KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


 NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

"Hai anak kesayangan ayah, sesungguhnya, jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat biji sawi, serta tersembunyu dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, tetap akan dibawah Allah (untuk dihakimi dan dibalasnya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus (kasihaniNya), lagin meliputi segala yang tersembunyi."

"Hai anak kesayangan ayah, dirikanlah sembahyang (sembahyang fardu, dan kalau dapat sembahyang sunat), suruhlah berbuak kebaikan serta larang dri melakukan perbuatan mungkar, dan besabarlah atas segala bala bencana yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara - perkara yang dikehendaki (unujk) diambil berat melakukannya.
- Luqman:16,17.


                 TIDAK YATIM DAN TIDAK DIAM

Rasul Allah, Muhammas s.a.w. memaklumkan:

Seseorang tidak dianggap anak yatim, setelah dia baligh dan tidak ada diam (bagi manusia) sehari sampai malam.*
 - Perawi: Abu Ramli Daud

* Setiap individu Islam sejati, tidak ada masa dia unhtuk diam
   sahaja dari pagi hingga ke malam. Individu itu ada masa:
   Sembahyang dan beribadat (termasuk bezikir, bekerja, melayan
   isteri atau suami, anak - anak, berfikir, bermuhasabah diri dan
   lain.
   Pada zaman Islam, tidak ada Raja dalam yang memerintah dan
   berkuasa tinggi, kerana pada umumnya Raja suka ' berdiam diri.
   Semua kerja orang lain yang buat".

No response to “ ”

Post a Comment