Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini



GUNA BELIUNG TEBANG AZMIN ALI


Saya mendapati 'krisis anak beranak' Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, adalah satu krisis dalaman dan boleh diselesaikan oleh mereka sendiri, tetapi kerana beliau seorang yang populer di negara ini dan usaha menjatuhkan beliau diusahakan oleh orang - orang tertentu, maka, yang yang baik adalah menggunakan ibunya dan kakaknya.

Sebenarnya,jika mengikut maruah Islam, walau macam mana salah anak kepada ibu, ibu kena sabar, berdoa kepada Allah agar anak menjadi baik dan taat kepadanya; tidak boleh mendedahkan kepada jiran tentangga, msyarakat, lebih - lebih kepada media, sehingga diketahui oleh umat manusia di seluruh dunia.

Kalau benar Azmin bersalah, maka ibunya telah membuat salah, kerana membuka pekung di dada sendiri dan mendedahkan keburukan daging darah sendiri kepada dunia.

Saya kira menjadi 'wajib' ibu sembahayang hajat, berdoa kepada Allah, agar anaknya menjadi baik dan taat (kalau benar (Azmin bersalah).Tidaklah mengistiharkan kepada media.

Tidak ada ibu yang rela anak kandungnya diburuk - burukkan, apa lagilah hingga anak itu masuk neraka. Ibu yang demikian, adalah seperti meludah ke langit; batang hidunjg sendiri juga yang kena.

Saya meneliti tulisan Azmin , maka, saya yakin, dia tidak seperti yang menjadi propaganda pihak musuhnya politik..

Mungkin, seperti orang - orang Yahudi peda zaman silam, untuk menjatuhkan Nabi Musa alaihis salam, mereka menggunakan sahabat dan orang rapat nabi tersebut, sebagai hulu beliung bagi menebang pokok besar, iaitu untuk menjatuhkan nabi Allah itu. Azmin juga sedang cuba ditebang oleh beliung yang menggunakan ranting kecil dari kayu, kerana, pada anggapan umum, Azmin kuat seperti kayu besar dalam arena politik tanah air.

Dilihat di segi ilmu pengetahuan Islam ( saya tidak tahulah fatwa Majlis MUfti), bahawa, sesiapa jua melakukan kerja ' melagakan orang adik beradik atau orang anak berana - ibu dengan anak' adalah dimurkai Allah dan akan mendapat dosa yang besar.

Saya berharap, sesiaoa pun tidak mencari keuntungan, kemenangan dan kepopuleran dengan mencangkul atas belakang orang lain.

No response to “Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini”

Post a Comment