Berita dalam 'Sinar Harian', pada hari ini.


PM MELAYU DAN ISLAM

Perdana Menteri tetap akan dilantik di kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
   
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemimpin yang bakal dilantik mestilah individu daripada kalangan yang mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
   
----------------------------------

Walaupun negara kita dan rakyat negara ini terpaksa patuh kepada Perlembagaan yang tleah dibentuk dan dikyuat kuasakan sebelum negara kita merdeka dan selepas merdeka, tetapi, bagi orang - orang keturunqan pndatang - Cina dan India - , yang berhasar memerintah negara ini, hendaklah menjagi 'budi bahasa', dengan tidak mengenapi adat istiadat dan budaya Melayu serta agama Islam telah menajdi agama bagi orang Melayu.
Jika ada yang berhajat mahukan Perdana Menteri bukan Melayu, maka, hajat itu eloklah dioendam atua dihapuskan, kerana, kalau dilaung - laungkan dan digambar gamburkan, saya, khuatir, laungan dan gambar gambur itu akan menjadi racun kepada perpaduan rakyat dan akan membakar semangat orang Melayu, yang mungkin akan berlaku perkara yang tidak baik.
Kalau mau berkuasa, jangan melampai. Kalau mahu bersahabat, jangan memperdaya. Kalau mahu kerjasama, jangan menghina.

No response to “ ”

Post a Comment