Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.
KRITIK BERMARUAH
Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang rela menjadi kuda tunggangan DAP menunjukkan Anwar tidak lagi menghiraukan orang Melayu dan Islam, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata Anwar adalah seorang yang sanggup berbuat apa sahaja dan menganggap semuanya halal asalkan dapat menjadi perdana menteri.
"Perangai dan sifat sebegini, orang Melayu harus beri penilaian. Orang Islam harus beri penilaian, siapa itu DAP. Saya sudah kenal dia (Anwar) lama," kata Rais, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.
----------------------------
Saya sebagai rakyat Malaysia,menghormati dan menjunjung perlembagaan negara; maka, saya hormati semua parti politik di negara ini, kerana semua parti politik itu di bawah lindungan perlembagaan.
Saya sebagai rakyat Malaysia, tidak memihak kepada mana - mana parti politik. Setulus hati saya menulis di sini, menegur sedikit akan 'suara Menteri, Datuk Seri Rais Yatim mengenai Anwar Ibrahim, seperti di atas. Saya menganggap percakapannya itu termasuk dalam lingkuang 'kritisk yang tidak bermaruah'.
Saya tahu, Anwar Ibrahim sayangkan Melayu, Cana, India san orang lain yang menjadi rakyat negara ini. Beliau sama dengan Rais Yatim sayangkan semua. Tetapi mengapa Rais Yatim anggup menuduh beliau sedemikian.
Kata - kata Rais Yatim seperti memperjahilkan orang ramai dengan tujuan meraih sokong terhadap partinya dan dirinya.
Mungkin 'kritik tidak bermaruah' oleh Rais Yatim, kerana mempertahankan kedudukannya, agar beliau masih dihormati pucuk pimpinan parti dan dipilih semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke - 13 nanti.
Saya kira Rais Yatim terlalu lama memegang jawatan dalam kerajaan. Dari kerrajaan Negeri Sembilan hingga Kerajaan Malaysia. Eloklah beliau berundur dan berikan peluang kepada orang lain di Negeri Sembilan untuk berjuang secara 'lebih cegas dan tidak bercakap banyak'. Saya kira ramai dalam kawasan Jelebu, tokoh - tokoh UMNO yang boleh dicalunkan untuk menggantikan tempat Rais Yatim.
Bukan Rais Yatim sahaja, mana - mana orang tua dan orang lama memegang jawatan dalam kerajaan negeri dan kerajaan pusat (atas teket parti politik), ekoklah berundur dan beri peluang kepada orang lain - kawan - kawaan seperjuangan.
No response to “ ”
Post a Comment