ISU


KEMERDEKAAN SELATAN THAILAND



Lawatan singkat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke kawasan berrgolak – umatg Islam menuntut kemerdekaan - , besama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiwa dapat mententeramkan hati sebilangan orang tetapi tidak dapat memadamkan semangat semua umat Islam di sana.




NAJIB mengaminkan doa oleh imam masjid selatan Thailand selepas beliau bersama Abhisit selesai merasmikan majlis penamaan Jambatan Muhibah, semalam (Gambar ini diambil dari Berita Harian Online,10 Disember 2009).


Najib berjaya ’menyabarkan’ hati sebilangan umat Islam di sana dengan mengemukakan ’sesuatu yang berharga’ untuk mereka, iaitu kerajaan Malaysia akan membantu perkembangan sekolah – sekolah agama Islam dalam empat wilayah tersebut.

Najib juga menjanjikan 3 biasiswa bagi pelajar Institut Islamiah Attarqiah, disediakan oleh Kerajaan Malaysia melalui Patronas untuk mereka melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Patronas (UTP) pada setiap tashun.

Seluruh umat Islam di Selatan Thailand menyambut baik akan baik hati dan budi Najib itu.

Tawaran Najib akan beru bermula, tetapi negara – negara Arab, seperti Arab Saudi dan lain telah lama membantu umat Islam di sana, termasuk perjuangan mereka untuk memerdekakan negara mereka dari dijajah berterusn oleh siam.

Sesungguhnya, bagi umat Islam seluruhnya, bukan bantuan demikian yang penting, tetapi mereka berharap bagaimana Najib dapat membuka ’simpul penjajahan’ agar empat wilayan di selatan Thailand itu mencapai kemerdekaan, iaitu Siam menyerahkan balik empat wialayah itu kepada umat Islam.

Pada tahun 1997, satu rombongan baba (ulama) Patani telaj menemui saya dan meminta pendapat, sama ada mereka boleh menerima pelawaan Kerjaan Thai untuk berunding dengan wakil – wakil perjuangan Islam empat wilayah tersebut diu Bangkok.

Perkara itu saya kemukakan kepada Menteri Luar, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Malaysia dan beliau menasiahatkan mereka, supaya tidak menerima pelawaan tersebut.

”Itu bahaya, Kerajaan Siam tak payah berunding dengan depa, beri kemerbdekaan kepada rakyat di sana, kerana wilayah itu hak depa, ”katanya.

Abdullah Ahmad Badawi khuatir wakil – wakil para pejuang kemerdekaan tersebut akan menerima nasib seperti pejuang kemerdekaan dan ulama, Haji Sulong bin Abdul Kadir, di bunuh oleh polis Siam dan mayatnya di jumpa terapung a- apung dalam laut dekat Pulau Tikus, pada Sabtu 13 Ogos 1954.

Kita melihat, kunjungan Najib ke sana, tidak menimbulkan masalah umat Islam di sana menuntut kemerdekaan. Hanya untguk menyelesaikan sengketa dan usaha Kerajaan Malaysia membantu mereka dalam bidang persekolah dan pelajaran sahaja.

Seiapapun tidak boleh menipu atau mengubah sejarah. Empat Wilayah itu adalah milik umat Islam (Melayu) – ada kalangan mengatakan hak Melayu Semenanjung - , kerana umat Islam dengan umat Islam di Semenanjung adalah sama dan seketurunan warga Nusantara.

Britih telah menyerahkan empat wilayat tersebut kepada Kerajaan Thai setelah Kerajaan tersebut menyerahkan negeri di pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang dijajahnya.

Umat Islam mahu kemerdekaan. Oleh itu sebagai umat berjihad mereka menunjukkan tindakan jihada mereka Mereka menuntut bumi tersebut, pada hari Najib di Bangkok, pejuang – penmuang Islam di sana meledakkan bom hingga beberapa pegawai keselamatan Thailand terkorban.

Saya nampak, Najib dengan para pemimpin negara – negara OIC hendaklah berunding dengan pihak kerajaan Thai supaya memerdekakan empat wilayah tersebut.

Para mujahidin Islam seluruh dunia menyokong dengan sesuatu yang diperluakan dan moral terhadap umat Islam empat wilayah bergolak tersebut.

Para pejuang Islam di sana berazam, selagi empat wilayah itu tyidak dibebaskan, mereka akan terus berjuang hingga ke titisan darah yang akhir. Perjuangan mereka itu adalah jihad di jalan Allah. Akan sambung menyambung sampai bila – bila.(mp)

No response to “ISU”

Post a Comment