SASTERA MELAYU

PANTUN

5

Dari mana datangnya lintah,
Dari lata turun ke padi,
Dari mana datangnya cinta,
Dari mata turun ke hati.


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selsih saya lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih saya turutkan.

Kalau roboh Kota Malaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan.

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.


Ribut - ribu jalan ke Kandis,
Landak membawa geliganya,
Bundaku tinggal jangan mengangis,
Anak membawa akan nasibnya.

No response to “SASTERA MELAYU”

Post a Comment