UMAT ISLAM KINI
Pada masa ini sebilangan orang Islam di seluruh Kepulayan Melayu atau Nusantara khasnya dan seluruh dunia amnya, bergama Islam tidak sungguh – sungguh atau ringan memegang akidah Islam.
Oleh sebab demikian, ramai individu Islam sekarang menjadi manusia takut berjihad– berperang atau memberontak kerana Allah, mempertahan agama Allah dan membela umat Islam.
Mereka berada dalam golongan orang kaya raya, tetapi takut atau tidak mahu
bersedekah pada jalan Allah, untuk membina projek Islam, membantu anak yatim, menolong orang yang menderita dan sebagainya.
Individu – individu ini terdiri dari orang – orang Islam yang digelarkan seperti di bawah ini:
ISLAM BAKA
Mereka ini beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan segala hukum hakam, suruhan dalam Islam. Kerana mereka memeluk Islam disebabkan ini bapa mereka itu bergama Islam.
ISLAM BERMUKA – MUKA
Mereka beragama Islam, tetapi dihadapan orang Islam nampak sberamal ibadat sebagai orang Islam, tetapi di belakang orang Islam mereka melakukan maksisat atau kejahatan.
ISLAM DERHAKA
Mereka beragama Islam kerana menerima pesaka agama dari ibu bapa mereka, tetapi mereka melanggar hukum – hukum dalam Islam. Mengamalkan segala tegahan Allah, di antaranya minum arak, rasuah dan berjudi.
ISLAM PUAKA
Mereka terdiri dari orang – orang Islam yang tidak peduli hukum – hukum haram dalam Islam. Mereka makan dan minum apa sahaja. Yang mereka tolak jenis dua kaki; kukuran kelapa dan jenis empat kaki; kerusi dan meja.
ISLAM SUKA – SUKA
Mereka beragama Islam kerana suka – suka, di antaranya kerana untuk berkahwin dengan perempuan Islam.
ISLAM TALAM DUA MUKA
Mereka orang – orang Islam yang kelihatan taat kepada agama Islam, tetpai mereka juga bersyubhat dengan orang – orang agama lain, seperti menyertai khenduri meraikan agama Hindu dan agama yang berlawanan dengan Islam, iaitu bukan agama ahlul kitab.
No response to “EDIT - THINKER”
Post a Comment