TERKENANG
RACUN RUMPAI DAN IKAN SAWH
Mungkin orang-orang yang berasal dari kampung-kampung di luar bandar, terutama petani-petani masih ingat, iaitu sebelum Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Pertanian Malaysia pada tahun 1970 - 1974, dalam sawah padi di seluruh Malaysia terdapat banyak ikan keli, haruan, puyu, sepat dan berbagai jenis ikan dan hidupan lain. Petani-petani tidak susah-susah membeli ikan di pasar kerana terdapat banyak ikan dalam sawah mereka. Tetapi apabila Ghazali Jawi menduduki kerusi Menteri Pertanian, semua sawah di seluruh negara kira telah pupus ikan. Semua jenis ikan sawah seperti keli dan sepat dan terpaksa diimport dari Siam.
Pada satu hari Ghazali Jawi telah melawat kawasan Padang Rengas, aku telah menginterviewnya mengenai isu kepupusan ikan-ikan dalam sawah kerana beliau telah membenarkan racun rumpai dari Jepun digunakan oleh petani-petani di Malaysia. Sebaik-baik sahaja dia mendengar pertanyaan dan keteranganku, dia lantas naik berang dan telah memarahi aku.
Aku melihat Penasihat khasnya, Wahi Anwar (bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM). Setelah dia menyerah diri kepada kerajaan dan kerana pengetahuannya, dia berkhidmat dalam Akementerian Pertanian) gelisah dan warna wajahnya berbaur merah dengan putih.
”...Encik Mokhtar, mike wartawan, ...jangan nak campur urusan saya, ....saya Menteri Kerjaan Pusat, ...soal racun bukan tanggung jawab wartawan macam mike...,”kata Ghazali Jawi kepada saya.
”...saya wartawan, Tan Sri, ...saya bertangungjawab kepada orang ramai..., pertanyaan saya ini adalah isu penting bagi kaum tani..., ada sangkut paut dengan ekonomi negara,” aku berkata kepadanya.
”Aaah, saya tak nak jawab,...no comment...,”katanya dengan wajah merah padam.
Beberapa bulan yang lalu, aku telah membaca satu surat berita dari Tokyo mengenai sebuah syarikat membuat racun rumpai di negara Jepun telah menghantar wakilnya ke Malaysia untuk menemui Menteri Pertanian, Ghazali Jawi, untuk memohon jasa baiknya bagi mengimportkan racun rumpai keluaran syarikat mereka ke negara ini.
Berita itu menjelaskan, Parlimen Jepun telah mengharamkan petani-petani menggunakan racun rumpai, kerana semua orang Jepun telah menjadi ’penting’ memakan ikan air tawar. Disegi ekonomi pula, kalau racun itu digunakan, negara tersebut akan mengalami kerugian beribu- ribu yen sehari kerana ketiadaan ikan dalam sawah.
Mereka mengambil kira, misalnya seorang petani Jepun telah menangkap ikan dalam sawah mereka pada tiap hari bernilai RM3, kalau 10,000 petani, maka jumlah wang mereka yang selamat sebanyak RM30,000 sehari. Kalau ikan dalam sawah mereka telah pupus, maka mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membeli ikan pada tiap-tiap hari.
Wahi Anwar telah memberi isyarat kepadaku dengan matanya. Aku telah mengalihkan pertanayaan kepada isu lain yang tidak menarik.
Kemararahan Ghazali Jawi tidak lama. Marah orang panas baran; sebelum aku meninggalkan majlis itu, dia telah meminta maaf kepadaku.
Kerajaan Perak pimpinan Haji Kamaruddin Mat Isa telah menghantarku sebagai wakil negeri itu ke Perayaan Hari Sastera di Kuala Terangganu. Beberapa orang dari persatuan-persatuan penulis di negeri Perak telah menyertai aku ke sana. Seorang mereka itu, ialah wakil dari Persatuan Penulis dan Peminat sastera Kinta (PESAKA), Cek Adibah Affendi (kini berkhidmat di RTM Kuala Lumpur).
Kali yang kedua Kerajaan Negeri Perak telah menghantarku ke Perayaan Hari Puisi, di Johor Bharu. Mereka yang ikut serta, ialah anggota Exco Kerajaan Negeri, Allahyarham Ustaz Masu’ud Untoi, Ismail Long (RTM Ipoh) dan Allahyarham Nasaruddin Abu Bakar (Utusan Melayu Biro Ipoh). *
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.
No response to “ ”
Post a Comment