SASTERA MELAYU

PANTUN

( 9 )


Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya;
Apa guna berbini cantik,
Kalau tidak dengan budinya.


Cik Nona gadis Melayu,
Temapat lahir Kuala Lipis;
Apa guna keris Mekayu,
Jika pemuda semangatnya nipis.


Malam Jumaat pasang pelita,
Ajak orang baca Quran;
Adakah tuan benar cinta,
Atau benci sepanjang zaman.


Anak Arab memakai jubah,
Jubah putih dari Cina; .
Benarkah anda berhati tabah,
Atau laksana arnab betina.


Berbunga sudah pokok tanjung,
Bunga selasih dalam bijana;
Bertahun sudah hamba menanggung,
Orang yang kasih entah ke mana.

(Esok)

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment