SASTERA MELAYU

PANTUN

(14)

Siapa kata peria tak pahit,
Cuba ambil but kerabu;
Siapa kata saya tak baik,
Cuba ambil buat menantu.


Ketika redup lembablah tanah,
Redup di sana di sini terang;
Jika hidup tidak beramanah,
Hidup hina dibenci orang.

Orang Cina berdagang ke Bali,
Sudah berdagang banyak menipu;
Sekarang kita lupa diri,
Allah disamakan dengan hantu.

Apa diguna arang kayu,
Kerana kayu dibawa gajah;
Betapa dungu orang Melayu,
Cina Hindu biar menjajah.

Budak Kampar jadi Raja,
Raja Perak asal Minangkabau;
Tidak tersasar hati remaja,
Tidak berotak jadi kerbau.

(Bersambung)

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment