CERPEN

                 
                         GADIS DARI BATANG BERJUNTAI


Pagi 17 Julai 2005.
 Kota London berbungkus dalam kabus dingin.Udara hari minggu itu, sejuk. Bedi. Sebedi salju di Askimo. Dinginnya menjilat kulit manusia hingga ke tulang sumsum. Matahari di dada langit laksana kuning telur ayam masak mata kerbau.  Dalam dingin begitu patung di kemuncak menara Trafalgar Square seperti menjerit. Meraung kedinginan.
                Tower Bridge yang terentang atas dada sungai Thames dalam pelukan kabus putih. Atas jalan batu dingin di bawah menara itu, beratus-ratus orang pelancong lelaki dan perempuan kecil, besar, tua dan muda berjalan kaki berjejal-jejal. Hilir mudik. Mereka itu datang dari seluruh pelosok dunia. 
                Jalan raya, Tooley Street,  Upper Thames Street, Southwark Street, Stamford Street dan beberapa batang jalan lagi bagaikan menjerit. Sesak nafas dilatam tapak kaki ratusan manusia pelancong. Pengembara-pengembara mencari keindahan alam ciptaan Tuhan.
               Mereka dalam pakaian tebal laksana kumpulan beruang berjalan atas jambatan -jambatan  yang merentangi dada sungai Thames; jambatan London, jambatan Southwark, jambatan Blackfriar’s,  jambatan Waterloo, jambatan Westminster dan jambatan Lambeth.
           Gadis Melayu, Namlatun Sa’diah. Bertubuh genit. Sepasang matanya yang cantik, laksana bintang tengah malam. Hidungnya mancung. Sepasang bibir panjang nipis basah. Luas  mulutnya. Cuping telinganya yang lebar, mungkin kuat cita-cita. Dia sedang berdiri menggigil dalam pakaian tebal di bawah Tower Bridge. Nama penuhnya Namlatun  Sa’diah binti Nawawi. Gadis dari kampung Kelip-Kelip, Batang Berjuntai, Selangor. Bapanya keturunan Jawa. Ibunya berdarah Bugis. 

MENARIK NAFAS PANJANG

Sejak tadi dua bola mata Namlatun Sa’adiah mengembara ke sekitar kawasan pelancongan itu. Meniti atas permukaan air sungai Thames yang jernih dan bedi. Indahnya pemandangan di Kota London. Sejenak kemudian dua bola matanya tersangkut pada sebuah bot yang sedang belayar atas permukaan sungai Thames, di bawah  jambatan tempat dia sedang berdiri. 
       Pada ketika itu Namlatun Sa’adiah lantas teringatkan wajah sungai di negerinya. Ingatannya menjengkau kepada Sungai Batang Kali, Sungai Bernam, Sungai Klang dan Sungai Gombak.
         Dengan dua puntung lengangnya dia mendakap dadanya sendiri. Sambil menarik nafas panjang, dua bola matanya terhumban ke kemuncak gereja dalam kabus kenjulang langit. Nafasnya ditarik panjang. Panjang. Suara paderi Albert London terngiang- ngiang dalam otaknya.
       “…Isa telah mati, kena salib, …dia dibunuh...,”suara paderi Albart London
       “Isa putera Maryam telah mati…,”suara Albat London.Sedih.
       “ …disalib pada kayu palang, …,”suara Albart London lembut seperti suara orang munafik akan dibunuh.
      “Buktinya sampai kini…, tengok di pucak menara gereja – gereja kami ada salib, cross, …di seluruh Bandaar London, England…, Francis, …di mana-mana  sahaja negara Kristian ada salib, ada cross…,”Albart London brcakap seperti berceramah.
      “Orang pakai bow, simbul salib, tali leher …, simbul Isa  mati kena salib…,”suara paderi Albar London lembut.
      Paderi Albart London merenung wajah Namlatun Sa’adiah yang ayu. Dua ulas bibirnya merah basah. Sepasang pipi berlesung pipit. Hidung mongel. Dagu bagai lebah bergayut.  Nafsu jantan sang paderi melonjak. Menjulang. Marak laksana puncak api membakar unggun kering. 
        Nafsu paderi Albert London seperti  nafsu paderi-paderi yang telah memperkosa ramai birawati di serata dunia.Hatinya tidak jujur lagi.Pada waktu itu peribadi jantannya menjadi helang sedang menghadapi bangkai haiwan tepi rimba. Namlatun Sa’sdiah berwaspada terhadap lelaki itu. Dia sedar; ada lelaki berhati wali. Ada lelaki  berhati syaitan.Sukar baginya untuk mengenali yaang mana wali dan yang mana syaitan. Maruah dirinya mesti dijaga. Maruah perempuan Melayu mesti dikawal. Maruah wanita Islam mesti dipertahankan.   
      “Muhammad telah mati…, dia mati demam panas…,”kata paderi Robat London lagi.
      “Kristian agama benar, agama Tuhan…, tetapi,…Islam agama kuno, agama ciptaan Muhammad  anak yatim piatu di rimba batu,”jerkah Paderi itu bagaikan memecahkan sepasang lubang telinga Namlatun Sa’adiah.
       “…Islam agama extreme, …orang-orang Islam extremist,…terrorist…, insurgent…,” suara padri itu seperti racun terluah dari mulutnya.
         “Bohong, kamu bohong…, paderi bohong…, Nabi Isa tidak mati, …yang kena salib bukan Nabi Isa…,”jerit hati Namlatun  Sa’adiah di bawah Tower Bridge itu.
     Namlatun Sa’adiah teringat akan ajaran guru agama di sekolah menengahnya, di Kuala Selangor, Ustaz Zainal Salleh.      
“…Nabi Isa tak mati kena salib, tak kena bunuh, dia telah diangkat Tuhan ke atas,  ‘sesungguhnya kami telah langit…’, orang yang  dikatakan Nabi Isa oleh orang-orang yang memusuhinya, bukan Nabi Isa, bukan Al Masih,” kata Ustaz Zainal Salleh..
          “Firman Allah dalam Quran, ‘…kata mereka (orang kafir), membunuh  Al Masih anak Maryam Utusan Allah. Sebenarnya mereka tidak membunuh dan tidak menyalibnya, hanya penglihatan mereka sahaja’, mereka yang jahil…,”jelas Ustaz Zainal Salleh.
         “Tapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya, dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana ,”jelas Ustaz Zainal Saleh lagi.
         “Orang-orang Kristian sekarang tidak ikut Nabi Isa lagi, …mereka percaya Nabi Isa anak Allah, …Allah tidak ada anak, tak ada sekutu-Nya,”suara Ustaz Zainal Salleh mendatar.
         “…tapi orang-orang Kristian terlalu memuja Nabi Isa palsu, yang kena salib tulah…, mereka jadi kafir musyrik, macam orang-orang Yahudi…, mereka menyengutukan Allah dengan makhluk-Nya,”terang ustaz Zainya Salleh.

PEREMPUAN MURTAD

Ustaz Zainal Salleh telah membaca sepotong ayat Quran, ‘ …orang-orang Yahudi kata Uzir anak Allah, …orang Kristian kata Al Masih  anak Allah…’  
     “Kalau kata Allah ada anak, …itu sekutukan Allah,…orang sekutukan Allah, kafir…, musyrik,” ustaz Zainal Salleh mengakhiri kata-katanya.
        Pada petang semalam Namlatun Sa’adiah telah bertemu dengan Albert London. Mereka telah bertemu di bawah naungan St.Paul Cathedral.Dia telah memaklumkan kepada paderi muda itu akan hasratnya hendak menukar agamanya. Jadi perempuan murtad. Berhijrah dari agama Islam kepada agama Kristian.
       Gadis mentah iman seperti Namlatun Sa’adiah belum kukuh jiwa Islamnya. Tidak tahan diuji Allah. Kerana hatinya berserabut. Kusut bagaikan pukat nelayan tersangkut pada reba dan dura dalam tasik, lalu  dia  menyangka dalam agama paderi itu ada ketenangan. Dapat mengubat hatinya yang duka lara. Sesunguhnya, Namlatun Sa’adiah tidak sedar, hanya orang bodoh yang menyangkakan dalam agama paderi itu ada ketenangan. Dalam agama Kristian boleh menyelesaikan segala serabut dan semua yang kusut. Kerana duka dan laranya, dia telah tidak nampak dalam agama Islam ada hikmat mengajar menyelesaikan perkara yang kusut. Walau sekusut mana sekali pun. 
        Namlatun Sa’adiah dan paderi Albert London telah duduk atas bangku kayu dalam udara dingin, dalam kawasan gereja itu. 

AGAMA KRISTIAN

Mereka telah bercakap mengenai agama Kristian dan agama Islam. 
       Albart London orang Australia, bekerja mubaligh sambilan di sebuah gereja di Bandaraya London. Namlatun Sa’adiah sedar paderi itu sedang mempengaruhinya  supaya dia meneruskan nekadnya untuk murtad. Paderi itu tidak pentingkan sama ada  Namlatun Sa’adiah murtad atau tidak.  Namlatun Sa’adiah menganut agama Kristian atau agama apa pun tidak penting. Yang penting bagi paderi itu ialah  tubuh Namlatun Sa’adiah. Paderi itu mahu meratah daging-daging lembutnya.  Macam helang hindik di Batang Berjuntai melahap bangkai ayam. Macam biawak dan beriang di tepi sungai Bernam melulur bangkai busuk. Macam ereng  di Kuala Selangor menyiat dan menelan bangkai  babi dan bangkai anjing. 
       Tunjang pokok nafsu paderi itu, mahukan perempuan Melayu’ di hadapannya itu menjadi mangsanya. Paderi itu mahu melapah tubuh Namlatun  Sa’adiah seperti dia telah melapah tubuh seorang birawati di Angola, pada tahun lalu. 
       Dua bola mata Namlatun Sa’adiah terhumban kepada kemuncak istana lama. Dari sana tercamapak pula bola matanya kepada patung Maryam atau bidadari bersayap di kemuncak Istana Buckingham. Dia senyum. Dua bola matanya jatuh atas permukaan air sungai yang bersinar-sinar lembut itu. Pada detik-detik begitu Namlatun Sa’adiah bertaubat. Taubat Nasuha. Dia tidak akan menukar agamanya dengan agama paderi itu. Tidak akan murtad!
         Sebelum bertemu paderi Robert London, hati Namlatun Sa’adiah sedih. Rawan. Hiba dan dibelit oleh kerunsingan. Hati perempuan yang hampir putus asa. Hatinya lara kerana putus cinta dengan kekasihnya, Mustafa, seorang politikus Melayu. Dia terkapai-kapai dalam arus  kecewa. Halimatun Sa’adiah berada di pinggir kekafiran yang tidak menentu. Bertindak bodoh. Sebodoh manusia betina yang berjalan di tengah khalayak  sambil mendedahkan perut dan pusatnya. 
           Kata-kata hikmat guru agamanya, Ustaz Zainal Salleh telah menginsafkannya. Wajah Ustaz Zainal Salleh dalam otaknya telah mengukuhkan semula kota imannya. Dia hanya perempuan Melayu yang cacat iman seperti dedaun dimakan ulat.
      “…abang, …abang, …abangke yang bom…tub di stesen Adgware Road tu…,.bas tu…?” Namlatun Sa’adiah bertanya dengan hatinya yang lara  kepada kekasihnya, Mustafa.*

                                           
*  Dari manuskrip, novel, Kelip - Kelip di Kota London, (belum 
    terbit), oleh: Mokhtar Petah.


KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS



PESAN NASIHAT DAN SABAR

Demi masa, sesungguhnya, manusia itu dalam kerugian. Kecuali manusia - manusia yang beriman dan bermal solih, dan mereka pula berpesan - poesan - nasihat menasihati - , dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar - menahan diri dalam menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.*
 - al Asr: 1,2,3.

*  Ada sebilangan manusia, apoabila dinasihat oleh rakan atau 
    orang lain, dia melenting, marah dan memusuhi rakannya 
    sampai akhir hayat. Orang yang begini, biasaanya sentiasa 
    dalam kerugian.


                            BOLEH BUNUH 3 ORANG

Tidak halal menumpahkan darah orang Muslim (dan Muslimah), kecuali tiga orang, iaitu: 1 - Orang yang berzina musyan, 2 - Orang yang menjadi kafir setelah memeluk menganut Islam (iaitu murtad), 3 - Orang yang membunuh orang. Maka, dia mesti dihukum bunuh sebab tindakannya. - Rasul Allah, Muhammad s.a.w. 
Perawi: Imam Ahmad, An Nasaii dan Imam Muslim.


Dalam 'sinar Harian', pada hari ini.


PILIHANRAYA KE - 13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pertemuan dengan semua parti politik di peringkat nasional dan negeri bulan depan sebagai persiapan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan berlangsung selepas Aidilfitri.
-----------------------------------------------------
Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR), elok berdiri sebagai badan bebas. Sentiasa berundingan dengan parti - parti politik. Jangan pula pi;lih kasiah antara parti - parti politik yang ada di negara ini. Kalau ada, orang ramai nampak, akhirnya SPR mendapat nama buruk.

Saya menyenajung tinggai akan hasrat pihak SPR akan bertemu degan parti - parti politik pada bulan depan. Diharapkan pertemuan itu akan memberi faedah kepada negara dan orang ramai.



TERKENANG


DAKWAH DAN MEMELUK ISLAM

Guru yang mengajar bahasa Inggeris, di sekolah malam, bernama Luchmy, masih gadis, anak kepada seorang peniaga besi buruk (scrap) dekat sebatang lorong, dalam bandar Pulau Pinang. Dia telah memperkenalkan aku kepada seorang paderi muda, J. Peter. Paderi itu telah jatuh cinta kepadanya, tetapi Luchmy tidak mencintai nya dan dia menerima paderi muda itu sebagai  rakan biasa sahaja. 
Dari perkenalan awal dan membawa kepada pertemuan- pertemuan berikutnya, J. Peter telah mendakwah kepadaku secara halus. Dia seperti kebanyakan pendakwah-pendakwah Kristian yang mendakwah orang-orng yang tidak mempunyai pengetahuan agama Islam. Harapannya, mudah-mudahan aku memeluk agama Kristian Roman Katholik yang dianutinya.
Pada satu hari, aku,  J.Peter dan Luchmy telah singgah makan tengah hari di sebuah kedai mamak dekat Masjid Kapitan Keling, George Town - kami telah makan rendang burung merpati, kari pekat itik  dan kurma kambing - , aku telah dapat merasakan Luchmi tidak mencintai J. Peter. Sewaktu Luchmy masuk ke bilik air, aku telah merisik pada paderi itu. Jawabnya, ”...saya mana boleh kahwin, saya mau belajar lagi, ...mau pergi ke Vitican...”
Pada hari-hari berikutnya, persahabatan aku dengan J.Peter telah menjadi erat dan mesra. Kerana aku hendak mengambil tahu serba sedikit mengenai agama Kristian, maka J.Peter telah membawa aku dan Lucmi ke gerejanya di George Town. Dia beriman seperti penganut-penganut agama Kristian yang lain. Mereka beriman yang Nabi Isa alaihis salam anak Allah  dan telah mati dibunuh dan di salib pada sebatang tiang.
Kerana pendapat dan iman mereka demikian, maka aku berpendapat, mereka bukanlah dari goloongan  ahlul kitab – pemilik kitab dan kafir kitabi -, tetapi mereka adalah kafir musyrikin kerana mereka telah menyekutukan Allah.
Penganut-penganut agama Kristian yang demikian, adalah sama dengan orang-orang Yahudi yang beriman kononnya, Uzir anak Allah. Mereka seperti orang-orang dalam golongan  kafir musyrikin, iaitu menyekutukan Allah dengan makhluk.
NABI ISA
Dan orang-orang Yahudi mengatakan: Uzir anak Allah. Dan  orang-orang Kristian mengatakan Al Masih anak Allah. Itu adalah perkataan dari mulut mereka (sahaja), menyerupai orang-orang kafir pada masa dahulu (menyembah berhala). Kiranya Allah membinasakan mereka ke mana mereka berputar. 
Pada satu petang Sabtu, di sebuah kedai mamak di Simpang Lima, J.Peter telah bercakap denganku tentang agama Kristian dan mazhab-mazhab dalam agama itu. Aku telah memberitahunya, dalam Quran  ada menyatakan Nabi Isa tidak mati dibunuh dan di salib oleh musuh-musuhnya. Yang telah mati dan dan disalib itu bukan bukan Isa Al Masih, tetapi orang yang serupa dengan Nabi Isa. Nabi Isa telah diangkat oleh Allah  kepada-Nya. Aku telah menyatakan erti ayat Quran mengenai Nabi Isa kepada J.Peter.
’Kata orang-orang yang memusuhi Isa: Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih anak Mariam. Sebenarnya mereka tidak membunuh Isa dan tidak menyalibnya (pada tiang berpalang) tetapi sekadar penglihatan mereka sahaja. Sesungguhnya orang-orang berselisih faham tentang itu (Nabi Isa kena salib), sebenarnya mereka dalam ragu-ragu, mereka tidak mempunyai pengetahuan (pasti) – tentang hal itu - , hanyaklah mengikut sangkaan (semata).
 Mereka juga tidak yakin telah membunuh Isa. Tetapi Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan Allah itu Maha Kuasa dan Bijaksana. Dan di antara orang-orang keturunan kitab (Kristian) itu ada yang percaya kepada Isa (bukan anak Allah dan tidak disalib) sebelum matinya. Pada hari kiamat Isa menjadi saksi bagi mereka. 
J.Peter telah berjanji, jika ditakdirkan dia pergi ke Vitican – Vitican state   , maka dia akan mencari pemeluk – pemeluk agama Kristian yang sebenar di sana. Iaitu mereka yang beriman yang Allah tidak mempunyai anak atau Nabi Isa bukan anak Allah dan masih beriman kepada kita Injil yang asli atau yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa alaihis salam.
Kira-kira tiga bulan kemudian, iaitu setelah J.Peter mendengar dakwah dariku tentang Quran dan agama Islam, dia telah memeluk agama Islam, di hadapan Sheikh Abdullah Fahim. Dia memakai Nama Muhammad Fikri bin Abdullah. Beberapa tahun kemudian aku telah mendapat tahu, dia telah merantau ke Afrika Selatan. *

* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, (belum terbit) oleh: Mokhtar Petah


KULLIAY AL QURAN dan AL HADIS


                                ISTERI DAN ANAK

Hai orang - orang yang beriman, sesungguhnya ada di antara isteri - isteri dan anak - anak kalian yang menjadi musuk bagi kalian; oleh itu, waspadalah kalian terhadap mereka. Dan kalau kalian memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan mengamounkan), kerana sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya anak - anak kalian itu hanyalah menjadi ujian. Dan di sisi Allah jua pahala yang besar. *
- at Taghabut:14,15.

* Lihat surah al Anfaal: 28.

Ada jenis anak: 1 - Anak yang soleh, menjaga diri dana nama mereka dari keburukan dan menjaga nama bapa dan ibu mereka dari keburukan.Anak - anak begini menyelamatkan ibu bapa. 2 - Anak syaitan: Anak lelaki dan anak perempuan yang tidak menjaga diri dannama baik mereka, maka, mereka memburukkan nama bapa dan ibu mereka. 


                    
                         PEMBUNUHAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memberi makluman:

Denda (atas pembunuhan) yang menyerupai ke sengajaan itu diberatkan sebagaimana denda (pembunuhan) dengan sengaja, tetapi pembunuhnya tidak dihukum mati; dan yang demikian itu kerana syaitan melompat di tengah - tengah manujsia  (memfitnah) kemudian terjadilah (pertumpahan) darah bukan kerana dendam an tidak mengangkat senjata.
 - Perawi: Imam Ahmad dan Abu Daud.


TERKENANG


                     PENJUAL UBAT


Pada tahun 1954.
Di pekan Rabu, Alor Setar, aku telah berjumpa dengan kawanku, Fuad. Dia menolong bapa saudaranya menjual ubat tradisional di sebuah gerai di sana. Aku mula berkenalan dengan Fuad pada masa dia menjual ubat di bandar Kuala Kangsar bersama Wak Malaya (berasal dari Teluk Anson) dan Mat Turki (Kuala Kangsar, bapa kepada Datuk Ezzat Emir usahawan Melayu di Selangor) dan Tabib Zakaria (Tanah Liat, Bukit Mertajam) di lembah tepi Sungai Perak, dalam Bandara Diraja Kuala Kangsar, pada tahun 1952.
Fuad telah mengajak aku ke rumah sewanya di belakang Pekan Rabu. Pada sebelah malamnya, pada ketika kami makan malam, kami telah bercakap-cakap mengenai menjual ubat. Fuad telah mengajak aku menjual ubat yang dibuat oleh bapa saudaranya, di pekan-pekan minggu dengan cara mengambil dalal. Setiap ubat yang laku kami akan mendapat 10% hingga 20%. Jika ubat yang kami jual itu banyak yang laku, maka banyaklah dalal untuk kami.
Kebanyakan ubat-ubat bapa saudara Fuad itu, ialah ubat sakit kulit, seperti kurap, panau, lemah tenaga lelaki, angin dan kembung perut, sembelit, semput, darah tinggi dan kencing manis.
SELUAR PUTIH
Aku telah bersetuju dengan ajakan Fuad itu. Pada esok paginya aku dan Fuad telah pergi menjual ubat-ubat dalam pasar minggu, di luar Bandar Alor Setar. Di situ kami menghapar sehelai kain tebal dan ubat-ubat itu kami susun dan ada yang kami serak-serakkan atas kain itu. Aku dengan pakaian seluar putih, baju putih berlengan panjang, kasut kulit hitam (jenama baik buatan England) dan tidak bersongkok. Di situ aku memberi ucapan mempromosikan ubat-ubat itu kepada orang-orang yang hadir dalam pasar minggu itu.
Ramai pengunjung-pengunjung pasar minggu itu datang membeli ubat yang kami jual. Ada di antara mereka bertanyakan julap cacing kerawit. Tiba-tiba aku teringatkan orang-orang di Sungai Limau tidak datang sembahyang berjemaah, di surau, disebabkan cacing kerawit.
Aku boleh membuat julap membasmi cacing kerawit. Pada waktu kami makan malam di warong di Pekan Rabu, aku telah mencadangkan kepada Fuad, iaitu untuk menjual ubat yang kami sendiri membuatnya. Menjual ubat bapa saudaranya sekadar mendapat komisyen atau dalalnya sahaja. Fuad telah setuju dengan cadanganku itu.
Pada pagi besoknya, aku bersama Faud telah pergi ke kawasan Makam Diraja, di Langgar. Di sana kami telah mengambil daun pokok malakian. Pokok ini biasanya di tanam orang  dalam kawasan halaman rumah atau dalam kawasan tanah perkuburan. Jika dimakan daunnya, atau diminum air daunnya boleh menyebabkan ciri birit.
BIJI KACANG
Sekadar satu camca tea air perahan dari sehelai daun malakian boleh digunakan untuk kira-kira seratus biji atau pil julap membasmi kerawit. Aku dan Faud telah membuat julap basmi cacing kerawit berupa biji atau pil dengan menggunakan tepung gandum yang kami telah kami bancuhkan dengan sedikit air perahan daun tersebut. Biji atau pil itu sebesar biji kacang tanah atau sebesar pil ubat demam(paracetamol).
Penawar untuk meredakan cirit birit akibat memakan julap itu, ialah dengan meminum air kelapa mentah atau yang telah dimasak. Kami telah membeli air kelapa dari tukang parut kelapa dalam pasar dalam Bandar Alor Setar.
Aku dan Fuad telah menjual pil-pil basmi cacing kerawit itu bersama botol-botol kecil berisi air kelapa yang telah dimasak, di pekan sehari di sekitar Alor Setar. Fuad menjadi jurujual julap itu dan aku menjadi ’pensyarah jalanan’ memperkenalkan atau julap membasmi cacing kerawit tersebut.
Dalam ucapanku menjaja julap itu, aku telah menggunakan kata-kata berunsurkan ajaran agama Islam. Di antaranya, ”...tuan- tuan jangan sayang  duit, beli julap ini, nanti dapat dosa kerana tak sembahyang disebabkan cacing kerawit...”, ”...hidup kita tak berguna kalau tak sembahyang....” dan ” kalau tak nak cacing kerawit beranak pinak dalam perut tuan-tuan, ...nak sembahyang, beli julap ini...”.
”Sesiapa yang beli ubat ini, ...dapat hadiah sebotol penawar cirit,” aku telah menawarkan kepada orang-orang yang mengerumuni kami.
MASUK UMNO
Pada tiap-tiap hari julap yang kami jual itu laku dan laris. Ada yang membeli dua biji ke kali makan dan ada yang membeli sehingga lima kali makan. Dua biji harganya $1.00 bersama sebotol air penawar cirit.
Selama lima hari kami menjual ubat dipasar minggu itu. Pada hari yang ke lima pada waktu aku sedang berucap dan ramai orang mengerumuni kami, tiba-tiba Tunku Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman dan Nyak Agam dan ustaz Jamaluddin Amini bersama beberapa orang UMNO telah berdiri melihat aku sedang berucap dan menjual ubat.
Setelah orang-orang yang mengelilingi aku berjabat tangan dengan Tunku Abdul Rahman dan orang-orang yang bersamanya, maka Tunku telah datang kepadaku. Dia senyum dan telah berkata kepadaku, ”...Mokhtar, buat apa hang duk berucap kat sini..., mai kita pi beri ucapan di tempat lain, ...  biak depa masuk UMNO....”
Pada ketika itu, perasaanku bercampur aduk, malu ada, gembira ada, rasa dihargai oleh pemimpin Melayu pun ada. Hatiku telah berkata, ”....pak Ungku mana tau ibu bapa saya miskin...” 
Aku telah tertarik hati dengan kata-kata Tunku itu, lebih-lebih lagi dia telah mengajak aku berucap untuk menarik orang Melayu masuk UMNO. Pada masa itu akulah di antara pemuda-pemuda Melayu yang kuat menyokong parti kebangsaan Melayu itu.
Sekembalinya kami di bilik sewa Fuad, aku telah memberitahu Fuad yang aku akan pulang ke Kepala Batas. Seperti yang dia juga tahu, Tunku Abdul Rahman telah mengajak aku memberi penerangan mengenai UMNO kepada orang-orang Melayu. 
CACING KERAWIT
Aku telah berpesan kepada Fuad agar dia meneruskan usahanya membuat julap cacing kerawit. Aku menggalakkan Fuad dengan kata-kata, ”...kita jual julap kebajikan kerana kita tolong orang dapat sembahyang, tak ada cacing kerawit.” Fuad telah mengaku akan meneruskan usaha tersebut.
 Pada malam itu, aku dan Fuad telah membahagikan wang hasil dari kami menjual julap cacing kerawit selama lima hari. Setelah kami menolak sewa kereta, sewa rumah dan belanja-belanja  lain, maka kami telah mendapat wang sama banyak, iaitu $423.70 sen seorang.
Aku telah memasukkan wangku sebanyak $380 ke dalam akaun simpananku di pejabat pos Alor Setar kira-kia jam 10.40 pagi esoknya. Pada waktu kami sedang minum kopi ’o’ di gerai Pekan Rabu, tiba-tiba datang dua orang rakanku, Salim Pardi dari Batu Pahat, Johor dan Munawwir Abdul Aziz dari Aceh, Indonesia. Mereka telah mengajak aku dan Fuad pergi menuntut ilmu dari seorang petapa, di atas Gunung Jerai. Petapa itu murid kepada Tuanku Imam Bonjol  yang  terkenal di Indonesia.
Aku telah sanggup mengikut mereka menuntut ilmu di Gunung Jerai, tetapi sekadar selama tiga empat hari sahaja. Tujuanku ke sana sekadar kerana mencari pengalaman sahaja. Aku mahu dalam sejarah hidupku ’ada catatan’ yang aku telah pernah bertapa. Salim Pardi dan Munawwir Abdul Aziz setuju denganku. Tetapi Fuad tidak dapat menyertai kami kerana dia hendak meneruskan perniagaannya.*

* Dari manuskrip buku, memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, 
   (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.

KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS



                        ORANG MUNAFIK

Orang - orang munafik (berpura - pura patuhkan agama Islam) lelaki dan prempuan adalah sama dengan sesetengah yang lain; meeka menyuruh melakukan perbuatna yang jahat, dan melarang melakukan perbuatan yang baik (seperti mlarang orang menyertai partipolitik yang berdasarkan Isla - Quran dan Hadis), dan mereka pula menggenggam tangan masing - masiang (keadaan bakhil - boleh diertikan berjuang kerana ada kepentingaan untuk kedudukan dan kaya raya). Mereka telah melupakan (tidak hiraukan peringtah) Allah dan Allah melupakan (tidak menghirau dan tidak redakan) mereka. Sesungguhnya orang - orang munafik itu, merekalah orang yang fasik (paling jahat).

Allah menjanjikan prang - orang munafik dan kafil lelaki dan permepuan dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknat mereka (di dunia), dan bagi mereka azab seksa yang kekal. 
- at Taubah:67, 68.


                             KURBAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Bahawa Quran itu sunnah berasal dari asal usul Junjungan, iaitu, Nabi Ibrahim alaihis salam. Sahabat Junjungan bertanya: Apa yang kami akan dapat dari kuban itu? Jawab Junjungan: (Selain dari daging, urat  dan tulang haiwan itu), pada tiap - tiap rambu haiwan kurban itu ada kebaikan (berkat dan reda Allah). 
Junjungan memaklumkan lagi: Sesiapa (orang Islam lelaki dan prmepuan) yang ada kemampuan, jika dia tidak melakuikan kurban, maka, dia, jangan sekali - kali mendekati tempat salat kami (Junjungan dan para sahabat) .
 - Perawi: Imam Ahmad dan Ibnu Maajah.

*  Nabi Ibrahim khalilullah, adalah datuk (asal usul) mahunusia Yahudi, iaitu dari
    putera - puteranya dengan isterinya Sara (wanita kebangsaan,
    ketuanan dan kaya).
*  Nabi Ibrahim dengan isterinya, Hajar (perempuan dianggap oleh
    pihak Sara, seorang perempuan rendah dan hampir sama
    dengan hamba), mendapat putera yang dilahirkan Hajar di
    rimba batu Bakkah (Makkah), iaitu Nabi Ismail alaihis salam.


Terkenang   



PEMBERITA MEDIA CINA TIDAK TAHU BAHASA CINA

Mungkin ganjil, kalau seseorang tidak mengetahui bahasa Inggeris menjadi penulis surat khabar Inggeris, tidak tahu bahasa Jepun menjadi pembrita bahasa Jepun. Aku yang tidak mngetahui bahasa Cina telah menjadi pemberita surat khabar Cina selama beberapa tahun.
Pada tahun 1973 juga, seluruh negara telah mengadakan bulan bahasa kebangsaan, secara main-main atau gatal tangan aku telah menyertai peraduan mengarang artikel bahasa Kebangsaan dalam surat khabar berbahasa Cina, Sing Pin Jih Pao, Pulau Pinang. Itulah kali pertama dan kali akhir aku memasuki peraduan mengarang. Peraduan itu kerana menyambut bulan Bahasa Kebangsaan. Apabila  keputusan peraduan diumumkan, maka aku telah mendapat tempat yang kedua dan telah mendapat berbagai hadiah  termasuk sebutir jam tangan jenama tersohor.
Sebulan kemudian, pihak jabatan pengarang surat khabar itu telah melantik  aku menjadi penulis sambilan surat khabar tersebut. Aku telah menulis berita-berita pada tiap-tiap hari untuk surat khabar itu di Pulau Pinang. Aku telah mengirim semua berita-berita dan gambar-gambar kepada surat khabar itu dengan van khas surat khabar tersebut atau dengan telefon. Semua berita-berita dan artikel-artikel yang aku kirim dalam bahasa Melayu itu, diterjemahkan kepada bahasa Cina.
Pengalaman sebagai pemberita sambilan surat khabar Cina itu menyeronokkan. Surat khabar itu berbeda dengan surat-surat khabar Inggeris dan Melayu di negara ini. Semua jenis kejadian, sama ada besar mahu kecil di siarkan dalam surat khabar tersebut.
Pihak jabatan pengarang surat khabar itu  berpendapat; semua kejadian, sama ada besar mahu pun kecil adalah berita dan manusia mahu mengetahui semua berita, tidak kira ianya besar atau kecil.
Mereka berpendapat, walaupun ramai manusia yang suka membaca berita mengenai raja pemerintah, perdana menteri dan sebagainya, tetapi ramai pula yang suka membaca berita mengenai petani menanam sayur, pengemis dipukul oleh orang kaya dan berita orang mencari lokan dalam laut.
Mengenai gambar, surat-surat khabar bahasa Inggeris dan Melayu menyiarkan gambar satu-satu kejadian atau tragedi sekadar sekeping atau paling banyak lima keping (kalau peristiwa besar), tetapi surat khabar Cina menyiarkan sampai sepuluh keping gambar walaupun peristiwa itu tidak sebesar mana. 
Begitu juga persitiwa-peristiwa, suratkhabar China tidak sahaja menyiarkan gambar pembesar atau orang kenamaan yang berucap, tetapi gambar-gambar pemandangan yang menampakkan orang-orang yang hadir disiarkan juga.
Tujuan pihak surat khabar itu berbuat demikian, supaya ramai yang gemar membacanya dan mereka membaca dapat mengikut minat dan selera masing-masing.
Manakala gambar-gambar akan menguntungkan pemberita-pemberita sambilan seperti aku. Gambar-gambar yang disiarkan dalam surat khabar tersebut dibayar dengan harga RM4.00 tiap-tiap sekeping.*

* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertonagkan Paruh, 
   (belum terbit) , oleh: Mokhtar Petah.
KULLIYAH AL QUAN dan AL HADIS



           MENGUATKAN TULANG SENDI

Sesungguhnya, orang - orang (yang menentang kamu) itu sentiasa menagih (kesenangan dan kemewahan hidup di dunia) yang cdpat habisnya, serta mereka membelakangkan (bekalan) untukhari akhirat yang amat berat (penderitan ats orang - orang yang tidak bertakwa atau mengikut hukum - hukum Allah dalam Quran).

Kami (Allah)lah yang menciptakan mereka dan menguatkan tulang sendir dan urat saraf mereka; dan apabila Kami (Allah) menghendaki, Kami (Allah) menggantikan (meeka dengan) dengan ong - orang yanbg serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik - baiknya. 
al Insaan:27,28.

                         BALAS JASA AYAH

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:

Seorang anak (lelaki dan perempuan) tidaka dapat membalas (jasa dan budi ayahnya), kecuali dia menemui ayahnya menjadi hamba, lalau dia membeli ayahnya (dari tuan hamba), kemu dia memerdekakan ayahnya. *
- Perawi: Imam Abu Daud, At Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

* Pada hari bapa ini, patut kita ingat, sesiap ayah yang baik dan mengharapkan reda allah, tidak mengharapkan apa - apa balasan dari anaknya, walaupun seteguk air, tetapi yang amad diharapkan, anak dan anak - anaknya, teguh iman kepada Allah, berbudi bahasa, berani dan sanggup jiha, tidak membenarkan isteri mengusainya dan anaknya hidup dalam kebahagiaan sepanjang hayat.

TERKENANG



        FORUM PERDANA PENULISAN ISLAM

           
Pada 4 Februari 2006, Persatuan Penulis dan Peminat Sastera (PENTAS) Perak telah menganjurkan Forum Perdana Penulisan Islam, bertempat di Auditorium Intitut Tadbiran Islam (ITIM) Negeri Perak, Ipoh. Tajuk forum itu, “Bakat Penulisan dan Tasawwur Islam Memupuk Bakat Melalui Kefahaman’.Aku telah diundang memberi ucapan dalam foruma tersebut.
Aku telah menyarakan kepada para penulis muda dan calon-calon  penulis supaya mereka menjadi kerja menulis sebagai satu perjuangan atau jihad yang mesti dilaksanakan pada bila-bila masa.
 “Kalau seseorang itu guru atau pensyarah, dia hanya mengajar atau memberi kulih kepada pelajar-pelajar atau para mahasiswanya sahaja, tetapi penulis memberi pengetahuan dan kesedaran kepada umat dunia swecara meluas,”kataku.
               “…oleh demikian, semua penulis mestilah mengisikan dalam dada mereka dengan apa jua ilmu pengetahuan apa  jua jenisnya dan membanyak pengalaman dari alam tanpa empadan ini, “kataku lagi. 
              Aku telah menjelaskan, setiap penulis mestilah kasih kepda kerajayanya, sepereti juga orang yang beriman kasihkan Tuhannya, anak kasihkan ibu bapanya, patriotic kasihkan Negara, bangsa dan agamanya dan kekasih kasihkan kekasihnya daloam apa jua keadaan dan waktu seperti pantuh:

                               Terentak Terenting atas batu,
                                      Berak terkencing ingatkan aku.

PENTAS Perak dipimpin oleh Ustaz Osman Bakar, Kampunhg Gajah, Perak, adalah bekas pelajar Madrasah al Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak dan telah mengikuti kursus kewatawan yang telah aku anjurkan di Kuala Kangsar pada tahun 1960-an.*

  * Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan 
     Paruh, (eolum terbit), oleh:Mokhtar Petah.                         


SAJAK

                        OSMAN BAKAR

Kawan,
Kita hanya sama - sama menumpang,
Berteduh bawah langit,
berpijak atas bumi,
Allah tentukan milik kita,
Manusia Melayu.


Hari ini kaupergi meninggalkan kami,
Masih melarat di bumi ini,
Hanya kepada Allah tempat merayu,
Bahasa yang kaujuangkan,
Bahasa Melayu san bangsanya,
Mulai layu.


Mulai hari ini,
Legalah hayatmu kawam,
Kau manusia beriman,
Jasa dan amal kebajikan,
Allah menjanjikan dalam Quran,
Baikmu dan redamu,
 syurga tempatmu.


Walaupun usiamu muda dariku,
Kaupergi menduluiku,
Entah esok entah lusa,
Aku akan menyusul,
Di sana aku akan carimu,
sebagai Allah janjikan kepada kita,
Di syurga. 


Putrajaya  - ------mokhtar petah


KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS


               SERUAN ALLAH DAN RASUL

Hai orang - orang yang briman, sahut dan sambutklah - amalkan - seruan Allah dan rasulNya apa ia menyeru kalian kepada perkara - perkara yang menjadikan kalian hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesaungguhnya, Allah  berkuasa mengubah atau menyekat di antra seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesaungguhnya kepadaNya kalian akan dihimpunkan.*
 - al Anfal: 24

*  Seenarnya, kita umat Islam di Malaysia tidak mengikut dan mengamalkan seruan Allah dalam Quran dan dalam Hadis dengan sungguh - sungguh. Sebagai bukti, Judi, riba dan beberapa perkara lagi ditegah oleh Allah dan rasulNya, tetapi kita menajdikan amalan dan memperoleh keuntungan dari amalan demikian.


                          BANYAK ANAK

Kahwinlah dengan perempuan yang kamu cinta (dia cintakan kamu) dan boleh berketurunan - beranak - banyak, kerana saya akan bangga bersam akalian di hadapan para nabi pada hari kiamat nanti.
 - Perawi: Anas dan Imam Ahmad.


PENDAPAT SAYA

                        MASUK SYURGA

Saya tidak menolak bahkan menyokong pendapat Mursyidul 'am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz, bahawa siapa yang mengundi calon PAS akan masuk Syurga.

Pendapat demikian bedasarkan pada beberapa firman Allah dalam Quran dan Hadis rasulullah Muhammad s.a.w;maksud kira - kira begini, sesiapa yang berjuang pada jalan Allah dan mengerjakan amalan yang baik, akan dimasukkan dalam syurga.

PAS berjuang atas landasan atau jalan Allah. Menegakkan negara Islam. Ertinya berjuang pada jalan Allah.

Siapa yang mengudi calon UMNO dari orang Islam, dia dimasukkan ke syurga.Kerana UMNO juga berjuang pada jalan Allah, tetapai berbeza dan kurang nilai perjuanganya dari UMNO. UMNO berjuang atas landasan Nasional dan Islam tidak menjadi dasar negara.

Sekarang negara kita, tidak boleh diakui seagai Negara Islam, kerana ia tidak melaksanakan perlembagaan mengikut Islam. Maka, negara kita hanya sekadar ' Negara Umat Islam', seperti negara Arab Saudi dan Indonesia.

Begitu juga, sesiapa yang membantu dan menyokong adan - badan kebajikan yang mengamalkan paa jalan Allah, akan masuk syurga.

Sekadarkan, tingkatan syurga yan akan dimasukkan Allah kepada orang - orang menyokong mana - mana parti politik , adalah berbeza. - Mokhtar Petah


TERKENANG

                                   TANGGUNGJAWAB PENULIS

Pada Jun 1996 aku telah menulis sebuah buku biografi bekas Menteri dan Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof. Sebelum aku menulis buku itu, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (1976 – 1988) dan Duta Malaysia ke UNESCO  di Paris (1988 – 1994), Datuk Dr Hassan Ahmad telah meminta aku menulis buku biografi tersebut.
Kemudian Dr Hassan Ahmad  bersamaku telah pergi menemui Encik Mohamed Shah bin Tan Sri Abdul Kadir, di pejabat (menjalankan restoran makanan segera Mc.Donald), di Kampung Atap, Kuala Lumpur. Kemudian aku telah diberi tanggungjawab untuk menulis buku tersebut.
Sebelum aku memulakan kerja menyelidik dan menulis bukut itu, Aku dan keluargaku telah dibawa oleh Encik Ahmad Shah dan isterinya, Puan Fadzilah pergi ke dusun buah-buahan peninggalan Abdul Kadir, di Gombak, dekat jalan raya lama ke Negeri Pahang.
Turut bersama kami, balu kepda Tan Sri Fatimah Haji Hashim, bekas Menteri Kebajikan ’Am Malaysia dan tiga anaknya. Kami telah berkelah di chalet, di tepi sungai dalam susun buah-buahan itu.
Untuk menulis sebuah buku biografi seorang tokoh seperti Abdul Kadir Yusof, tidak semudah yang aku jangkakan. Pada hari-hari mengumpul fakta, kisah dan suara orang-orang lain mengenai Abdul Kadir Yusof, aku telah menemui rakan-rakannya, bekas Presiden Republik Singapura, Dr.We Kim Wee, bekas Hakim, Tun Suffian bin Haji Hashim, Datuk Ahmad Perang bekas pengurus Besar,  Keterapi Tanah Melayu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Dr. Rais Yatim dan beberapa orang peguam sezaman Abdul Kadir Yusof.
Aku telah selesai menulis buku itu pada masa yang ditentukan. Buku yang berjodol ’Abdul Kadir Yusof Peguam Rakyat’ itu telah diterbitkan oleh Tabung Kebajikan Kanak-Kanak (RMCC) untuk derma tabung tersebut. 
Buku ’Abdul Kadir Yusof Peguam Rakyat’ telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Mohd. Najib Tun Abdul Razak, di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur.
Pada malam 4 Mei 1996, Dr Mahthir Mohamad telah membaca sajak karyanya, ’Dr Mahathir Menangis Demi Bangsanya: Perjuangan Yang Belum Selesai’, di Pusat Penerngan Pelancongan (MATIC), Kuala Lumpur. Akua telah menulis sebuah buku berjodol ’Perjuangan Yang Belum Selesai’. Buku itu telah diterbitkan Semponi Gemilang Sdn.Bhd., Kuala Lumpur. 
Buku tersebut telah diedarkan ke seluruh dunia dalam rangkaian ’Music and Book on Music’, menerusi laman web http/www.pitbossnnie.com/iss-m-9832076005.html . 
Buku tersebut telah dibeli oleh seorang koporat Melayu dan telah diberi percuma kepada mereka yang menghadiri satu majlis Dr Mahathir Mohamad bersama rakyat di Kubang Pasu, Kedah.
Tidak lama kemudian aku telah menulis sebuah buku biografi Datuk Rahmat Ismail, berjodol ’Meniti Derita Ke puncak’. Aku telah menyiapkan kerja menyelidik dan menulis buku ini dalam masa dua bulan, iaitu mengikut masa yang telah dipersetujui oleh pihak syarikat Datuk Rahmat Ismail dengan aku.
Buku ’Menitit Derita Ke puncak’ telah diterbitkan oleh Darul Fikir, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan pelancarnya oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir, di sebuah hotel, di Subang Jaya. Hasil dari jualan buku itu telah didermakan kepada tabung anak yatim Pulau Pinang. 
Setelah empat buah buku biografi karanganku diterbitkan, aku didatangi keinsafan, bahawa sebagai penulis aku memikul tanggungjawab yang besar untuk terus menulis dalam apa jua bidang yang aku mampu laksanakannya. Aku telah berpegang kepada falsafah ringanku sendiri, iaitu, ’Aku terus menulis sehingga ada orang menulis sesuatu kalimat atas kain kapanku’.
Aku berpendapat, kalau menulis hanya bertujuan untuk mencari wang, nama dan kemenangan dalam saimbara, maka penulis itu tidak akan lama dalam dunianya sebagai penulis, tetapi kalau diambil kira kerja menulis sebagai tanggungjawab, minat dan sumbangan kepada manusia, maka kerjayanya akan terus menerus dan penulis itu akan kaya dengan ilham dan idea dari Allah.
Kalau melaksanakan kerja menulis bertujuan mencari makan dan untuk melonjakkan nama semat-mata, maka akan lahirlah ramai penulis yang senang diupah oleh pihak-pihak tertntu. Di seluruh dunia ramai penulis-penulis upahan yang menulis berita, artikel, buku dan sekirip untuk filem dan sebagainya. Mereka itu diupah oleh pihak-pihak tertentu, misalnya oleh pihak badan-badan perisik di negara-negara maju, pergerakan Yahudi dan sebagainya.
Di Malaysia terdapat ramai penulis yang menggunakan bidangnya untuk memburukkan orang lain. Mengadu domba antara manusia-manusia atau parti-parti politik. Kandungan buku mereka bermuat cerita-cerita palsuan, senasasi, direka-reka dan seperti percakapan-percakapan di warung kopi  tepi jalan sahaja.
Di negara ini terdapat beberapa orang penulis yang ’lumpuh’ nama baik mereka, kerana mereka tidak mengindahkan undang-undang yang ada dan setelah mereka di hadapakan mahkamah oleh individu-individu yang menjadi mangsa tulisan mereka.*
                        
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah



KULLIYAH AL QURAN dan AL HADIS



                          PERTOLONGAN ALLAH


Jika Allah menlong kalian (dalam perjuangan, pekerjaan dan sebarfang amalan) untuk mencapai kemenangan, maka, tidak ada siapapun yang dapat mengalahkan kalian; dan jika dia mengecewakan kalian, maka, siapakah yang akan menolong kalian setelah Allah (menetapkan yang demikian). Dan (ingatlah) kepada Allah jua hendaknya oranbg - oranbg yangb beriman itu berserah. 
- Ali Imran: 160

                    KHIANAGT PREMIMPIN

Sesiapa yang meghina pemimpin (Muslim yang memimpin negara Islam yang bedasarkan al Quran seperti pemerintahan Nabi Muhammad dan para sahabat Junjungan), maka , Allah akan menghinanya. - Sabda Rasul Allah, Muhammad s.a.w.. Perawi: Imam At Tarmizi)

  1. BENARKAH BEGINI DALAM PARTI POLITIK MELAYU?

    1 - Anwar Ibrahim tidak membuatg salah, diistihar salah setelah
    orang - orang yang iri hati terhadapnya menuduh dia bersalah.
    Maka, PKR dngan perjuangan tidak melakukan kesalahan,
    tetapi tidak dapat mengelak dari tuduhan orang - orang yang
    melakujkan kesalahan.
    2 - Ramai orang dalam UMNO melakukan kesalahan, tetapi
    mereka dapat menutup kesalahan masing - masing. Untuk
    menutup kesalahan diri sendiri, mereka menyalahkan oran lain.
    Dikhuatirkan mereka akan menutup kesalahan mereka, seperti
    menutup bangkai gajah dengan nyiru.
    3 - Orang - orang dalam PAS sedar akan ke salahan diri masing -
    masing, dan mereka mengelak dari melakukan kesalahan,
    maka, mereka menyuarkan agar rakan - rakan mereka dan
    orang ramai tidak mengikut orang - orang yang mereka lihat
    salam mengikut pandangan orang Islam yang berdasarkan
    Quran dan Hadis,
    4 - Manakalah orang Cina dan India dalam parti politik mereka,
    selagi mereka melihat kedudukan mereka selamat, masa depan
    mereka cerah dan orang Melayu tidak melakukan syak wa
    sangka kepada mereka, maka, mereka terus berjuang bersama
    orang Melayu.
    Tetapi kalau ada peluang dan sesuai dengan ruang
    perlembagaan negara, maka mereka mahu jadikan Malaysia
    seperti Singapura, iaitu diperintahkan oleh orang Cina.*

    * Hasial kajian, melihat dan mendengar serta pengalaman
    semenjak 1951 - 1957 - dan kini.
     ·  · 
  2. Visited 10 Places
    Mokhtar Petah was at Highland Cafe and 9 other places.
    See All Stories
  3. Mokhtar Petah
    2 seconds ago near Kuala Lumpur
    LIMA PERKARA PEREMPUAN TIDAK DAPAT SINGKIR

    Sebelas perkara yang sering menjadikan kebanyakan permepuan tidak dapat singkir dan menyebabkan mereka ditekan stres, iaitu:
    1 - Menutamakan kmewahan hidup,
    2 - Cemburu (hingga cemburukan pantal peluk antara dia dengan
    suaminya),
    3 - Menunjuk-nunjukkan barang kemas,
    4 - Menyumpat,
    5 - Cuba - cuba mendedahkan buah dada kepada para lelaki,
    walaupun dalam baju dan berselindang,
    6 - Tidak mengutamakan ibu bapa suami tetapi mengutamakan ibu
    bapa dirinya sendiri,
    7 - Gemar mendedahkan rahsia suami isteri (sama ada baik
    mahupun tidak baik) kepada kawan - kawannya,
    8 - Rasa kasian belas tidak bertempat,
    9 - Khuatir tubuh badan beransur tua dan gemok,
    10 - Gemar makan banyak dan kekadang melepasi nasihagt doktor, 11 - bergaya,menggiurkan tubauah, harum bauawan untuk di luar
    rumah, di pejabat, di majlis, pasaraya, tetapi di rumah
    bersama suami tidak diutamakan.*

    * Hasiol dari tinjauan kepada 20 lelaki dan 10 wanita.
     ·  · 

KISAH DARI NOVEL.


                MAHASISWA, KEKASAIH, IJAZAH DAN AIDS

Pada pagi dingin itu, Zainal Rashid termenung dalam biliknya. Ijazah ilmu Syariyah dan usuluddin yang baru diterima pada minggu lalu bagaikan kembes lukisan, lembab di tangannya kerana air matanya telah luruh atas kertas keramat itu.
 Ijazah tersebut akan menjadi pengakuan indentitinya seorang ulul albab - cendekiawan Islam. Seorang ustazah dan seorang orang  taat kepada hukum-hukum Allah. Ijazah itu juga menjadi teket untuk mendapat jawatan yang tinggi dalam kerajaan Malaysia. Tentulah sebagai pegawai agama Islam, kadi, mufti atau hakim mahkamah syariah.
             “...aku, ...ijazah, penyakit AIDS..., aku derita., ...ya Allah, ampukanlah aku ya Allah,” suara Zainal Rashid dalam bahasa Arab terbenam dalam halkumnya. 
  “Aku berdosa, ya Allah, aku dah buat maksiat, ... ya Allah,”doa Zainal Rashid.
”Dengan kuasa-Mu juga ya Allah, Fuzi tak mau bersama aku di Aswan,”bisik Zainal Rashid. Menyesal. 
             “ ...kalaulah kami dah lakukan, ... penyakit dalam tubuh aku tentu dah berjangkit kepada Fuzi, ...dia juga ada penyakit macam aku,”bisik Zainal Rashid lagi.
Teket kapal terbang terletak atas bagasinya. Teket itu memisah Zainal Rashid dengan Fauziah. Gadis yang ibarat bunga padma yang telah robek-robek kelopaknya itu, tidak akan ditemuinya lagi. Walaupun cintanya kukuh kepada Fauziah, tetapi  dia tidak akan menemui gadis itu sampai ke akhir hayatnya. Dia tidak mahu  tubuh Fauziah menjadi sarang penyakit bahaya itu. 
          “Fuzi, ana sayang kepada ente,” suara Zainal terluah dari mulutnya.
          “Sungguh, ana sayangkan ente, ...tapi ana tak mau jumpa ente lagi,  ...sampai bila ..., ana malu,” suara hati tegarnya. 
          “Tapi, macam mana, ...Fuzi dah ngandung, ... hamil, ... anak aku,”sungut Zainal Rashid.
     “Fuzi hamil..., anak aku ...,” bisik Zainal Rashid.
      “...zuriat aku, ...anak aku,” bisiknya lagi.
      “...cucu emak, ... ayah aku,” ratap hatinya.

SAMA DENGAN SYAITAN

Abdul Hamid Dawam telah masuk mendapatkan Zainal Rashid. Wajahnya berselimut sedih. Perpisahan dengan rakan karibnya itu akan berlaku sebentar lagi. Hatinya amat risau akan Zainal Rashid yang sedang sakit. Kuasa Allah tidak siapa mengetahui, tetapi penyakit boleh membawa rakannya itu ke lubang kubur. 
         “...enta sahabat karib ana, tetapi enta sama dengan syaitan, bahaya...,”kata hati Abdul Hamid Dawam.
         “Teksi telah tiba,” Abdul Hamid Dawam memberitahu Zainal Rashid.
         “Ia, selamat tinggal, saudaraku,”kata Zainal Rashid.
         “Ia, ...as salamu alaikum,”  sahut Abdul Hamid Dawam
Sambil berjabat tangan, dua biji mata Abdul Hamid Dawam merenung tangan Zainal Rashid, kalau – kalau ada luka dan ada darah di tangan itu.
         “Sambil membawa bagasi Zainal Rashid ke teksi yang sedang menunggu, hati Abdul Hamid Dawam berkata, ” ...sepatutnya kamu pulang kepada ibu bapa kamu, tanah air dan bangsa kamu, sebagai seorang cendekiwan, ahlul bab, seorang yang kuat iman kepada Allah, baik akhlak, tetapi kau pulang sebagai syaitan.”
         “Sahabatku, ana minta enta beritahu Fauziah, ...ana telah pulang ke Malaysia,” kata Zainal Rashid kepada Abdul Hamid Dawam.
          “...mengapa, enta tidak memberitahu dia, ...ana ingat enta telah memaklumkan kepadanya, bukankah dia itu kekasih enta?” Tanya Abdul Hamid Dawam.
          “Ana tak beritahu dia, ana akan  pulang hari ini,” jawab Zainal Rashid.
          “Mengapa?”  Tanya Abdul Hamid Dawam.
           “  ...ana malu, ...ana malu,  ... ana ada penyakit,”jawab Zainal Rashid.
Abdul Hamid Dawam merenung wajah temannya. Perasaan belas kasihan membungkus hatinya. Kepada Allah dia memohon agar Maha Kuasa itu menyembuhkan penyakit berbahaya pada tubuh rakannya itu.
            “Ia, ana minta maaf, ...enta tolong beritahu dia, ana telah pulang ke Malaysia hari ini, ...sampaikan salam ana kepada dia,” Zainal Rashid meminta kepada rakannya.
            “Baiklah, insya Allah,hai sahabatku, ana akan  beritahu dia,” sahut Abdul Hamid Dawam. 
              Teksi telah membawa Zainal Rashid ke Lapangan Terbang Antarabangsa, Kahirah.

TERASA SEPI

Kir-kira telah 20 jam Abdul Hamid Dawam telah ditinggalkan sahabatnya, Zainal Rashid, dia terasa sepi, rindu dan dunia ini menjadi kosong. Setelah selesai sembahyang fardu Isyak, Abdul Haid Dawam membuka beberapa buah buku untuk mengetahui asal usul penyakit AIDS. Dalam sebuah buku ensiklopedia terdapat sedikit keterangan mengenai asal usul penyakit itu.

AIDS (absurd imbuh deficiency sydrome) A viral disease characterized by a decrease of certain T-lymphocytes resultin in a breackdown of the immune system and increased sysceptiblity to ather disease. First described in 1981, it priginated in central Africa, possibly by the mutation of a virus carried by green monkeys. The three currently know cousative agents, the viruses HIV, LAV2, and SBL 6669 V 2, are transmittedin blood, semen, or vaginal fluid, It is possible that a very  high proportion of virus carriers will develop the disease but tha exact percentage is uncertain. AIDS occurs most frequently in homosexual and bisexual male and intravenous drug users  who share needles, but it can also be tranmitted to heterosexuals by any penetrative intercourse with an AIDS carrier an to those eho receive transfusions of infected bloo (all of which is now tested). By the end of 1987 abaout 100,000 cases of the disease dad been reported worldwide;ib Britain 1227 recorded cases had resulted in 697 deaths. Until a vaccine or cure has been found (the drug azidothymidine (AZT) merely alleviates symptomsI, western governments are attempting to limit its spread, especialy into the hetersexual community. The British government began an campaign in 1986 to discourage cesual sexsual relationship an encourage the use of condom.’ ( The Macmillan Encyclopedia, Alesbury, Market House Books Limited,1988, hl:21).

Dari buku ensiklopedia itu, Abdul Hamid telah dibawa oleh fikiran mengeni ilmu sejarah dunia tentang manusia melakukan homoskesual pada zaman Nabi Luth alaihis salam. Akibnat dari perbuatan jahat itu, Alalah telah membisanakankawasan itu, sodom, di Afrika dengan menerjunkan hujan batu bara api.

‘Bahawa akamu telah melapaskan syahwat kamu kepada orang-orang lelaki, tidak kepda perempuan-prempuan. Bahkan kamu semua kaum yang melanggar batas’ .
’Dan kami  turunkan hujan atas mereka hujan (hujan batu), perhatilah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa’ .

Dari ayat Quran itu, Abdul Hamid Dawam percaya, bahawa orang-orang yang mati akibat hujan batu bara itu mempunyai penyakit AIDS dalam tubuh mereka. Bangkai-bangklai merela telah dimakan oleh sejenis monyet – monyet hijau. Mungkin monyet-monyet itulah yang membawa penyakit itu hingga kepada turun menurun haiwan itu.
Abdul Hamid Dawam amat mementingkan  amanah dan akhlak. Atas nama seorang mukmin, dia tidak akan memdedahkan rahsia  Zaianal Rashid kepada Fauziah. Amanah yang besar menjadi rahsia dalam dirinya.
           “...wallah, haram bagiku mendedahkan keburukan seseorang,”sumpah Abdul Hamid Daham.    
Kerana amanah, maka Fauziah tidak mengetahui sampai ke akhir hayatnya yang  acquired immune deficiency sydrome – AIDS, telah bersarang dalam tubuh kekasihnya.*
* Dari manuskrip novel, BUNGA PADMA DI LEMBAH NIL (belum 
   terbit),oleh: Mokhtar Petah.