RENUNGAN PADA HARI JUMAAT


KE MANA HENDAK KITA TUJU?

Peristiwa bersih 3 - 0 bru - baru ini yang menajdikan Bandara Kuala Lumpur seperti Bandar Kahirah, Masir dan Bandar - bandar lain di seluruh dunia; Kerajaan menuduh para tunujuk persaan salah dan para penunjuk perasaan menuduh kerajaan ‘kotor’, lalu hendak dibersihkan.
Dari peristiwa itu, menjadikan fikiran kita terbuka untuk mencari falsafah:
Berburu di padang datar,
 Dapat rusa berbelang kaki;
 Menurut kepalang dasar,
 Alamat kita terkekang kaki.
Parti politik mana yang hendak kita ikut dan dasa politik mana yang kita fikirkan baik untuk diharapkan.
Lalu kita membuat andaian yang membimbangkan kita sebagai orang Melayu dan beragama Islam.Maknanya dalam pilihan raya umum ke - 13 nanti , parti politik mana yang henak kita beri pankah hormat kita itu. Untuk member sedikit pangkah dari pena, dakwat dan kertas percuma itu, kita wajib berfikir untuk diri kita dan anak cucu kita.
1 - Jika kita memilih UMNO - Barisan Nasional, bermakna kita duduk ditakuk lama jua, iaitu masih berpegang kepada dasar Nasional dan kapitalisme. Harapan bagi orang Melayu untuk mentasai bangsa - bangsa lain, seperti ‘ kata puru berlawanalari dengan kancil’ Cuma.
      Bangsa Melayu akan terus ada, tetapi laksana tumbuhan atas batu; hidup segan mati tak mahu’. Atau, mungkin, kita akan menerima nasib seperti orang - orang kulit hitam yang Negara mereka dikuasai oleh orang - orang kulit putih. Mungkin juga, sebiolangan besar dari bangsa Melayu merempat di bumi pusaka datuik nenek mereka sendiri.Akan bernhyanyilah anak cucu Melayu:
                          Kajang tuan kajang berlipat,
                                   Kajang saya mengkuang layu;
                            Dagang tuan dagang bertempat,
                                   Dagang saya rumput layu.
    Eslau bagaiamanapun UMNO - BN masih mempertahankan Islam menurut Perlembagaan Negara, seperti dalam Perlembagaan Persekutuan, bahagian 1 (3) Agama Persekutuan 1-  Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - manan bahagian Persekutuan.
  2 -   Jika kita memilih parti politik pimpian Anwar Ibrahim, iaitu Parti   
         Keadilan Rakyat (PKR), parti politik itu berlawanan dengan dasar   
         UMNO,iaitu berdasarkan sosio - demokrasi (ertinya mengamalkan sistem  
         Sosialis dan berlandaskan demokrasi. Ia,  sama dengan Demoract Action   
        Party (DAP) yang dulu satu badan dengan PAP Singapura, setelah
         terbentujk Malaysia, iaitu terepisah dan menjadi adik angkat kepda parti
        politik Singapura itu.
        Parti - parti politik ini akan memerintah negara ini seperti pemerintahan
        Singapura sekarang.Tidak ada satu bangsa pun dalam Negara ini yang berhak mengakui ‘bangsa’menurut pusaka datuk nenek mereka. Mereka hanya bangsa satu, iaitu bangsa Negara ini atau Malaysia.
      Semua hak istimewa orang Melayu, seperti tanah Malays reservision (simpanan Melayu) akan terhapu. Dan semua yang ada hak bagi orang Melayu akan berubah menjadi sama rata dengan kaum - kaum lain.
      Manakala agama Islam, boleh berjalan atau bergerak seperti dalam kerajaan Barisan Nasional sekarang.
      Satu hal yang patut difikiran; jika hak Melayu telah terhapus, maka, kerajaan bercorak sosio - demokrasi tentulah tidak perlukan lagi ‘Raja Melayu’. Apa hendak dirajakan, kerana bangsanya tiada.
3 -  Kita boleh menyokong PAS, mungkin PAS yang berpandukan Islam, dalam Negara Islam, bangsa tetap ada, tetapi Islam menjadi dasar Negara. Tetapi, kita kena perhatikan kembali akan ‘salah dan silap’ Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta rakan - rakan utama mereka dalam UMNO dan pihak Raja Melayu yang mengubal ‘Perlemabagaan Persekutuan’ bersama para pemimpin parti politik orang Cina dan parti politik orang India dengan tunjuk nasihat Inggeris, tentulah sukar untuk meminda Perlembagaan Negara pada bahagian 1 (3) Agama Persekutuan 1-  Agama Islam ialah agama Persekutuan; tetapi agama - agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana - manan bahagian Persekutuan.
    Jika berjaya membentuk Negara Islam, bukan Islam ‘ausatuha’ seperti yang dilaungkan UMNO, maka, Negara Islam yang baru akan menghadapi tentangan dari orang - orang yang tidak menyukainya. Akhirnya akan berlakukan seperti Negara Islam yang dibentuk ‘Toliban’ di Afghanistan dan Negara Republis Islam Iran, yang sentiada diburuk - burukkan oleh sebilangan musuh Islam dalam Negara sendiri dan orang - orang luar.
      Akhirnya, kuasa - kuasa besr dunia akan melakukan tindakan seperti yang dilajukan ke atas Afghanistan, Iraq, Libya dan Negara - Negara lain.
      Cubalah berfikir!








No response to “ ”

Post a Comment