SASTERA MELAYU


PASAI TERIMA SURAT DARI MELAKA


Surat disambut dan diarak
kerana ia kata raja
yang dicipta kembali dengan huruf
hingga ditatahkan di kertas.


kata dimuliakan
kerana ia hablur percaya
kota ysng memagar janji
dan pernama erti.


padanya ada ilmu
tamadun mengalir di tinta
mantiq dibincang di ayat
dan memercikkan wawasan ke akal.


Tiada yang lebih agung dari ilmu,
kerana ia menyambung bangsa
memanjatkan hidup dari lumpur ke syurga
jalan terakhir kepada bijaksana.

Dari SAJAK - SAJAK MELAYU, oleh: Muhammad Haji Salleh.

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment