ISU


RAKYAT DAN CUKAI


Tahukah, Malaysia terhitung sebuah negara kaya di dalam wilayah Nusantara dan rakyatnya paling banyak berkorban untuk kerajaan atau negara, iaitu membayar cukai dan bayaran wajib lain berbanding dengan rakyat negara – negara dalam lingkungan ASEAN.

Kata orang yang pandai melawak, semua rakyat Malaysia yang bekerja, bereniaga dan mempunyia pendapatan kukuh, hanya berdengkur pada wakut lena tidak dikenakan cukai. Lain dari itu kena bayar cukai.

Pada waktu tidur malam atau siang, memasang kipas angin atau hawa dingin, kena mebayar cukai, kerana cukai dalam harga kipas atau alat ahawa dingin.

Menggosok gigi dengan berus dan ubat gigi, mencukur janggut, misai dan bulu – bulu lain, buang air kecil atau air besar dan mandi, kena membayar cukai, kerana cukai ada dalam harga bahan – bahan yang digunakan itu tersebut.

Memakaian pakaian baru atau bersih, menggunakan cawat (bagi perempuan), bersolek dan memakai bau – bauan serta minyak rambut kena membayar cukai, kerana harga bahan – bahan dan bau – bauan itu ada cukai di dalamnya.

Makan pagi kena membayar cukai. Makan tengah hari, minum petang dan makan malam serta makan minum di restoran dan sebagainya kena membayar cukai.

Menghisap rokok atau paip kena membayar cukai.

Mengunakan kenderaan berjentera, minyak kenderaan dan sebagainya, kena membayar cukai.

Manakala bayaran wajib, ialah membayar tempat letak kenderaan, membayar denda kerana kesalahan di bawah undang - undang di jalan raya, denda kerana kesalahan melatak kenderaan di tempat yang tidak di tentu oleh pihak berkuasa bandaraya atau majlis perbandaran dan sebagainya.

Dengan wang hasil cukai dan bayaran wajib oleh orang ramai menjadikan kerajaan makmur. Ditambah pula dengan beberagai hasil gas, petrolium, pertanian dan bahan api, iaitu elektrik.

Selain dari hasil – hasil dari cukai ekspor dan import, cukai jalan ke atas berjenis – jenis kenderaan, cukai perairan dan pelaboran, lapangan terbang, cukai tanah dan bangunan – bangunan.

Jika diteliti, hasil wang yang masuk ke katung Perajaan Pusat seperti air mengalir dari sungai ke muara.

Mungkin rakyat yang sedar tertanya – tanya; mengapa negara kita masih tidak cukup wang dan tidak dapat memenuhi atau menampung hajat rakayat, terutama yang miskin?

Jika sesiapa melancong ke beberapa negara Arab, di antara negara – negara itu, ialah Arab Saudi. Negara itu hanya bergantung kepada hasil minyak, tetapi rakyatnya tidak dikenakan cukai pendapatan, tidak dikenakan cukai atas kereta baru dan tidak dikenakan cukai jalan.

Maka, untuk tidak terlalu membebabkan rakyat, kerajaan kenalah mencari sebab musabah negara kitas yang kaya ini, tetapi rakyat tersepit dengan cukai dan segala bayaran bajib.

Apaskah negara kita yang kayar raya – makmur ini – tidak mendapat keredaan Allah atau bagaimana.(mp)

No response to “ISU”

Post a Comment