TERKENANG           


MAKAN SAMBAL TELUNJUK BERDIRI

IBUKU MENANTIKU DI SHYURGA
                                                  (2)       
 Semenjak aku belajar dalam darjah satu di sekolah Melayu, bilik darjah lantai berdebu,dinding kopak di sana sini, hingga darjah empat tempat guru - guru memuji raja British,aku sering mendengar kata-kata dari dua tiga orang guru yang memberi nasihat kepada murid-murid. Mereka menasihatkan murid-murid supaya tekun belajar. Seperti tekunnya penoreh getah penghadap pangkal getah tua setiap pagi Apabila  murid-murid itu telah tamat dari sekolah itu, mereka boleh makan gaji. Jadi kerani pejabat,kerani ladang getah orang putih atau jadi mandur. Pendeknya mereka digalakkan supaya makan gaji sepanjang hayat selagi mereka bergelar anak Melayu.
                 “…tengok Cikgu, Cikgu makan gaji, kawan-kawan Cikgu jadi kerani,jadi mandur…,”kata Cikgu Jama yang jongang giginya.
            Cikgu Yeop Lodin pula berkata “…makan gaji cepat kaya, hidup senang, tak macam orang – orang kampung tiap hari berkubang dalam sawah,..menyembah pangkal pokok getah.”
            “ Kamu semua mesti belajar rajin-rajin,… dapat jadi macam abang saya, macam suami
              “…suami saya  jadi mandur, abang saya jadi  oderly tuan D.O., abang saudara saya jadi kerani tuak,” cikgu Yong Zaharah yang tubuhnya kaya isi.
             “Kamu semua mesti belajar rajin-rajin, ...dapat jadi macam abang saya, macam suami saya...,  macam abang saudara saya pandai cakap orang putih,” kata Cikgu Yong Zaharah lagi.
             Pada zaman itu orang-orang Negeri Sembilan lebih suka bermenantukan lelaki yang bekerja polis dan askar Melayu daripada lelaki yang berjawatan hakim atau pegawai daerah. Orang-orang Melayu Hulu Perak lebih sukakan pemuda pekerja peon atau oderly menjadi menantu mereka dari pada pemuda penolong pegawai daerah, penghulu atau pegawai jabatan kerajaan.
            Pandangan Cikgu Jamal, Cikgu Yeop Lodin dan Cikgu Yong Zaharash berbeza dengan pandangan Cikgu Sharif yang mengajar dalam darjahku.
Dia  sering mensihati kami supaya rajin belajar hingga dapat menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah, kolej dan universiti.
            Menurut Cikgu Sharif, kalau kami telah berjaya dalam plajaran, kami boleh menajdi pegawai kerajaan, guru, wartawan, pensyarah universiti dan pemimpin pergerakan orang Melayu yang menentang penjajah orang putih.
            Lain pula dengan penolong guru besar, Cikgu Sharif. Dia mengajar dalam darjahku. Dia selalu menasihatkan kami supaya rajin belajar. Bila kami dah keluar dari sekolah itu dapat menyambut pelajaran ke sekolah yang lebih tinggi lagi. Kami boleh menjadi pemimpin masyarakat, pemimpin orang-orang dalam negeri untuk menentang penjajah orang putih.
             Cikgu Sharif mengajar kami, iaitu orang putih penjajah. Orang putih datang ke tanah Melayu kerana mencari kekayaan. Orang Cina penjajah. Orang India penjajah. Orang-orang itu datang ke tanah Melayu kerana hendak memungut rezeki Tuhan dari bumi ini untuk menyambung hidup mereka.
               Cikgu Sharifa terus bercakap. Aku dan murid-murid lain menyambung setiap percakapannya dengan suara meninggi. Melaung. Menjerit. Kami bersemangat. Semangat kami dibakar oleh seorang nasionalis Melayu. Pada zaman itu kami adalah anak-anak patriot tanah air bertuah ini.
               “Orang putih penjajah.”
               “Ia, Cikgu.”
               Orang putih jajah Tanah Melayu, tindas kita, bangsa Melayu.... orang-orang Kristian, Yahudi jadikan kita hamba abdi.”
               “Betul, Cikgu.”
               “Orang putih datang ke Tanah Melayu kerana mencari kekayaan.”
               “Sungguh, Cikgu.”
               “ Orang Cina pendatang, orang India pendatang..., orang putih yang bawa.”
               “Benar, Cikgu.”
               “Orang-orang itu datang ke Tanah Melayu kerana hendak memungut rezeki Tuhan dari bumi ini untuk menyambung hidup mereka.”
              “Betul, Ceku..., betul Cikgu...., betul Cikgu...”
             “Orang-orang itu pendatang, penjajah.”
             “Betul, Cikgu.”
            “Pendatang dengan penjajah sama.”
            “Sungguh, Cikgu..., sama, Cikgu...”
             “Negara kita jadi macam dalam pantun ni:
                                    Dari mana kendak kemana,
                                                tinggi rumput dari padai,
                                     sini Cina sana Cina,
                                                Malaya jadi pajak  judi
              “Sungguh, Cikgu..., judi, Cikgu, ...candu...,Cikgu.
                  Cikgu Sharif berkata dengan wajahnya yang serius. Suaranya memenuhi ruang bilik darjah. Dia mengeluarkan sapu tangan dari saku seluarnya lalu mengesat air liur di mulutnya.
                  “Orang kita jadi malang,bukan salah ibu mengandung,tetapi salah diri sendiri. Tok nenek kita jadi orang-orang baik budi,…dagang lalu ditanakkan…,atau kera di hutan disusui, anak dalam buaian mati kelaparan,” kata Cikgu Sharif.
                  Dia merenung legat kepada kami.
                  “... Orang Besar-Besar Melayu bertanjak, berkeris, cakap berdegar-degar..., menang sorak kampung tergadai,” Cikgu Sharif berkata. Wajahnya berbunga senyuman.
                 “Betul, Cikgu,”suara kami menjadi satu.
                Dengan bersemangat, Cikgu Sharif menyambung kata-katanya, “...pendatang-pendatang itu mencari peluang dari baik budi tok nenek kita,.”
                “Betul, Cikgu,” kami melaung.
                “... muka dan bibir mereka manis macam madu, tetapi sikap mereka ibarat telunjuk lurus kelengkeng berkait....,” jela Cikgu Sharif.
                “Betul, Cikgu, tak ikhlas..., tak jujur, Cikgu,” kami melaung lagi.
                “Kamu semua tau, ibu bapa kamu semuanya miskin, macama bapa saya, tok saya juga, ibarat ‘berselimutkan kain panjang lima, tutup kepala kaki telanjang, tutup kaki kepada terdedah...”
                “Sungguh Cikgu, ...Cikgu betul ...”
                “Bila makan nasi dengan anak beranak, terpaksa colet sambal dengan telunjuk berdiri, takut habis, ...makan ulan mentah dari ranting muda, daun, rumput rampai, paku pakis dari hutan belukar, paya, entah redang mana.”
                “Benar, Cikgu, benaaar.”
                “Emak kamu semua mengandungkan kamu dengan payah, bila emakkamu  dah bersalin terakas berdiang tepi unggun api selama empat puluh hari.”
                “Sunguh Cikgu, ... panas Cikgu.” (bersambung esok)*

*    Dipindahkan dari novel,(2005 -1426)



No response to “ ”

Post a Comment