SASTERA MELAYU

JEBAT PAHLAWAN RAKYAT


Jebat! Jebat! Jebat!
Pahkawan rakyat


Jebat
Seribu pendekar tak sama hebat
pahlawan kebenaran tiada gentar tiada bimbang
taming sarinya memutuskan adat larangan
demi kesetiaan demi persahabatan.


Jebat Jebat
kau keseorangan, kau keseorangan sekarang
kasturi datang menjunjung titah sultan
lekir lekiu kini bukan lagi sahabatmu
kau keseorangan
kau keseorangan berjuang menentang.


Jebat
siapkan dirimju menunggu ketibaan hang tuah
pesuruh raja bertelut, tangan menjunjung sembah,
hamba sultan maha setia musuhmu paling bahaya
darahmu jadi persembahan untuk limpah kurnia.



Jebat
tiadakan gentar ia, tiadakan gentar ia
menari - menyanyinya dalam cinta kasih dan wangi
dayang istana menyimpan duka sangkar emas raja
paling setia paling setia
meski maut sedang menyapa.


Jebat
jika derhakamu derhaka keramat
kemuliaan pahkawan seribu abad
titis darahmu
melaka tak kerja sampai kini
itulah keagungan kerana JEBAT tak pernah mati.



Jebat Jebat
pinjamkan apimu pinjamkan lidahmu berani
untuk kami angakatan ini.


- Osman Awang

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment