UMNO KULIM AKAN TEBUS KEKALAHAN
Kuliam - Ketua UMNO bahagian dan Penyelaras Parlimen Kulim - Bandar Baharu, Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir berazam akan memulihkan UMNO bahagian tersebut bagi menebus kekalahan calon barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum lalu.
"Sejak saya jadi ketua bahagian itu pada tahun lalu, dalam bahagian itu ada 82 cawangan, dalama masa yang terdekat, saya akan menamabahkan hinggala 100 cawangan dan menambah lebih banyak ahli,"katanya.
"Saya juga akan berusaha menambahkan Jumlah Jawatan Kuasa Kemajauan Kampuang (JKK) yang kini 114 buah kepada 132 buah," katanya lagi.
"Azam saya,selain menebus kekalahan calon BN pada pada pilihanraya lalu, projek - projek pembanunan yang akan dapat mengubah kehidupan rakyat miskin akan diwujudkan dalama kawasan ini,"tambahnya.
Beliau memberi tahu, sebagai memudahkan hubungan dan penerangan kepada orang ramai dalam kawasan tersebut, UMNMO bahagian itu akan menerbitkan sebuah buletin, bernama 'Buletin Kulim'.
________________________
PAKAR PATALOGI DILANTIK, SIASAT KEMATIAN TEO - MB SELANGOR
Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Teoh Beng Hock yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock.
"Kematian Teoh merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.
"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Khalid telah mengadakan satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.
Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.
Kerajaan Negeri juga bersedia untuk memberikan bantuan kepada keluarga mendiang Teoh untuk menguruskan pengendalian jenazah mendiang termasuk sokongan kewangan bagi meringankan kesedihan di pihak keluarga, katanya.
PAS DESAK KERAJAAN ALAKSANAKAN LEBRALISASI liberalisasi politik
Irwan Muhammad Zain
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh) - PAS mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan liberalisasi politik dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada pada tahap yang semakin kritikal.
Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menegaskan liberalisasi ekonomi yang dilaksanakan tidak mencukupi dalam usaha kerajaan mahu memulihkan ekonomi negara.
Untuk melaksanakan liberalisasi politik, kerajaan perlu memulihkan sistem kehakiman negara yang bukan hanya diragui oleh rakyat tempatan tetapi turut terkesan kepada pelabur-pelabur luar.
"Bagaimana pelabur luar mahu datang ke negara ini jika sistem kehakiman negara diragui kerana mereka bimbang jika berlaku sesuatu perkara, keadilan tidak dapat ditegakkan akibat krisis badan kehakiman negara.
"Selain dari itu, amalan rasuah yang bermaharajalela juga memberikan kesan dalam usaha untuk memulihkan ekonomi negara yang kini berada dalam keadaan kritikal.
"Liberalisasi ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak berjaya menarik perhatian pelabur luar kerana hingga kini mereka masih tidak datang biarpun peluang sudah dibuka," tegas beliau.
Liberalisasi ekonomi itu, tegas Mahfuz, bukan hanya gagal menarik perhatian pelabur luar malah turut merugikan kepentingan negara.
Selain dari memulihkan sistem kehakiman dan menghapuskan rasuah, kerajaan juga perlu memberikan kebebasan kepada media untuk melaporkan tentang ketidak berkesanan kerajaan dan mengkritik dasar yang dibuat kerajaan.
Membenarkan media bebas mengkritik dan mendedahkan kegiatan rasuah akan membantu kerajaan mentadbir negara dengan lebih berkesan dan akan menambah keyakinan kepada pelabur luar untuk datang ke negara ini, jelas beliau.
Selain dari itu, Najib juga kata Mahfuz, perlu membersihkan namanya dari segala tuduhan yang selama ini dikaitkan dengan beliau kerana selagi Presiden Umno itu tidak membersihkan namanya sendiri, pelabur luar tidak akan yakin untuk melabur di negara ini kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan kes pembunuhan.
Mahfuz turut menegaskan, sehingga hari ini sudah dua pakej rangsangan ekonomi diumumkan oleh kerajaan namun ia masih gagal untuk membantu memulihkan ekonomi negara.
Berbeza dengan Singapura, jelas beliau, yang sudah mula menunjukkan pemulihan kerana sejak 2007, negara jiran itu sudah mula merancang dan bersiap sedia untuk menghadapi krisis ekonomi global.
"Beza dengan kita kerana hingga hujung tahun 2008, kerajaan masih menafikan kita akan terkena tempias krisis ekonomi dunia," tegas Mahfuz.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan demikian sebagai respons terhadap laporan Malaysian Institute of Economic Research (MIER) yang menjangkakan ekonomi negara akan menguncup 4.2 peratus tahun ini.
Untuk mengatasi keadaan ini, MIER mencadangkan supaya kerajaan menambah sebanyak RM8 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi negara.
(Berita - berita inidari Harakah Daily,17 Julay 2009)
*** ***
LAMPIN MODEN
Kampung Gajah (Perak) - Akibat pada masa bayi ibu bapa memakaikan lampin moden (penpes) kepada bayi mereka, berpuluh remaja yang baru kahwin di sini, mengalami mati pucuk, jelas seorang tukang urus terkenal di sini.
"Saya urut, ubat deme tu ..., kes naya, kerana ibu bapa .., deme jadi mati pucuk, gelap masa depan anak - anak,"katanya.
*** ***
KENAIKAN 1.2 SEN HINGGA RM31.70 MULAI OGOS
KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, ketika mengumumkannya semalam, berkata Kabinet juga menggariskan beberapa langkah penambahbaikan industri pengangkutan awam agar seiring dengan kenaikan tambang itu.
Antaranya:
# Pemberian diskaun 50 peratus untuk orang kurang upaya dan warga tua berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti, manakala 25 peratus bagi bas ekspres.
# Kadar tambang bas ekspres di Sabah dan Sarawak diseragamkan.
# Pengusaha bas ekspres diwajib mematuhi syarat pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer atau empat jam.
# Menghapuskan kategori bas ekspres tanpa hawa dingin.
# Memperluaskan perkhidmatan bas mini di kawasan desa yang diperlukan.
# Mempertingkatkan program latihan bagi membangunkan nilai etika perkhidmatan dan kemahiran pemanduan melalui penubuhan Institut Latihan Pengangkutan Awam Malaysia.
# Mempamerkan jadual tambang dalam setiap kenderaan pengangkutan awam.
# Menyenaraihitamkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut dan yang dipecat kerana melakukan kesalahan melanggar undang-undang.
# Mewujudkan Bank Data Pemandu bagi memudahkan pengusaha membuat semakan rekod pemandu.
# Mengkaji penetapan gaji minimum untuk pemandu.
# Mengkaji pemasangan pengikat kelajuan bas pada had tertentu.
Pada sidang akhbar selepas menyampaikan surat tawaran kelulusan Fasa 3 kepada 831 pemandu teksi di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, Mohamed Nazri yakin rakyat tidak terkejut dengan kenaikan tambang itu kerana ia sudah diwar-warkan lebih dua bulan lalu.
"Mereka sudah tahu. Pada masa itu, sudah tentu pandangan diberikan dan akhirnya kita umumkan," katanya.
Beliau berkata, peningkatan kadar tambang bas ekspres dan berhenti-henti sebanyak 30 peratus juga bukan kenaikan baru, sebaliknya dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa atau surcaj yang diluluskan sebelum ini.
Mohamed Nazri berkata, penentuan kadar tambang itu mengambil kira inisiatif serta subsidi diberikan kerajaan, di samping mengimbangi kepentingan pengusaha dan pengguna agar kenaikannya tidak membebankan.
"Kadar tambang baru adalah had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar ditetapkan. Bagi tujuan kemudahan dalam operasi perkhidmatan bas, teksi dan kereta sewa, kadar tambang akan digenapkan kepada nilai RM0.10 terdekat.
Kenaikan itu membabitkan 32,921 teksi, bas sekolah (16,343), kereta sewa (19,128), bas berhenti-henti (9,061), bas ekspres (4,998), bas mini (3,168), teksi lapangan terbang (2,814) dan bas pengantara (195).
Beliau berkata, tambang bas ekspres di seluruh negara bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan, manakala bas sekolah berhawa dingin di Semenanjung dan Sabah dibenar mengenakan tambahan tambang 30 peratus.
Bagi teksi dan kereta sewa di Semenanjung pula, perkhidmatan antara 12 tengah malam dan 6 pagi dikenakan caj tambahan 50 peratus ke atas kadar yang ditetapkan, manakala tambahan RM2 untuk sewaan melalui telefon.
Penumpang teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Tambang Murah juga dikenakan caj tambahan RM12, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang (RM7), manakala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah Subang dimansuhkan.
Caj penumpang melebihi dua orang, bagasi yang diletakkan dalam but kenderaan dan tiga kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga dimansuhkan.
Mohamed Nazri berkata, kaliberasi meter teksi mengikut kadar baru itu boleh dilakukan sehingga Disember depan dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memberi diskaun pemeriksaan khas dengan bayaran hanya RM10 berbanding RM50 sebelum ini.
Beliau juga meminta pengguna yang ingin membuat aduan terhadap pemandu atau pengusaha pengangkutan awam, melakukannya secara bertulis kepada beliau atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan bukan melalui telefon bagi memudahkan siasatan.
PEMBANTU EXCO SELANGOR DITEMUI MAT
Oleh Wan Jailani Razak, Magendran Rajagopal dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my
SHAH ALAM: Setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditemui mati di Plaza Masalam, di sini semalam selepas kira-kira lapan jam memberi keterangan sebagai saksi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri.
Mayat Teoh, 30, yang berkhidmat dengan Adun Seri Kembangan dan pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui jam 1.30 tengah hari di koridor tingkat lima bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor di tingkat 14.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.
Beliau berkata, seorang pegawai SPRM ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang mengenai penemuan mayat dan mengenali mangsa sebagai saksi yang memberi keterangan kelmarin.
“Beliau dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang hari ini (semalam) bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.
“Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati,” katanya pada sidang media.
Mohd Shukri berkata, SPRM tidak pasti sama ada mangsa mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan itu dan menambah mangsa memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan.
“Hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan,” katanya.
Kelmarin, SPRM menyerbu pejabat Ean Yong di tingkat 15 bangunan Sekretariat Negeri Selangor bagi mencari mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan. Dalam serbuan jam 5 petang itu SPRM merampas sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) serta menahan Teoh untuk disoal.
Ean Yong adalah antara Adun Selangor yang disiasat berhubung aduan menyalahgunakan peruntukan negeri yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Petaling.
Dalam pada itu, beliau yang ditemui, berkata Teoh sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mempertikaikan langkah yang diambil oleh SPRM bagi memastikan keselamatan mereka yang dipanggil memberi keterangan dan disoal siasat.
“Kejadian wajar disiasat secara terperinci oleh polis. Saya tidak mahu membuat sebarang andaian selagi siasatan terperinci punca kematian belum dilakukan,” katanya.
“Sebagai bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya tahu tekanan yang dihadapi ketika ditahan dan setiap gerak geri mereka perlu sentiasa diawasi. Tidak semua orang mampu menghadapi tekanan psikologi disoal siasat,” katanya.
(Berita - berita ini daiambil dari Berita Harian Online, 17 Julai 2009)
No response to “BERITA”
Post a Comment