KISAH DARI NOVEL

KASIH IBUKU
MAKAN BELALANG KUNING

 “…Lamin, mu mengaji sungguh-sungguh, fasal duit tak usah mu risau, duit getah, duit nyiur, pinang kering, asam gelugur kering, sirih, kapur ada…, tak cukup emak jual kambing,” kata biuku kepada pada masa aku  belajar dalam tingkatan thani rabi’’(  Sama dengan tingkatan lima.)[1], di sekolah agama di Seberang Perai.
“…makan minum emak, ayahku tak apa, padi sawah kita menjadi, ikan keli, ruan, puyu dalam telaga sawah banyak, ayahku cari ikan di air benak (tasik Chenderoh),”kata ibu lagi.
“Emak nak mu jadi orang alim, orang pandai, orang bijak,… macam Jamaluddin Afghani, Sheikh Muhammad Abduh,  macam Hamka…, macam Dr. Burhanuddin Helmi[2] (Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945.)                    ,…macam ustaz Abu Bakar AL Baqir,” (Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg Semanggul pada tahun 1945,iaitu beberapa bulan sebelum ditubuhkan PKMM).
[3]” tambah ibuku.
Aku diterpa oleh rasa kagum. Kagum kerana ibuku yang buta huruf Rumi tetapi boleh mengetahui nama-nama para cendekiawan terbilang.
Menurut ibuku, ayahku yang aktif dalam perjuangan orang Melayu peringkat kampungan, sering menerangkan kepadanya tentang orang-orang Islam yang bijak pandai. Hampir tiap-tiap malam pada waktu mereka hendak tidur, ayahku membaca buku-buku mengenai para cendekiawan Islam itu dan diterangkan pula kepada ibuku.
“Ayahmu kata, orang laki bini…, kalau baca buku baik-baik pada ketika nak masuk tidur…, kalau dapat anak, …anak tu jadi orang bijak,” ibuku memberitahu kepadaku seperti dia mengetahui akan kehairananku terhadap dirinya.
Insya Allah, emak, …memang Lamin nak jadi orang bijak,”aku menanamkan sepohon harapan kepada ibuku.
“Kata tuan Cek Wi, budak kecil kalau beri makan belalang kuning,boleh jadi orang bijak,” ibuku memberitahu kepadaku.
“Iake, emak?”aku bertanya.      
“Ia, tengoklah mu, adikmu bila dah besar panjang, …kami selalu beri muma[4]Kamu semua (dialet orang Pattani).makan belalang kuning,”jelas ibuku.
“Di mana emak, ayah dapat belalang tu, emak,” aku bertanya.
“Di mana lagi, di bendang kita tulah,…ayahmu tahan bubu dalam jerami padi, dalam bubu tu dia 
 sapu belacan,”jelas ibuku.
MENJADI MANUSIA SEJATI
Ibuku menternak seekor kampung betina warna hitam. Kuku kaki kiri kambing itu jadi bengkok dan capang kerana terpijak bara api. Kambing betina itu galak beranak. Anak-anak kambing itulah menjadi sumber rezeki bagi ibu dan ayahku. Wang hasil menjual anak-anak kambing itulah dapat aku gunakan untuk membeli buku-buku pelajaran pada tiap-tiap akhir tahun.
Ibuku seorang perempuan Melayu yang yakin pada dirinya. Kerana kesudahan sering menerpa dan melanada ibu dan ayahku, maka ibuku tidak takut kepada kesusahan yang mencengkam dirinya. Dia sering berkata kepadaku, iaitu kesusahan mengajar manusia menjadi manusia sejati. manusia berperikemanusiaan. Menjadikan manusia yang sentiasa hampir dengan Tuhan. Manusia bertimbang rasa kepada manusia lain.
Ingatanku terhimbau kepada suatu malam, iaitu pada ibuku berkata kepadaku, “…Lamin,Allah dekat dengan kita,… kerana Allah dekat dengan emak, tak takut susah, susah jadi ilmu pada emak,…emak tak ingat,ada dalam Quran,…firman Allah, …sesungguhnya bersama kesusahan itu, datang kesenangan[1] Al Insyirah (Lapang): )5
[5] .
Ibuku merenung wajahku. Dua bola matanya bersinar menandakan hatinya penuh keyakinan kepada Allah.
Kata ibuku, “…mudah baca sejarah, dua puluh lima rasul Allah, dari Adam sampai kepada Muhammad hidup susah,Allah cuba,Allah uji…,demo sabar,demo tawakal, iman demo kuat.”
“Demo tu susah sebab musuh,…sebab macam-macam,”kata ibuku lagi.
“…mu anak jantan, mu tak usah takut susah, mu kena sabar,kena tawakal, tak usah lupa Tuhan, orang lupa Tuhan sesat, jadi jahat, suka buat maksiat…,” tambah ibuku.
“Ia, emak, innya Allah, Lamin akan sabar, tabah, tawakal, emak,” aku menanamkan harapan pada hati ibuku.
Dia ibuku. Wanita solehah. Dia sedang duduk di hadapanku.  Pada wajahnya yang bujur sirih ada cahaya Puteri Balqis dari Saba (kini Yamma)[6] yang jatuh cinta kepada rasul Allah, Sulaiman alaihis salam, Zulaikha yang mabuk cinta kepada rasul Allah,Yusuf alaihis salam dan cahaya  Siti Khadijah, hartawanita Arab yang mencintai Nabi Muhammad sallal Lahu alaihi wa sallam. Mereka langsung berumah tanggan. Menjadi keluarga contoh kepada umat manusia. Dia ibuku yang dadanya berisi iman dan berhiaskan kesabaran.
“Emak nak cakap ni,Lamin,”kata ibuku sambil merenung kepadanya.
“Apa,emak?”aku bertanya.
“…bila mu dah tamat belajar, cepat kahwin, emak nak tengok cucu mak,…mak tak mahu kempunan nak tengok cucu emak hingga emak mati,” jawab ibuku dengan tegas.
“Baiklah,emak,…tapi,” aku berkata menyuburkan pohon harapan dalam hatinya.
“Apa,Lamin?” ibuku bertanya.
“…tapi, emak nak pilih sendiri bakal menantu emak tu, atau…?” aku bertanya pula.
“Tak, emak tak nak pilih,emak nak mu pilih sendiri, baik pada mu, eloklah pada emak,” jawab ibuku sambil senyum.
Ibuku diam sejenak. Dia senyum dan berkata, “…mu mesti baik, hormat, sayang pada isterimu,” ibuku meluahkan kata nasihatnya kepadaku.
Insya Allah, emak,”aku berkata mengandungi janji kepadanya.
“…mu ingat, kerana mu lelaki, orang jantan,…mu kena buat baik dengan orang perempuan, demo tu  sejenis dengan emak,” pesan ibuku.

Aku hampir ketawa. Aku tak faham perkataan ‘buat baik’ yang dimksudkan oleh ibuku. Tetapi aku tidak bertanya kepadanya akan maksud madahnya itu. Walau bagaimana pun, sebagai seorang anak, pesanan ibuku itu tetap aku memegangnya sekuat mungkin.
“Jangan buat tak baik dengan orang perempuan,…Tuhan marah, berdosa,”pesan ibuku lagi.
“Baik, emak,”sahutku.
“…tapi kalau mu nak nikah dua tiga, sampai empat pun mak tak larang,” kata ibuku sambil senyum.
Allahu Akbar,…macam menyuruh pula, emak,” aku berkata sambil menahan tawaku.
“…bukan emak suruh, tapi mu jangan menentang takdir,…mu kena ingat, kita hanya merancang, tapi Allah Maha Kuasa,”kata ibuku sambil senyum.
“Ia, emak, la haula wala quwwata illa billah…,” aku mengakurkan kata-kata ibuku.
Aku rasa malu mendengar kata-kata ibuku itu. Sebenarnya aku telah berazam; jika Allah meredakan, iaitu aku tidak akan memadukan isteriku.*

*  Dipindhkan dari novel’Kasih Ibuku’, oleh: Mokhtar Petah.


[1] Sama dengan tingkatan lima.
[2] Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945.
[3] Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg Semanggul pada tahun
  1945,iaitu beberapa bulan sebelum ditubuhkan PKMM.
[4] Kamu semua (dialet orang Pattani).
[5] Al Insyirah (Lapang): 5
[6]

No response to “ ”

Post a Comment