KISAH
DARI NOVEL
TIDAK SEMUA MAHASISWA AL AZHAR BEGINI
Kira-kira
sebulan kemudian, pada satu malam, Na’imah Halfa telah mengajak Fauziah ke
rumahnya.Tujuannya untuk mengetahui, adakah tubuh penuntutnya itu telah menjadi
sarang AIDS.
Sambil makan kebab daging kambing dan minum jus nanas dan air kopi Lybia,
Na’imah Halfa berkata:
“Zainal
Rashiud telah pulang ke Malaysia,” kata Na’imah Halfa.
“Ia, dia
telah pulang,”sahut Fauziah.
“...bagaimana
hubungan Fauziah dengan dia?”Tanya Na’imah Halfa.
“...baik,
dia masih kekasih ana,”jawab Fauziah.
“Baguslah,
...tapi ana minta maaf, ana hendak tanya ente,”kata Na’imah Halfa.
“Apa,
ustazah?” Fauziah bertanya.
“Sepanjang masa ente bersahabat
dengan dia, adakah ente bersama dia, iaitu melakukan hubungan seks dengan dia...?”
Na’imah Halfa bertanya.
Fauziah diam. Debar jantungnya kencang.
Serba salah.
“Fauziah, ada atau tidak?”Na’imah Halfa
mengulang pertanyaannya.
“Ada,”jawab Fauziah.
“..agak-agak berapa kali?” Tanya Na’imah
Halfa.
“Tak ingat, tapi dalam sebulan ada
kira-kira enam atau lapan kali,... setahun satu bulan,’”jawab Fauziah.
“Wau, banyak, sangat banyak,”kata Na’imah
Halfa.
“Mengapa, ustazah?” Fauziah bertanya.
“Tak apa, itu perkara biasa kepada
manusia zaman moden ini,” jawab Na’imah
Halfa.
Fauziah senyum.
Na’imah Halfa mengira
hari-hari Zainal Rashid menari dengan Wawatiya di kelab eksklusif. Dari malam
itu hingga pada malam dia dengan Fauziah, telah hampir lima minggu. Kalau
Fauziah tidak melakukan hubungan kelamin dengan Zainal Rashid selepas pada
malam itu, dia terselamat dari jangkitan
penyakit berbahaya itu.
”Baru-baru
ini ada ente buat dengan dia?”Tanya Na’imah Halfa.
“Tidak,
sudah lebih enam minggu kami tak buat...,” jawab Fauziah.
“Mengapa?”
Na’iamah Halfa bertanya.
“Tak, tau, ...dia ajak, tapi ana
menolak ..., ana telah jadi tak suka, takut..., ana rasa berdosa kepada
Allah,”jawab Fauziah.
Na’imah Halfa senyum. Mengangguk-anggukkan kepalanya. Secebis daging
kambing dimasukkan ke dalam mulutnya. Dua ulas bibirnya cantik. Basah dan
menggiurkan. Dua bola matanya merenung wajah Fauziah. Perasaan sayangnya kepada
penuntutnya itu seperti sayangnya kepada anak saudara sendiri.
“Ana
minta maaf lagi,”kata Na’imah Halfa.
Na’imah Halfa memegang tangan kanan Fauziah. Tangan lembut itu diusap-usap.
Fauziah membiarkan gurunya mengusap tangannya.
“...sekarang,
ente hamil, bukan?” Na’imah Halfa bertanya.
JANGAN BUANG ANAK
Fauziah
terkejut. Degup jantungnya kencang lagi. Pada detik-detik begitu, Fauziah
berada di antara dua persimpangan; kalau dia mengaku nanti dia akan dibuang
dari kolejnya, kalau tidak mengaku, bererti dia membohongi gurunya.
“Ia, ana hamil,”jawab Fauziah.
“...berapa lama?” Na’imah Halfa bertanya.
“ Aaam, kira-kira, ...dua bulan satu
minggu,”jawab Fauziah.
Na’imah Halfa merenung wajah Fauziah.
Senyuman mengusap wajahnya.
“...ana, ana minta maaf, tolong ana, jangan
buang ana dari kolej,”Fauziah merayu.
“Tak apa, jangan takut, ana sedia
menolong,”kata Na’imah Halfa.
“Terima kasih,ustazah,”sambut Fauziah.
“Begini, ana tolong ente, ...ente
daftarkan diri di kelab ’Club of Cildren Care’, ente akan dibayar wang
kebajikan pada tiap-tiap bulan selama ente hamil,”kata Na’imah Halfa.
“Ente juga akan dibayar wang kos
bersalin, kebajikan bersalin dan kos
bersalin,”jelas Na’imah Halfa.
“Wau,
bagusnya,”kata Fauziah.
“Ia, bagus, ...tapi anak ente,
setelah lahir akan dinamakan dengan nama orang Yahudi atau Kristian, ...dia
akan jadi anak Zionis atau Yahudi,”jelas
Na’imah Halfa.
“Ooo,
begitu,”sambut Fauziah.
“Ia, ...kelab itu bertujuan
menjadikan anak-anak yatim, anak luar nikah orang Islam, anak-anak Yahudi atau
Kristian, ”terang Na’imah Halfa.
“...kalau
macam tu, ana tidak mau,”kata Fauziah.
“O.k, Fauziah tak mahu tak
mengapa, tapi Fauziah kena berhenti dari kolej,”kata Na’imah Halfa.
Fauziah
tercengang. Dua biji matanya bagai tersembul keluar merenung gurunya.
“...ia, Fauziah kena berhenti
sebelum pihak kolej mendapat tahu ente
hamil,”kata Na’imah Halfa.
Fauziah tunduk. Dia boleh membuat pilihan – serahkan anak kepada kelab atau
terpaksa berhenti dari kolej. Air mulai membenak dalam dua telaga matanya.
“Lembaga kolej tidak mahu nama kolej
jadi buruk, mereka akan membuang ente dan ente akan diambil tindakan,”kata
Na’imah Halfa.
“Apa tidakan, ustazah?’Tanya Fauziah.
“...tindakan, ...ia menyaman ente
melalui mahkamah, kerana ente memalukan nama kolej,”jawab Na’imah Halfa.
“Macam tu, Ustazah?”Fauziah bertanya.
“Ia, ...Fauziah boleh pilih,”kata Na’imah
Halfa.
ANAK LUAR NIKAH
Fauziah
mengesat air matanya. Nekadnya; lebih baik dia berhenti dari kelejnya daripada
anaknya menjadi Yahudi atau Kristian.
”Kalau
macam itu, ustazah, ana akan berhenti dari kolej, ana akan pulang ke
Malaysia,”kata Fauziah.
“Ente
hendak bawa balik anak luar nikah ke Malaysia?”Tanya Na’imah Halfa.
“Ia, ana
akan lahirkan anak ana ini di sana,”jawab Fauziah.
“Bukankah akan memalukan negara ente
dan umat Islam di sana?”Tanya Na’imah Halfa.
“Tak apa, malu tak apa, itu lebih
baik dari anak ana jadi Yahudi atau Kristian,”tegas Fauziah.
Na’imah
Halfa senyum.
“Ente, Fauziah, seorang perempuan
yang baik, bakal ibu yang bijak,”kata Naimah Halfa.
“Terima
kasih, ”ustazah.
Pada waktu lewat malam, Na’imah Halfa menghantar Fauziah pulang ke asramanya.
Seminggu
kemudian, Fauziah berhenti dari kolejnya. Dengan pertolongan Na’imah Halfa,
Fauziah memperolehi diploma bahasa Arab, kerana dia mahir berbahasa Arab.
Diploma itu boleh dikira palsu. Kerana
Fauziah tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bahasa Arab. Dia hanya fasih
bercakap Arab, iaitu bahasa pasar.
Na’imah Halfa telah menolong Fauziah mendapatkan wang sagu hati dari kelab
nasional di Kahirah. Sagu hati itu kerana Fauziah didaftarkan sebagai seorang
perempuan yang teraniaya. Perempuan yang diiniayakan oleh lelaki yang menjadi
kekasihnya.
Atas rasa kasihan dan ihsan terhadap nasib malang penuntutnya, Na’imah
Halfa telah mengeluarkan wangnya sendiri untuk kos tambang kapal terbang
Fauziah pulang ke kampung halamannya dan perbelanjaan lain.
Tiga malam sebelum meninggalkan Kahirah, Fauziah tinggal di rumah Na’imah
Halfa. Pada malam-malam terakhir di Kahirah, penyesalan telah melilit dan
mengikat dirinya. Perbuatannya telah mengajarnya; sesiapa yang melakukan
kejahatan atau melanggah hukum Allah, dia akan menerima balasan dari Yang Maha
Kuasa itu.
“Apa aku
nak jawab kepada ayah, emak?” Fauziah
bertanya dalam bisikkannya.
“...bagaimana orang kampungku
pandang aku, apa kata deme bila deme tahu aku hamil anak haram?”Dia bertanya
lagi.
“Aku berdosa kepada Allah, ...emak, ayah,
guru aku...,” Fauziah berbisik. Sedih.
“Aku malu, ...aku seperti anjing
betina, kandung anak haram..., anak luar nikah...,” suara Fauziah terluah. Kuat
kuasanya.
Pada tiap-tiap malam di rumah Na’imah Halfa, minda Fauziah disumbat oleh
suara-suara sedih. Risau. Nama Zainal Rashid sering di bibirnya.
MENCARI KEKASIHNYA
Ada
ketikanya, dia rasa tidak mahu pulang ke tanah airnya. Biar dia tinggal di
Lembah Nik sepanjang hidupnya. Tetapi
perasaan itu hilang apabila dia teringatkan ibu dan bapanya yang telah tua.
Mereka berharap kepadanya. Mereka menantinya pulang sebagai seorang ulul
albab – cendekia wanita Islam.
Fauziah menyimpulkan keputusannya, seperti orang menyimpulkan ketang kain
pada tempayan pekasam. Hajatnya, sebaik-baik sahaja dia pulang ke Malaysia, dia
akan pergi ke Kota Bharu untuk mencari kekasihannya. Di sana dia akan berkahwin
dengan pemuda yang telah menikmati tubuhnya seperti belalang dewan menikmati
kelopak padma.
“...macam mana kalau Zainal tak nak
terima aku, tak mengaku, ...mungkir janji?” Fauziah bertanya kepada hatinya
sendiri.
“...aku
akan fikirkan,”jawab hatinya
“Bodoh, ...apa guna anak haram,
bunuh dia, bunuh...,”nafsu dalam dirinya mendesaknya.
“Betul,
kamu bunuh lebih baik,”syaitan betina telah menghasutnya.
“...mengapa mesti bunuh anak kamu,
...kamu yang salah, anak kamu tidak salah, ...kamu dan kendak kamu yang salah,
...langgar hukum Allah,”hatinya menyanggah.
“Aku tau,”jawa Fauziah.
‘Tidak
boleh orang beriman bunuh orang beriman...,’( An Nisa:92)
kata hatinya.
“Aku tau,” kata Fauziah bagaikan
akan menjerit.
‘Siapa yang membunuh seorang
manusia, bukan kerana – hukuman – pembunuhan atau kerana melakukan bencana
dalam negara (melawan pemerintahan Islam)maka, bererti orang itu telah membunuh
manusia semuanya...,’ (Al Maidah:32.)[1]kata
hatinya lagi.
“Aku tauuuu,”jerit Fauziah.
‘Sesungguhnya
rugilah orang-orang yang membunuh anaknya kerana kebodohannya...,’[2] (Al Ann’am: 140).jerekah hatinya.
“Aku tak akan bunuh anak
aku,” kata Fauziah.
Fauziah menangis. Dua tapak tangannya ditekapkan pada kulit perutnya yang
mengandung bibit anak luar nikahnya.
“Kamu macam anjing, ...anjing,
kamu anjing,...kamu ada pengetahuan Islam,tapi kamu langgar hukum, hudud
Allah,”suara dari makhluk ghaib menyumbat sepasang lubang telinga Fauziah.
“...kamu tak cukup iman kepada
Allah, tak ada akhlak, ...anjiiiiing,”suara itu menyeranah Fauziah lagi.
Dua biji mata Fauziah terbeliak mencari makhluk yang bersuara itu. Siapa
yang bersuara. Manusia. Jin. Malaikat. Fauziah telah gagal melihat makhluk
ghaib itu.
‘Orang-orang yang beriman sejati, tegar
imannya, tidak langgar hukum Allah,
‘...yang menjaga kemaluannya - dari melakukan kejahatan nafsu
syahwat’ ...,’[3]( Al Mu’minun: 5.)makhluk ghaib itu bersuara lagi.
Fauziah menangis. Meraung. Bunyi raungannya telah mengejutkan Na’imah Halfa
yang sedang nyenyak tidur di bilik sebelahnya.
Na’imah Halfa bangun. Seperti orang mengigau, dia telah berjalan masuk
mendapatkan Fauziah. Rasa simpatinya
kepada Fauziaah menjadikan dia ikut sedih. Dia telah memujuk Fauziah supaya
bersabar, menyerah diri kepada Allah.
“...ente bertaubat, Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya,
...Allah Maha Pengampun,”pujuk Na’imah Halfa.
“Ia, ana ...,astaghafirullahal Azim,”
suara Fauziah memohon ampun dalam sedu sedannya.
“Baguslah, Fauziah,”kata Na’imah
Halfa.
Fauziah senyum.
Senyumannya tawar.*
* Dari manuskrip
novel, ‘Bunga Padma di Lmbah Nil’, oleh: Mokhtar Petah.
No response to “ ”
Post a Comment