| Nazri Abdullah | |||||
| IPOH, 2 Sept: Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK pagi ini di tutup bermula jam 6.30 pagi tadi menjelang persidangan DUN pagi ini. Kesemua jalan itu termasuk dua jalan utama menuju dua pintu masuk ke SUK iaitu Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Istana. Sekatan jalan raya dibuat lebih 30 meter dari kawasan bangunan SUK di mana terletak di dalamnya Dewan Negeri yang dijangka digunakan oleh Speaker dan kesemua ADUN Pakatan Rakyat untuk bersidang hari ini. Tinjauan mendapati sekatan jalan itu bagaimanapun hanya memberi laluan kepada Ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk kesekolah, pekerja di bangunan SUK dan mereka yang bekerja di premis dalam kawasan lingkungan sekatan. Kesemua ADUN Pakatan dijangka berkumpul di bangunan Wisma DAP berhampiran bangunan SUK sebelum bergerak ke Dewan DUN jam 9.30 pagi. Sidang DUN dijangka berlangsung jam 10 pagi ini. -----------------------
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 2 September 2009) DUN Kota Siputeh: ADUN kekal... tiada pilihan raya kecil Kenyataan penuh Pengerusi SPR mengenai kedudukan kerusi DUN Kota Siputeh Speaker DUN Kedah akan ambil tindakan lanjut: MB Najib mahu pemimpin jiwai perasaan orang miskin Wanita UMNO cadang panda 12 Fasal Perlembagaan parti dan 15 peraturan tetap Wanita Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memutuskan agar penyertaan kaum wanita negara ini ditingkatkan jumlahnya kepada 30 peratus sekaligus dimartabatkan kedudukannya diperingkat pembuat keputusan dalam parti UMNO induk.Serentak dengan itu Mesyuarat Khas Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang dipengerusikan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil Selasai membuat ketetapan cadangan meminda 12 Fasal Perlembagaan UMNO dan 15 Peraturan Tetap Wanita yang meliputi pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) hingga peringkat UMNO Cawangan. MCA bakal saksikan dua EGM Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari Selasa mengumumkan perlantikan Datuk Abu Khamis sebagai Setiausaha Kerja BN yang baru menggantikan Datuk Yaakob Mohammad. Abu, 58 adalah bekas Pegawai Khas Setiausaha Agung UMNO dan juga bekas Setiausaha Politik kepada Tengku Adnan semasa menjadi anggota kabinet sebelum pilihan raya umum 2008 lalu. Yaakob pula mula berkhidmat dengan UMNO sebagai Setiausaha Kerja semasa Tan Sri Mohamad Rahmat menjadi Setiausaha Agung pada tahun 1988 dan setelah berlaku perubahan Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996, Yaakob mulai tarikh tersebut menjadi Setiausaha Kerja BN. (Berita - berit ini diambil dari Agenda Daily, 2 September 2009) |
BERITA
at
17:47
Tuesday, 1 September 2009
JALAN KE BANGUNAN SUK PERAK DITUTUP




No response to “BERITA”
Post a Comment