KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                     MANUSIA

Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengaturkan cara mencipta manusia, bermulanya dari air mani yang bercampur *(dari benih lelaki dan perempuan, dan dari berbagai jenis makanan yang menghasilkan darah dan darah menjadi air mani), serta Kami (Allah) tetapi mengujinya (dengan kwajiban -kewajiban), oleh itu, Kami (Aallah) mencipta dia (manusia) berekadaan mendengar dan melihat). - al Insan:2

* Air mani manusia dijadikanAllah dari darah. Darah itu dari hasil berbagai makanan, sama ada halal lagi baik, atau halal tetapi tidak baik (berdasarkan satu ayat dalam Quran). Makanan haram, sama ada dari jenis makanan yang diharamkan dalam agama Islam, seperti babi, arak dan sesuatu jenis yang merosakkan fikiran dan jiwa manusia, seperti dadah dan sebagainya. Dan hasil haram seperti, hasil zina atau pelacuranm, suri dan samun, makan suap atau rasuah dan lain.
Kita melihat atau kita berpengalaman, ramai anak - anak manusia yang menjadi baik - anak yang salih - , adalah hasil dari apa yang dimakan oleh ibu bapa mereka, iaitu hasil dari punca yang halal.
Ada anak - anak manusia menjadi jahat, tidak senonoh dan sebagainya, adalah hasil dari apa yang dimakan oleh ibu bapa mereka dari hasil yanjg haram.
Saya ada dua pengalaman tentang perkara ini: 
1 - Suami isteri miskin, mempunyai lima orang anak, semua anak mereka berpelajaran tinggi dan menjadi mansusia yang baik dansalih. 
2 - Syuami isteri kaya, mempunyai anak lima orang. Semua anak mereka beku otak dan pelajaran setakat darjah tiga sekolah rendah. Jahat. Ada yang jadi pencuri, perogol, pelacur kehormat dan penagih dadah.
 Keburukan yang berlaku atas anak - anak itu kerana suami isteri tersebut memakan hasil haram, di antaranya, membungakan wang (riuba), mengamalkan memberi rasuah dan menyelewengkan harta orang untuk dijadikan harta mereka, iaitu melalui pegawai - pegawai di  beberapa pejabat tanah.


                          WANG HASIL RIBA

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi amaran kepada umat Islam: 

Satu dirham yang hasil riba yang dimakan oleh seseorang, pada hal dia mengetahuinya, maka, adalah dosanya sama berat dengan dosa tiga puluh enam (36) pelacur.
 - Perawi: Abdullah bin Hanzalah dan Iman Ahmad.

No response to “ ”

Post a Comment