SASTERA MELAYU

PANTUN

( 8 )

Ke teluk sudah ke Siam sudah,
Ke Makah sahaja yang belum lagi;
Peluk sudah cium sudah,
Nikah sahaja yang belum lagi.


Lokan terjelir atas perahu,
Atas para ada ragi;
Bukan saya tidak tahu,
Adinda anak dara lagsi.


Arang kayu atas peti,
Tembaga tidak jadi arang;
Orang Melayu baik hati,
Negara sendiri serahkan ke orang.


Kajang layu kajang berlipat,
Dibawa dagang dari Tampin;
Orang Melayu jadi merempat,
Kerana salah orang memimpin.


Tiba di pasar waktu petang,
Anak bunga telah layu;
Jika kita salah timbang,
Cina ganti orang Melayu.

(Bersambung)

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment