BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.



KELANTAN DAN HASIL PETRONAS

Kerajaan Kelantan mahu Jawatankuasa khas royalti yang ditubuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disertai individu yang menggubal Akta Kemajuan Petroleum Negara, termasuk bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa  berkata, langkah itu perlu supaya keputusan jawatankuasa tersebut akan selaras dengan undang-undang yang telah diperkenalkan sebelum ini.

--------------------------

Saya berpendapat, jawatankuasa tak penting. Yang penting , ialah PM Najib menilai dirinya, adakah dia jujur kepada semua rakyat dan semua negeri, kalau dia mengakui dia jujur, maka, berilah yang diminta oleh Kelantan itu seperti Kerajaan Persekutuan tekah beri kepoada Terengganu.
Saya melihat sejak zaman Dr Mahathir Mohamad mengetuai kerajaan, sikap ' macam Yahudi memusuihi orang - orang Arab Pslestin ada padanya dan kerajaan, iaitu kalau beri hasil Petronas, kerajaan PAS bertambah kuat dan BN tidak dapat memerintah Kelantai sampi bila - bila.

Kalau Najib benar - benar mengikut moral dan perjuangan bapanya, Tun Abdul Razak dan tidak mengikut telunjuk Dr Mahathir Mohamad, berilah apa yang Kelantan minta.
Masih ada kuasa, ikutlah perintah Allah, supaya berbuat amal makruf.

No response to “ ”

Post a Comment