuala Lumpur dan Selangor meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan dan Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat dan bertindak ke atas seorang ulama yang mengaku ketukrunan Nabi Muhammad dan menggelarkan diri Al Maliki.

Ulama itu berasal dari Negeri Sembilan dan diia memberitahu orang ramai yang dia adalah menjadi ahli Majlis Fatwa negeri tersebut.

Baliau telah membawa ajaran tarekat di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Beberapa orang yang telah mengikut tarekanya memberitahu, bahawa beliau pernah memberitahu mereka yang mengambil dan mengamalkan ilmu tarekatnya agar perhatikan mukanya sungguh - sungguh agar senang mengenalinya di akhirat kelak.

Beliau datang memberi ucapan di masjid - masjid dengan menaiki kereta mewah dan baru. Keretanya diletakan di tepi pintu masuk ke masjid, mempunyai npemandu khas dan pengiring.






No response to “BERITA”

Leave a response | Comments (Atom)

Post a Comment

« Newer Post Older Post »

Twitter

Twitter

    follow me on Twitter

    Labels

    • (( (1)
    • (Berita ini dari Harakan (1)
    • (Dari (1)
    • antara (1)

    Blog Archive

    • ► 2012 (284)
      • ► August (59)
      • ► July (71)
      • ► June (82)
      • ► May (71)
      • ► April (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2009 (593)
      • ► December (72)
      • ► November (103)
      • ► October (82)
      • ► September (101)
      • ► August (116)
      • ▼ July (119)
        • KRITIK DIRI ANDA, SEMPURNAKAH ISLAM ANDA
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • BERAS
        • BERITA
        • MOHON BANTUAN
        • SASTERA MELAYU
        • EDIT - THINKER
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • KENSER TULANG
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • Ceramah Mokhtar Petah, di masjid Kamesah Heigh , U...
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • PERIABAHASA
        • BERITA
        • PANTUN
        • BERITA
        • BERITA
        • KHUTGBAH JUMAAT
        • SATERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • POLITIK
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • FALSAFAH QURAN
        • BERITA
        • PERIBAHASA
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • KHATIB
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • MANEK URAI
        • RASUAH
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA

    Followers

     
    © 2009 EDIT - Thinker. Powered by Blogger
    Design by Subhadeep Bloggerized By LawnyDesigns