PEGAWAI POLIS: BEKAS
ANGGOTA PKS
Pada petang 11
November 1975, aku telah bertemu dan bercakap dengan Ketua Polis Kontinjen
Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, di Ipoh
Club. Percakapan kami mengenai
pergolakan politik di negeri Perak, ancaman pengganas komunis masih berlarutan,
pembangunan rakyat dan beberapa perkara yang menyeronokkan. Khoo telah meminta
semua percakapan kami itu di ’off the
record’kan kerana sebab-sebab tertentu.
Antara pendapat-pendapat Khoo Chong
Kong yang masih aku ingat, ialah:
+ Mengenai perpaduan rakyat; selagi
orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas
menerima bahasa Melayu sebahagian
bahasa mereka dan mereka masih ada
sentimen mahu menegakakan bahasa
mereka, maka selama itulah perpaduan
tidak akan tercapai dengan sempurna.
+ Agama Islam mestilah diterima
sebgai agama negara, dan hukum-hukumnya
dipraktikkan sebagai undang-undang
dan perkemaskan perlembagaan
mengenai agama Islam. Pemahaman
mengenai Islam agama rasmi negara
hendaklah diberi fahaman kepada
semua rakyat bukan Islam, supaya
perpaduan antara rakyat yang
sedia ada akan bertambah kukuh.
+ Tidak ada
cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkan
dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar
dan pinggir bandar.
+ Kerajaan
Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau
dibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangan
kerajaan dan mereka yang berkecimpung dalam
arena politik.
+ Untuk
meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang
kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi
filem, televisyen dan media cetak.
Hanya berselang
sehari semalam, iaitu pada waktu lepas makan tengah hari pada 13 November 1975,
Khoo Chong Kong telah mati ditembak oleh dua orang pengganas Parti Komunis
Malaya (PKM) yang menunggang motosikal, di garisan lampu isyarat simpang Fair
Park dengan Jalan Anderson, dalam Bandar Ipoh. Turut terbunuh, pengiringnya,
Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandu keretanya.[1](Mohd.
Reduan Haji Asli, Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia.)
Sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Khoo Chong Kong
adalah bekas aktivis Parti Komunis Sarawak (PKS). Sebelum menyertai pasukan
polis, dia telah menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Keberanian dan kebodohan seseorang ada kalannya memberi guna kepadanya.
Begitu jugalah aku dengan keberanian dan kebodohanku. Aku ditakdirkan Allah
tidak mengalami sebarang kejadian buruk di negara orang, maka hidup hingga
kini. Tetapi aku bangga, kerana langkah berani dan bodohku itu telah menjadi
catatan manis dalan ’sejarah hidup’ku.
Pada penghujung bulan 12 Jun 1975,
dengan tidak memberitahu keluargaku, aku telah mengikuti enam orang pegawai
tentera Amerika Syarikat dalam sebuah kapal terbang Tentera Udara – US Air Force yang telah terbang dari
Lapangan Terbang Tentera Udara, Matang Kuching, Pulau Pinang, ke Vietnam Selatan.
Turut bersama kami dalam kapal terbang itu, dua orang Melayu peniaga ikan
sepat kering dari daerah Kerian, Perak, Tarmizi dan Zainuddin. Mereka membawa
ikan sepat kering ke Vietnam Selatan.
Aku telah pergi ke Vietnam Selatan setelah aku bercakap dengan seorang
Pegawai Tentera Amerika, di Ipoh pada 8 Jun 1975. Dia fasih bercakap bahasa
Indonesia. Dalam percakapan itu, aku telah mengecam tindakan pemimpin-pemimpin
Amerika Syarikat yang telah menghantar 400,000 anggota tenteranya ke Vietnam
Selatan semata-mata untuk membunuh umat manusia di sana. Kebanyakan anggota
tentera itu terdiri dari pemuda-pemuda lepasan institusi-institusi pengajian
tinggi di sana.
Pegawai tentera itu rasa tercabar, apabila aku berkata kepadanya, Amerika
mempunyai tujuan menjajah, bukan untuk mewujud keamanan dunia dan Amerika tidak
akan mencapai kemenangan dengan gerila-gerila komunis, kerana penganut-penganut
komunisme lebih tegar dari mereka yang menganut kapitalisme.
Pegawai tentera Amerika itu telah menjemput aku ke Vietnam Selatan. Dia
mahu aku melihat sendiri akan kejayaan tentera-tentera Amerika memerangi
gerila-gerila Viatcong. Aku setuju pergi ke Vietnam sebagai ’pemerhati perang’.
Aku telah pergi ke Vistnam Selatan dengan tidak ada sebarang jaminan
keselamatan atas diriku dan tidak ada insuran untuk membayar pampasan kepada
warisku jika aku terbunuh di sana. Hanya berharapkan kepada pihak tentera
Amerika Syarikat yang akan menguruskan mayatku, sekiranya aku terbunuh di sana,
dan membayar sagu hati kepada keluargaku.
Hingga aku menulis buku ini, isteri dan anak-anakku tidak mengetahui aku
telah pergi ke Vietnan, kerana aku telah merahsiakan sebelum aku pergi dan
setelah aku pulang dari sana.
Di Vietnam Selatan, aku bersama tiga orang wartawan yang datang ke sana,
seorang dari Indonesia, seorang dari Filipina dan seorang lagi dari Thailand
tinggal dalam khemah tentera, di Bandar Saigon( Ho Chi Minh). Kami tidak
mengikuti oprasi tentera seperti warrtawan-wartawan perang di sana.
Selama tiga hari kami di sana, kami telah dibawa dengan helikopter ke
khemah tentera Amerika di Quy Nhon dan Cam Ranh. Dalam khemah-khemah tentera
itu kami telah diterangkan oleh pegawai-pegawai tentera Amerika mengenai
kejayaan semua oprasi tentera Amerika di sana. Mereka mencapai kejayaan besas
memerangi gerila-gerila Vietcong. Sebagai biasa pegawai-pegawai tentera itu
telah memuji negara mereka yang mengajar manusia hidup secara demoakrasi dan
berpeikemanusiaan.
Selama berada di Vietnam, aku telah sarat dengan propaganda Amerika. Tetapi
aku tidak mengubah pandanganku, bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai belas
kasihan kepada umat manusia dan lebih mementingkan diri mereka sendiri. Mereka
ketawa dengan kekayaan atas timbunan manusia yang telah mati.
Sehari sebelum pulang ke tanahair, kami telah dibawa melawat ke khemah
tentera Amerika di bandar Saigon. Seorang jururawat (perempuan) Vietnam yang
fasih berbahasa Melayu, pada waktu bercakap denganku, dia berharap perang
Vietnam segera tamat kerana dia terpaksa merawat manusia-manusia yang mati dan
cedera telah menimbulkan kesan buruk dalam dirinya.
”Mereka (tentera Amerika) tidak ada belas kasihan, perempuan, orang tua dan
kanak-kanak mereka bunuh,”katanya.
”Mereka menuduh pihak Vietcong pengganas dan zalim, tetapi merekalah
penjahat dan paling zalim,”tambahnya.
Janji Allah; ajal manusia di tangan-Nya. Tiada makhluk yang boleh
mendahului atau mengakhiri waktu mati atau ajal. Aku telah mengalami ’belum
ajal berpantang mati’, iaitu, pada malam meraikan aku dan beberapa orang
wartawan-wartawan dari Indonesia, Thailand, India, Australia dan Filipina yang
akan meninggalkan Vietnam Selatan dan pulang ke negara masing-masing.
Aku bersama bersama dua orang wartawan lagi, telah terlewat keluar dari
khemah tentera tempat kami tinggal itu, kerana sebelah kasutku telah dilarikan
oleh seekor anjing renek – anjing kecil dan berbulu lebat -, ke tepi pagar
kira-kira 300 meter dari khemah tempat aku tinggal. Setelah kasut aku itu
dijumpai oleh seorang askar Amerika(kulit hitam), maka kami telah menaiki
sebuah kenderaan tentara dan pergi ke tempat jamuan itu. Tiba-tiba suara dari
telefon pegawai tentera yang duduk di bangku hadapan memberitahu tempat jamuan
itu telah kena bom. Kami tidak pergi ke sana.
Kami mendapat khabar kemudiannya, lebih dua lima orang pegawai tentera
Amerika Syarikat dan Australia bersama beberapa perempuan – penari dan pelacur
Vietnam telah terbunuh dan ramai yang telah cedera. Kejadian itu telah berlaku
kerana sebutir bom Molotove coctail
yang terpasang pada badan salah seorang perempuan lacur yang menjadi agen gerila Vietcong meletup.
Allah Maha Kuasa, disebabkan anjing telah melarikan kasutku, kami lewat
datang ke tempat jamuan itu. Kalau tidak disebabkan anjing itu, kami telah
lebih awal tiba ke sana. Mungkin aku dan wartawan-wartawan lain terbunuh di
sana.
Aku telah dihantar pulang ke Lapangan Tebang Tentera Udara Matang Kucing,
Pulau Pinang, pada hari yang keempat.
Aku tidak menulis rencana mengenai lawatanku ke Vietnam kerana sebab-sebab
tertentu. Sebagai kenang-kenangan ’kebodohanku’, aku telah menulis sebuah novel
berjudul ’Detik-Detik Perpisahan’. Novel itu telah diterbitkan Penerbit
Tra-Tra, Petaling Jaya pada tahun 1987.*
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap
Bertongkatkan Paruh,(belum terbit),
oleh: Mokhtar Petah.
[1] Far EasternEconimic Review,
11 April 1977 .
Mohd.Reduan Haji Asli, 1993, Pemberontakan
Bersenjata Komunis di Malaysia, Kuala
Lumpur ,
Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm.137.
No response to “ ”
Post a Comment