FALSAFAH AL QURAN


                       TAATKAN SESUATU PUAK

Katakan (Muhammad s.a.w.): Hai para ahli kitab (umat Yahudi dan Kristian) mengapa kalian menghalangi orang - orang yang beriman (orang Islam yang beriman kepada Allah dan para rasul serta hari akhirat) daripada mengikut sabilullah - jalan Allah, iaitu agama Islam dan mengamal dan patguhkan kepada semua hukum Allah dalam Quran, amal ibadat kepada Allah dan buat baik kepada umat manusia), kalian hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok (terpesong), pada hal kailan menyaksikan (kebenarannya)? Dan (sedarlah) Allah tidak sekali - kali lalai akan apa yang kalian lakukan.
Hai orang - orang yang beriman, jika kalian taatkan sesuatu puak (golongan, organisasi atau parti) dari orang - orang (Yahudi, Kristian) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kalian menjadi orang - orang kafir setelah kalian beriman.
- Ali Imran: 99, 100.

Setiap orang Melayu yang telah lahir selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, di samping membaca dan mempelajari sejarah dunia,sangatg baik jika membaca dan mepelajari sejarah negara kita pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan, iaigtu semenjak 1930 - an hingga mencapai kemerdekaan.
Sebelum Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu - PEKEMBAR atau United Malay National Organization - UMNO - , lahir, orang Melayu telah berjuang menentang penjajah Inggeris dan menuntut kemerdekaan. Kemerdekaan negara Melayu, ialah: Satu negara, Negara Melayu, Satu bangsa, Bangsa Melayu, Satu bahasa, Bahasa Melayu dan agama Islam agama rasmi Negara (iaitu perlembagaan dan undang - undang negara berdasarkan Quran, Sunnah dan ijmaak ulama serta Qias dalam Islam).
Semenjak tahun 1930 - an, penjajah Inggeris telah melihat mereka ditentang oleh orang Melayu dan umat Islam (yang tegar iman), maka, penjajah Inggeris memungut para penuntut Melayu yang cedas otak untuk dihantar belajar di England dan kawasan di bawah jajahannya.
Para penuntut di semua institusi pengajian tinggi di sana, tidak belajar ilmu pengetahuan Islam. Mereka diisi atau diasak dengan ilmu pengetahuan (ada ilmu pengetahuan Islam tetapi telah ditukar atau dikafirkan dan menjadi ilmu pengetahuan Kristian dan Yahudi, terutama dalam ilmu sains).
Setelah para penuntut Melayu itu tamat dan memiliki ijazah, maka mereka dibawa kembali ke Tanah Melayu. Mereka menjadi seperti orang Inggeris atau Yahudi, iaitu ada yang beristerikan orang Inggeris, pegangan terhadap agama Islam menjadi ringan, lebih percaya kepada pengetahuan dan agama Kristian dan Yahudi, sebilangan dari mereka menjadikan arah - minuman - keras - sebagai minuman biasa. Di kediaman masing - masing ada meja besar dan tinggi - BAR - , untuk tempat botol - botol dan gelas - gelas arak.
Mereka itu, selain dari menyebarkan ajaran yang orang Islam tidak susah, kerana Imam Mahadi akan datang menolong mereka.Penyebaran ini telah berlaku di sekolah - sekolah tajaan Inggeris dan Raja - raja Melayu, seperti Malay College , sekolah conven atau sekolah gereja dan lain.
Apabila orang Melayu meneruskan perjuangan (menyambung perjuangan datuk nenek dan ibu abapa mereka) menuntut kemerdekaan, maka, penjajah Inggeris mempengaruh orang - orang Melayu yang berpelajaran tinggi dari Indtitut pengajian tinggi negara mereka, untuk berjuang menuntut kemerdekaan.
Mereka yang berpelajaran tinggi lepasan dari negara penjajah Inggeris yang rapat dengan Raja - raja Melayu telah dinasihat Inggeris agar turut berjuang menuntut kemerdekaan dengan menyimbulkan diri sebagai golongan kanan (golongan benar) dan menentang orang - orang Melayu golongan kiri, iaitu yang berjuang  untuk mewujudkan: Satu negara, Negara Melayu, Satu bangsa, Bangsa Melayu, Satu bahasa, Bahasa Melayu dan agama Islam agama rasmi Negara.
Orang - orang golonga kanan menyimbolkan atau memberi gelaran kepada orang - orang Melayu yang berjuang menentang Inggeris sebagai golongan kiri (golongan tidak benar atau ekstrim).
UMNO ditubuhkan pada 1946, dan pucuk pimpinan dan para ahli jawatankuasa tingginya, terdiri dari orang golongan kanan dan berpelajaran tinggi dari institusi pengajian tinggi di England.
Pada tahun 1948, Inggeris mengisitharkan undang - undang darurat.Hampair semua pejuang - pejuanga golongan kiri ditangkap dan ditahan dalam khemah - khemaha tahanan Pulau Jejak, Tanjung Bruas, Kampung See Me, Ipoh dan lain.
Pada tahun 1951, sebilang orang alim (ulama) dalam UMNO telah membawa diri keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Islam Se Malaya (PAS) dalam satu kongres ulama, di Kelab Melayu Butterworth.
Mereka menubuhkan parti Islam tersebut dengan tujuan mentaati firman Allah dalam Quran dan di antara firman - firman tersebut, ialah seperti Al Baqarah:99,100 di atas.
Inggeris berjaya, apabila pakatan semua rakyat Tanah Melayu (Melayu, Cina dan India) menuntut kemerdekaan dijalankan di bawah nasihat dan muslihat Inggeris, maka, mereka telah menerima segala yang dilarang Allah seperti Al Baqarah: 99,100.
Negara kita sekarang adalah negara ‘nasionalis dan kapitalis’ yang lebih banyak  undang - undang (kecuali undang syari’ah mengenai peribadatan, mal dan rumah tangga) mengiku Yahudi dan Kristian. Seluruh undang - undang Hudud, diketepikan dan ada yang mengikut orang kafir musyrikin (sembah berhala); percaya hudud tidak boleh dan tidak baik dijalan di negara ini.  - Mokhtar Petah

No response to “ ”

Post a Comment