ISU




LADANG BABI



Sejak zaman berzaman hingga kini, masalah kawasan menternak dan ladang babi menjadi masalah nasional dan umat Islam di negara ini. Jika tidak diwujudkan sesuatu langkah tegas, mungkin kerana ladang babi akan mencetuskan tindakan yang merosakkan perpaduan rakyat.

Babi menjadi makanan perlu kepada umat manusia yang bergama lain dari Islam, terutama orang – orang Cina di negara ini. Mereka perlukan haiwan - haiwan itu. Mereka menternak dan berladang babi di merata – tanah milik mereka sendiri atau tanah kerajaan yang mereka teroka secara haram, terutama di kawasan tepi sungai dan laut.

Pada masa ini dan akan datang, semenanjung Malaysia menjadi sempit dan sesak. Di mana – mana, kampung dan kawasan perumahan. Tidak ada kawasan tanah yang luas untuk ladang babi.

Jika ladang babi di adakan dalam kawasan rimba dan pergunungan, kotoran dari ladang babi itu mengalir ke sungai – sungai dan mencemarkan air untuk orang ramai. Jika diadakan di tepi laut, kotoran dari ladang itu masuk ke laut dan mencemarkan laut dan merosakkan sumber rezeki para nelayan.

Begitu juga di kawasan – kawasan tertentu, semua kawasan itu berhampiran dengan kawasan - kawasan kediaman penduduk, seperti yang wujud di Selangor. Jarak 2 km antara ladang babi dengan kawasan perumahan, bau najius babi itu masih terhidu oleh poendudukan dan menggugat mereka.

Khabarnya ladang babi seperti menghantar bau najisnya ke istana Sultan Selangor.

Pendeknya, di seluruh Malaysia tidak ada kawasan untuk ldang babi.

Saya kira Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri – negeri menggubal dan mewujudkan undang menegah menternak dan mengadakan ladang babi di seluruh Malaysia. Semua ladang babi yang masih beroprasi ditutup segera.

Babi sejenis haiwan yang diharamkan dalam Islam, Diharamkan kepada kalian (memakan) bangkai (haiwan yang tidak disembelih mengikut kehendak Islam), dan darah (yang kekluar mengalir) dan dan daging babi (seluruh tubuh babi) ...’ – Quran –Al Baqarah: 3.

Sesuai dengan ayat Quran di atas ini, kerana negara ini dikira negara orang Islam dan Raja – Raja Melayu ketua agama Islam dan bilangan Islam yang banyak, maka, saya kira menasabah undang – undang demikian diwujudkan.

Dalam usaha mewujudkan undang – undang mencegan menternak dan berladang babi, mana – mana pihak tidaklah boleh tunduk kepada kepentingan politik, kaum dan takut parti yang memerintah tidak mendapat sokongan orang – orang Cina.

Orang – orang Cina yang menternak babi, hendakklah insaf, walaupun di segi perlembagaan mereka berhak di negara ini, tetapi di segi sejarah, berlilit dan berikat dengan budaya, maruah dan agama Islam, maka mereka mestilah menjadi manusia yang tahu ’ dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

Maka, setelah undang – undang mencegah menternak dan berladang babi dikuat – kuasakan, semua rakyat Malaysia yang memerlukan daging babi, bolehlah mengimport dari luar negara. Tidak menjadi masalah berat. Umat Islam di negara ini yang memerlukan daging lembu, kambing dan biri – biri (kerana tidak mencukupi di negara ini) terpaksa mengimport dari negara – negara luar. (mp)

No response to “ISU”

Post a Comment