ZAHIDA HAMIDI MESTI DISIAASAT KERANA JUMPA EHUD BARAK
Ustaz Idris Ahmad
PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.
Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.
Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?
Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.
Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?
Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.
Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.
Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.
Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.
(Berita ini diambil dari Harakah Daily, 22 Julsi 2009)
--------------------
POLIS KECEWA EXCO SELANGOR TAK TAMPIL BERI KETERANGAN
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kecewa dengan tindakan Exco Selangor, Ean Yong Hian yang gagal hadir memberi keterangan semalam berhubung kematian Setiausaha Politiknya, Teoh Beng Hock.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di sebuah syarikat keselamatan di Subang Jaya, dekat sini, berkata Ean sepatutnya tampil memberi keterangan semalam tetapi enggan berbuat demikian.
Khalid berkata, keterangan daripada Ean perlu bagi mempercepatkan siasatan polis mengenai kes kematian Teoh.
-------------
GELEDAAH ABANGUNAN TENGAHA MALAM
PEKERJA mengangkat keranda McEvoy untuk dihantar pulang ke Australia, semalam.
Polis Indonesia terima panggilan ancaman bom di bangunan milik Kumpulan Bakrie
JAKARTA: Polis Indonesia menggeledah sebuah bangunan di Jakarta Tengah semalam selepas menerima panggilan ancaman serangan bom ke atas sebuah syarikat milik Kumpulan Bakrie.
Ancaman bom itu dibuat terhadap pejabat PT Bakrie Sumatra Plantation Tbk, syarikat peladangan milik Kumpulan Bakrie, di Wisma Bakrie 2 yang terletak di daerah perniagaan Kuningan berhampiran kedutaan Australia.
"Seorang pemanggil yang tidak dikenali berkata bom diletakkan di tingkat 15 bangunan terbabit," kata seorang pengawal keselamatan yang dipetik laman web berita, Detik.com.
(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 22 Julai 2009)
-------------
JANGAN CETUS KETEGANGAN - KPN
SEPANG 21 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mencetuskan ketegangan dengan memutarbelitkan fakta kes Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui mati di Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu.
Tegas beliau, pihak polis perlu diberi peluang menyelesaikan siasatan kes yang kini siap 60 peratus.
‘‘Kita sedang jalankan siasatan, tetapi kalau cuba putar belitkan fakta oleh kerana nak ganggu tanpa siasatan muktamad, kita akan ambil tindakan sepatutnya.
‘‘Kita nak tahu bagaimana kes itu terjadi, kita kena tengok cara macam mana, adakah dia terjun sendiri atau ada kaitan dengan orang lain. Saya ikut akta yang kita siasat dan selepas itu kita akan buat cadangan kepada Peguam Negara,’’ katanya.
Beliau ditemui pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebelum menyambut kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba dari lawatan kerja empat hari di Arab Saudi.
Kes Beng Hock, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah mendapat perhatian umum berikutan kematiannya yang menimbulkan tanda tanya.
Beliau ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam, selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
(Berita ini diambil dari Utusan onlone, 22 Jualai 2009)
***
YUDOYUNO: BOMB TERROR DAMAGES NATIONAL TOLERANCE,PELURALISME
Wednesday, July 22, 2009
Yudhoyono: bomb terror damages national tolerance, pluralism
(ANTARA/Widodo S. Jusuf/*)
Jakarta, (ANTARA News) - Indonesian president Susilo Bambang Yudhoyono said here on Tuesday the bombings in Kuningan area in South Jakarta on July 17 damaged the tolerant and pluralistic character of the nation.
In his speech at the commemoration of Prophet Mohamed`s ascent to heaven at Istiqlal Mosque the head of state again expressed his strong condemnation to the terrorists that had left nine people dead.
"Whatever their motive and purpose are, the terror act is against religious teachings and national values of civility, tolerance and humanity," he said.
The bombings at JW Marriott and Ritz-Carlton hotels had also damaged the sense of peace and security that had been developed hard by the country following various riotings and security problems in the country in the past ten years.
"We wish the police could immediately uncover the case and bring the perpetrators to justice," he said.
President Yudhoyono said Indonesia is a great and pluralistic country that has various ethnicities and religions.
The pluralistic conditions, he said, must not pose an obstacle to the nation in developing and promoting brotherhood, moderation, civility and tolerance.
"This character is what has to be developed in the future," he said.
He said bomb terrors like what happened three days ago could damage such character that the nation would develop.
The terror, he said, also left schisms in the hearts of the people who were just struggling to develop a more just and welfare life.
President Yudhoyono called on the nation to show to the world that democracy that was developing in the country was mature and peaceful.
The commemoration was also attended by vice president Jusuf Kalla.(*)
(This news from ANTARA,July 22 2009)
No response to “BERITA”
Post a Comment