KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS


              KACAK SUSAH HODOH RESAH

Pada masa Nabi Yusuf sampai ke peringkat usia yang sempurna - baligh dan lelaki yang kacak - , yang sempourna kekeuatan - tubuh - nya, Kami (Allah)kurniakan kepadanya kebuijaksanaan dan ilmu pengetahauan, dan demikianlah Kami (Allah) membalas aorang - orang yang berusaha memperbaiki dirinya.

Dan perempuan (perempuan cantik dan menggiurkan) yang Nabi Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh - sungguh memujuk (agar) tertarik hati kepada dirinya - mengikut hawa nafsu -; dan perempuan itu menutup pintu - pintu banglonya serta berkata: "Marilah ke mari, aku sedia untuk kamu." Yusuf menjawab:"Saya berlkindung kepada Allah (dari perbuatan keji itu); sesungguhnya Tuhan saya telah memelihara saya dengan sebaik- baiknya. 

Sesungguhnya, orang - orang yanbg zalim tidak akan berjaya.
Dan sebenarnya perempuan itu telah berahi sangat kepadanya, dan Nabi Yusuf juga (mungkin timbul perasaan demikian kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tetang kejinya perbuatan tersebut). Demikianlah (takdir Kami)) untuk menjauhkan dari Nabi Yusuf perkara - perkara yang tidak baik dan perbuatan - perbuagtan keji, keran asesaungguhnya, dia dari hamba - hamba kami yang dibersihkan dari segala dosa.* - Yusuf: 22 - 24.

* Demikian sukarnya menjadi lelaki, kalau kacak susah jadinya, 
   diminati oleh perempuan dan kalau hodoh juga resah, diminati 
   perempuan - perempuan. Kerana sebilangan perempuan - 
   manusia - lebih sukakan lelaki hodoh ari lelaki kacak.
   Di Amerika, kebanyakan perempuan muda yang berkulit putih 
   lebih tertarik hati atau berminat kepada lelaki berkulit hitam yang 
   rambutnya seperti anggur kering dan mukanya bagaikan banyak 
   jerawat batu.

                            ORANG KHIANAT

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesungguhnya orang yang khianat itu akan dipasang bendera - tanda - nya, pada hari kiamat, lelu diumumkan: "Inil ialah poengkhianat si polan bin polan."
 - Perawi: Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam At Tarmisi dan Imam Abu Daud.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


MENTERI BESAR PERAK DAN BEKAS MENTERI BESAR PERAK

Saya setuju dengan pendapat Mentgeri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Tiak sahaja Dato' Seri Mohammad Nizar, siapa sahaja dari para politikus dan lain, apabila menulis dan bercakap, eloklah mengikut petua oranbg tua - tua Melayu, iaitu: Caka siang tengok - tengok atau lihat - lihat, cakap malam, dengar - dengar.
Oada masa ini, terutama para politik dari berbagai parti politik dan para penyokong atau penghampu mereka, telah mengualrkan perkataan yang berlawanan dengan hukum Islam, di antaranya mefvitnah, menuduh, memburuk - burukkan sesama orang Islam serta menyebarkan keburukan orng Islam kepada orang ramai.
Perbuatan demikian, tentulah manusia tidak dapat membalasnya. Kalau hendak dibawa ke mahkamah pun akan mengeluarkan wang yang banyak, maka, Allah Maha mengetahui. Sesaungguhnya, Allah memakbulkan doa orang - orang teraniaya atau kena siksaan sebak orang lain.

MENGENANG

                       KUASA ALLAH JUA

Anwar Ibrahim telah memperlihatkan dirinya seorang yang berideologikan ‘Islamisme’ semenjak dia menutut di Universiti Malaya dan memipin ABIM. Kemudian dia telah ikut berjuang bersama Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd. Nor dalam PAS. Selain dari dia telah berikrar (mungkin bayyai’ah) dengan pihak parti Islam itu, dia telah berucap dalam beberapa perhimpunan parti tersebut.
Apabila Anwar Ibrahim meninggalkan PAS dan menjadi orang kanan Dr Mahathir Mohamad, ‘gelombang Anwar Ibrahim’ telah meredah dan merempuh segala, kuat dan menakjubkan semua. Ramai para politikus berkaliber dan berjasa dalam UMNO pada masa itu termasuk Abdullah Badawi, telah ‘terkapai-kapai mengayuh biduk kecil dalam gelombang besar’ Mahathir dan Anwar.
Kalau Abdullah Badawi hanya berharapkan biduk kecil dengan dayung pendek dan tidak bergantung kepada Allah, tentulah dia telah tenggelam dalam gelombang itu dan terbenam seperti  seketul batu ke dasar laut.
Pada masa Abdullah Badawi berkedudukan Menteri Pelajaran dan kemudian Menteri Pertahanan, aku tidak pernah melawatnya, tetapi pada masa dia disingkirkan oleh rakannya sendiri, Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakan seperjuangannya yang lain, aku selalu mengunjungi beliau, di pejabat perniagaan keluarga isterinya, di Bangunan Pernas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Setiap kali kami bertemu, kami tidak bercakap banyak mengenai hal ehwal politik. Kami bercakap mengenai agama Islam, keluarga dan perkara yang bersifat persahabatan cuma.
Pada masa Abdullah Badawi tersisih dari rakan-rakan seperjuangannya, terlalu ramai orang-orang korporat yang  ibarat ’ keluang menanti buah bacang masak’, sentiasa memuja dan menyanjung Anwar Ibrahim sebagai ’Pak Sheikh’. Mereka telah ’menjerkah’ dan kalau boleh hendak menerjah Abdullah Badawi jauh ke belakang. Biar beliau menjadi ’anak dagang’ dalam arena politik tanahairnya sendiri,  seperti pantun Melayu:

                                        kajang tuan kajang berlipat,
                                                   kajang saya mengkuang layu,
                                        dagang tuan dagang bertempat,
                                                   dagang saya menumpang lalu.

Pada masa itu hampir semua rakan Anwar dari Malay College Kuala Kangsar, dalam ABIM dan UMNO negeri Pulau Pinang, kelompok Melayu Madani yang telah lahir bersama Muhammad bin Haji Mohd. Taib, di Shah Alam, telah memandang Abdullah Badawi sebagai  ’musuh politik Pak Sheikh’ dan dia mesti disingkirkan seperti Hang Tuah dibawah kuasa Sultan Melaka.
’....saya telah dijemput ke mesyuarat yang diadakan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Melayu Malaysia (DPPMM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di pejabatnya, di Kompleks Damai.
Mesyuarat yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa dewan itu dan beberapa orang yang tidak menjadi ahlinya telah dipengerusikan oleh Ketua Dewan itu, Datuk Izat Emir dan diapit oleh Dr Tajuddin Jali. Datuk Izat Emir telah mengumumkan tujuannya, supaya Dewan tersebut mengadakan satu jamuan (jual meja) untuk meraikan dan membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Majlis itu diadakan di sebuah hotel terkemuka di pinggir Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Dengan menggunakan idea Datuk Izat Emir, kad jemputan hendaklah dihantar kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Abdullah Badawi dengan meminta beliau membayar harga meja. Beliau juga ditetapkan akan duduk di dalam majlis bersama orang ramai dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan orang-orang  yang diraikan duduk di atas pentas khas bersama Datuk Izat Emir, Dr Tajuddin Jali dan beberapa orang lagi.
Apabila majlis jamuan itu berlangsung, saya mendapat tahu Datuk Abdullah Badawi tidak hadir.’
Pada hari-hari mendung bagi Abdullah Badawi, beberapa orang politikus yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah bercakap denganku dalam coffee house, di sebuah hotel, di Jalan Raja Laut, Kuala Lujmpur. Seorang dari mereka telah berkata, ”kita kena singkir Dollah, kita sokong Pak Sheikh (Anwar)...”.
”Mengapa, ...kan dia tu orang lama dalam UMNO kalau dibandingkan dengan Pak Sheikh...?”Aku bertanya.
”Ia, lama, ...tapi dia tak ada penyokong, lemah...,”katanya.
”Ia, dia lemah, tak ada idea ..., tak macam Pak Sheikh,” kata yang seorang lagi.
”...terpulang, tapi saya mau kedua-duanya, ...mereka penting bagi Malaysia moden, ”kataku. Mereka ketawa kelat. Aku tahu mereka mengejek.
”...Dolah tak Islamic..., tapi Pak Sheikh pemimpin terkenal di kalangan belia Islam seluruh dunia,” kata seorang politikus muda dari Pulau Pinang.
”Pandangan politik saudara tak sama dengan saya, saudara orang baru dalam arena politik Malaysia, ... saya orang lama, ... saya kenal orang-orang politik di negara ini,”kataku.
”...maksud saudara?”Dia bertanya.
”Orang masyhur sahaja tak cukup untuk memimpin, ...mesti ada pegangan hidup, agama, sabar dan  tidak ada sikap menjatuhkan orang lain,” jawabku.
”...betul, tapi itu pendapat saudara, kerana saudara penulis yang menyokong Dollah,” kata seorang lagi.
”...saya sokong Dollah dan sokong Anwar, tapi kalau Anwar hendak menjatuhkah Dollah, saya tak sokong Anwar...,”kataku pula.
Semenjak hari itu, mereka dan beberapa orang penulis politik yang menyokong Anwar Ibrahim tidak lagi mesra denganku. Mereka telah menyifatkan aku seorang penulis ketinggalan zaman dan cetek pengetahuan politik.      
’Sejak Anwar Ibrahim disintuk limau oleh Mahathir sebagai menteri kabinet kedudukan Abdullah Badawi menjadi sedikit cemas. Abdullah bimbang kerana stail politik Anwar berlainan dengan rentaknya.
Dia juga bimbang kerana Anwar juga datang dari Pulau Pinang. Ini bermakna Dollah akan terus menerus berentap dengan Anwar untuk menjadi tokoh yang dihormati bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh negara.
Dollah tidak gentar menghadapi Anwar. Walaupun Dollah tersingkir dari kabinet Mahathir namun dia masih dapat mengekalkan kerusi Naib Presiden parti dan meraih jumlah undi kedua terbesar.Anwar hanya memperolehi kira-kira 1067 undi, Dollah 953 undi, Sanusi 750, Wan Mokhtar 735, Muhyiddin 582 dan Rahim Tamby Chik 452 undi. Kelebihan undi Anwar dari Pak Lah Cuma 114 undi sahaja- suatu jumlah bukanlah terlalu besar.
Apakah kelebihan Dollah yang tak ada pada Anwar? Dollah anak seorang ulama terkemuka di Utara. Datuknya, Haji Abdullah Fahim pernah jadi murid(?) guru Sekolah Arab Idrisiyah, Bukit Chandan Kuala Kangsar. Datuknya seangkatan dengan ulama Kelantan, Tok Kenali. Malah Tok Kenali dengan Tuan Haji Abdullah Fahim rakan seperjuangan dalam bidang pengajian Islam. Dollah juga mengikuti jejak langkah datuk dan ayahnya di bidang pengajian Islam bukan dipondok (di sekolah Daeratul Maariful  Wataniyah, Kepala Batas, pada sebelah petang-mp) tetapi di universiti Malaya. Dengan kata lain, Dolah dilahir dan dibesarkan dalam keluarga ulama.’
Semenjak aku mengenali Abdullah Badawai pada zaman dia masih penuntut sekolah menengah High School Bukit Mertajam hingga pada masa dia telah berdiri  sebagai menteri kabinet dan dijatuhkan ke bawah oleh Dr Mahathir Mohamad, kerana Perdana Menteri itu ’sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi’, dia adalah seorang yang sabar, tawakkal dan tidak suka menyalahkan orang lain. Hanya, ”Allah ada,” katanya. Allah sahaja tempat dia bergantung.
Dalam keadaan Abdullah Badawi seperti bola yang telah disingkirkan oleh Dr Mahathir Mohamad  ke tepi padang, aku telah menjangkakan, bahawa UMNO telah mengulangi reka-sejarah Hang Tuah dengan Sultan Melaka, ’mula sayang, mentatang,  kemudian benci, menerajang’.
Aku berpendapat, dalam arena politik orang Melayu dan orang Islam berpolitik dan tindak tanduk seperti Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim mestilah dielakkan. Politik yang demikian merugikan negara dan rakyat.*

*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, (belum terbit),oleh: Mokhtar Petah.


KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS


                    SABAR TERIMA HUKUMAN

Sesungguhnya, Kami telah menurunkan al Quran kepada kamu (Muhammad s.a.w.) dengan beransur - ansur.
Oleh itu, kamu hendaklah bersabar menerima hukum Tuhan kamu (memberi termpoh kepada golongan yang menentang kamu), dan jangan kamu menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang - orang  yang kafir.
Dan sebut (ingat dan sebut) dengan lidah atau dengan hati akan nama (antara 99 nanma) Tuhan kamu(pada waktu sembahyang atau di luar waktu sembahyang), pada waktu pagi dan petang.*
 - al Insan:23,24,25.

*  Kita, sebagai orang Islam yang kukuh iman, sentiasalah ingat
    dan menyebut nama Allah di mana sahaja kita berada dan pada
    bila waktu jua.
    Apabila kita lupakan Allah, kita menjadi bodoh. Apabila kita benci
    Allah kita jadi kafir. Apabila kita menolak segala perintah Allah,
    kita jadi kafir. Kalau taat dan beriman kepada Allah, maka, kita
    adalah manusia yang disayangi oleh Allah. Mintelah keredaan
    dari Allah.

                      BERBUAT BAIK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi nasihat:

Sesiapa yang berbuat baik kepada kalian, maka, balaskanlah (kebaikannya).
 - Perawi: Imam Abu Daud.

Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.

MUFTI PERAK

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.
----------------------------------------
Saya setuju dengan pendapat Mufti Perak, jika UMNO mempunyai dasar sama dengan PAS. Politik sealiran dengan PAS. Tetapi dua buah parti politik itu berbeza ideologi - PAS dengan Islmisme dan UMNO dengan lain ideologi, maka, saya tidak setuju dengan pendapat Tan Sri Harussani Zakaria itu.
Kaloau Tan Sri Harussani Zakaria mahukan juga dua buah parti Melayu itu bermuzakaran, samalah dengan membawa orang berebut buah duiran.Yang ramai terkena durinya yang rugi untung tiada.
Saya me,rhatikan, dalam ucapan mufti Perak itu, ada berat sebelah dan seolah - olah beliau juga ada campur politik di sebelah parti politik yang menentang PAS.
Sepatutnya untuk muzakarah bagi menyatukan dua parti Melayu itu, ialah diadakan oleh 'para mufti'. Mereka mesti mendedahkan apa yang benhar pada Pas dan adakah ideologi parti tersebut salah di sisi Islam. Begitu juga tunjukkan yang sebenar, adakan menentang Negara Islam dan tidak mengamalkan beberapa hukum dalam Quran - hukum hudu - tidak bercanggah dengan Islam.
Maka, saya berpedapat, tanggungjawab untuk menyatukan dua parti tersebut dan umat Islam di negara ini, ialah para mufti dan Majlis Mufti Kebangsaan. 

KENANGAN

                    PENGALAMAN DALAM HIDUP

Aku telah berkhidmat sebagai wartawan dengan surat khabar Patriot. Pada masa itu, untuk mengirim berita kepada media dengan jalan pos, kapal terbang, telefon. Belum ada komputer dan internet. Aku mendapat kemudahan mengirim berita-berita (yang perlu segera) kepada Harian Patriot dengan perkhidmatan telekom, iaitu menggunakan’collect press’.
Pada masa itu aku masih menulis artikel-artikel untuk surat khabar dan majalah Melayu di Singapura dan Pulau Pinang.
Selama aku mewakili Harian Patriot negara ini, aku telah diundang oleh pihak suratkhabar itu ke pejabat mereka di Medan. Pada kali pertama aku di sana, pada minggu ketiga bulan Mac 1958, kerana menyambut dua orang tokoh politik Indoensia, D.N.Aidid (Parti Komunis Indonesia) dan Subandrio (Menteri Luar Indonesia) yang melawat ke pejabat surat khabar itu. Aku telah berkesempatan berkenalan dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka.
Walaupun D.N.Aidid memperjuangkan komunisme, tetapi dalam masalah bangsa, dia tetap dengan ’satu bangsa, Bangsa Indonesia’. Dia tidak mahu bangsa Indonesia berkongsi kuasa dengan orang-orang keturunan pendatang.
      D.N.Idid dan Subandrio sependapat tentang Nusantara atau Melayu Raya. Menurut mereka, pada masa akan datang wilayah Nusantara atau Melayu Raya, tidak mungkin dikalahkan oleh mana-mana kuasa besar, tetapi akan wujud negara-negara di dalam wilayah itu dikuasai oleh penjajah bentuk baru, termasuk penularan kebudayaan barat, bahasa dan perdagangan
Lawatanku kali yang kedua ke pejabat Harian Patriot, ialah dalam perjalananku ke Jakarta atas jemputan pihak pejabat Presiden Soekarno, pada 1 Mei 1958. Aku bersama enam orang wartawan dari Kota Medan, telah mengadap Presiden Soekarno, di pejabatnya pada watu tengah hari. Pada sebelah petangnya kami telah dijemput minum petang  di istananya.
Soekarno telan bercakap denganku tentang masa depan Persekutuan Tanah Melayu, perhubungan bangsa dua serumpun, iaitu bangsa Melayu Semenanjung dan  bangsa Indonesia dari Sabang hingga ke Maroke, adalah bangsa yang besar di Asia. Menurutnya penjajah bentuk baru sedang berusaha untuk menguasai beberapa kawasan di Nusantara atau Melayu Raya.
Dia telah menekankan, bangsa Melayu dan Indonesia adalah saudara dua serumpun,  sepanjang perjalanan sejarah bangsa Melayu, ada kalanya dua saudara itu bergeseran atau berkrisis, tetapi akhirnya mereka bercantum semula seperti ’carik-carik bulu ayam’ atau ’biduk lalu kiambang bertaut’.
Presiden Indonesia itu telah membayangkan, penjajah Inggeris akan menggunakan diplomasi penjajahannya untuk menjadikan Persekutuan Tanan Melayu sebagai benteng mengawal ekonominya, di sekitar kepulauan Melayu, terutama Brunei, Sarawak dan Sabah.
Presiden Soekarno telah menyatakan, hasrat rakyat dalam lingkungan Kalimantan Utara termasuk Brunei, Sarawak dan Sabah untuk berdiri atas kaki sendiri sebagai sebuah negara merdeka akan dihalang oleh Inggeris, kerana dalam wilayah itu Inggeris, Amerika dan negara-negara mempunyai kepentingan eknomi mereka.
Pada waktu kami akan meninggalkan istana, Presiden Soekarno telah menghadiahkan kepada kami masing-masing sebuah gambarnya yang berpakaian seragam serba putih, bersongkok dan sedang memegang tongkat. Setiap gambar itu dalam sebuah bingkai (frame) yang cantik.Aku telah mendapat tahu, memang telah menjadi kebiasaan pada Presiden Indonesia itu, setiap orang yang menziarahnya, dihadiahkan sebuah gambarnya bersama bingkainya sekali.
Selama tiga hari di Jakarta, aku berkesempatan bertemu dengan beberapa orang penulis terkenal di sana, di antaranya, Haji Abdul Malik Karim Amarullah – HAMKA, Mochtar Lubis dan Rusihan Anwar. Aku telah bertemu dengan ramai penulis dan seniman Indonesia di Taman Marzuki.
Mungkin kerana para penulis, wartawan dan seniman Indonesia telah berpengalaman dengan revolusi atau mereka terdiri dari anak-anak pejuang revolusi Indonesia, aku telah mendapati mereka amat mencintai bahasa Indonesia (Melayu) dan aman mementingkan karya seni mereka.
Sebagai contoh atas keperihatinan para seniman terhadap kerya seni mereka, aku telah mengutip dua baris sajak seorang penyair Indonesia ’Angkatan 45’, Asrul Sani, dalam sebuah sajaknya ’Pengungsi’, iaitu:
                                  Kami telah pilih bencana sebagai kerja,
                                  Dan ini hanya berakhir dengan rana.
 Manakala dalam sajaknya, ’Elegi Jakarta’:
                                  Ia yang hendak mencipta,
                                  Menciptalah atas bumi ini,
                                  Ia yang akan tewas,
                                  Tewaslah kerana kehidupan.
                                 
                                  Kita yang mau mencipta dan akan tewas
                                  Akan berlaku untuk ini dengan cinta,
                                  dan akan jatuh seperti permata mahkota
                                  berderai sebutir demi sebutir.

Kira-kira tiga bulan setelah aku pulang dari Jakarta, aku telah ditawarkan untuk mengikuti kursus singkat sains politik - jarak jauh selama enam bulan - , di bawah  kelolaan Pejabat Presiden Soekarno dengan kerjasama pihak sebuah universiti, di Jakarta selama enam bulan.
 Kursus itu bertujuan mewujudkan individu-individu yang mempunyai pandangan, bahawa Melayu Raya satu rangkaian negara-negara ’serumpun bangsa’, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia (akan masuk Republik Kesatuan Kalimantan Utara (KKU)-Brunei, Sarawak dan Sabah) yang kuat dalam bidang ekonomi, politik, pertahanan, kebudayaan dan sosial.
Aku dan wartawan-wartawan lain yang telah mengikiuti kursus itu, akan menjadi penterjemah cita-cita dan perjuangan ’ serumpun bangsa’ tersebut.
Pada masa itu dari risikan Pemerintah Indonesia dan Filipina mendapati, bahawa British, Amerika Syarikat, Australia dan Cina Seberang laut sedang merancang untuk memecah-belahkan atas beberapa negara-negara dalam Nusantara untuk menjadi negara baru di bawah pengaruh mereka. Di antaranya, Singapura (Cina seberang laut), Brunei, Sarawak dan Sabah (Amerika Syarikat dan British) dan Irian Barat (Australia).
Selama aku mengikuti kursus itu beberapa naskhah ilmu politik tulisan tangan Presiden Soekarno telah dikirimkan kepadaku untuk kajian dan penyelidikan. Tulisannya yang dapat aku ringkaskan, antaranya dalah seperti berikut:
        ( 1 )   British dan rakan-rakan penjajahnya khuatir semua
                hartanya
               di sekitar Borneo – Brunei, Sarawak dan Sabah - , akan
               terlepas ke sebuah pemerintahan baru, iaitu Republik
               Kalimantan Utara, maka Inggeris akan menggesa Tunku
               Abdul Rahman menubuhkan satu gagasan baru yang
               meliputi tiga kawasan di Borneo itu.Dengan gagasan
               baru itu
               semua harta milik Britisah dan rakannya kekal sebagai
               milik
               mereka.
       ( 2 )  British mempunyai rancangan supaya Singapura
               menyertai Malaysia dan kemudian keluar dari gagasan
               baru itu sebagai sebuah negara merdeka. Dengan
               demikian British akan   berjaya membalas budi orang-
               orang Cina seberang laut.  
       ( 3 )  British mahukan bekas tanah jajahannya berubah dari
               nama asalnya Tanah Melayu kepada satu nama yang
               bersifat kuasa bersama  Melayu, China dan India, dan
               pada satu masa akan berlaku tindakan pemimpin semua
               kaum itu menghapuskan kedaulatan  Raja Melayu.
               Penghapusan itu akan dengan  sendiri menghapuskan
               Kedaulatan dan kekebalan Raja Melayu yang menjadi
               ketua agama  Islam.
               Ketuanan Melayu mengikut tradisi akan hilang dan
               bangsa Melayu akan menjadi satu kaum sahaja di bumi
               mereka sendiri.
Beberapa bulan kemudian, Harian Patriot terpaksa di tutup, kerana pejabatnya di Kota Medan telah diserang oleh beratus-ratus mahasiswa universiti Islam di kota tersebut. Semua alat kelengkapan dalam pejabat itu, mesin tulis, mesin teleprinter, faks, telefon, perabot dan harta benda di dalamnya telah musnah.
Para mahasiswa itu telah bertindak demikian kerana surat khabar itu dimiliki oleh Parti Komunis Indonesia (PKI), di bawah pimpinan D.N.Aidid.

***                              ****
Mungkin ada orang yang dapat mengakui, bahawa setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, telah wujud perbedaan menerima kemerdekaan itu di kalangan orang Melayu. Orang Melayu golongan kanan, iaitu  memihak di sebelah UMNO telah menganggap kemerdekaan yang telah dicapai itu sebagai satu ’nikmat’ yang tidak ada mudaratnya. Manakala golongan kiri telah berpendapat, kemerdekaan akan menjadi batas waktu merosotnya nilai bangsa Melayu, kehakisan daulat Raja-Raja Melayu dan orang Melayu akan hanya berjaya seperti penyabung ayam, ’ memang sorak kampung tergadai’.
Tetapi kerana Tunku Abdul Rahman bersama golongannya dengan  kekuatan dan kekuasaan, telah mewujudkan berbagai-bagai ’nikmat baru’, maka  golongan kiri menjadi tersisih dan pendapat mereka tidak berguna lagi.
Tunku Abdul Rahman dan golongannya, secara terang menyifat dan menuduh orang Melayu golongan Kiri, sebagai ’makhluk perosak’ kepada kerajaan dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian dinamakan Malaysia.
Contoh–contoh yang nyatakan, Tunku Abdul Rahman telah membelakangi pejuang-pejuang Melayu seperti Ishak Haji Muhammad, Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam dan ramai lagi, sebaliknya dia telah menerima pendapat golongan keturunan pendatang – mereka golongan kapitalis -, sebagai rakan membina negara baru, Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia).
Manakala cita-cita dan  perjuangan orang Melayu yang tidak menyebelahi Tunku Abdul Rahman, telah dianggap oleh orang-orang keturunan pendatang sebagai chauvinist (orang yang telalu mencintai tanahair) yang mesti dikuburkan.

’Biar saya akui, bahawa dalam masyarakat berbilang – bangsa- keturunan di Malaysia juga terdaspat bahaya kemusnahannya sendiri. Kalau dibawah tekanan luar konfrantasi Indonesia, pemimpin-pemimpin bagi berbagai-bagai kaum di Malaysia menyahut seruan bukan dengan sifatnya sebagai bangsa Malaysia, tetapi sebagai sekian ramai orang-orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, maka akhirnya mestilah berlaku perpecahan. Misalnya, kalau pucuk pimpinan di Malaysia yang berhadapan dengan seruan-seruan Indonesia supaya berpegang kepada fahaman chauvinis(orang yang terlampau cintakan tanahair) Melayu cuba menandingi atau membenci orang-orang Indonesia itu, maka tekanan akan dikenakan yang akan membahagikan bangsa kepada bandar dengan luar bandar, kepada orang-orang dagang dengan kanak-kanak Bumiputera, antara orang-orang yang maju ekonominya dengan orang-orang yang mundur ekonominya.

Bahaya yang sebenarnya ialah kelemahan dalam negeri Malaysia sendiri. Iaitu tindakan-tindakan subversiv Indonesia yang ditujukan untuk memikat orang-orang Melayu dalam Malaysia. Kalau pemimpin-pemimpin Malaysia  menyahut dengan sekian ramai orang-orang Melayu, Cina dan India dan lain-lain, dan tidak sebagai bangsa Malaysia, maka timbul kerumitan. Kerana semakin kuat pucuk pimpinan Melayu di Malaysia menyuarakan faham kebangsaan Melayu, akan semakin bertambah kuat pula orang-orang bukan Melayu di Malaysia meragukan masa depan mereka. Apa akan terjadi bila perpecahan berlaku terlampau buruk benar untuk difikirkan. Cukuplah dengan mengatakan bahawa dari segi theory ada tiga kemungkinan: pertama. Malaysia akan disedut atau ditaklukkan oleh sebuah kuasa yang ketiga, kedua, satu kaum menguasai kaum-kaum yang lain di Malaysia, dan ketiga, satu pengaliran ke arah pengasingan kaum-kaum akhirnya pembelahan-bahagi Malaysia. Ketiga-tiganya mempunyai pengertian yang mengerikan.

Pada masa itulah, di mana-mana sahaja, terdengar bisikan di kalangan orang-orang Melayu, bahawa Tunku Abdul Rahman ’lembut telinga’ dengan orang-orang golongan tersebut. Manakala kalangan ahli-ahli UMNO yang kuat berpegang kepada cita-cita nasionalis Melayu dan agama Islam, telah memandang serong kepada Tunku Abdul Rahman, lebih-lebih lagi setelah Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan gagasan Malaysia dalam jamuan makan tengahari anjuran wartawan-wartawan Tenggara Asia, di Adelphi hotel Singapura. Tunku tidak berundinng lebih dahulu dengan Majlis Tertinggi UMNO dan ahli-ahli parlimen serta kabinet sebelumnya.
Tidak ramai orang yang mengetahui, bahawa kerana hendak melembutkan hati orang-orang UMNO dan orang-orang dari keturunan pendatang, Tunku Abdul Rahman telah mewujudkan satu gelaran besar kebesaran, iaitu Tan Sri. Gelaran itu tidak ada dalam ’Institusi Istana’ orang Melayu. Yang telah wujud dalam’Institusi Istana’ Melayu ialah, gelaran ’Tun’, iaitu gelaran  yang paling tinggi.
Setelah gelaran ’Tan Sri’ diwujudkan oleh Tunku Abdul Rahaman, aku telah bertanya kepadanya. Jawapannya mudah dan melucukan, katanaya, ”...depa duk nak minta gelaran Tun, ...mana ada banyak, yang duk nak ghamai.”
”...apa salahnya, kita ambik Tan dari nama Tan Cheng Lock, ambil pulak  Sri dari nama Sri V.T. Sambanthan, ...Tan  Sri...,” kata Tunku sambil ketawa.
Aku mendapati pada sekitar Persekutuan Tanah Melayu di ambang kemerdekaan, kalangan keturunan pendatang di Singapura dan terdapat juga di Semenanjung, mempunyai rancangan yang tidak terfikir oleh semua orang Melayu, iaitu mahu menjadikan Singapura sebuah kerajaan yang tidak diperintah oleh orang Melayu. Usaha mengenepikan para politikus dan pemimpin Melayu pada masa itu telah menjadi ’bisik penjajah bentuk baru’ di Singapura.*


*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan
    Paruh, oleh: Mokhtar Petah


KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS


                    CARA TERUS TERANG

Sampaikan secara terus terang apa yang diperintahkan (ooleh Allah) kepada kamu (Muhammad s.a.w.) dan jangan kamu hiraukan (ambil peduli) akan bantahan dan tentangan kaum musrik (orang kafir menyembah berhala atau yang menyengtukan Allah).
Sesungguhnya, Kami tetap memelihara dan mengawal kamu dari kejahatan dari orang - orang (kafir) yangmengejek - ejek dan mempersendakan kamu. *
- al Hijra:94,95.

* Firman Allah ini memberi pengajaran kepada orang - orang yang 
   berjuang pada jalan Allah, mempertahan agama Islam dan 
   menegakkan Negara Islam. Walau bagaimana ditentang oleh 
   golongan yang tidak mahukan Negara Islam, maka, perjuangan 
   itu hendaklah diteruskan.
   Orang - orang yang menentang umat Islam menegakkan Negara 
   Islam, samalah salahnya dengan orang - orang kafir yang 
   menentang agama Islam.

                               SALAM

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesiapa (orang Islam) bersatu dan tinggal bersama orang kafir muysrik (orang kafir menyembah berhala dan mengakui Allah ada lebih dari satu) dan tinggal bersama mereka, maka dia (orang Islam itu) sama dengan orang kafir musyrik tersebut.
 - Perawi: Imam Abu Daud.

RENUNAN



KETUANAN MELAYU

(Ulangan)

Pada abad orang Melayu mencari erti ‘Ketuanan Melayu’, ‘kuasa Melayu’ dan ‘Melayu bangsa terjulang di langit zaman’ ini, maka negeri Melaka dan negeri Perak – Pasir Salak tidak lagi menjadi dataran tempat mengenang keunggulan kuasa Melayu, kerana dua negeri itu telah menjadi padang rumput tempat tumpah air mata orang Melayu, kerana bumi mereka dijajah oleh penjajah Belanda, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Negeri Melaka dan Perak – Pasir Salak hanya tempat mengenang betapa ‘tulang berserakan’, ‘darah membasahi bumi’ dan ‘air mata berladung, menitik lalu tumpah membasahi tanah subur’ kerana Raja dan Orang Besarnya. Darah, tulang dan air mata orang Melayu kerana menentang penjajah tetapi kecundang kerana bumi pusaka mereka terlepas ke tangan orang lain.
Jangan salahkan ibu mengandung,
Usah diungkit bapa pemirah,
Kerana Raja hilang punca,
‘Beraja di mana bersultan di hati’.
Apa diratap nasib diri,
Memang kita keturunan mulia,
Tapi dik penjajah berkuasa,
Di bumi sendiri menjadi hamba.
Apa ditampi nyiru di huma,
Padi telah menjadi lalang,
Kita berbudi orang merasa,
Kita kebulur orang kenyang,
Tanah sebidang milik orang,
Anak cucu jadi hamba orang.
Kini kita membina dalam minda kita; bahawa Kepala Batas adalah secebis dari bumi Melayu yang menjadi tempat mulanya orang Melayu mendapat ruang untuk membela diri mereka. Tempat menaikkan nama menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa di dunia ini.
MUALIM TERKENAL
Di bumi Kepala Batas inilah bermulanya ‘reformasi’ perjuangan orang Melayu setelah kejatuhan Malaka dan Pasir Salak serta beberapa negeri di Tanah Melayu ini. Reformasi berdasarkan ajaran agama Islam itu mula ditarbiahkan oleh seorang mualim terkenal, Sheikh Abdullah Fahim kepada para pelajarnya di institusi pondoknya yang kini terkenal dengan nama besar, Daeratul Maariful Wataniah.
Selain ajaran membebaskan diri dari penjajah Inggeris, di dedah dan disebarkan kepada pelajar-pelajarnya, Sheikh Abdullah Fahim telah mentarbiahkan mereka dengan daya fikir dan semangat untuk membebaskan diri dari belenggu penjajah kepada individu-individu dari masyarakat Kepala Batas yang mengaji kepadanya di masjid – masjid atau mendengar ucapannya di mana-mana.
Ajaran itu telah diamalkan oleh semua bekas pelajar yang kembali ke kampung halaman mereka di seluruh Tanah Melayu ini. Di antara mereka itu, ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir yang telah menubuhkan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada bulan Mei 1945.
TOKOH ILMUAN
Elok dinyatakan di sini, iaitu sekitar tahun 1924 dan 1926, Sheikh Abdullah Fahim telah bersahabat rapat dengan dua orang tokoh ilmuwan dan pengarang Melayu, iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al Hadi, penerbit dan pengarang majalah Al Imam di Pulau Piang.
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan Mufti Kerajaan Pulau Pinang. Anaknya, Haji Ahmad Badawi naik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Putera Sheikh Tahir Jalaluddin, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tun Hamdan Sheikh Tahir telah diangkat ke takhta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Kemudian dengan ketentuan Allah, cucu Sheikh Abdullah Fahim, Abdullah Haji Ahmad Badawi terjulang ke atas sebagai Perdana Menteri Malaysia.
BEKAS PELAJAR
Pada bulan Oktober 1945, bertempat di hotel FMS, Ipoh, beberapa orang bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim, bersama Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin dan Mukhtaruddin Lasso (dari Indonesia) telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian wujud Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, sebilangan ulama telah menyertai UMNO, maka Sheikh Abdullah Fahim ikut menyertai parti politik orang Melayu itu. Allahyarham adalah ahli pertama parti politik tersebut di Pulau Pinang. Kemudian Allahyarham dipilih memegang tanggungjawab sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam’ dalam UMNO. Jawatan kuas itu menjadi tenaga penasihat hal ehwal agama Islam kepada parti politik orang Melayu tersebut.
Menilai dari segi sejarah Alam Melayu, bahawa Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan selepas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pimpinan Ibrahim Yaacob, adalah menjadi politcal pilot kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malaysia Nasional Organisation (UMNO).
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Dato’ Onn Jaafar dan beberapa orang berpendidikan Inggeris telah mendapat kesedaran betapa derianya orang Melayu di bawah kuasa penjajah Inggeris. Manakala sebilangan orang Melayu yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di Barat, tidak yakin yang orang Melayu boleh merdeka. Ada di antara mereka telah merendah-rendahkan orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melemahkan orang Melayu yang berjuang. Di antara kata-kata itu:
“Macam mana orang Melayu nak merdeka, nak buat jarum pun tak tahu.”
“Kalau merdeka pun, sudahnya mati kebulur.”
“Kalau tak ada orang putih, orang Melayu mati tak makan.”
“Kalau merdeka, orang putih dah tak ada, kita tak makan mentegalah, jawabnya.”
Pada masa itu, mereka yang insaf dan rasa menderita di bawah penjajah Inggeris dan berjuang menuntut kemerdekaan adalah terdiri dari para guru agama, pelajar sekolah agama (rakyat) dan pondok, guru Melayu, peniaga kecil, petani, nelayan, buruh, penarik beca dan lain.
PENARIK BECA
Apabila Dato’ Onn Jaafar menganjurkan kongres orang Melayu menentang gagasan Malayan Union oleh penjajah Inggeris, pada 1, 2, 3 dan 4 Mei 1946, maka sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berpendidikan Barat yang menyertai kongres itu. Yang ramai adalah dari golongan guru agama hingga ke penarik beca seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar paling ramai Wakil dan pemerhatinya ke perhimpunan menentang Malayan Union itu, iaitu 22 orang. Di antara mereka lepasan sekolah Melayu yang menyertai Perhimpunan Orang Melayu Menentang Malayan Union itu, ialah Abdul Ghafar Baba, kemudian menyertai UMNO dan sebelum meninggal dunia, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Datuk Abdul Aziz Tapa (Melaka) kemudian menyertai UMNO dan dipilih memegang tugas sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Antara para bekas pelajar sekolah agama rakyat, ialah Haji Hassan Yunus, bekas pelajar Maahad Ehyausy Syarif, Gunung Semanggol, Perak dan mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Hassan Yunus (Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Dia adalah Menteri Besar pertama setelah merdeka.), Haji Ahmad Abdul Malik (Ahmad Maliki) dan Haji Ahmad Scor , Pajak Song.
AGAMA ISLAM
Semenjak tahun 1946 hingga pada tahun-tahun saya tinggal di Kepala Batas, saya mendapati orang Melayu yang berpelajaran – sama ada berpendidikan Inggeris, Melayu mahupun agama Islam telah sama-sama menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan. Ada yang menyertai UMNO dan ada yang menyertai PAS. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama, iaitu merdekakan Tanah Melayu, bangsa dan agama.
Seorang mualim dari Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Ali Baladram, pada ketika berucap dalam satu majlis ihtifah (perayaan tahunan) Daeratul Maariful Wataniah telah mengeluarkan pendapat (mungkin fatwanya), bahawa setiap orang Islam mesti menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negaranya, kalau tidak mereka itu terhitung dari orang-orang yang berdosa.
Para petani sekitar Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai amnya, apabila mereka bekerja dalam sawah atau waktu berehat, mereka telah menyanyikan lagu yang membakar semangat mereka. Di antara rangkap-rangkap nyanyi itu, ialah:
Kaum tani sudah berjaya,
Memoga hutan rimba dan paya,
Bersatu kita mara bersama,
Menuntut kemerdekaan negara.
Kaum tani sudah berjaya,
Berjuang membela bangsa,
Dalam lumpur kita bersuara,
Penjajah, penjajah, musuh kita.
Seorang gadis – guru sekolah Melayu, tinggal di Kepala Batas, dia kenal saya seorang penulis. Pada satu hari dia mengirim surat kepada saya melalui seorang kanak-anak lelaki. Dalam surat itu dia meminta saya menulis sebuah sajak yang menunjukkan dia seorang yang turut berjuang menuntut kemerdekaan.
AKHIR HAYAT
Saya masih ingat-ingat lupa akan sajak yang saya telah tulis itu. Lebih kurang begini:
Biarlah kutinggalkan semua,
Cinta dan kasih penuh rela,
Demi tanah air kita,
Aku terus berjuang membela nusa.
Tinggallah sayang,
Air mata dibuang jangan,
Tepuk dadamu, laksana perwira,
Ke mana kita,
Ke medan jaya, merdeka.
Sebenarnya saya tidak pernah kenal guru itu. Setelah sajak yang saya tulis itu diterimanya, saya telah menerima surat daripadanya yang menyatakan terima kasihnya. Dan dalam surat itu ditulisnya, ‘saya mengenangmu hingga ke akhir hayat saya.’
Dia tahu, kalau dia memperkenalkan dirinya kepada saya, di takdirkan pula kami bersahabat akrab; mungkin saya akan dikenakan tindakan ‘buang sekolah’ kerana sekolah tempat saya belajar itu ketat peraturannya.
Sesungguhnya, Kepala Batas ada dua, yang satu lagi di negeri Kedah. Tetapi Kepala Batas, Seberang Perai, telah menjadi bumi bertuah dan memiliki banyak kisah dan catatan sejarah orang Melayu berjuang untuk membebaskan tanah air mereka dari penjajah.
Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki), Hashim Awang, Haji Ahmad Scor, Cikgu Ahmad Awang, Haji Ahmad bin Mat Nor, Cikgu Azmir Haji Mohd. Nor dan ramai lagi adalah insan yang tidak boleh dilupakan perjuangan dan jasa mereka.
Selain dari Subky Abdul Rauf (kemudian Ahli Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dan bergelar Datuk) yang paling rapat dengan keluarga Haji Ahmad Badawi, sayalah satu-satunya orang luar yang rapat dengan keluarga itu. Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya dijemput oleh Haji Ahmad Badawi atau Sheikh Abdullah Fahim datang ke rumah mereka (kini rumah sejarah). Isteri Haji Ahmad Badawi, Allahyahamah Hajah Kailan binti Haji Hassan sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh. Katanya “Kalau wang ringgit, harta benda boleh hilang, boleh lesap, tapi ilmu tak hilang, ke mana kita pergi ilmu ikut kita.” – mokhtar petah

KULLIYAH AL QUAN dan AL HADIS

               
     PEMBAWAAN JIWA

Apabila Kami (Allah) mengurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia dan menjauhkan diri (dari bersyukur), dan apabila dia merasai kesusahan, jadilah dia berputus asa.*
Katakan (Muhammad s.a.w.) Tiap - tiap orang beramal menurut pembawaan jiwanya sendiri, maka Tuhan kalian lebih mengetahu siapa (diantara kalian) yang lebih betul jalannya."
 - al Isra':83,84.

*  Memang telah menjadi perangai atau ragam hidup sebilangan manusia, apabila mereka menjadi kaya atau hidup mewah, mereka lupakan Allah. Mereka melakukan berbagai macam maksia dan tidak bersyuku. Tetapi apabila mereka ditimpa merek, maka mereka menjadi orang - orang yang putus asa, iaitu tidak tahu berserah atau memohon pertolongan dari Allah.

Ada manusia yang tidak suka kepada orang lain melakukan kebaikan atau berjuang pada jalan Agama Allah, dan mereka menuduh orang yang  menjalankan kebaikan pada jalan Allah, sebagai dan  menyangka dirinya orang Islam. Tetai dia tidak sedasr, bahawa Rasul Allah, Muhammad s.a.w. telah memberi amaran, iaitu, sesiapa dari orang Islam yang mengatakan atau mengelarkan orang mukin kafir, maka (sebenarnya ) dia telah menajdi kafir.


                                    DISENTUH SYAITAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh syaitan, pada ketika dia lahir, (kerana disentuh syaitan), maka, dia (bayi itu) menangis kuat.* (kecualii Siti Marya dan puteranya, Nabi Isa alaihis salam). 
- Perawi: Abu Hurairah dan Imam Muslim.-

* Oleh itu bayi yang baru lahir hendkalah diazan pada telinganya.
   Mohin kepada Allah agar bayi itu dijadikan hamba yanhg saleh
   atau salehah.
   Sebikanhgan ulama menasihatkan, bayi yang baru lahir hingga
   tiga tahun usianya, tidak boleh ditunjuk - tujukkan kepada orang
   ramai, atau disiarkan dalam mana - mana bidang yang dapagt
   diliagt oleh orang ramai.
   Dikhuari terkena keteguran atau panahan mata orang. Ditakuti
   dikihianat oleh wanita yang kepingin anak, seperti lama
   berkahwin tidak mendapat anak.

PULAU EMPEDU

Pulau Jerjak,
Pulau empedu laut,
Kau telan punahkan segala;
Cita dan semangat bangsa Melayu,
Bagai lahar neraka dirimu.

Pulau Jerjak,
1948 bermula amanmu jadi neraka,
Angkara penjajah Barat gila kuasa,
Mencabut pancang nasional Melayu,
Merentap hati jihad peribumi,
Mensalih - putihkan para cendekiawanku.

Pulau Jerjak,
Atas perutmu tanpa pusat,
Terbelenggu ratusan pejuang Melayu,
Abu Bakar Al Baqir putera Gunung Semanggul,
Putera Gunung Tahan Ishak Haji Muhammad,
Tajuddin Kahar putra Lembah Kinta.

Pulau Jerjak,
Ratusan pejuang nasionalis Melayu,
Membisik cinta pada jatungmu,
Cinta tanah air dan keluarga,
Dalam malam gelita,
Tanpa sinaran Selat Melaka.

Pulau Jerjak,
Kini wajahmu muram
Menghitung salahmu sendiri,
KL dan dirimu satu,
Suntikan racun imprealis,
Paksa Melayu jadi abdi.

Pulau Jerjak,
Kau pulau sejarah,
Daramu dimusnah penjajah,
Bangsa Melayu hilang arah,
Berkongsi kuasa atas bumi indah,
Kini, kami merempat mencari diri.

Pulau Jerjak,*
Aku tidak mencintaiku,
Walaupun kasih seTitit Wangsa,
Kaujanda penjajah,
Pulau empedu laut indah,
Padamu cintaku punah.

Pulau Jerjak ...................... Mokhtar Petah


* Oada masa ini, Pulau Jerjak telah menjadi sebuah resort dan
   dunia peranginan yang menjadi tempat para pelancong berlibur.


 KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS

                 MENIPU AYAH*

Dan setelah iitu ( Yusuf dibuangkan ke dalam perigi tepi jalan) mereka (saudara - saudara Yusuf) kembali (pura - pura menngis) mendapatkan bapa mereka pada waktgu senja.
Mereka memberitahu: Wahai bapa kami, sesungguhnya kami telah berumnba - lumba memburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang - barang kami, lalu dia dibaham sereigala; sudah tentu bapa tidak akan percaya kekapa kata - kata kami ini walaupun kami ini orang - orang yang benar.
Dan (bagi mengesahkan kebenaran mereka) mereka telah melubmurkan baju Yusuf dengan dammin kazib (darah palsu). Bapa mefeka berkata: 'Tidak, bahkan nafsu kalian memperelokakan suatu perkara (yang tidak diterima akal). Jika demkiian, bersabalah aku dengan sebaik - baiknya, dan Allah jua yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kalian briahu."
- Yusuf:16 -18
*  Anak - anak menipu ayah telah berlaku hingga pada zaman ini.
    Sama ada secara trang atau sembunyi. Dalam hal harta ibu
    bapa dan syarikat bapa.
    Seri berloaku, salam syairkat, anak membelanjakan wang
    syarikat bapa tanpa had dan secara boros. Jika berlaku
    keburukan, maka, bapa yang kena tanggung.

                      MENGHINA SAUDAR ISLAM

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Cukuplah seseorang  itu mendapat keburukan (dosa), apabiola dia menghina saudaranya sesama Islam.
 - Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim.

RATIB RAKAYAT
(Ulangan) 
Allahu Akbar!
Tahun keramat empat puluh lima,
Suara para pejuang bangsa:
“Satu bangsa; Bangsa Melayu,
Satu Negara: Negara Melayu,
Satu bahasa: Bahasa Melayu,
Agama Islam agama Negara.

Allahu Akbar!
Gema ratib pejuang kita,
Melayu Nusantara;
Ibrahim Yaakob, Abhy, nama penanya,
Ishak Haji Muhammad, pak Sako nama mulia,
Dr. Buhanuddin Helmi beriman, takwa,
Ustaz Abu Bakar Al Baqir pejuang Negara Islam,
hmad boestaman, Shamsiah Fakeh wira, seri kandi negara.

Allahu Akbar!
Melayu tak hilang di dunia,
‘Bangsa Melayu menggugat dunia,
Semua raja Melayu tentang perjuangan kita,
Tidak mahu merdeka!
Sayangkan Inggeris, kiju dan mentega.

Allahu Akabar!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
Ratib kita, jerkah kita, pekik gempita kita,
Bangsa Melayu gugat dunia,
Jihad kita, darah, daging, tulang dan nanah,
Demi bangsa kita, negara kita, Islam agama kita.

Allahu Akbar!
Empat lapan dan lima puluhan,
Tahun – tahun penjajah menggila,
Ratib mereka, ratib kita,
Bangsa kita,
Negara kita,
Bahasa kita,
Jeriji besi,
Tembok batu,
Kawat berduri,
ISA dan khemah tahanan di mana – mana,
Belenggu para pejuang bangsa kita.

Allahu Akbar!
Ratib kita, ratib ummah, ratib wali,
Bulan keramat Jun lima enam,
‘Biduk lalu kiambang bertaut’
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu,
Ratib bahasa ibunda, ratib berdaulat,
Wujud dbp gedung keramat ratib bahasa,
Ratib penulis, ratib sasterawan bangsa,
Ratib pencinta bahasa ibunda,
Bahasa Melayu bahasa negara,
Bahasa Jiwa bangsa!
Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Allahu Akbar!
Ratib anak Melayu setia,
Berjuang terus demi agama kita,
Sayang! Para pemimpin tidak sekata,
Ramai menganut faham asobiah,
Yahudi, Kristian dan faham menentang Allah,
Lalu Melayu bebelah - belah.

Allahu Akbar!
Tentang hukum Allah,
Kurung hamba – hamba –Nya,
Lunturkan yakin dan iktikad,
Konon, praktik hukum Quran salah,
Lalu memanjang Melayu berbalah.

Allahu Akbar!
Ratib anak Melayu setia,
Mata merenung hati waspada,
Di sekeliling kita,
Rambung, jerai bersama dendalu,
Menumpang setia di pepohon keramat,
Akibatnya, pepohon mati hilang nama.

Allahu Akbar!
Ratib Insaf, ratib waspada,
‘Si buta hilang tongkat’, ialah kita,
‘Menang sorak kampung tergadai, adalah kita,
‘Dagang merempat di bumi sendiri’, kita jua.

Allahu Akbar!
Jika Islam ditepi – tepikan,
Quran tidak jadi pegangan,
Sunnah Rasul diabaikan,
Antara azan ada suara biduan wanita,
Para remaja kita hilang arah.

Allahu Akbar!
Ratib keramat Allahu Akbar,
Kun fa yakun! firman Allah,
Iradat – Nya, Kudrat – Nya;
Sekelip mata cuma,
Melayu hilang di dunia!!!

                     Kota Gelenggi, ...…………….Mokhtar petah






                         MUNSYI DI SYURGA


                             (Mengenang Novelis Hassan Ali)


                     Hassan Ali,
                     Novel karyamu, Tugu,
                     Musafir kisah dirimu,
                     Anak kampung,
                     Putera lelaki nelayan,
                     Tasik Chenderoh.
                  
                      Hassan Ali,
                      Bapamu,
                      Hamba Allah mualaf,
                      Keturunan Cina,
                      Usahanya gigi,
                      Menaggung kelurga.


                      Hassan Ali,
                      Kukenal dia,
                      Berbicara dengannya,
                      Cekal hatinya,
                      Cintakan ibumu,
                      Imannya teguh sungguh.


                      Hassan Ali,
                      Di Tasik Chenderoh,
                      Kujamah ubi kayu rebusnya,
                      Dibawa dari rumah,
                      Bekalan dari ibumu,
                      Ubi kayu rezeki dan syukurnya.
                        
                      Hassan Ali,
                      Hajat bapamu,
                      Seorang anak bergelarguru,
                      Kau tunai hajat,
                      Kauguru hingga ke Amerika,
                      Tugasmu munsyi bangsa kita.


                       Hassan Ali,
                       Namamu terpahat di langit zaman,
                       Pengarang, novelis bangsa kita,
                       ‘Musafir’ dan ‘Tugu’ novelmu,
                       Kautinggalkan untuk anak bangsa kita.
                       Kini kau telah tiada.


                       Hassan Ali,
                       Allah lebih menyayangimu,
                       Dipindahkan ke alam baka,
                       JanjiNya: “Ke dalam syurga,
                       hambaKu briman kepadaKu.”
                       Bersemadilah kau di syurga.


                       Hassan Ali,
                       Kini aku kehilanganm,
                       Syed Zakaria rakan setiamu,
                       Masih ke hujung usia,
                       Menyebut namamu selalu,
                       “Hassan Ali kawan kita.”


              Masjis Sauk, KK. …………..Mokhtar Petah

                        


KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                    SYAITAN

(Sikap kaum yang menafik, kafir dan penganut fahaman dan isme manusia beragama lain dari Islam, sama seperti firman Allah ini) 'Samalah seperti (sikap) syaitan  pada ketika ia berkata kepada manusia.' Setelah manusia itu berlaku menentang Allah atau menjadi kafir, syaitan berkata kepadanya: "Sesungguhnya aku berlepas diri dripada kamu, sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam.*
 - al Hasyr:16

*  Kita, orang Islam, hendaklah memahami agama Islam dalam 
    semua perkara atau bidang; perbadat, peribadi sendiri, rumah 
    tangga, masyarakat, negeri dan negara, politik dan lain.

    Kita tidak boleh mengiku secara membabi buta akan 
    propanganda atau kempen orang yang menentang agama Islam, 
    menetang sebahagian dari bidang Islam dan sebagainya. 
   
    Kalau kita tergelincir dari imana, dari Islam dan menjadi seperti 
    orang kafir (mint dilindungi Allah), maka, dia berpropaganda 
    atau kempen akan berlepas tanggan.
  
    Contoh:Sepasang suami isteri yang hidup aman damai, tiba - 
    tiba si isteri menarima nasihat rakan agar mengguna bomoh 
    untuk menjadikan suaminya tunduk kepadanya atau tidak 
    memadukannya. Setelah dia melakukannya, dikethaui oleh 
    suaminya dan dia diceraikan, maka rakannya itu akan berlepas 
    tangan dan mungkin berkata" "Aku tak campur ..."


                               CEMBURU

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Sesaungguhnya Allah itu 'cemburu', kecemburuan Allah itu apabila seseorang hambaNya mendatangi (melakukan) sesuatu yang diharamkanNya atas dirinya (hambaNya).
 - Perawi: Para perawi Hadis sepakat.



Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini


SERIUS; TANDA KERAJAAN LEMAHKAH?

Kerajaan sukar menyekat kemasukan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ke negara ini kerana tidakan itu didalangi individu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Katanya individu berkenaan juga bertanggungjawab "mengimport" masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa Irshad Manji yang beragama Islam.
"Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) tetapi kita kena faham kehadirannya (Irshad Manji) dalam keadaan yang tak bertujuan, datang guna pas lawatan biasa dan kita sedang berusaha meminimumkan masalah ini.

---------------------------
saya amat menghagai kejujuran Menteri berkenaan, kerana mendedahkan perkara yang serius, yang menampakkan kerajaan kita lemah, dalam mengangani perkara dan keorangan yang diketakan itu.
Sebagai menteri yang memikul aman Allah atas menyelamatkan agama Islam dan umat Islam, beliau wajib mengambil langkah yang serius dan berani untuk membasami dan melakukan sesuatu bagi melujmpukan 'orang yang jadi dalang itu'.
Menteri patut segera berunding dengan Menteri Dalam negeri dan kemukan kepada perdana menteri, serta membawa perkara ini kepada Yang Dipertuang Agong dan Raja Raja Melyu yang bertanggungjawab atas agama Islam.
Tindakan tegas Raja Raja Melayu , Perdana Mneteri dan menteri berkenaan ada kewajiban yang besar.
Saya sebagai rakyat negara ini, menunggu keberanian, ketegasan dan kekuasaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama Islam), agar perkara yang serius atau bahaya besar ini dapagt dibasmikan.