PARTI KOMUNIS MALAYA
Aku mengakui,
sesunguh anggota-angota tentera anti Jepun – Malayan People’s Anti –
Japanese Army (MPAJA) atau
Tentera Anti-Jepun Rakyat Maslaya (TAJRM) dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang
terdiri dari orang-orang China dan kaum-kaum lain tidak zalim seperti yang
dilaung-laungkan oleh penjajah Inggeris Jepun dan Amerika. Mereka hanya telah
membunuh orang-orang yang menentang mereka, menjadi tali barut Jepun dan
penjajah lain.
Sebenarnya yang telah melakukan kezaliman kepada rakyat di seluruh Tanah
Melayu, ialah askar-askar Jepun dan orang-orang
China tentera Guomindang ( Parti
kebangsaan Rakyat Cina) yang dipimpin oleh General Chiang Kai-Shek(Jiang Jie
Shi:1887-11975) yang telah diseludup masuk ke Tanah Melayu oleh Central Intelligence Agency (CIA) melalui Siam dengan tujuan untuk
memburuk-burukkan anggota – anggota Parti Komunis Malaya (PKM) supaya orang-orang Melayu terutamanya,
bencikan orang-orang China dari parti tersebut.
Askar-askar Guomindang (Kuomintang) itulah yang telah mempengaruhi
orang-orang Cina supaya memusuhi orang Melayu dan membunuh mereka. Perkara itu
telah diketahui oleh pihak British kemudiannya apabila seorang askar Guomindang
telah dapat ditangkap di Johor. Kerana kebanyakan ahli-ahli Parti Komunis
Malaya terdiri daripada pemuda-pemuda Cina pekebun sayur dan buruh lombong yang
tidak berpelajaran, maka mereka telah terepengaruh dengan propaganda
orang-orang Guomindan untuk membunuh orang-orang Melayu.
Abang saudaraku, Abdullah Kuak telah dibunuh bersama dua orang lagi di
Jirat Cina Lenggong. Adiknya Abdul Rahman bersama isterinya, Aishah binti Haji
Mohd.Zain telah diculik sekumpulan orang-orang Cina dari rumah mereka di
Kampung Ngor pada waktu malam dan di
bawah ke dalam banjaran gunung Bintang Hijau. Mayat mereka telah tidak
dijumpai.
MANGSA
KEKEJAMAN
Orang-orang Cina
askar Guomindang telah membunuh lebih
tiga ratus orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak di kampung Bekor,[1]
Manong dekat Kuala Kangsar. Sampai kini batu-batu nisan menandakan
pusara-pusara tempat bersemadinya mangsa-mangsa kekejaman orang-orang Cina itu
masih berceracak di bawah rumah – rumah dan di sekitar kampung tersebut.
’Orang Tionghua yang lari dari Pusing (dekat Ipoh) itu telah membentuk
kumpulan bersenjata dan mara menyerang Bekor. Di Bekor, seorang anggota parti
Melayu bernama Harun (nama samaran masa itu, saya tak ingat nama rasminya) cuba
menyekat orang Tionghua itu di kepala sebuah jambatan. Beliau mendepa kedua-dua
belah tangannya Sambil menyeru kumpulan orang Tionghua itu supaya bersabar dan
berhenti menyerang. Harun berkata: ”Saya rela mati di sini jika kamu tak mahu
mendengar.” Kumpulan orang Tionghua itu terus merempuh masuk dan menetak beliau
hingga mati. Harun adalah kader Melayu PKM yang bertanggungjawab atas kerja
massa di Bekor dan kawasan-kawasan sekitarnya. Beliau dihormati oleh orang
Melayu dan orang Tiongkua di kawasan tersebut.
Selanjutnya kumpulan orang Tionghua itu terus menyerang orang Melayu di
Bekor, membakar masjid, rumah dan harta benda. Saya berasa teramat sedih mendengar berita malang itu dan terasa
menyesal yang amat sangat kerana tidak dapat pergi ke Pusing menyelesaikan hal
itu seperti yang telah saya lakukan di Teluk Anson.
Selepas tragedi itu, Dr Burhanuddin Al – Helmy dan beberapa pemimpin PKMM
pergi ke situ untuk memberi penerangan kepada orang ramai. Yang peliknya,
mengikut Dr Burhnuddin Al – Helmy, tidak ada pasukan parang panjang di Bekor.
Rupa-rupanya pasukan parang panjang yang dimaksudkan itu adalah sejumlah
anggota Pasukan Force 136 bersama
beberapa orang lain melakukan pembunuhan ke atas orang-orang Tionghua. Dengan
itu kami mendapati bahawa peristiwa itu adalah sengaja dilakukan oleh penjajah
British.’ [2]
KUMPULAN
ORANG MELAYU
Orang-orang Cina
dari Kuomindang juga telah membunuh ramai orang-orang Melayu dalam kawasan
Sungai Manik dekat Teluk Anson, Perak dan di Batu Pahat, Johor.
Kerana orang-orang Melayu tidak tahan lagi menderita dibunuh dan disiksa
oleh orang-orang Cina, maka wujudlah beberapa kumpulan orang Melayu yang
diketuai oleh beberapa orang Sheikh parang panjang di beberapa tempat, di Tanah
Melayu. Di antara mereka itu Sheikh
Othman - cincin tembaga (Taiping), Sheikh Idris – tangkal kulit kambing putih (Kuala
Kangsar), Tok Janggut – ilmu ratib dan senjata ghaib (Tanjung Rambai, Grik) dan
Kiyai Salleh – mandi minyak, Batu Pahat.
Pada masa parang panjang aku masih belum remaja, tetapi aku telah turut
belajar ilmu tersebut, iaitu ilmu menghadang musuh, ilmu kebal, ilmu ghaib dan
sebagainya. Semua ilmu itu diamalkan dengan cara wirid nama-nama Allah,
ayat-ayat Quran. Aku telah tiga kali mandi minyak panas (minyak panas menjadi
dingin waktu kami memasukkan tanganku ke dalam minyak yang mengelegak dalam
kawah). Aku juga pernah diuji, iaitu ditembak dengan senapang dan pisatul pada
belakangku, tetapi dengan kuasa Allah kulit tubuhku tidak tembuk atau tercalar.
Bapaku adalah salah seorang dari pembantu-pembantu para sheikh parang
panjang itu. Dia boleh mengeluarkan beratus-ratus bentuk cincin tembaga dari
sebuku keminyan sebesar kepala lutut orang dewasa. Cincin-cincin itu
kemudiannya dipakai oleh mereka yang mengamalkan ilmu parang panjang tersebut..
MENGGANGGU
GADIS MELAYU
Pada satu hari
bapaku dengan berpakaian seluar dari kain khaki, kemeja putih dan baju kot (over coat) dari kain khaki juga telah
pergi ke bandar Kuala Kangar kerana urusan seorang penduduk kampungnya. Pada
waktu dia hendak pulang, setibanya di stesen bas bandar itu, telah berlaku satu
kejadian seorang anggota mata-mata gelap, seorang lelaki Cina mengganggu
seorang gadis Melayu. Ayahku telah memarahinya. Kerana bapaku telah
mengganggunya, maka mata-mata gelap itu dengan marah dia telah menerkam bapaku
dan cuba hendak menumbuknya dengan cara kuntau Cina, tetapi bapaku telah
mengelak. Setelah beberapa kali mata-mata gelap itu hendak menumbuk dan
menendangnya, bapaku telah melepaskan penumbuknya ke muka mata-mata gelap itu.
Dia telah mengundur beberapa langkah ke belakang dan telah menembak dua das ke
dada bapaku dengan pistol automatiknya. Baju kot (over coat) dan baju kemeja di badan bapaku telah berlubang-lubang
pada bahagian dadanya kerana ditembuskan oleh peluru-peluru pistol itu, tetapi
kulit dada bapaku tidak luka sedikit pun.
Pada satu malam, bapaku bersama enam orang rakannya yang mengamalkan ilmu
parang panjang telah berjaya membunuh – dengan memancung leher -, dua belas
orang lelaki Cina ahli Parti Komunis Malaya (PKM) atau orang-orang Kuomintang
yang sedang berkhemah di satu tempat, di tepi Sungai Perak.
Bapaku telah diberitahu oleh seorang penduduk di tepi Sungai Perak, bahawa
ahli-ahli Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah menyamun tiga kekuarga di sana.
Mereka telah merampas wang dan barang-barang kemas. Khabar yang tidak jelas,
kononnya pengganas-pengganas itu telah merogol dua orang perempuan muda dari
keluarga-keluarga yang telah menjadi mangsa samun mereka.
Bapaku dan rakan-rakannya telah menyerang pengganas-pengganas itu. Kemudian
mereka telah mencampakkan semua mayat tersebut bersama senjata-senjata mereka ke
dalam Sungai Perak.[3]
MEMPERKECILKAN
BAHASA MELAYU
Di kalangan
orang-orang Melayu sendiri sebenarnya kecurigaan terhadap kaum Cina sudah wujud
sejak bermulanya gerakan komunis dan PKM. Penolakan orang-orang Melayu terhadap
PKM banyak bertolak daripada ideologinya sendiri yang bersifat atheisme atau
anti –Tuhan. Oleh kerana PKM itu sendiri sehingga tahun 1941 di anggotai oleh
kaum Cina, maka dengan sendirinya dianggap yang kaum Cina itu sinonim dengan
Komunis. Dengan itu bilamana tertubuhnya MPAJA,
dengan sendirinya sikap anti – Komunis itu menjadi sikap anti –Cina.
Kemuncak dari konflik perkauman ini berlaku sebaik sahaja
tamat peperangan dan penyerahan tentera Jepun pada tahun 1945. Sejak dari masa
penyerahan ini sehingga kedatangan British
Military Administration (BMA),
iaitu tempoh kekosongan kuasa selama dua tiga minggu, berlakulah apa yang
disebut sebagai ’reign of terror’,
iaitu pemerintahan kejam oleh gerila MPAJA
atau Bintang Tiga. Pada masa inilah berkuasanya pistol dan pisau yang menjadi
mangsanya, ialah orang-orang Melayu.’[4]
Pada waktu aku menulis buku ini, aku masih berpegang kuat pada keyakinanku,
bahawa tidak dapat dielakkan akan berlaku perkelahian antara kaum pada masa
akan datang sekiranya antara penduduk-penduduk yang berbagai kaum di negara ini
masih ada sikap merebut atau memonopoli habuan dalam ekonomi, tipu daya ke atas
orang-orang Melayu, memandang rendah kepada anak watan, menghina atau
mempersendakan agama Islam, menuntut hak penggunaan bahasa mereka dan menolak
atau memperkecilkan bahasa Melayu.
Kita tidak menolak akan jatuh dan bangun sesuatu bangsa di dunia yang
mungkin berlaku pada hari- hari mendatang atau beberapa tahun di muka. Mungkin
orang-orang pendatang di negara ini berjaya memperkotak-katikkan bangsa Melayu
kerana mereka serba mampu, tetapi tindakan itu mengundang kebangkitan dari
generasi baru bangsa Melayu yang bepegang kepada agama Islam terutama ’akidah
dan jihad’ yang akan memusnahkan
kemungkaran mereka itu dan membangun semula bangsa Melayu dan agama Islam.
Jika di kalangan orang-orang keturunan pendatang di negara ini ada nafsu
untuk melakukan sepereti di atas, maka berertilah mereka itu seperti
orang-orang mengali kubur untuk diri mereka sendri sahaja.
Pada masa silam, penjajah-penjajah British, Amerika, Jerman, Belanda dan
bangsa-bangsa lain telah menjajah dan menindas bangsa-bangsa di sekluruh dunia,
tetapi sekarang bangsa-bangsa yang tertindas itu telah bangun sebagai
manusia-manusia yang bebas dalam negara mereka yang merdeka.
Semua kaum di negara ini akan dapat hidup aman damai, sekiranya orang-orang
Islam berpegang kepada doktrin dari Allah dalam al Quran, iaitu, ’...hubungan
dengan Allah dan hubungan dengan manusia.’[5]
Kaum-kaum lain pula tidak bermain dengan sentimen perkauman, bahasa,
politik dan agama dan bernafsu untuk merampas hak atau menjajah atau tidak
bersikap ’telunjuk lurus kelingking berkait.*
* Dari manuskrip
buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh (belum terbit), oleh: Mokhtar
Petah)
[1]
Wartawan, Allahyarham Ahmad bin Arif telah menulis dan menerbitkan
sebuah novel
mengenai tragedi di Kampung Bekor yang
berjudul ’ Air Mata Mengalir Di Kampung Bekor’ pada
tahun 1950-an.
Strategi Imformation Research
Development, hlm:115.
[3] Cerita dari bapaku kepadaku setelah
beberapa hari berlaku kejadian itu.
[4] Abdullh
bin Haji Abdul Rahman, 1994, Gerakan Anti
Penjajahan 1511 – 1950, Kuala Lumpur,
Penerbitan Tinta Sdn Bhd., hlm. 111.
[5] Quran – Ali Imran:112
No response to “ ”
Post a Comment