FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS


                           PEMURAH DAN PENYAYANG

Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang.*
 - Al Fatiha (pembukaan):1

*  Kita, individu Islam, setiap waktu kita menyebut, membaca dan menghayati firman Allah yang maksudnya di atas, tetapi kita, mungkin alfa atau tidak mahu mengikut dua kata di atas, iaitu pemurah dan penyayang.
Menjadi tabiaat atau budaya bagi manusia, iaitu:
1 - Pemurah, hanya kepada orang yang kita sayang. Kita memberi makan kepada orang yang kita sayanhg dengan makanan yang sedap - sedap dan duduk menghadapi meja yang terhias indah, tetapi kepada orang yang kita tidak sayang atau tetamu biasa, kita jamu ala kadar dan duduk atas permaidani, kekadang alas dengan kertas Cuma.
*  Penyayang, kita sayang seseorang, semua ragam perangainya baik atau elok, hingga wap kentutnya ’ wangi’, tetapi bila kita benci , ’bedak atau air wangi’ yang dipakainya dari jenama baik dan mahakl harganya, kita anggap bau air kencin tikus.
Demikian kita, manusia, dengan nafsu.
Kekadang, saya yang sering membaca firman Allah ini, rasa macam membohongi Allah atau ’cakap tidak serupa bikin’.


                             MUNAFIK

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memperingsatkan:
Tanda - tanda munafik (pada seseorang) ada tiga:
1 - Apabila berkata,dia dusta,
 2 - Apabila berjanji, dia mungkir,
3 - Apabila dipercayai,dia khianat.
-  Perawi: Abu Hurairah.







No response to “ ”

Post a Comment