TERKENANG


                 PERKEMBANGAN ISLAM DI LONDON

Selama berada di Bandaraya London, aku telah berpeluang menyelidik dan mengkaji kemajuan umat Islam di sana. Mereka itu terdiri dari orang British, Arab, India, Pakistan, Iran, Turki bangsa-bangsa lain lagi. Mereka itu kuat beribadat, suka melakukan amal ma’aruf dan amal jariah. 
Dalam Bandaraya London sahaja terdapat kira-kira 109 buah masjid dan Pusat Islam –Mosques & Islamic Centres yang terletak di bawah kelolaan Majlis Umat Islam Britain – The Muslim Cauncil Of Britain.
Di antara masjid-masjid dan Pusat Islam itu, ialah: Ahlul Bait Centre, Al Falah Islamic Centre, Al Hilal Masjid Tulsehill, Azhar Masjid, Darul Ulum Qadaria Jalani, Darul Amam Trust, Darul Ummah Mosque, Hussaineyyat al Rasul al ‘Adzam dan Masjid Abu Bakjar & Islamic Education Trust.
Oleh kerana Bandaraya London telah menguatkan undang-undang bentuk bangunan, maka semua masjid tidak boleh dibina dengan reka bentuk sebuah masjid secara terserlah kepada umum. Setiap masjid mestilah mengikut reka bentuk yang diluluskan pihak Bandaraya London, supaya tidak hilang wajah warisan Kristian.
Majlis Umat Islam Britain itu telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan memikul tanggungjawab menjaga dan menyelia masyarakat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan di seluruh Britain.
Sesiapa yang menjenguk ke Bandaraya London dan berminat untuk mengetahui pergerakan majlis tersebut, bolehlah berhubung dengan The Muslim Cauncil Of Britain Wembley, Middlesex HA9 0XW dan telefon: 020 8903 9026 atau Email: admin@mcb.org.uk.
Di Bandaraya Lodnon terdapat banyak universiti dan kolej Islam yang dikendalikan oleh beberapa lembaga  yang anggota-angotanaya terdiri dari orang-orang Islam Britain, Arab, Pakistan, India, Iran, Afghanistan dan bangsa-bangsa lain.
Di antara kolej dan universiti Islam itu, ialah Centaral For Islamic Studies Universiti Of Wales, The Islamic Academy dan The Muslim College.
Aku telah mendapati di Kota London sahaja ramai orang Islam yang terdiri dari orang Arab, India, Pakistan, Indonesia dan Melayu menjalankan berbagai-bagai perniagaan, di antaranya perunding perniagaan, ejen pelancongan, perhotelan, pemborong, pereka pakaian lelaki termasuk baju dari kulit, kedai air wangi, buku dan surat khabar, dan kedai makanan dan barang-barang keperluan rumah tangga dan sebagainya.
Kebanyakan orang Islam di sana menjalankan perniagaan dengan mnenggunakan modal mereka sendiri dan meminjam dari institusi kewangan.Hampir semua orang pula yang telah mendapat bantuan daripada berbagai institusi kewangan uamt Islam di sana, di antaranya dari Fadh Faundation atau Yayasan Fadh, iaitu milik Raja Fadh, Arab Saudi.
Sebuah surat khabar Islam telah diterbitkan di Bandaraya London, iaitu Muslim News. Surat khabar tersebut telah menjadi lidah perantaraan umat Islam di Britian dan antara umat Islam kerajaan British dan rakyat British yang beragama Kristian.
Perkembangan agama Islam di England amnya dan di Bandaraya London khasnya, adalah amat meyakinkan aku yang agama akan berkembang pesat di Negara Kristian itu. Sama ada dari kedatangan umat Islam beribadat di masjid-masjid, kegiatan dalam pergerakan kebajikan dan dari beberapa orang Islam yang aku telah temui dalam Masjid Regent’s, bahawa agama Islam telah bersinar ke dalam Istana Maharani British semenjak tindakan Bush dan Blaiar memerangi umat Islam di Afghanistan dan Iraq.
Aku percaya akan cerita-cerita dari sumber istana Buckingham, bahawa beberapa orang dari keluarga diraja British telah cenderung kepada agama Islam dan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan umat Islam di Bandaraya London.
 Seorang ulama (tidak mahu didedahkan namanya) yang aku telah temui dalam Masjid Regent’s berkata, “Kebanyakan dari orang-orang Britain yang berpelajaran tinggi mempunyai kecenderungan memepelajari Islam dan berminat untuk memeluk agama Islam”.
 “Mereka yang telah mempelajari Islam telah menolak pandangan pemimpin British dan Amerika yang mengatakan umat Islam pengganas,”katanya.                      
“Menerima penjelasan kami, bahawa dalam kejdian-kejadiam ledakan bom, orang Islam tidak membunuh diri, tetapi mereka mati syahid kerana jihad menentang musuh-musuh Islam yang telah menzalimi orang-orang Islam,” katanya lagi.
 “Saya yakin, selagi pemimpin-pemimpin Kristian, Yahudi dan agama lain terus menuduh umat Islam pengganas. Mereka melakukan penginiayaan dan kezalaiman ke ata umat Islam. Maka sampai hujung hayat dunia ini umat Islam akan bangun menentang mereka. Menentang kezaliman dan kemungkaran manusia adalah jihad,” tambahnya.
       Aku dan isteriku telah berpeluang sembahyang fardhu Asar dalam sebuah masjid yang dulunya sebuah gereja Kristian, di Brick Lane Algate East, dalam Bandaraya London.
Seorang petugas di masjid itu, Muhammad Yusuf, keturunan Pakistan dan beristerikan wanita Francis yang telah memeluk agama Islam, telah memberitahu kepadaku, bahawa masjid itu, dulunya sebuah gereja umat Kristian, kemudian telah dibeli oleh pihak badan rumah ibadah umat Yahudi.
“Kami, umat Islam dari berbagai keturuan telah membeli bangunan ini dari badan rumah ibadat umat Yahudi,”katanya lagi.
 “Masjid ini menjadi pusat umat Islam di sini. Kami sama-sama menjaganya dengan baik dan masjid ini menjadi simbul perpaduan kami di sini,”tambahnya.
“Saya yakin, dalam tempoh sepuluh tahun lagi, Bandaraya London ini akan menjadi kota umat Islam, kerana pengaruh agama Islam di sini telah berkembang luas, lebih-lebih lagi semenjak Bush dan Blair bertindak memerangi umat Islam Afghanistan dan Iraq,” kata seorang peniaga Arab, Sheikh Ahmad Salabi dari Palestin.
“Ada juga di kalangan orang Kristian di sini menganggapkami kami pengganas, tetapi setelah kami memberi penerangan kepada mereka, mereka faham dan mereka menjadi sahabat kami,”tambahnya.
Di surau Lapangan Terbang Antarabangsa Heithrew, aku telah mendapati dua golongan beragama sembahyang di situ, iaitu di satu bahagian orang-orang Islam dan di bahagian yang lain orang-orang Kristian. Mereka dipisahkan oleh satu rentangan tali sahaja.
 “Kami baru mengadakan system beribadat orang Islam dan Kristian dalam satu surau kerana kami mahu menyatu-padukan umat manusia yang berbagai agama menjadi satu keluarga yang damai,” kata seorang pegawai di lapangan terbang itu.
Selama dua minggu aku berada Bandaraya London, aku bersyukur kepada Allah, kerana di sebalik kejadian aku dipedayakan oleh seorang ulama dan professor, aku isteriku telah mendapat banyak hikmat dari Yang Maha Kuasa itu. Kami telah mendapat banyak pengetahuan dan  pengalaman. *

*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan aruh (belum terbit, Oleh: Mokhtar Petah.

No response to “ ”

Post a Comment