skip to main | skip to sidebar

EDIT - Thinker

Editor - Petah Shahrir Aidid

  • Home
  • Posts
  • Comments RSS
  • Edit

KRITIK DIRI ANDA, SEMPURNAKAH ISLAM ANDA

at 20:16 Thursday, 30 July 2009

MASYARAKAT ISLAM HARI INI

DI PERSIMPANGAN JALAN

Menguji diri kita sebagai manusia kamil, hamba Allah yang ikhlas dan takwa, dan ahli Islam sejati atau sempurna dengan menggunakan doktrin atau hikmah a + a, i + i dan a + a.

1 – a, iaitu aku:

Kenal akan diri sendiri; siapa diri kita debenarnya:

Asas panduan: Quran, Hadis dan ilmu lain

1 - Nabi Adam alaihis salam dari tanah atau tanah liat.

Isteri Nabi Adam alaihis salam dari tulang rusuk

Junjungan yang bengkok.

2 - Manusia kemudian, dari seripati tanah.

2 – a, iaitu Allah:

Kenal Allah berasaskan dari Quran, pengetahuan atau sains.

1: Quran; surah al Alaq: 1 – 4;

Allah Maha Asa atau Maha Tunggl

Yang bergantung kepada – Nya segala sesuatu,

Tidak ada anak dan tidak diperanakkan.

Tidak siapa dan dedustu yang setara dengan –Nya.

3 – i, Iman.

Berpandukan Quran, Hadis, pengethuan dan keupayaan

Berfikir.

Pertama: Maha Pemurah Naha Penyayang. Menguasai ahari pembalasan.Kepada Anda kami menyembah dan hanya kepaada Anda kamai memohon pertolongan. (iaitu) jalan mereka (Kristian) yang Anda anugerahakana niakamt dan bukan mereka (Yahudi) yang Anda murkai (dan bukan juga jalan mereka yang sesat (musyrikin daan yang menganut fahaman sesat termasuaka akapitalismea, sosialisme, aatgeisme dan komunisme). (Al Fatihah).

4 – i , Ihsan. Ihsan ada dua bahagian, iaitu:

a . Ihsan, beribadat kepada Allah dengan yakina, jujur dan

seolah – olah kita melihat Allah dan Allah di hadapan

kita..

b - Ihsan terhadap manusia. Individu, rumah tangga,

masyarakat, Negara dan antarabangsa.

Ditimpa atas mereka kehinaan di mana sahaja

mereka berada, kecuali mereka yang menjaga

hubungan dengan Allah dan hubungan dengan

manusia.(Ali Imran:22)

Sesiapa yang tidak berbelas kasih sesama manusia, maka Allah tidak berbelas kasih kepadanya.(Hadis. Iman Bukhari dan Imam Muslaim).

5- a, Amanah.

Amanah kepada diri sendiri,sauami/isteri rumah tangga, jiran

tetangga,masyarakat, Negara dan antarabangsa.

Sesungguhnya Allah telah memerintahkan

kalian agar menunaikan amanah (kepercayaan)

kepada orang yang berhak.(An Nisa:58).

Panduan dasar: Quran dan Hadis.

6 - a – Akhlak.

Iaitu budi pekerti terhadap diri sendiri, suami/

isteri, keluarga, jiran tetangga, masyarakat, Negara dana

antarabangsa.

Saya dibangkitkan bagi menyempurnakan

akhlak.(Hadis)

Sesungguhnya termasuk orang terpoiih antara

kalaian (umat Islam) adalah yang baik

akhlak.(Iman Bukhari dan Imam Muslim).

Kesimpulan, seseorang Islam – mukmin dan mukiminat, tidak sempurna anutan Islamnya selagi dia tidak ada aa, ii dan aa di atas. Cacat satu, maka cacatlah dia sebagai seorang Islam.

Di garisan inilah persimpangan jalan bagi manusia; jalan yang dia disayangp oleh Allah dan mendapat keredaan-Nya dan jalan dimurakai oleh Allah dan mendapat laknatnya.


0 comments

BERITA

at 18:58

KEWUJUDAN PUSAT HIBURAN HARAM SEJAKZAMAN KHIR KHIR TOYO MB
Saidah Hairan

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Hrkh) - PAS negeri Selangor menegaskan kewujudan pusat hiburan, judi dan spa haram yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berjumlah sebanyak 4,000 buah telah wujud sejak BN memerintah Selangor.

Penegasan tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Perhubungan PAS, Khairuddin Othman ekoran dakwaan Khir sejak Selangor ditadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat pusat hiburan haram wujud berleluasa.

Beliau turut mendesak Khir Toyo supaya mengakui secara terbuka bahawa semua lesen-lesen perjudian, spa dan pusat hiburan diluluskan ketika kerajaan BN mentadbir kerana selama setahun empat bulan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor tidak pernah meluluskan lesen baru untuk premis tersebut.

PAS negeri Selangor mendakwa Khir tidak pernah serius dalam menangani kes-kes kewujudan pusat hiburan haram ketika beliau memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Katanya, kenapa baru sekarang Khir mendedahkan tentang masalah rumah urut sedangkan ketika beliau menjadi Menteri Besar dahulu rumah urut beroperasi tanpa kawalan dan pemantauan daripadanya.

Justeru, PAS negeri Selangor berpendapat dakwaan Khir itu tidak berasas sebaliknya ia merupakan usaha terdesak beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu penyelewengan yang dilakukan.

"Penyelewengan beliau seperti isu banglo bernilai RM24juta, isu pemindahan dana Balkis RM9.9 juta dan sebagainya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau menegaskan Khir Toyo perlu menjawab terlebih dahulu semua dakwaan terhadapnya sebelum membuat pelbagai fitnah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.

"Khir Toyo boleh mengelabui mata rakyat tetapi bukan kepada kami rakyat Selangor," tegasnya.

------------------

ADUN PAS PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA
Sabri Said dan Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi hari ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika memberitahu, jenazahnya dalam urusan di bawa balik ke Pusat Khidmat Dun yang pernah menjadi tempat tinggal sewanya sewaktu memenangi Dun Permatang Pasir sejak pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 lalu.

Menurutnya, Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekaligus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Baru-baru ini Allahyarham dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71.

Harakhadaily dimaklumkan, jenazah Allahyarham bertolak dari IJN pukul 10 pagi ini dan dijangka sampai ke Permatang Pasir jam 2 petang ini.

Bagaimanapun tempat dan waktu pengkebumianya belum dipastikan cuma berkemungkinan petang ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam smsnya kepada Harakahdaily memaklumkan sedang dalam perjalanan ke IJN bagi menziarahi Allahyarham, beberapa pimpinan dijangka akan menziarahi jenazah dalam masa terdekat.

AJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar kepada PAS.

"Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat sehingga mampu mempertahankan kerusi di Permatang Pasir walau dalam keadaan genting," ujarnya./wann _

----------------------

JURU UKUR KHAS TENTUKAN LOKASI SEBENAR PELANTAR MINYAK

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Kemelut kedudukan sebenar pelantar carigali minyak dan gas dijangka diketahui umum apabila rombongan kerajaan negeri dan anggota-anggota parlimen Malaysia melawat lokasi berkenaan awal Ogos ini.

Turut disenaraikan dalam rombongan tersebut pasukan juruukur khas, Adun, media dan nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Dato' Husam Musa berkata, lawatan kerja ke kawasan pelantar minyak itu diharap dapat menentukan kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

"Ini memandangkan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed sebelum ini mendakwa pelantar terbabit terletak di kawasan tuntutan bertindih di bawah perjanjian antarabangsa membabitkan Malaysia, Thailand dan Vietnam.

"Jadi kita akan buktikan pelantar dimaksudkan masih dalam kawasan perairan Kelantan walau pun mungkin bertindih dengan Thailand," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika kempen pilihan raya kecil di Manek Urai sebelum ini tidak mahu PAS mempolitikkan isu royalti minyak dan gas kerana kedudukan pelantar di kawasan bertindih.

Husam berkata, kalau lokasi pelantar bertindih di antara Kelantan dan Thailand bermakna negeri ini berhak ke atas royalti minyak dan gas sebanyak lima peratus setahun seperti ditetapkan Petronas.

"Adalah tidak berbangkit Kelantan tidak layak menerima royalti petroleum sebagaimana negeri-negeri lain termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu.

"Jadi lawatan tersebut akan membuktikan apa yang didakwa oleh Dato' Mustapa itu tidak benar dan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti di bawah semangat federalisme," ujarnya.

Beliau juga berkata, Petronas tidak memberi penjelasan dalam tempoh 48 jam seperti diarah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya di Manek Urai baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan ucapan banyak terima kepada sokongan banyak pihak untuk membolehkan Kelantan menuntut royalti terbabit.

Antaranya, mantan Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang menjelaskan Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian dimeterai antara kerajaan pusat, Petronas dan kerajaan negeri.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 juga menyatakan perjanjian-perjanjian sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini menandatangani perjanjian dengan semua kerajaan negeri yang mempunyai sumber petroleum untuk memberi hak mendapat royalti lima peratus setahun sama ada di daratan atau lautan.

Pemimpin Umno juga mendakwa Kelantan tidak berhak terhadap minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri ini.

Sedangkan amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak biar pun pelantar berada lebih 200 kilometer dari pantai negeri terbabit.

Kelantan menuntut Petronas membayar sebanyak RM1 bilion memandangkan carigali minyak dan gas di kawasan PM301 bermula sejak 2004.

Jabatan Perangkaan Malaysia juga menjelaskan nilai pengeluaran kasar industri petroleum pada 2004 di perairan Kelantan, Terengganu dan Sabah berjumlah RM47 bilion.

(Berita - berita dini diambil dari Harakah Daily. 31 Julai 2009)

----------------

Seri Paduka hadir Mesyuarat Raja-Raja


YANG di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin mendengar sesuatu diperkatakan Najib sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 di Kompleks Dewan Undangan Negeri Baru Petra Jaya, Kuching, semalam.

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin semalam, berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 di Kompleks Dewan Undangan Negeri baru Petra Jaya, di sini.
Seri Paduka diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mesyuarat dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kelantan yang diwakili Pemangku Raja Kelantan, Johor oleh Tunku Mahkota Johor, Terengganu oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu dan Pahang oleh Tengku Besar Pahang.

Ia dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Pulau Pinang, Sabah dan Melaka turut hadir. Mengiringi Sultan dan Yang di-Pertua Negeri pada mesyuarat berkenaan ialah Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing,kecuali Kelantan dan Pahang yang diwakili Timbalan Menteri Besar masing-masing.

Ini kali ketiga Sarawak menjadi tuan rumah mesyuarat itu selepas kali pertama pada 1972 dan yang kedua pada 1992.

Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah mengenai pertahanan, keselamatan, agama dan pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, Seri Paduka dan Tuanku Nur Zahirah, selamat berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada kira-kira jam 3.20 petang semalam, selepas berada di sini selama lima hari.
Terdahulu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, turut berlepas pulang kira-kira pada jam 2 petang dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 31 Julai 2009)


----------------------


KHAIRY MAHU BERSEMUKA DENGAN KETUA PEMUDA PAS

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin nak adakan pertemuan empat mata terlebih dahulu dengan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hasan bagi mengadakan perbincangan awal ‘ tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak ‘ mengenai wacana ilmiah yang telah dipersetujui antara kedua-dua pergerakan Pemuda itu.

Katanya pertemuan dengan Nasruddin tanpa melibatkan pihak lain adalah paling penting baginya kerana beliau ingin tahu apa yang Nasruddin mahu dan apa ada dalam isihatinya.

“Saya tidak mahu lagi main tarik tali, saya mahu jumpa Nasruddin selaku Ketua Pemuda PAS tidak kira di mana kerana beliau yang utuskan surat pada saya dulu, ini bukan muzakarah lagi baru nak jumpa,” katanya Khamis malam ketika ditanya persiapan Pemuda UMNO untuk mengadakan wacana ilmiah itu,

Khairy bercakap pada sidang media di Ibupejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebelum merasmikan pasukan ragbi ‘Samurai’ Pemuda UMNO.
Katanya pada bulan lalu beliau telah menghantar surat rasmi kepada Nasrudin untuk bertemu antara ketua dan ketua, tetapi sebaliknya ia telah dibalas oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS.

"Surat itu mahukan saya berurusan dengan jawatankuasa teknikal wacana yang bercanggah dengan persetujuan asal iaitu ia perlu dibincangkan terlebih dahulu antara kedua-dua pihak sebelum cadangan wacana diteruskan," katanya.

Sebagai rekod, Nasruddin Hasan pada 1 Julai lalu telah menyerah surat jemputan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui Naib Ketua Datuk Razali Ibrahim di lobi Parlimen bagi mengadakan satu wacana ilmiah sebelum bulan Ramadhan hujung Ogos ini.
Pemuda PAS cadangkan tajuk wacana itu ‘Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan dengan Islam.’

“Surat asal saya adalah untuk jumpa dia, sebab ramai sangat yang cakap…dia jadi macam-macam, dipihak PAS, ketua pemuda cakap lain dan setiausaha cakap lain. Kenyataan yang dikeluarkan dengan surat yang dia keluarkan bercanggah sebab itu saya mahu jumpa dia sendiri,” jelasnya.

Ditanya samada pertemuan itu akan terganggu selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan mencerca UMNO, Khairy berkata, “saya percaya ada sebahagian ahli PAS yang tidak berapa setuju dengan kenyataan tersebut sebagai contohnya Ketua Pemuda PAS.”

Mengenai perlunya hubungan dua hala itu diteruskan, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, “terpulang pada bentuk perjumpaan yang hendak diadakan ini. Saya tidak mahu dengar melalui media atau berunding dengan jawatankuasa teknikal, dia ketua saya pun ketua, saya kena faham apa yang dia nak. Dan dia kena faham apa yang saya sanggup buat, kalau sekiranya usaha ini boleh bawa sesuatu yang baik bagi kedua-dua belah pihak, apa salahnya tapi sekiranya niat berbeza maka kita jangan teruskan.”

Ditanya perkara penting yang bakal dibincangkan sekiranya pertemuan itu berlaku, Khairy berkata, “soal masa depan negara, saya juga dapati bahawa ada sedikit ketidakselesaan dikalangan segelintir pemimpin PAS terhadap kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).”

Katanya, “perkara pokoknya PAS tidak akan main tarik tali dengan kita soal muzakarah dan kerjasama ini sekiranya mereka seratus peratus selesa dalam PR tetapi sudah banyak sangat kenyataan yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin PAS yang menyatakan bahawa mereka nak adakan perbincangan dan hubungan tidak rasmi dengan UMNO.”

“Ini tanda ada ketidakselesaan yang ketara dalam PR, jadi perbincangan ini soal masa depan negara, sekiranya PAS nak bersama dengan BN dalam apa jua bentuk hubungan maka kita nak bincang, tidak ada lebih pada itu, kita telus dalam hal ini.” terang Khairy.

Katanya dalam pertemuan itu juga nanti beliau akan menyuarakan pendirian tajuk yang dicadangkan PAS iaitu 'Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam' kurang sesuai dan akan mencadangkan tajuk yang berkaitan dengan masa depan negara.
Sebelum itu ketika menjawab soalan wartawan tentang pasukan ragbi Pemuda UMNO yang dinamakan ‘Samurai’ berperanan merapatkan hubungan Pemuda UMNO akar umbi, Khairy menganggap penubuhan pasukan itu akan memberi peluang pada golongan sasar pemuda di bandar dan universiti disamping sukan bolasepak dan sepaktakraw yang diminati golongan muda tempatan akan diperkemaskinikan.

Soal ramai golongan muda diperingkat akar umbi yang lebih cenderong pada bolasepak dan takraw, Khairy menjelaskan bahawa Pemuda UMNO tidak akan abaikan kedua-dua sukan tersebut.

“Kita masih lagi meneruskan program bola dan sepaktakraw tapi kita kena ingat pemuda dalam bandar dan pelajar universiti yang minat dengan sukan ragbi,” katanya.

Pasukan ‘Samurai’ terdiri dari beberapa orang pemain ragbi kebangsaan dan wakil-wakil kelab ragbi tempatan. Diketuai kapten pasukan kebangsaan Mohd Azuan Azimi.

Pemuda UMNO akan mencari pemain sendiri untuk diasuh bagi menyertai pertandingan dipelbagai peringkat.-30/7/2009


(Brita ini diambil dari Agenda Daily, 31 Julai 2009)


---------------------

ISA: AMARAN KDN

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang.

‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk menghuru-harakan negara.

Dalam hubungan ini katanya, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sebarang perhimpunan mansuhkan ISA.

Katanya, walaupun pihak polis difahamkan terdapat pihak tertentu yang berhasrat menganjurkan perhimpunan tetapi permit belum dipohon.

Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang cuba mencabar atau menganggu-gugat kewibawaan polis.

TUMPAS


Pegawai dan anggota polis menyusun kira-kira sejuta biji dadah jenis eramin 5 bernilai RM20 juta dan wang tunai yang dirampas semasa sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.


Penyeludupan masuk kira-kira sejuta pil eramin 5 melalui pusat kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) yang ditumpaskan polis dalam serbuan di sebuah gudang di negeri itu, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya.

Persoalannya, bagaimana dadah bernilai RM20 juta itu berjaya melepasi kawalan ketat keselamatan di lapangan terbang berkenaan?

Siasatan polis tidak menolak kemungkinan wujudnya penglibatan ‘orang dalam' yang bersekongkol sehingga dadah itu melepasi kawalan keselamatan begitu sahaja.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan

11 lelaki dan dua wanita berusia lingkungan

20 hingga 50 tahun termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.




0 comments

KHUTBAH JUMAAT

at 18:09

MEMBENDUNG MUSIBAH WABAK SELSEMA BABI

(31 JULAI 2009 / 09 SYAABAN 1430)


Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa bagi memastikan kita tidak terjebak dengan perbuatan menderhaka kepada Allah dan menzalimi sesama manusia. Mudah-mudahan kehidupan kita terselamat daripada musibah dan tidak terkena kemurkaan Allah. Memandangkan musibah selsema babi atau H1N1 mula menyebabkan peningkatan kematian di negara ini, maka mimbar pada hari ini sekali lagi menekankan tentang tajuk: “Membendung Musibah Wabak Selsema Babk'

Pada 29 April 2009, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah meletakkan wabak Selsema Babi kepada kedudukan tahap kelima (5). Kemudian pada 11 Jun 2009 Pertubuhan Kesihatan Dunia telah mengisytiharkan peningkatan amaran dari tahap 5 ke tahap 6 iaitu tahap di mana virus telah merebak secara berleluasa di beberapa negara, sukar untuk dikenalpasti rangkaian pemindahan wabak dari manusia ke manusia dan menandakan penularan berterusan tidak dapat dielakkan lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menggerakkan Bilik Gerakan Pencegahan Penyakit Menular Kebangsaan semenjak 26 Jun 2009 bagi menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan di seluruh negara. Sehingga 29 Julai 2009 sebanyak 1,124 kes berkaitan Selsema Babi dapat dikesan. Dari jumlah ini didapati sebanyak 574 kes adalah berpunca daripada luar negara dan 554 kes lagi berpunca dari dalam negara sendiri. Setakat ini 4 orang dilaporkan telah meninggal dunia di negara ini.

BERISIKO TINGGI

Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Tanda-tanda utama selsema babi ialah apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit. Jika simptom ini berlaku dalam keluarga kita, maka kita hendaklah bersegera, serta merta bawa ke hospital.

Tempat-tempat awam adalah tempat yang paling terdedah dan berisiko tinggi merebak dengan cepat wabak selsema babi. Dengan demikian semua kementerian, syarikat dan pertubuhan yang terlibat dengan perkhidmatan asas awam seperti polis, imigresen, kastam, hospital dan perkhidmatan kaunter perlu memastikan anggota barisan hadapan mereka sentiasa menjaga kebersihan yang baik untuk memastikan mereka tidak terdedah kepada jangkitan penyakit wabak yang cepat merebak ini. Apabila wabak bahaya ini dapat di kesan di sesuatu tempat atau di sesuatu kawasan, maka tindakan cepat perlu diambil.

Langkah yang paling berkesan diambil ialah menutup premis atau menjauhi kawasan yang dikenal pasti kawasan wabak. Tindakan yang diambil termasuklah tindakan menutup sekolah, institusi dan menjauhi majlis-majlis rapat umum dan perjumpaan awam. Kerjasama untuk bertindak pantas amat diperlukan daripada semua pihak yang terlibat jika wabak berkenaan dapat di kesan.

ORANG AWAM

Bagi membendung wabak yang sedang merebak ini, maka Kementerian Kesihatan dan pihak hospital telah memberi peringatan kepada orang awam yang tidak sakit tidak digalakkan melawat hospital atau pusat kesihatan terutamanya membawa kanak-kanak yang berumur kurang 12 tahun, kecuali bagi tujuan rawatan. Langkah ini adalah bagi tujuan mengurangkan pendedahan atau risiko jangkitan kepada orang awam.


Bencana dan musibah tidak putus-putus menimpa manusia. Berdasarkan dalil al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW bahawa terdapat perkaitan kuat malapetaka dan musibah yang menimpa manusia berkait rapat dengan tabiat, tingkahlaku dan kelakuan buruk manusia sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 41ï°‚ ï°ƒ ï°„

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk mereka, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat.”.

Berbagai cara kemurkaan Allah menimpa manusia. Ada kemurkaan yang hanya menimpa seorang manusia, satu keluarga, satu suku dan ada juga yang menimpa satu bangsa sehingga sesuatu bangsa itu pupus di muka bumi.

GEMPA BUMI

Mimbar ingin mengingatkan bahawa semua malapetaka alam, yang sering terjadi di permukaan bumi ini, samada banjir, gempa bumi, taufan, kelaparan, kekurangan makanan, peperangan, penyakit-penyakit menular dan bala bencana yang lain adalah pembalasan kepada kejahatan dan kekufuran manusia. Bencana alam yang dahsyat dan kemunculan wabak-wabak penyakit yang luar biasa penularannya bukan berlaku secara kebetulan tetapi hakikatnya hukuman Allah supaya manusia insaf dan kembali menjadi manusia yang beriman dan soleh.

Oleh itu wahai jemaah sekalian mimbar menyeru marilah kita menjadi manusia yang beriman dan soleh. Adalah satu pembaziran hidup dan menjadi hidup paling rugi jika sebahagian besar hidup kita bergelumang dengan melakukan penderhakaan kepada Allah, melakukan kejahatan sesama manusia dan menjadi kuda tunggangan atau bersyubahat untuk menghapus pihak lain. Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, sebagai renungan marilah kita hayati Firman Allah dalam surah al-Anfal, ayat 3

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau berada di antara mereka, dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedangkan mereka beristighfar meminta ampun.”

0 comments

BERAS

at 07:24

BERNAS CAKUL

ATAS BELAKANG RAKYAT

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.



"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan.

"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu.

"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar.

"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat.

"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya.

Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan.

"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.

Pada bulan pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri

Malaysia,saya dikejutkan oleh satu cerita dari pihak Kerajaan Thailand mengenai Bernas tidak mahu membeli bersa dari kerajaan tersebut, sebaliknya membeli dari sebuah syarikat milik Cina Thasiland dan China Hong Kong kerana masalah untung bersar.

Saya tidak berapa percaya cerita itu, tetapi cerita tersebut telah tersebar ke Sabah dan Sarawak serta ditambah, kononnya para pengarah Bernas lebih mengutamakan untung besar bagi saku mereka, walau pun perbuatan mereka itu seperti mencangkul atras belakang semua rakyat negara ini.

Cerita itu mungkin boleh dipercayai oleh mereka yang mengetahui dan tidak boleh dipercayai oleh mereka yang tidak mengetahui dan asal dapat telan nasi, tidak ambil kiramengalami kerugian setiap hari,bulan dan tahun.

RESIP RASMI

Cerita tersebut, konon atau tidak konon, bahawa pada peringkat awal Bernas telah menjaddualkan akan membeli beras dari kerajaan atas dasar G to G, tetapi

pihak Bernas telah membatalkan jadual tersebut.

Pembatalan itu,dikatakan dan konon tidak kononnya, pihak lembaga pengarah Bernas mahu kerajaan Thai mengeluar dua jenis resip rasmi atas bayaran bagi harga beras yang dibeli oleh Bernas iaitu: 1 ; Resip pertama dengan harga 90 sen setiap satu kelogram. 2: Resip kedua atas beras ayang sama dengan harga RM1.60 sen.

Entah benar enta tidak, konon lagi, resip pembelian RM1,60 sekilo itu diserahkan kepada Bernas dan Kerajaan Malaysia. Maka dengan cara itu para inividu pihak Bernas mendapat wang sejuk dari tidak telus itu.

TERPAKSA MEMBELI

Kerajaan Thai tidak setuju mengeluarkan dua resip, kerana cara itu bersifat rasuah atau curang. Kerajaan Thai telah menetapkan harga beras biasa hanya kira – kira 90 sen sekilogram dan bukannya RM1.50 sekilogram.

Jika Bernas setuju dengan satu jenis resip sahaja, iaitu kira - kira 90 sen setiap satu kilogram maka beras dari kerajaan Thai diimport ke Semenanjung Malaysia dan sampai ke pelabuhan Kelang dengan harga demikian. Dan tidak dengan harga RM1,50 bagi setiap satu kilogram

Manakala beras yang dimport ke Sabah dan Sarawak, kalau mengikut harga yang dikehendaki oleh pihak Bernas, kira -kira RM1.90 sen bagi satu kilogram.

LEMBAGA PENGARAH

Dengan harga demikian, rakyat terpaksa membeli beras dengan harga yang diluar dari harga sebenar, iaitu di Seemanjung Malaysia 90 sen dan Sabah dan Sarawah sekadar RM1,30 sen.

Pihak Bernas tidak setuju dengan ketelusan kerajaan Thai itu. Ketelusan itu menyebabkan pihak lembaga pengarah tidak mendapat habuan 60 sen bagi setiap sekilogram beras. Bukan Bernas yang rugi, tetapi pihak lembaga pengarah yang rugi kerana tidak mendapat 60 sen bagi setiap satu kilogram beras bagi semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur kira – kira 90 sen.

Konon lagi, setelah syarikat berkenaan di Thailansd menerima bayaran daeri Bernas, maka syarikat itu menolak kira – kira 60 sen dari setiap satu kilogaram beras kepada pihak individu dari lembaga pengarah Bernas.

MUNGKIN KONON

Bernas tidak membeli beras secara G to G, sebaliknya membeli beras dari sebuah syarikat pengesport beras milik orang Cina Thailand dan orang Cina Hongkong.

Cerita ini mungkin konon atau tidak konoh. Saya tidak dapat mempastikannya.

Beberapa bulan kemudian, saya telah menghadiri satu mesyuarat dengan enam orang pedagang dan pengimport beras yang terdiri dari orang Cina Sabah dan Sarawak.

LEMBUT HATI

Dalam mesyuarat itu, mereka telah meminta saya menolong mereka mengemukakan kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi agar mereka diberi hak untuk membeli dan mengimport beras ke Sabah dan Sarawak.Tetapi setelah memerhatikan kedudukan Abndullah Ahmad Badawi sentiasa lembut hati dengan individu – indivitu pihak Bernas dan Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani, maka saya tidak menyampai hasrat para pedagang dan pengeksport beras Sazbah dan Sarawak tersebut.

Dalam lembaga pegarang Bernas ada orang politik. Mereka menggunakan politik untuk mencari kekayaan, walaupun mencangkul atas belakang rakyat.

Sekarang, apabila Bernas menjual sahamnya kepada sebuah syarikat milik orang Cina di Hongkong – Hong Kong Wang Tal Co.Ltd dan Profesor Di Raja Engku Aziz, saya teringat kembali cerita Bernas tidak mahu membeli beras dari Kerajaan Thai dan mengalik kepada membeli dari syarikat beras milik Cina Thailand dan Cina Hong Kong.

SYARIKAT CINA

Dalam hal ini, jika benar Berna telah melakukan ' cara tidak telus itu', saya kira

Badan berkanun milik Merajaan Malaysia ,menaniaya semua rakyat Malaysia kerana mencari laba yang banyak dan sekali gus menampakkan kerajaan kita tidak merdeka sepenuhnya.

Fikir – fikirlah; Perdagangan gula milik orang Cina, Getah terikat dengan stock file dengan Inggeris dan beras pula terikat dengan syarikat Cina di Hong Kong.

Walaupun Bernas telah memberi jaminan mlindung hak petani, tetapi dalam negara kapitalis dan pengakuan orang – orang kapitalis tidak boleh pegang, kerana urusa niaga saham dunia tidak boleh ditegah atau dtahan dengan lisah. Yang banyak terjadi golongan kapitalis sanggup membeli apa sahaja, hatta negara orang.

Apabaik, sesuai dengan kerajaan di bawab pimpinan orang telus, Dato Seri Najib Tun Razak, Suruhanjaya Pencegah Rasuan menjalankan penyiasatan secara telus ke atas Bernas dan semua ahli lembaga pengarah badan berkanun itu.(mp).









0 comments

BERITA

at 18:05 Wednesday, 29 July 2009

HUJAH PERGI JAHANAM UMNO 'WAJAR' - Nik Aziz

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.Image

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.


------------------

PERHIMPUNAN BUBAR DUN PERAK
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'.

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu.

Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, ceramah akan disampaikan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad; AJK DPPP, Adram Musa; Salman Saleh, Ustaz Nazri Din serta beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Manakala di Zon 2, Sungai Siput pula, barisan penceramahnya terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi; Exco DPPP, Suhaizan Kaiat; Tengku Ahmad Al-Hiss serta Zairul Tambun selain beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pula dijangka menyampaikan ceramah di Zon 3 yakni Lumut bersama exconya yang lain iaitu, Ustaz Kamal Shaari, Tan Sri Zawawi Hassan dan Ustaz Akmal As-Syriyun.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bersama exconya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Nur Amin, Aminudin Lawyer dan ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim selain beberapa exco pemuda PAS Perak.

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak.


(Dua berita ini diambil dari Harakah Daily, 30 Julai 2009)


**** ****

JANGAN SERTAI DEMONSTRASI BANTAH,

SOKONG ISA: Hishammuddin

KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyertai demonstrasi bagi membantah atau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata tindakan itu sejajar dengan matlamat KDN sendiri yang tidak mahu isu itu memberi kesan negatif terhadap keselamatan dan kepentingan negara.

"Jika mereka melanggar undang-undang sedia ada, tidak kira sama ada mereka pro-ISA atau anti-ISA, tindakan tegas akan tetap diambil.

"Saya tidak akan berkompromi mengenai perkara ini bagi memastikan keselamatan dan kepentingan negara sentiasa terjamin," katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat (1948-1962) di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pembelaan Negara (Magaran) yang memberi tempoh sehingga jam 5 petang ini kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membatalkan hasrat mengadakan demonstrasi untuk mendesak kerajaan memansuhkan ISA, Sabtu ini.

Sekiranya GMI gagal berbuat demikian, maka Magaran yang dianggotai 56 badan bukan kerajaan membabitkan lebih 100,000 penyokong akta berkenaan tidak teragak-agak untuk turut sama berarak ke Istana Negara, bagi menyatakan sokongan kepada pelaksanaan ISA.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan.

"Saya juga sudah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman supaya memantau secara dekat perhimpunan itu," katanya.

Hishammuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan demonstrasi itu kerana kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan untuk meneliti dan mengkaji ISA.

"Apa sebenarnya niat dan matlamat mereka untuk adakan perhimpunan itu... hanya untuk hura-hara dan menjejaskan keadaan? Saya rasa tidak sesuai dalam konteks apa yang kita umumkan selama ini (teliti dan kaji ISA)," katanya.


PERDANA MENTERI LAWAT KELANTAN SABTU INI

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melawat Kelantan, Sabtu ini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 9.20 pagi, demikian menurut kenyataan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, hari ini.

Sebaik tiba, beliau dijadual merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, di sini.

Selepas itu, Perdana Menteri akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat di tempat yang sama.

Beliau dan isteri kemudiannya akan berlepas ke Kuantan.

(Dua berita ini diambil dari Berita Harian Online - Bernama, 30 Julai 2009)

**** ****

Al-QAEDA AKUI LETUP 2 HOTEL

JAKARTA 29 Julai - Sebuah kumpulan yang menggelarkan diri sebagai al-Qaeda Organisation in Indonesia atau Tandzim al-Qaeda Indonesia mengaku bertanggungjawab meletupkan bom di Hotel-hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton di Jakarta pada 17 Julai lalu.

Pengakuan itu disiarkan di laman web www.mediaislam-bushro.blogspot.com pada Ahad lalu tetapi hanya dikesan hari ini dan dilaporkan dalam media Indonesia.

Mesej dalam bahasa Indonesia dan Arab itu ditandatangani oleh 'Abu Muawwidz Nur Din bin Muhammad Top' dan memuji dua 'saudara mujahidin' yang meletupkan diri di kedua-dua hotel mewah tersebut di kawasan Mega Kuningan, tengah Jakarta.

Kenyataan itu menggambarkan serangan tersebut sebagai 'operasi syahid untuk jihad yang dilancarkan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap tindakan Amerika serta ejen-ejennya ke atas umat Islam dan mujahidin di seluruh pelosok dunia'.

Mesej tersebut turut menyifatkan mangsa serangan sebagai 'konco-konco Amerika' dan 'pencuri dan perompak kekayaan umat Islam di negara ini'.

Mesej itu juga mahu serangan itu dijadikan pengajaran kepada umat Islam mengenai perkara kesetiaan dan permusuhan, khususnya dengan kedatangan kelab bola sepak Manchester United yang menginap di hotel tersebut.

''Para pemain itu terdiri daripada para salibis. Maka tidak pantas umat Islam memberi kesetiaan dan penghormatannya kepada musuh-musuh Allah ini,'' kata blog itu.

Jurucakap polis Indonesia, Sulistyo Ishak berkata, penyiasat masih mengkaji sama ada pengakuan tersebut sahih atau palsu.

"Kami akan mengesahkannya dengan pasukan penyiasat. Terpulang kepada mereka untuk memastikan sama ada serangan itu benar-benar dilancarkan oleh kumpulan ini," kata Sulistyo.

Penganalisis keganasan di Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG), Sidney Jones berkata, beliau tidak dapat memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak, tetapi menjelaskan blog 'sering digunakan oleh beberapa kumpulan militan'.

Dua pengebom berani mati membunuh diri dan tujuh orang lain termasuk enam rakyat asing dalam dua letupan hampir serentak di hotel-hotel yang terletak bersebelahan itu.

Polis berkata, serangan itu menunjukkan tanda-tanda angkara ketua militan rakyat Malaysia, Nordin Mat Top.

Jones menganggap sebagai suatu yang menarik bahawa kali ini Nordin, jika benar dia yang membuat pengakuan itu, hanya mendakwa dia mengetuai al-Qaeda bagi Indonesia dan bukan seluruh Nusantara.

Nordin pernah berkata, dia mengetuai kumpulan yang dikenali sebagai al-Qaeda untuk Nusantara.

Dia disyaki mendalangi serangan bom di Indonesia pada 2003, 2004 dan 2005 yang membunuh sejumlah 42 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

(Berita ini dari Utusan Online- AFP,30 Julai 2009)


DADAH RM10j: DATUK ANTARA DIREMAN

PULAU PINANG 29 Julai - Tujuh lelaki termasuk seorang bergelar Datuk direman bagi membantu siasatan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM10 juta awal pagi semalam.

Kesemua suspek ditahan kira-kira pukul 12.45 pagi bersama dadah jenis ekstasi dan eramin 5 yang disembunyikan dalam kotak di sebuah gudang di Sungai Dua di sini.

Rampasan dadah itu dipercayai yang terbesar pernah dilakukan di Pulau Pinang.

Majistret Firdaus Abdul Wahab membenarkan mereka yang berumur di antara 24 dan 52 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 Ogos ini mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kesemua mereka dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 3.30 petang dengan dikawal beberapa anggota polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan S. Batumalai ketika dihubungi mengesahkan kesemua tujuh lelaki itu telah direman tetapi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan, dalam serbuan berkenaan, polis merampas sejuta biji dadah jenis ekstasi dan eramin 5.

''Kesemua dadah itu diletakkan dalam kotak dan disembunyikan di dalam kontena di gudang berkenaan.

''Turut dirampas sejumlah wang tunai dan sebuah kereta mewah. Dipercayai salah seorang lelaki yang ditahan juga bergelar Datuk,'' katanya.

(Berrita ini dari Utusan Online, 30 Julai 2009)


--------------


BEKAS IMAM MASJID NEGARA MENINGGALO DUNIA

KUALA LUMPUR- Bekas Imam Besar Masjid Negara Datuk Ahmad Shahrir Daud meninggal dunia semalam dan selamat dikebumikan di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Aishah Alkharib Shah berkata allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam di Kubang Kerian akibat barah usus.

Ahmad Shahrir pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, telah bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jakim.

"Seluruh warga Jakim mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat," kata Aishah.

(Berita ini daimbil dari Sinar Harian Online -- BERNAMA, 30 Julai 2009)






0 comments

MOHON BANTUAN

at 13:57

DERITA KERANA KENSER

MAIMUNAH MEMOHON

IHSAN ORANG RAMAI


Maimunah binti Muhamad, 46 tahun, janda, sedang menderita sakit kenser payu dara dan kenser tulang merayu belas kasihan orang ramai untuk mmendapatkan wang bagi menampung kos perubatan dan belanja hidup serta belanja sekolah anak perempuannya berusia 10 tahun..

Dia telah bercerai dengan suaminya, Lokman, pada 18 Feberuari 2009.

Setelah bercerai, bekas suaminya meninggal dunia pada 8 Mac 2009.

Maimunah mula diserang kenser payu dara pada Februari 2004. Telah menjalani rawatan – komo trapi dan radio trapi. Dengan kehendak Allah kensernya telah sembuh sepenuhnya. Malangnya, pada Jun 2009, dia disahkan mengamail bon cancer (kencer tulang).

Untuk menjalani rawatan, dia dibantu oleh adik beradiknya yang masaing – masing berpendapatan kecil.

Anak perempuannya, Nur Sarah binti Lokman, 10 tahun, sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa, Kuala Lumpur.

Sesiapa yang dianugerahkan oleh Allah murah hati; hendak menghulurkan bantuan kepadanya, bolehlah menghubunginya di alamat: CD – 4 – 5 Gladden Court, Jalan Wawasan Ampang 1/10, Bandar Baru Ampang, 6800 Ampang, Selangor. No. akaun, MBank 1621 7962 1740.


**** ****


IBU TUNGGAL DERITA KENSER TULANG

Oleh: Aina Ahmad

Saya adalah antara salah seorang peserta yang mengambil bahagian semasa sama menolong membeli baju untuk membantu anak - anak yatim, di rumah anak yatim, Rawang, di sebuah pasar raya, di Subang Jaya pada tahun lalu bersama sepupu saya Puan Iza. Pada tahun yang sama, saya juga menyertai majlis berbuka puasa bersama anak - anak yatim, di rumah anak yatim, Kelang. Saya memaklumkan satu cerita mengenai seorang ibu tunggal, anak seorang, kawan saya sendiri, iaitu Maimunah binti Mohamad, 46 tahun. Dia merayu kepada mereka yang berhati murah dan reda bernafkah kepadanya yang yang sedang menderita kerana didera penyakit kenser tulang. Maimunah, bekas seorang kerani di pejabat swaswta. Dia telah disahkan oleh pihak hospital mengidap kanser tulang. Penyakit kansernya serius. Telah merebak ke dalam usus dan tulang kaki kirinya. Baru-baru ini dia telah dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya, agar dia menjalani pembedahan kaki kirinya dan tulang kaki kirinya digantikan dengan besi. Kos pembedahan kaki kirinya memelukan lebih RM16,000.00. Dia juga dinasihatkan melakukan kimoterapi pada tiap -tiap bulan. Oleh kerana doktor tidak dapat memastikan status beliau samada sudah menopaus atau belum. Mereka hanya akan dapat menjalankan kimoterapi tersebut selepas 6 bulan bermula dari bulan Julai ini. Untuk makluman, Untuk menjalankan kimoterapi ke atas orang yang belum menopaus dan sesudah menopaus adalah berbeza. Dalam tempoh 6 bulan menjalankan kimotrapi, beliau dikehendaki mengambil satu suntikan tiap-tiap bulan yang berharga RM1000.00.

Pada masa ini, kerana Maimunah tidak mampu menaiki tangga rumahnya sendiri, di tingkat lima, di rumah pangsa, di Bandar Baru Ampang, maka, dia menetap bersama adik perempuannya yang telah berkahwin, di taman di Cheras, Kuala Lumpur.
Maimunah memberitahu saya, bahawa suaminya telah meninggal dunia pada bulan Mac 2009 lalu. Dia telah diceraikan oleh suaminya pada 18 Februari tahun yang sama. Menurutnya, oleh kerana bekas suaminya tidak menamakan orang yang menjadi warisnya, iaigtu anak perempuannya, Nurah, 10 tahun, maka dia tidak dapat menuntut apa- apa harta dan wang kepunyaan bekas suaminya seperti EPF dan rumah dan wang dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF). Mengenai perkara ini, Maimunah yang menghadapi masa depan yang gelap, berhara pihak Jabatan amanah Raya membantunya bagi mendapat harta dan wang peninggalan suami untuk anak mereka yangmasih menuntut, di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang, Shamlin Perkasa,Kuala Lumpur.
Puan Maimunah telah berhenti dari bekerja setelah beliau disahkan mengidap kanser. Pada masa ini untuk meneruskan hidupnya, makan minumnya bersamaanaknya, hanya dibantu oleh adik -adiknya yang masing beratg tanggungan.
Jika sesiapa yang bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Maimunah, bolehlah menghubungi telafonnya: 012 – 2980382 atau menerusi akaun simpanannya:MBank 1621 7962 1740.


0 comments
« Newer Posts Older Posts »
Comments (Atom)

Twitter

Twitter

    follow me on Twitter

    Labels

    • (( (1)
    • (Berita ini dari Harakan (1)
    • (Dari (1)
    • antara (1)

    Blog Archive

    • ► 2012 (284)
      • ► August (59)
      • ► July (71)
      • ► June (82)
      • ► May (71)
      • ► April (1)
    • ► 2011 (1)
      • ► March (1)
    • ▼ 2009 (593)
      • ► December (72)
      • ► November (103)
      • ► October (82)
      • ► September (101)
      • ► August (116)
      • ▼ July (119)
        • KRITIK DIRI ANDA, SEMPURNAKAH ISLAM ANDA
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • BERAS
        • BERITA
        • MOHON BANTUAN
        • SASTERA MELAYU
        • EDIT - THINKER
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • KENSER TULANG
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • Ceramah Mokhtar Petah, di masjid Kamesah Heigh , U...
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • PERIABAHASA
        • BERITA
        • PANTUN
        • BERITA
        • BERITA
        • KHUTGBAH JUMAAT
        • SATERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • POLITIK
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA LUAR NEGARA
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • FALSAFAH QURAN
        • BERITA
        • PERIBAHASA
        • BERITA
        • KHUTBAH JUMAAT
        • KHATIB
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • MANEK URAI
        • RASUAH
        • BERITA
        • SASTERA MELAYU
        • BERITA

    Followers

     
    © 2009 EDIT - Thinker. Powered by Blogger
    Design by Subhadeep Bloggerized By LawnyDesigns