TERKENANG
IBUKU
MENANTIKU DI SHYURGA
(3)
TAHU BAHASA BURUNG PIPIT
“ Mereka makan ubat
dari daun- daun dan akar-akar kayu dari hutan, tak masuk hospital, tak ada yang
makan ubat doktor, …tak telan vitami.”
“Benar, Cikgu, ... betul, Cikgu.”
“Emak saya barut perut dengan ubi gadung,” laung seorang murid lelaki.
“Emak saya, ...gila meroyan, Cikgu,” laung seorang murid prempuan yang
duduk di sebelahku.
Wajah Cikgu Sharif
hilang dari otakku kerana dibaolan oleh suara ibuku, “… kami nak hantarmu
mengaji di sekolah agama, sekolah Arab…, madrasah
Nurul Anuar.”
“Ia,emak,”sahutku.
“...ada sekolah, ...
madrasah Al Huda, Madrasah Ihasniah, madrasah Al Masyhur, ...Al Attas,
Addiniah...,” kata ibuku.
Aku senyum menatap wajah
ibu.Wajahnya, wajah wanita tani yang takwa kepada Allah. Ibuku menjadi petani
sepenuh masa.Penternak kambing,ayam dan itik. Ibuku tahu bahasa burung-burung
pipit dalam sawah,tekukur dan ketitir di belukar. Suara dan ragam lotong kakah
di hutan rimba..
“…burung pipit, ketitir, kambing, ayam, itik selalu
sebut nama Allah, emak tahu…,”kata ibuku kepadaku pada suatu hari.
“Ayam jantan berkokok, kata, uzkurullah ya ghfilun, ingatkan Allah hai orang-orang lalai,” ibuku
berkata seperti mengajar bahasa Arab kepadaku.
Ibuku tak pernah belajar di mana-mana sekolah. Dia
buta huruf Rumi tapi tidak buta huruf Arab atau huruf Jawi. Dia boleh membaca
dari alif hingga ya. Boleh membaca fatihah,
ayat-ayat lazim, surah Yasin hingga
semua ayat-ayat Quranul karim.
Dari celah dua bibir mulut ibuku sering tercurah
kalimat- kalimat bismillah, Allahu Akbar, al
hamdulillah,astaghafirullahal Azim dan berapa kalimat pendek lagi.
Ibuku mengaji ilmu agama Islam,seperti ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf pada
tuan-tuan guru di kampungku, Lebai
Salleh atau ayah Leh dan Haji Nawawi Muhammad atau Tuan Cek Wi janggut merah.
“…tuan Cek Wi kata, anak-anak kalau belajar bahasa
orang putih,tak mengaji agama Islam dulu, tak kenal Nabi Muhammad,tak pandai
mengucap dua kalimat syahadat, …kenal
nabi Isa,… tapi nabi Isa palsu,”kata ibuku.
“Ayah Leh kata, banyak anak orang Arab,Turki,
Serani,jadi kafir kerana belajar bahasa orang putih,tak belajar agama Islam
dulu,” Ibuku.
Ibuku mengucap
istighfar di hujung
perkataannya.
“Emak tak emboh mu jadi macam anak Tuan Kadi, Haji
Mat Jais tu, anak jantan dia,kecil lagi
dah hantar belajar di negeri orang putih, tak mengaji agama Islam dulu…,” kata
ibu dan dua biji matanya yang bersinar dalam cahaya pelita minyak tanah itu
menatap wajahku.
Aku senyum kepadanya. Aku akur dengan kata-kata
ibukuj itu.
“…anak tuan kadi tu, dah tamat belajar di negeri
orang putih,…bawa balik betina orang putih,”ibuku bercerita.
“Malam-malam menari di kelab,…minum arak, di rumah
demo ada bela anjing,…anjing duk dalam rumah, duk bawa kerusi, bawah
katil…,”kata ibu dengan tujuan menanamkan ajaran yang difahaminya kepadaku.
Ibu merenung kepadaku dengan perasaan seorang ibu
yang warak.
“…bila mu dah pandai bahasa Arab,dah ada ilmu agama Islam,tak apa mengaji
bahasa Inggeris…,”kata ibu sambil bingkas bangun dari atas tikar mengkuang.
Pendapat ibu, bapa, datukku dan tuan Cek Wi tak sama dengan pendapat guru
besar sekolahku, Cikgu Yeop Nordin.Dia mahu murid-muridnya masuk sekolah
Inggeris,belajar bahasa Inggeris,pandai cakap Inggeris dan tak perlu belajar ilmu agama Islam.
“…engkauma belajar agama,belajar bahasa Arab,tak boleh cari makan,…jadi
drebar orang, jadi kuli, jadi tok siak masjid bolehla,…belajar bahasa Inggeris
boleh jadi D.O., jadi Hakim…, jadi kerani kereta api, kerani tuak, jadi
apa-apa lagi,…gaji besar.”kata cikgu Yeop Nordin.
“Anak saya, Muin tu, saya nak hantar ke sekolah Anderson di Ipoh,” Cikgu
Yeop Nordin berkata dengan wajahnya yang bongkak.
Pada masa aku
belajar dalam darjah satu, Cikgu Yeop Nordin telah mengajar dalam darjah itu.
Dia mengajar aku dan murid-murid lain, iaitu, ‘…ular mematuk,ayam jantan
berkuku,ayam betina berketuk,ketam menyepit.’
Cikgu Yeop Nordin mengajar kami
berpantun. Di sebalik erti pantun itu ada
kelucahan, iaitu:
Buai laju-laju,
sampai balik
sana,
apa dalam
baju,
kuntum bunga
sena.
Pada malam itu, ibuku dan aku bercakap dalam keadaan mesra dan manja. Dia
aku hidup pada masa depanku berilmu pengetahuan duniawi dan akhirawi. Hatinya
membungkus harapan agar aku menjadi seorang anak yang soleh. Sepanjang hayatku
senantiasa mendapat keredaan Allah dan diberkati oleh-Nya pula.
“…emak tak nak mu jadi anak Cina hisap candu,anak
orang India minum tuak,”pesan ibuku di hujung percakapan kami.
Di kaki tangga terdengar gayung bertingkah dengan
guri. Ayahku baru pulang dari surau. Dia sedang membasuh kaki dengan air dalam
guri di kaki tangga.
“Assalamu
alaikum,”suara ayahku memberi salam.
Kami menjawab
salamnya dengan penuh mesra.
* Dipindahkan dari novel,(2005
-1426)
No response to “ ”
Post a Comment