TERKENANG
SULTAN PERAK, SULTAN
IDRIS SHAH
BRITIS NASIHAT
TUBUH UMNO?
Bermula dari
pertemuanku dengan Sultan Idris Shah di rumah Sheikh Abdullah Fahim, di Kepala
Batas, Seberang Perai pada tahun 1954, apabila Baginda menduduki takhta
Kerajaan Negeri Perak, maka aku sebagai rakyat marhein sentiasa berdampingan
dengan Baginda.
Elok aku mencatat
pengalamanku di sini, iaitu kira-kira dua tahun sebelum Sultan Yusuf Izzuddin
Shah mangkat, aku sering mengadap Baginda dan Raja Perempuan Ta’yah di Istana
Iskandariyah, Bukit Chandan. Kadang-kadang aku datang ke Istana Iskandariyah
bersama Raja Razman dan Raja Hanif Shah. Mereka adalah pensasihat kebudayaan
dan hal ehwal rakyat kepada Sultan Yusuf.
Sultan Yusuf seorang
Raja memerintah yang kuat berpegang pada semangat kebangsaan Melayu. Dalam
percakapan denganku, Baginda lebih cenderung kepada parti-parti politik yang
telah diharamkan oleh Kerajaan Inggeris, iaitu kesatuan Melayu Muda (KMM), Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM).
Mengenai UMNO, Sultan Yusuf telah menerangkan kepadaku sama dengan yang
telah diterangkan oleh Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda
Abdul Aziz bekas Setiausaha Agung UMNO Malaya.
(Telah dipecat dari UMNO dalam Sidang Jawatankuasa
Agung, di Melaka, pada 2 April
1953).
RASA TERGUGAT
Menurut Sultan Yusuf, apabila parti Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) telah
ditubuhkan, Kerajaan British rasa tergugat dan sentiasa mencurigai parti-parti
itu. Pada satu malam Ahad, akhir bulan Disember 1945, Penasihat-penasihat
British (British adviser)
Negeri-negeri Pahang, Perak, Kedah, Selangor, Negeri sembilan dan Johor telah
mengadakan majlis jamuan makan malam dan tari menari, di sebuah hotel, di
Cammeron Highlands, iaitu sempena menyambut perayaan Hari Christmas.
Di antara orang-orang kenamaan
Melayu yang telah diundang ke majlis itu, ialah Raja Muda Yusuf, Onn bin
Jaafar, Panglima Bukit Gantang, Haji Ab dul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Raja
Kamaruzzaman bin Raja Mansor(Raja Kecil Tengah), Zainal Abidin bin Haji Abas,
Raja Haji Shahar bin Raja Harun dan Raja Azam bin Raja Kamaruzzaman.
Dalam majlis itu, para
Penasihat British tersebut telah mengingatkan Onn Jaafar, Panglima Bukit
Gantang, Haji Abdul Wahab dan mereka yang hadir, bahawa ’bahaya dari gunung’
akan tiba, iaitu Parti Hizbul Muslimin
pimpinan Ustaz Abu Bakar al Baqir, Gunung Semanggul, Perak, bahaya kepada orang-orang Melayu yang
mendapat pendidikan England atau London
Orientation dan masa depan mereka akan menjadi kabur.
Cerita Sultan Yusuf lagi, bahawa penasihat-penasihat British itu telah
menjelaskan, iaitu Hizbul Muslimin
adalah membawa ideologi Islam seperti yang dianut oleh parti Ikhwanul Muslimin Mesir. Kalau parti itu
berjaya memerdekakan Tanah Melayu, masalah besar akan timbul, di antaranya
mereka yang berpendidikan England atau London
Orientation akan tidak ada tempat atau peluang memerintah Tanah Melayu
kerana mereka tidak mempunyai ilmu pengetahuan Islam.
SIKAP KENEGERIAN
Penasihat-penasihat
British itu telah menasihatkan pemimpin-pemimpin Melayu itu supaya menubuhkan sebuah parti
politik nasionalis Melayu untuk membunuh Hizbul
Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Menurut Sultan Yusuf,
para menasihat British itu menentang konsep perjuangan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM), iaitu Satu negara:Negara Melayu, satu bangsa:Bangsa Melayu, satu
bahasa: Bahasa Melayu dan agama Islam menjadi agama Negara Melayu.
Dalam perjumpaan itu,
Onn Jaafar telah memaklumkan kepada penasihat-penasihat British itu, iaitu
orang Melayu sukar untuk disatukan dalam sebuah parti politik, kerana mereka
mempunyai sikap kenegerian yang kuat. Penasihat-penasihat British itu telah
memberi jaminan, bahasa pihak Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan British ada isu
yang boleh menyatukan orang-orang Melayu.
”...ape isunye..., mike
tau?’ Sultan Yusuf bertanya kepadaku.
”Ampun, Tuanku, patik
..., Tuanku...,”aku menyembah kata.
”...Malayan Unionle..., deme udah susun...,”
titah Sultan Yusuf.
Sultan Yusuf memberitahu
lagi, setelah British mengadakan Malayan Union, maka Onn Jaafar dan Haji Abdul
Wahab serta rakan-rakan mereka telah menubuhkan parti kebangsaan Melayu, iaitu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu – PEKEMBAR atau UMNO.
LEPAT UBI
Raja Perempuan
Taayah suka membuat kuih muih tradisional Melayu dan almarhumah juga suka
santap kuih muih tersebut. Kuih muih itu di antaranya, ketayap, anak dara dua
sebilik, lepat pisang, buah Melaka, badak berendam dan lepat ubi. Tetapi
kebanyakan kuih muih itu dibuat oleh tukang-tukang masak (perempuan) atau
dayang-dayang Istana.
Aku sering dijemput oleh
Raja Perempuan Taayah untuk makan kuih muih di istananya. Baginda memerintahkan
pemandu kereta istana, Chu Saad mengambilku dengan kereta istana (Morris Minor) dan membawaku ke Istana
Iskandariyah.
Pada satu hari, Raja
Perempuan Ta’ayah telah bertanya kepadaku mengenai hukum orang menyiksa anak yatim. Aku telah menerangkan kepadanya
mengenai Allah menegah melakukan tidak baik kepada anak yatim. Almarhumah telah
memberitahu kepada aku, bahawa dia telah menyiksa seorang anak yatim di istana,
di Batu Gajah, iaitu dengan menggosok kepala anak yatim itu dengan seterika
yang menggunakan arang kayu. Tidak lama kemudian kepala Allahyarhamah telah
menjadi botak.
Sultan Yusuf
menceritakan kepadaku akan hal-hal mengenai kehidupan rakyat jelata, karenah
para politikus Melayu yang berselisih faham sesama mereka. Ada di antara mereka
menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan, tetapi mereka itu
menjadi orang-orang harapan penjajah Inggeris.
PUTUS CINTA
Almarhum Sultan
Yusuf juga telah menceritakan kisah ’putus cinta’nya dengana bekas kekasih dan
isterinya Nurizan. telah bercerai dengan Nurizan kerana perempuan itu telah
jatuh cinta kepada seniman P.Ramlee. Perkahwinan Norizan dengan P.Ramlee
berakhir dengan perceraian juga.
Sepanjang tahun-tahun aku berdampingan dengan Sultan Perak, Al marhum
Sultan Idris Shah, (Aku telah menulis kisahku dengan Sultan Idris Shah lebih
lima belas seri dan disiarkan oleh
surat khabar mingguan ’Tempo’ pada tahun 1993.) aku telah melibatkan diriku dengan Baginda sebagai:
·
Juru
foto.
Pada waktu-waktu mengikut Baginda melawat ke kawasan luar bandar, aku telah diminta menggunakan
kameranya untuk mengambil berbagai-bagai objek.
·
Pemburu
binatang liar.
Mengikut Baginda memburu haiwan-haiwan
liar seperti rusa dan kijang dengan dikawal oleh anggota-anggota Pasukan
Keselamatan dalam rimba raya Banding, Hulu Perak.
·
Tukang
motorbot.
Pada waktu-wakut Baginda bertukang
motorbotnya, bila aku tiba, baginda
berbincang denganku mengenai botnya, seperti huluan dan buritan, perut, lantai
bot dan sebagainya.
·
Pelukis.
Baginda sering melukis
gambar-gambar pemandangan dan abstract.
Pada waktu-waktu aku berada di sisi Baginda sedang melukis, Baginda telah
bertitah tentang keindahan lukisan-lukisannya yang abstract itu. Kadang-kadang kami ketawa melihat gambar gadis
berbogel lukisan karya Baginda.
·
Bomoh.
Pada masa Baginda baru pulang dari
Keroh (Pengkalan Hulu), iaitu setelah bertemu dengan perempuan cantik – isteri
seorang lelaki petani Siam di Teluk Ayam, Betong, Selatan Siam-Baginda telah
menunjukkan kepadaku gambar perempuan itu
yang diambil dengan kameranya. Baginda telah meminta aku
menjampi gambar prempuan itu supaja dia jatuh hati kepada Baginda.Mahu tidak
mahu aku telah menjampi gambar perempuan itu dengan al Fatihah dan ayat-ayat Quran.
Kemudian perempuan itu telah menganut agama Islam dan berkahwin dengan
Baginda, memakai Satira.
·
Penggubah
lagu.
Pada waktu Baginda sedang
menggubah lagu untuk pancaragamnya, “Rashah Combo’, Baginda telah bertanya
kepadaku tentang kata-kata puitis untuk lagunya. Sepanjang bulan-bulan ‘cinta
dan rindu’ Baginda kepada Satira, Baginda telah minta aku
menulis sajak atau lirik lagu-lagunya yang berunsur cinta dan rindu. Di
antaranya ’Gunung Kenerong’Lagu itu
telah dimainkan oleh ‘Rishah Combo’
dan Radio Malaysia stesen Ipoh.
·
Orang
bijak Raja.
Pada masa Menteri Besar, Tan Sri
Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak kali yang kedua (1974 – 1977) dan
Datuk Seri Wan Mohamed bin Haji Wan Ten
(1977 –1982) telah berlaku krisis antara Baginda dengan Menteri Besar dan pihak
UMNO, maka aku telah diminta oleh Baginda menjadi ’orang bijak raja’ - penasihat
hal ehwal politik peribadi Baginda. *
* Dari manuskrip
buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,(belum terbit),
oleh: Mokhtar Petah.
No response to “ ”
Post a Comment