KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS
MANUSIA DAN KUASA ALLAH
Maka, kebanyakan manusia, apabila diuji oloeh Allah, dengan dimuliakan dan dimewah - makmurkan hidupnya, maka dia berkata dengan sombong - takbur "Tuhan aku telah memuliakan aku."
Dan apa bila dia diuji Tuhannya, dengan kesempitan rezekinya, maka dia mnerepek dengan berkata "Tuhan aku telah menghina aku."
Jangan demikian , bahkan kamu yang hidup mewah tidak menghormati anak - anak yatim.
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan kepada orang miskin.
Dan kamu sentiasa memakan harta pesaka secara loba.
Serta kamu pula sayangkan harta kamu secara tamak.
Jangan sekali - kali bersikap demikian, apabila bumi diratakan serata - ratanya.
Dan perintah Tuhan pun datang, sedang para malaikat berbaris - baris.
Serta diperlihatkan neraka jahannam, pada hari itu ...
-al Fajar: 15 - 23.
TIDAK HALAL MEMINTA
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan hukumm:
Tidak halal meminta, melainkan bagi tiga jenis (manusia), iaitu: 1 - Orang yanhg sangat fakir, 2 - Orang yang sangat diberkan oleh hutangnya, 3 - Orang yang dengan berat menanggung dia (denda kerana dia mencederakan orang).*
- Perawi: Imam Ahmad dan Abu Daud.* Diat, adalah termasuk dalam hukum hudud.
Penjekasan. Semua negara yang diperintah oleh orqang kafir
dan negara yang dioerintah oleh orang Islam, tetapi
perlembagaan dan undang - undang mengikut orang kafir,
seperti kapitalis, Nasionalis dan lain, tidak membenarkan hukum
hudud digunakan dan diamalkan, kerana hukum itu tidak
menguntungan negara, tetapi memberi faedah kepada orang -
orang yang menjadi mangsa atau waris mereka.
Yang paling buruk, memanng pemerintah atau kerajaan tidak
mahu menerima dan menjalankan hukum Allah mengenai
hudud, keran amereka kurang iman dan beagama separuh
Islam.
No response to “ ”
Post a Comment