KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS
PUASA
Hai orang - orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang - orang yang dahulu daripada kalian, agar kalian bertaqwa.
(Puasa diawajibkan, ialah) pada beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa yang di antara kalian yang sakit atau dalam musafir (perjalanan) - boleh berbuka, kemudian wajib dia berpuasa sebanyak (hari yang dia telah buka puasa), iaitu pada hari - hari yang lain, dan wajib atas orang - orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan orang - orang miskin (satu cupak, satu hari, sebanyak hari yang dia tidak berpuasa). Maka, sesiapa denfan sukarela memberi (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka, itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kalian (daripada memberi fidyah), kalau kalian mengetahui.
Bulan Ramadhan yang padanya dirunkna al Quran, menjdi petunjuk bagi semua manusia, dan menjadi keterangan - keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, seiapa di atarea kalian yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka, dia hendaklah berpuasa pada bulan itu, dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan (musafir) (bolehlah dia berbuka, kemudia wajib dia berpuasa pada hari- hari lain sebanyak hari yang ditinggalkan itu). Allah tidak menghendaki kalian mnanggung kesukaran. Dan juga agar kalian cukupkan bilangan puasa (sepanjang bulan Ramadhan), dan supaya kalian membesarkan Allah kerana menapat petunjukNya, dan agar kalian bersyukur.
- al Baqarah: 183 - 185
JIHAD PADA JALAN ALLAH
"Perumpamaan orang - orang yang berjuang fi sabilillah - pada jalan Allah - , ialah seperti orang mukmin yang sentiasa berpuasa pada siang hari dan beribadat - sembayanng, zikir dan doa - , pada malamnya, dia tidak menginggalkan sembahyangb dan puasa walau sekalipun, sampai dia pulang dari medan perjuangan,"Rasul Allah Muhammad s.a.w.*
- Abu Hurairah. (Dari Muatta al Imam Malik).
* Jihat pada jalan Allah: Perang mempertahankan Islam dan umat
Islam. Berjuang dalam organisasi yang berjuang kerana Islam.
Berjuang PAS juga sama, kerana PAS berjuang pada jalan Allah;
menegak dan mengamalkan hukum - hukum dan menegakkan
Negara Islam - negara diredai Allah.
No response to “ ”
Post a Comment