FALSAFAH AL QURAN DAN AL
HADIS
DUSTA TERHADAP ALLAH
Tidak kamu (Muhammad s.a.w.) perhatikan
mereka yang menganggap diri mereka bersih dirinya sendiri (orang yang menyangka
diri mereka sempurna, mulia dan disanjung orang ramai, tetapi dalaman mereka -
hati nurani, jiwa dan sebagainya kotor dan banyak dosa), tetapi Allah
membersihkan siapa (memberi petunjuuk, kesedaran, keinsafan, kejujuran dan
keimanan) yang disukaiNya, san mereka tidak dirugikan sedikitpun.*
Perhatikan, bagaimana mereka
membuat kedustaan terhadap Allah, dan cukuplah perbuatan itu sebagai dosa yang
besar.
- An Nisa:49, 50.
* Dua firman Allah seperti maksud di atas, amat
baik dipelajari dan diamalkan oleh semua orang Islam, sama ada dia pemimpin,
mahupun rakyat jelata. Kita sering berbangga yang diri kita bersih, baik, jujur
dan wsegala macam agar manusia menyukai kita, tetapi kekadang kita tidak sedar
yang diri kitalah paling buruk, paling buruk dan paling tidak berguna dipandang
Allah.
Kerana kita hidup
ditipu oleh kebendaan, kekayaan, kemewahan, kedudukan, kekuasaan, dan dtipu
oleh fikiran kita sendiri, maka, kita menjadi manusia ‘ najis’ dipandang Allah.
PIAGAM MADINAH
Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang, inuilah
Kitab (Piagam bertulis - Piagam Madinah) dari Muhammad, rasul Allah, (bagi) antara
orang - orang Islam dan orang - orang beriman, dan orfang - orang yang memlukj
Islam dari Quraisy dengan penduduk - penduduk Yathrib (Madinah) dan orange -
orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang
bersama - sama mereka.
(Fasal 1).
Bahawa, Piagam (Piagam Madinah) ini tidak boleh
dipakai bagi melindungi orang - orang zalim dan yang bersalah; an bahawa dari
saat ini sesiapoa yang berpergian dari Madinah (Yathrib) atau tinggal fi
dalamnya adalaah trjamin keselamatannya, kecuali orang - orang yang zalim atau yang bersalah. Dan bahawa
Allah merestuai setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa
Muhammad hendaklah diakui rasul (pesuruh Allah). *
(Fasal:47).
* Perjanjian
ini sama dengan hadis dan berada dalam sunnah.Perjanjian ini adalah untuk
menyatukan semua rakyat yang berbagai agama di bawah satu pemerintahan Islam
yang dipimpin oleh Nabi Muhammad.
Pada masa
menubuhkan PBB, pada 1947, Piagam Madinah ini telah diambil menjadi contoh bagi
perlembagaan badan dunia itu.
(Dipetik
dari Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu (1993), oleh: Mokhtar Petah.
No response to “ ”
Post a Comment