PANTUN
(12)
Gadis cantik di Ulu gombak,
Badan uzur demam denggi;
Manis cantik nampak segak,
Sayang sedikit tak mandi pagi.
Nona Nona zaman sekarang,
Barang besi dicelup emas;
Jika isteri selalu garang,
Tentulah suami hidup lemas.
Dara Pahang siswa universiti,
Tinggal bersama ibu saudara;
Jika pasangan tak pegang janji,
Alamat cinta jadi bara.
Bara api dalam dulang,
Dulang tembikar dari Cina;
Dara mati bersilang tulang,
Malang hidupnya putus cinta.
Dulang tembikar dari Cina,
Asal sepit dari Siam;
Malang gadis putus Cina,
Tinggal kulit dengan tulang.
(Bersambung)
No response to “SASTERA MELAYU”
Post a Comment