UMNO KEPALA BATAS




AMANA DAN NEGARA ISLAM

Oleh: Mokhtar Petah

Puteri Umno memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.
“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.
“Bagaimanapun, teori dan pelaksanaannya perlu diperhalusi. Kita tidak mahu pelaksanaannya tidak sempurna kerana ini soal hukum ALLAH SWT,” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Saya telah meneliti berita di atas ini, lantas saya teringat akan Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim , memberitahu saya, di Kepala Batas, pada 1954 dan harapan Allahyarham agar UMNO menegakkan syiar Islam, melaksanakan hukum - hukum Islam, seterusnya menegakkan Negara Islam di bumi Melayu ini.
Pada satu malam, pada tahun tersebut, saya belajar ilmu agama kepada Allahyarham, dengan cara seorang penuntut dan seorang uru, dalam masjid Kepala Batas yang kini bernama ‘Masjid Al Badawi’.
Sheikh Abdullaf Fahim adalah bapa kepada bekat Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kepala Batas, Allahyarham Datuk Haji Ahmad Badawi dan datuk kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Sebagai seorang alim dalam kumpulan ulama ‘zuhud dan politik’, Sheikh Abdullah Fahim adalah bekas Pengerusi Jawatan Kuasa Khas Agama Islam dalam UMNO Malaya. Setelah Allahyarham mengundurkan diri, jawatan itu telah disandang oleh Allahyarham Haji Ahmad Fuad bin Hassan.
Kemudian, pada 1951, Haji Ahmad Fuad bersama anggota - anggota jawatankuasaa tersebut, di antara mereka, Allahyarham Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki) telah menubuhkan Parti Islam Se Malaya, iaitu PAS.
Sheikh Abdullah Fahim telah menenentukan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, iaitu setelah diminta oleh Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman agar Allahyarham menentukan tarikh kemerdekaan itu dengan menggunakan ilmu falak.
Di antara beberapa nasihat dan harapan Sheikh Abdullah Fahim kepada Tunku Abdul Rahman, supaya UMNO melaksanakan dalam negara Perwsekutuan Tanah Melayu yang merdeka, iailah:
* UMNO melaksnakan perjuangannya dengan menegakkan Negara
Islam, kerana dengan Negarfa Islam sahajaloah bangsa Melayu akan
menjadi bangsa yanhg selama hingga ke akhir zaman.
* UMNO laksanakan perjuangan menegakkan Negara Islam, iaitu,
Perlembagaan dan undang - undang negara dan negeri - negeri
berdasar Quran dan Sunnah dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
* Laksana dan amalkan hokum - hokum hudud, kerana penereangan
dan ilmu mengenai telah ada.
* Didik semua pemimpin dan ahli UMNO supaya menjauhkan diri mereka dari amalan yang diloarang Allah atau haram dalam Islam, di antaranya:
a. Riba,
b. Judi termasuk lotri,
c. Rasuah,
d. Tidak amanah.
Apabila cucu Sheikh Abdullah Afahim, Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, beliau telah gagal melaksanakan nasihat dan harapan datuknya. Hal ini bukahlah kehdak beliau, tetapi kerana ‘kuasa’ UMNO dan Barisan Nasional , yang saya lihat sentiasa menekan beliiau.
Usaha Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin untuk membawa perkara itu kepada UMNO bahagian, saya sanjung tinggi dan saya akui langkah itu satu perjuangan yang baik dan mewarisi perjuangan Sheikh Abdullah Fahim.
Maka, saya berharap semua para perwakilan UMNO dalam bahagian Kepala Batas dapat berfikir secara orang Islam yang kuat iman dan menerima cadangan itu.

No response to “ ”

Post a Comment