SASTERA MELAYU



MAKANAN BABI


Oleh: Mokhtar Petah

”Tuhan tak ada.”

”Tuhan tu aku.”

”Aku Tuhan.

”Aku Tuhan.”

”Aku Tuhan.”

”Aku.’

”Tuhan.”

”Aku.”

”Aku.”

”Aku.”

”Aku Tuhan.”

”Aku Tuhan.”

”Aku tuhan.”

Perempuan Melayu milik ijazah Ph.D. Zainton Deli namanya. Temannya semua ketua syaitan sekutah alam. Dia berzikir. Berzikir tentang dirinya sendiri. Dia tidak mengaku wujud Allah. Allah tidak wujud. Tidak beriman kepada Allah. Allah tidak berkuasa.

Zaiton Deli pegawai tinggi kerajaan. Dia pernah kahwin dengan seorang lelaki, Umar Dhab. Lelaki lululusan ilmu syariah- usuluddin- dan sastera Arab. Umar Dhab sedang melakukan kajian tentang jatuh bangun komunisme dan teori dan falsafah Karl Marx di Rusia. Zaiton Deli sedang melancaong bersama rombongan wanita yang dinamakan ”Free Tingker Group’ dari Kuala Lumpur. Mereka bertemu di sebuah pusat peranginan di Rusia.Sejak itu cinta merekas tumbuh dan bertunas laku kembang.

Akad nikah dilakukan oleh mualim

dan imam masjid tersebut

Enam bulan kemudian mereka menikah dalam sebuah mnsjid di London. Akad nikah dilakukan oleh mualim dan imam masjid tersebut.

Imam itu telah membaca terjemahan ayat – ayat Quran dalam bahasa Ingeris pada saat – saat saat akan memulakan istiadat akad nikah ke atas Umar Dhab.

Jika kalian takut tidak akan dapat melakukan adil terhadap (hak – hak) perempuan - perempuan yatim (jika kalian mengahwinini mereka), maka kahwinilah wanita – wanita (lain) yang kamju senangani (pandang cantik dan berkenan); dua, tiga dan empat. Kamudia jika kalian takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah (beristeri) seorang (wanita) sahaja. Atau perempuan – perempuan hamba yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah kebih dekat kepada tidak melakukan aniaya.

Hai orang – orang yang beriman, tidak dihalalkan bagi kalian mewarisi wanita – wanit dengan paksaan...’

Isteri – isteri kalian adalah ladang bagi kalian ....

Semenjak malam perta Zaiton Deli mengutuk suaminya. Menyifatkan lelaki itu syaitan bertanduk lapan. Lelaki itu kejam. Tidak berperi kemanusiaan kerana menikmati tubuhnya untuk memuaskan nafsu berahinya.

”Saya suami anda, saya minta sedikit dari tubuh anada, saya kepingin ...,” minta suaminya.

”Peduli apa ..., anda ada Tuhan, anda minta pada Tuhan andalah, apa minta pada aku,” kata Zaiton Deli kepada suaminya.

”...saya minta pada anda, Allah telah halalkan tubuh anda, hingga lubang telinga dan luabgn hidung anda unjtuk saya,” sahut suaminya.

”Karut, kalau ada tuhan, Tuhan karut ..., dia jadikan anda, dia jadikanlah diri anda sendiri untuk puaskan nafsu berahi anda, ’ sergahnya.

”Maatkan saya, mulai malam ini, saya tak minta lagi dari anda,”kata suaminya.Kempunan.

”Aku Tuhan.”

”Aku tuhan.”

”Aku Tuhan.”

”AkuTuhan.”

”Aku Dr. Zaiton Deli Ph.D.”

”Aku Tuhan.”

Lelaki itu seperti rela apa sahaja

yang dilakukan oleh isteri tersayangnya.

Wirid Zaiton Deli dalam hatinya.

Suaminya dilawan. Dia menderhaka kepada suaminya. Suaminya seorang yang sabar. Lelaki itu seperti rela apa sahaja yang dilakukan oleh isteri tersayangnya. Tali pinggang, kasut, pinggan dan mangkuk dan apa sahaja benda keras dibaling dan dipukul oleh isterinya kepadanya. Dia sabar.

Sebaris parut di dahinya dan setompok parut di lengan kanannya, akibat dimakan pecahan kaca dan siutan api yang dilakukan oleh isterinya.

”Allah bersama orang – orang yang sabar ...,” madah ini seperti menjadi wiridnya pada setiap hari.

Sabar seorang lelaki ada sempadan. Ada garis penentu. Setahun kemudian Umar Dhab telah menceraikan isterinya dengan talak satu.Selian memberi nafkah mutaah, dia telah menyerahkan kepada isteri sejumnkah wang, sebuah kereta mewah dan sebuah rumah.

Umar Dhab telah berpindah ke Selatan Siam. Enam bulkan kemudian, Allah menjodohkannya dengan seorang gadis lepasan sekolah menengah agama, Fatimah Az Zahara. Anak seorang ulama pejuang kemerdekaan bumi Melayu di sana.

Zaiton Deli seperi wanita-wanita lain juga tidak dapat menghendarkan diri dari kemahuan jantina atau seksnya. Dia memerlukan lelaki. Tetapi dia membenci lelaki yang menggunakan tubuhnya. Sebagai perempuan yang tidak diredai Allah bahkan dilaknat, Zaiton Deli memuaskan kemahuan seksnya dengan menggunakan anggotanya sendiri untuk memenuhi kemahuan nafsu berahinya.

”Aku Tuhan.”

”Aku Tuhan.

”Nafsu berahiku milik aku.”

”Aku tuhan.”

Wirid diri oleh Zaiton Deli sama dengan wirid syaitan menentang Allah.Alklkah mengutuknya. Allah d tidak meredainya. Kuasa Allah mengatasi rasa hati dan pengetahuan yang adapada Zainton Deli. Dia tetapai hamaba Tuhan.

Tiba – tiba hujan ribut mengamuk.

Halilintar menyambarnya.

Jadilah, maka jadilah,” firman Tuhan.

Pada satu hari, pada petang, ketika Zainton Deli pulang dari pejabatnya, sebaik baik sahaja dia keluar dari kereta yang berhenti di halaman banglonya, tiba – tiba hujan ribut mengamuk. Halilinter menyambarnya.

Tubuhan Zaiton Deli terhumnban ke dalam kolan kecil dalam taman bunganaya. Keretanya tebakar dan sebahagian dari banglonya turut hangus.

Tiga bulan kemudian Zaiton Derli keluar dari hospital. Otaknya telah rosak. Dia gila. Semnejak itu, dia hidup merayau dengan pakaiannya yang compang camping. Tidak ada siapa yang mempedulikannya.

Pada satu malam, sebuah lori yang membawa banyak keranjang yang kosong telah mengambil Zaiton Deli. Tubuhnhya yang kotor dimasukkan ke dalam keranjang babi.Kemudian keranjang itu ditutup dengan guni. Lori itu berlari kencang menuju ke ladang babi.

Besok pagi, belulang, daging, urat sarap dan tulang – tulang Zainton Deli berbaur dengan makan babi yang panas. Kemudian diagih-agihkan kepada semua babi dalam ladang itu.Tubuh Dr. Zaiton Deli Ph.D, tuhan palsu telah menjadi makanan babi.((mp)

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment