IBUKU MENANTIKU DI SHYURGA
(5)
ORANG PUTIH TIPU ORANG MELAYU
Dengan pisau peno
reh getah bapak berlari dan membongkok atau mencangkung di pangkal setiap pokok getah. Dengan cawan-cawan dari seramik dia menadah susu getah yang mengalir ke dalam cawan mengikuti pancur kecil dari in. Kemudian susu-susu getah dalam semua cawan itu dipungut satu persatu dan dimasukkan ke dalam baldi dari in juga.
Dari lading getah sekangkang kera itu bapak membawa susu baldi berisi susu getah itu ke sebuah bangsa di hujung kampung. Di bangsal itu bapaku bersama penoreh-penoreh lelaki dan perempuan menapis,menakung,membancuh susu getah dalam takung dengan cuka atau sejenis asid supaya susu getah yang ditakung dalam takungan itu menjadi beku seperti taupu kacang.
Setelah susu getah dalam takungan itu telah beku, lalu dikeluarkan ke atas lantai dari simen dan dipijak-pijak dengan dua kaki supaya getah itu menjadi kepingan nipis. Kemudian kepingan-kepingan getah itu dimasukkan ke dalam mesin supaya menjadi lebih nipis lagi sebelum dimasukkan ke dalam mesin untuk membungakan kepingan-kepingan getah itu.
Bapaku membawa pulang kepingan-kepingan getah yang berbunga itu di sidai atau dijemur pada sebatang buluh di halaman rumahnya.
Pada sebelah petang bekerja di sawah menanam atau membelai anak-anak padi yang subur menghijau. Pada sebelah malam dia menjadi nelayan di tasik Chenderoh (Tasik Chenderoh,tasik sungai Perak kerana sebuah empangan jana elektrik ‘Chenderoh Dame’ telah dibina oleh syarikat gergasi orang – orang Inggeris dan orang-orang di Tanah Melayu,termasuk Sultan Perak,al marhum Sultan Iskandar Shah, di suatu tempat bernama Chenderoh, dalam daerah Kuala Kangsar pada tahun 1936.) Kadang-kadang ayahku menggunakan pukat, rawai dan taut. Hasil tangkapan ayahku, ialah ikan baung, belida, toman, haruan dan ikan-ikan jenis makan ikan.
Umpan yang digunakan oleh ayahku untuk rawai dan tautnya,ialah anak-anak ikan keli hidup yang dicangkuk pada belakangnya dengan mata kail dan dilepas terseksa dalam air sebelum disambar oleh ikan-ikan dalam tasik itu.
Kerana telah menjadi tradisi di kalangan kaum nelayan Melayu menggunakan umpan ikan untuk menangkap ikan,maka dari perbuatan itu telah menjadi peribahasa orang Melayu,iaitu ‘memancing ikan besar umpannya pun besar’.
Pada sebelah petang, kalau ayahku tidak bekerja di sawah,dia menjadi nelayan di tasik Chenderoh juga. Dia menggunakan pancing untuk menangkap ikan dengan menggunakan umpan ubi kayu atau isi kelapa yang dibakar. Ikan – ikan yang didapatinya ialah Kelabau,lawang, jelawat, temoleh dan sebagainya.
Kerana pengalaman yang pahit dan maungnya,ayahku pernah berkata kepadaku, iaitu pada masa aku menuntut di sekolah menengah,iaitu pada masa orang Melayu menuntut kemerdekaan di bawah gerakan parti-parti politik Hizbul Muslimin,pimpinan Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhammad “…jadi penoreh getah, jadi nelayan sampai bila pun takkan jadi kaya,tapi peniaga getah dan peniaga ikan jadi kaya raya.”
Ayahku juga bercerita, “…orang putih tipu orang Melayu. Demo beri tanah kepada orang kampung untuk tanam pokok getah,tapi tak tanam pokok getah,demo dapat kupon pada tiap-tiap bulan.”
“…siapa ada satu ekar tanah dapat kupon sama nilai dengan sepikul getah sebulan, siapa dapat lebih tanah lebihlah kupon.Tiap-tiap akhir bulan kupon tu demo tukar dengan duit di kedai getah orang China,” ayahku bercerita lagi.
“Orang Melayu jadi manja, jadi orang makan tanggung, tak payah kerja. Orang kita tak sedar orang putih tipu demo,…orang putih,orang China,India dapat tanah lading getah yang luas, estate, …orang Melayu dapat kebun getah sekangkang kera, tengoklah, masa mu dah beranak pinak, getah orang Melayu tak laku lagi, buat getah buku saja…,tapi getah orang lain laku,”tambah ayahku.
Ayahku mencintai ibuku dan ibuku mencintainya jua. Aku lahir ke dunia ini hasil dari cinta dan berahi mereka berdua.
Aku mengaku, bukan takbur atau ria,tetapi aku yakin sungguh,sejak kecil otak cerdas dan aku dikatakan bijak dibandingkan dengan kanak-kanak sebaya dengak di kampungnya. Kata ulama ilmu jiwa dan ilmu seksologi,sesungguh anak-anak yang pandai dan bijak hasil daripada cinta berahi dan peranan pasangan suami isteri melakukan peranan asyik maksyuk sebelum tubuh mereka menjadi satu.
Aku adalah bukti dari pengakuan Allah ‘(Allah) mencipta manusia dari segumpal darah’(Quran, Iqra:2) .
“…mu anak emak, mu kena taatkan Allah,ayah,…emak,”ibuku berkata kepadaku ketika aku berusia tujuh tahun. Pada usia itu aku mula belajar di sekolah Melayu dalam darjah satu.
“…lepas emak beranakkan mu,…lepas mak bidan cucikan tubuhmu, ayahmu bang Asyhadu an la Ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadar rasulullah,” kata ibuku lagi.
“Tuan Cek Wi kata,kita manusia ni diperanakkan oleh ibu dalam keadaan merdeka,”tambah ibu.
Aku akui akan kata-kata ibuku.
Aku anak bertuah. Aku tau aku tidak pernah melakukan perbuatan ingkar atau melawan ibuku. Aku tidak pernah berkata atau berengus terhadap ibu. “Jangan kamu berkata ‘uf’ kepada kedua- dua mereka.” (al isra:23) Aku tidak berdosa kerana ibuku. Aku amat taat kepadanya. Yang berkuasa yang aku taat adalah Allah. Ibu dan bapak tempat aku kasih sayang dan taat.*
(Bersambung ke bahagian ii , esok).
* Dipindahkan dari novel ‘Kasih Ibuku’ (2005).

No response to “ ”
Post a Comment