QURAN DAN HADIS


                        PEMBALASAN DAN KESABARAN

Seru / ajaklah mereka kepada jalan Allah dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar - tuka fikiran dengan mereka menurut cara yang sebaik - baiknya. Sesungguhnya Tuhan (Allah) kamu (Muhammad s.a.w.)  lebih mengetahui siapa yang tersesat jalannya - ke arah jalan Allah - , dia lebih mengetahui pula orang - orang yang menurut jalan yang benar.
Dan jika kalian memberi pembalas (terhadap mereka yang melakukan zalim ke atas kalian), hendaklah dibalaskan dengan serupa (sama) dengan perbuatan yang telah dibuat atas kalian, dan kalau kalian sabar (teguh hati), sesaungguhnya, itulah jalan yang paling baik untuk mereka yang sabar.
Dan hendaklah kamu (Muhammad s.a.w.) dabar (teguh hati), an ketuhan hati itu hanyalah dengan (pertolongan) Allah juga, dan jangan kamu (Muhammad s.a.w.)n berdukacita terhadap mereka, dan jangan kamu gelisah (perperasaan kuhuatir dan tidak yakin diri) menghadapi apa yang mereka rancangkan.
Sesungguhnya, Allah bersama orang - orang yang takwa (kepada Allah) dan mereka yang melakukan kebaikan.*
 - an Nahl: 125 - 128. 

*   Allah telah memberi nasihat dan perintah kepada Nabi
     Muhammad s.a.w. dan meliputi umat manusia yang beragama
     Islam, agar melakukan seruan kepada manusia supaya
     mengikut, menajalan amalan dan sebagainya kepada jalan
     Allah dengan menggunakan cara yang sebaik - baikinya. Iaitu
     memberi peerangan yang jelas, hingga mereka faham dan
     berminat, berlemah lembut. Tidak menggunakan katakan yang
     kasat,kesat dan yang boleh menimbulkan kemarahan mereka
     yang diseru. Elak dari mengugut, memaki hamun, menghina
     dan mengutuk mereka.
    Pada 1970 - an, saya telah mengikut berasaingan beberapa
    kumpulan orang yang menyeru orang - orang Aslai di kawasan
    Kampar, dan Hulu Perak dan Cameron Highland, Pahang.
    Sekumpulan - kumpulan itu terdiri dari orang Islam dari
    Jabatan Agama Islam dua negeri, Perak dan Pahang dan orang
    orang Kristian yang datang dari Kuala Lumpur dan beberapa
    bandar lagi,1 - Orang - orang dari kumpulan - kumpulan Jabatan
    Agama Islam dua negerusi, sebaik - baik berucap di hadapan  
    sekumpulan orang Asali, telah mengeluarkan ayat - ayat Quran
    dan meberitahu mereka, kalau tidak memeluk agama Islam,
    mereka akan dimasukkan ke dalam nerak ayang apinya
    menjulang tinggi yang boleh membakar hutan rimba.
    Mereka juga memberitahu Orang - Orang Asli, tidak booleh
    makan daging tupai, monyet dan lain haiwan, kerana hukumnya
    haram.
      “Awak semua masuklah Islam, awak akan masujk syurga ..,” di
     antara kata - kata pegawai Jabatan Agama Islam yang memberi
     ucapan.Saya melihat wajah semua Orang Asli, lelaki dan
     perempuan, berkerut, mata merenung langit seolah - mencari
     syurga dan neraka.
     Kumpulan orang Kristian pula, sebaik - baik tiba dalam
     kumpulan Orang -
     Orang Asli, mereka bertanya masalah kehidupan mereka,
     kesihatan dan perubatan. Manakala ayang perempuan melayan
     kanak - kanak dan ibu - ibu dengan tidak menampak perasaan
     jijik dan sebagainya kepada orang - orang rimba itu.
      Mereka memberi gula - gula kepada kanak - kanak dan
      pendeknya mereka
      melayan orang - orang Asli itu sebagai sabahat karib atau
      keluarga mereka sendiri.
      Demikian juga orang - orang Islam dalam parti politik, ada
      yang menyeru orang ramai agar masuk parti mereka dengan
      percakapan kasar dan sebagianya.
      Amalan yang demikian tidak sesuai dengan firman Allah  yang
      maksudnya di atas ini.
      Untuk mencapai kejayaan dalam seruan kepada jalan Allah:
      Serulah atau teranglah kepada mereka, sebagai mana anda
      seru danterangkan sesuatu kepada kekasih atau buah hati
      anda.


                              MENGHILANGKAN ILMU


Pada hari menunaikan Haji di Makkah, Rasul Allah, Muhammad,.s.a.w. telah memberitahu para sahabatnya dan orang - orang di sekelulingnya:
Sesungguhnya, Allah tidak akan mengambil (iaitu menghilangkan) ilmu pengetahuan sekali gus setelah dikurniakannya (kepada seseorang), melainkan mengambilnya ( menghilangkan) dengan wafatnya ahli ilmu pengetahuan (ulama) bersama ilomunya. Maka, tinggallah orang - orang bodoh. Mereka diminta fatwa, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan mereka sendiri, sebab itu mereka menyesatkan orang dan sesat (mereka sendiri sesat). *
- Perawi: Urawah, Abdullah bin Umar dan Imam Bukhari.
* Ulama yang dimaksudkan, ialah para mualim dalam bidang ilmu
    masing, sama ada dalam bidang ibadat dalam Islam, hal ehwal
    kehidupan manusi, kebudayaan dan segala ilmu unjtuk
    kemajuan di dunia dan kebahagiana manusia di akhirat.
    Oleh keana orang  Melayu, sejak zaman berzaman, telah
    mengabaikan ulama atau menentang ulama, maka, setelah
    ulama meninggal dunia, ilmu yang ada pada nya hilang begitu
     sahaja.
    Orang Melayu telah kehilangan ilmu Islam yang mendalam
    setelah meninggak para ulama Islam. Maka tinggal ilmu Islam
    yang mendatar, tidak dapat menahan diri dari serfangan musuh
    Islam. Menjadi manusia lemah, Tunduk kepada manusia -
    manusia musuh Islam, Membanggakkan dengan sistem
    pemerintah, kerajaan dan kehidupan yang dibawoleh orng
    Yahdui dan Kristian.
   Kerana lebih mementingkan sistem dari orang Yahudi dan
    Kristian, maka para ulama mereka menjadi pak turut, ulama
    tembolok dan menyesatkan orang ramai, iaitu orang - orang
    Islam yang tidak berpoengetahuan Islam atau yang kuarang
   memahaminya.
   Pada masa ini ada terdengar suara ulama muda dalam sebuah
    parti politik di  negara ini berkata: “Arak tidak haram dimimun,  
    selagi ia tidak memabukkan”.
   “Kita ikut orang - orang bukan Islam (kafir) pun boleh, kerana
   Nabi Muhammad telah meolantik orang - orang Yahudi menjadi
   pemimpin”.
   Ada seorang ulama masyhur sering menyebut dalam ucapannya:
   negara kita ini negara Islam,sebab pemimpin kita orang Islam,
    kita banhyak masjid, banahyak pejabat agama, ada mufti, ada
    kadi ..., semua orang Islam berkahwin ...”
   Tetapi, sebenarnya negara kita bukan Negara Islam (iaitu
    menjalankan pemerintahan berdasarjkan Quran atau Islam).
    Negara kita, hanya ‘Negara Umat Islam’ yang kerajan kita tidak
    mengikuthukum Islam sepenuhnya dan perlembaagaan negara
    kita masih menggunakan perlembagaan yang digubal
    oleh orang Ingeris,Yahudi, Melayu, Cina dan India.Dan kita
    adalah rakyat ‘negara Nasionalisme’.

No response to “ ”

Post a Comment