3 KEPUTUSAN KABINET
Oleh Johari Ibrahim dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my
NAJIB pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
# Tubuh Suruhanjaya Diraja kaji prosedur SPRM
# Inkues terhadap kematian Teoh
# Siasatan polis diumum
PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika Teoh Beng Hock disoal siasat, minggu lalu.
Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, yang mencetuskan kontroversi kerana mendiang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor beberapa jam selepas disoal siasat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kabinet pada mesyuaratnya semalam juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumkan.
Pada sidang media di pejabatnya di sini, Najib menegaskan tiga keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian itu.
Teoh, 30, yang juga Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.
Mendiang dipanggil ke pejabat SPRM Selangor pada jam 5 petang, Rabu lalu dan disoal siasat sehingga 3.45 pagi keesokannya sebelum mayatnya ditemui seorang pencuci di bangunan itu pada jam 1.30 petang.
Perdana Menteri berkata, Suruhanjaya Diraja yang akan diwujudkan dengan terma khusus itu, bertujuan memastikan perkara yang sama tidak berulang lagi.
Bagaimanapun, keanggotaan suruhanjaya itu termasuk pengerusinya akan diumumkan kemudian, manakala inkues bagi menentukan punca kematian Teoh dijangka bermula minggu depan.
Najib berkata, beliau memaklumkan Kabinet bahawa semua institusi kerajaan diwujudkan semata-mata untuk menjaga hak dan kepentingan rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
"Institusi kerajaan tidak boleh bertindak bertentangan dengan kepentingan rakyat, membelakangkan kepentingan rakyat serta melebihi undang-undang dan Perlembagaan negara," katanya.
Penubuhan suruhanjaya itu adalah yang keenam dalam tempoh 20 tahun lalu. Kali terakhir kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ialah pada 2007 untuk menyiasat klip video Lingam.
Mengulas lanjut mengenai siasatan Suruhanjaya Diraja itu, Najib menjelaskan ia membabitkan penelitian prosedur berhubung soal siasat terhadap Teoh dan amalan siasatan biasa SPRM, manakala punca kematian akan ditentukan menerusi prosiding inkues yang diketuai majistret.
"Kita mahu mencari kebenaran, tidak ada yang lain selain kebenaran dan dalam kes ini siasatan akan dilakukan secara telus kerana mengikut konsep 1Malaysia, setiap nyawa manusia perlu dilindungi dan hak asasi perlu dipertahankan," katanya.
Perdana Menteri berkata, langkah itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen kerajaan untuk mencari punca kejadian supaya keluarga mangsa serta orang ramai mengetahui perkara sebenar.
"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan melakukan apa saja yang perlu untuk mencari kebenaran ini," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
Menjawab soalan, Najib berkata, keputusan Kabinet itu bukan kerana tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi penting kerajaan.
Serentak itu, Perdana Menteri mahu semua pihak berhenti membuat kenyataan yang boleh menimbulkan persepsi salah, mengelirukan rakyat atau mempolitikkan kes itu.
"Untuk mencari kebenaran (mengenai) kematian Teoh, ini tidak seharusnya dicampuradukkan dengan kepentingan (peribadi) atau unsur politik (kerana) yang penting ialah untuk kita mencari kebenarannya," katanya yang akan memaklumkan sendiri hasil siasatan kes berkenaan kepada keluarga Teoh.
Perdana Menteri berkata, polis dijangka menyelesaikan siasatan kes itu beberapa hari lagi, manakala inkues pula terserah kepada pihak mahkamah.
Najib juga menafikan dakwaan kononnya pasukan penyiasat Teoh digantung tugas, sebaliknya ketua pasukan penyiasat kes itu dipindahkan ke ibu pejabat SPRM di sini.
Mengenai siasatan SPRM terhadap kes salahguna peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor, Najib berkata, isu itu berlainan dan SPRM berhak menyiasat setiap salah laku.
"Kita tidak boleh membuat keputusan (menghentikan siasatan)," katanya.
(Berita ini diambil dari Berita Harian online, 23 Julai 2009)
----------------
NIZAR SEPATUTNYA TIDAK HADIR BAKAR LILIN - DEWAN ULAMA
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.
Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.
Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.
“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?
“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.
Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.
Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.
“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.
(Berita ini diambil dsari Utusan Online, 23 Julai 2009)
-----------------
LAGI KECAMAN PERTEMUAN ZAHID DENGAN PEMIMPIMN ISRAEL,EHUD BARAK
Harakahdaily
Thu | Jul 23, 09 | 9:14:03 am MYT
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Berikut adalah kenyataan media Parti Keadilan Rakyat yang melahirkan rasa kecewa dengan pendedahan laporan bahawa Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Israel, Ehud Barak di Paris bulan lepas.
Turut dilaporkan ialah Zahid telah terlebih dahulu mengakui menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, dan bahawa beliau (Zahid) telah berkeras supaya tidak ada jurugambar yang hadir dalam pertemuan tersebut.
Walaupun langkah berjaga-jaga telah diambil bagi memastikan pertemuan tersebut kekal menjadi rahsia, jelaslah sekarang bahawa apa yang berlaku di Paris, tidak semestinya hanya kekal di Paris!
Pertemuan yang sedemikian rupa dengan regim yang telah dikecam di seluruh dunia kerana kekejamannya di Palestin dan Lebanon secara tidak langsung menunjukkan ketidakpekaan dalam isu moral dan politik, tidak kira apa jua justifikasi yang diberikan oleh Zahid.
Sesungguhnya, adalah amat menyedihkan sekiranya Zahid berasakan bahawa pertemuannya dengan Israel akan membuatkan Israel mengubah caranya, sedangkan sekutu-sekutunya yang paling setia seperti Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat pun tidak berjaya dalam desakan supaya regim Zionis mengubah caranya, contohnya desakan untuk menghentikan pembinaan pendudukan haram Yahudi di atas tanah Palestin.
Oleh itu, kita hanya dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat lebih daripada sekadar pertemuan yang biasa dalam gerak isyarat diplomatik singkat Zahid dengan Menteri Pertahanan Israel, yang merupakan orang yang sama yang bertanggungjawab dalam semua serangan udara yang dikecam hebat oleh kerajaan Malaysia selama ini.
Pertemuan ini menimbulkan persoalan tentang keupayaan Zahid dalam membuat penilaian yang baik dalam tempoh yang singkat sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Apakah urusan Malaysia untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan sebuah regim yang mana ia tidak mempunyai hubungan, atau yang tidak pernah diakui hubungannya?
Bagi menambahkan lagi keraguan, pertemuan tersebut bukannya di antara dua orang menteri luar negeri, tetapi di antara dua orang menteri pertahanan.
Protokol politik tidak akan membolehkan dua orang Menteri Pertahanan kerajaan-kerajaan yang tidak mempunyai hubungan diplomatik untuk mengadakan pertemuan. Jelaslah Zahid telah melangkaui deskripsi kerjanya.
Satu-satunya orang yang boleh menjawab persoalan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Atau mungkin juga Zahid, yang pada awal tahun ini memainkan peranan 'memperjuangkan Islam' dengan amaran kerasnya kepada pemimpin-pemimpin bukan Islam di Malaysia supaya 'tidak menguji kemarahan orang Islam', mahukah beliau memberitahu kebenaran dan membuat pengakuan tentang kepura-puraan diplomatiknya?
Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat_
(Berita ini diambil dari Harakah DAily, 23 Julai 2009)
--------------------
MAJALAH ISLAM
Kuala Lumpur,KhamiS, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor,daerah Gombak, akan menerebitkan majlah Islam, kekerapan dua buklan sekali, bertujuan menyebarkan pengetahuan Islam kepada umat Islam setempat.
Pengerusi majlis tersebut merangkap Orang Besar di Raja Gombak, Dato Paduka Raja Haji Wan Sulaiaman bin Pa' Wan Teh berkata,"Majalah itu akan menjadi penghubung majlis dengan uamat Islam diseuruh kawasan Gombak."
"Majalah itu akan dikendalikan oleh seorang penulis Melayu di luar Jabatan Agama islam Selangor, diharapkan majalah itu aakan menajadi media yang disukai ramai,"katanya.
"Majlah itu akan diedar percuma kepada orang ramai melalui masjaid - masjid dalamm daerah Gombak,"tambahnya.
No response to “BERITA”
Post a Comment