Beritra dalam "Sinar Harian', pada hari ini.



BENARKAN NIK AZIZ BAPA KAFIR?

 Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’ mempunyai unsur dendam.
Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama.
“Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat,” kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, semalam.
-----------------------------------------------

Sesiapa yang telah membaca buku krangan saya, ' Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu' ,(1993) tentulah telah membaca Pada halam 20 - 32, iaitu salinan'Sahifah Madinah' (Piagam Madinah) sebanyak 47 fasal; perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum - kaum Yahudi di Madinah al Munawwarah.
Dalam perjanjian itu, pemerintah Islam pimpinan Nabi MUhammad s.a.w. melindungi keamanan orang - orang kafir di Madiha dan orang - orang kafir pula melindungi dan menjaga bersama kesalatan umat Islam, iaitu saling bekerjasama bagi menjagpergaulan, keselamatan dan keamanan.
Dalam Quran, Allah berfirman:Ditimpa kehinaan atas mereka, di mana sahaja mereka berada, kecuali mereka yang menjaga hubungan denganAllah dan hubungan dengan manusia (ertinya saling jaga keselamatan dan keamanan antara orang Islam dengan orang kafir) 
- Ali Imran:112. Maka, tidak menjdi salah dalam agama Islam, orang Islam bekerjasama dan melindungi orang kafir atau sama - sama menjaga ke amanan.Keran aorang kafir tidak mengganggu dan memusuhi umat Islam.
Nik Aziz bin Nik Mat, Najib Tun Razak, Anwar Ibarahim dan siapa sahaja tidak salah melindungi orang - orang kafir di negara ini.
Saya meneliti berita mengenai Rahim Nor terhadap Nik Aziz, menampak Rahim Nor tidak berapa memahami pengetahuan Islam (lain dari fardu ain dan ibadah). Dan beliau bercakap seperti orang menembak musuhdengan pinolnya sebelum menatap wajah musuhnya.

No response to “ ”

Post a Comment