BERNAS CAKUL
ATAS BELAKANG RAKYAT
KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.
Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.
"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.
"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).
Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.
"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.
"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.
Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan.
"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu.
"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar.
"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat.
"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya.
Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan.
"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya.
Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.
"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.
Pada bulan pertama Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri
Malaysia,saya dikejutkan oleh satu cerita dari pihak Kerajaan Thailand mengenai Bernas tidak mahu membeli bersa dari kerajaan tersebut, sebaliknya membeli dari sebuah syarikat milik Cina Thasiland dan China Hong Kong kerana masalah untung bersar.
Saya tidak berapa percaya cerita itu, tetapi cerita tersebut telah tersebar ke Sabah dan Sarawak serta ditambah, kononnya para pengarah Bernas lebih mengutamakan untung besar bagi saku mereka, walau pun perbuatan mereka itu seperti mencangkul atras belakang semua rakyat negara ini.
Cerita itu mungkin boleh dipercayai oleh mereka yang mengetahui dan tidak boleh dipercayai oleh mereka yang tidak mengetahui dan asal dapat telan nasi, tidak ambil kiramengalami kerugian setiap hari,bulan dan tahun.
RESIP RASMI
Cerita tersebut, konon atau tidak konon, bahawa pada peringkat awal Bernas telah menjaddualkan akan membeli beras dari kerajaan atas dasar G to G, tetapi
pihak Bernas telah membatalkan jadual tersebut.
Pembatalan itu,dikatakan dan konon tidak kononnya, pihak lembaga pengarah Bernas mahu kerajaan Thai mengeluar dua jenis resip rasmi atas bayaran bagi harga beras yang dibeli oleh Bernas iaitu: 1 ; Resip pertama dengan harga 90 sen setiap satu kelogram. 2: Resip kedua atas beras ayang sama dengan harga RM1.60 sen.
Entah benar enta tidak, konon lagi, resip pembelian RM1,60 sekilo itu diserahkan kepada Bernas dan Kerajaan Malaysia. Maka dengan cara itu para inividu pihak Bernas mendapat wang sejuk dari tidak telus itu.
TERPAKSA MEMBELI
Kerajaan Thai tidak setuju mengeluarkan dua resip, kerana cara itu bersifat rasuah atau curang. Kerajaan Thai telah menetapkan harga beras biasa hanya kira – kira 90 sen sekilogram dan bukannya RM1.50 sekilogram.
Jika Bernas setuju dengan satu jenis resip sahaja, iaitu kira - kira 90 sen setiap satu kilogram maka beras dari kerajaan Thai diimport ke Semenanjung Malaysia dan sampai ke pelabuhan Kelang dengan harga demikian. Dan tidak dengan harga RM1,50 bagi setiap satu kilogram
Manakala beras yang dimport ke Sabah dan Sarawak, kalau mengikut harga yang dikehendaki oleh pihak Bernas, kira -kira RM1.90 sen bagi satu kilogram.
LEMBAGA PENGARAH
Dengan harga demikian, rakyat terpaksa membeli beras dengan harga yang diluar dari harga sebenar, iaitu di Seemanjung Malaysia 90 sen dan Sabah dan Sarawah sekadar RM1,30 sen.
Pihak Bernas tidak setuju dengan ketelusan kerajaan Thai itu. Ketelusan itu menyebabkan pihak lembaga pengarah tidak mendapat habuan 60 sen bagi setiap sekilogram beras. Bukan Bernas yang rugi, tetapi pihak lembaga pengarah yang rugi kerana tidak mendapat 60 sen bagi setiap satu kilogram beras bagi semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur kira – kira 90 sen.
Konon lagi, setelah syarikat berkenaan di Thailansd menerima bayaran daeri Bernas, maka syarikat itu menolak kira – kira 60 sen dari setiap satu kilogaram beras kepada pihak individu dari lembaga pengarah Bernas.
MUNGKIN KONON
Bernas tidak membeli beras secara G to G, sebaliknya membeli beras dari sebuah syarikat pengesport beras milik orang Cina Thailand dan orang Cina Hongkong.
Cerita ini mungkin konon atau tidak konoh. Saya tidak dapat mempastikannya.
Beberapa bulan kemudian, saya telah menghadiri satu mesyuarat dengan enam orang pedagang dan pengimport beras yang terdiri dari orang Cina Sabah dan Sarawak.
LEMBUT HATI
Dalam mesyuarat itu, mereka telah meminta saya menolong mereka mengemukakan kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi agar mereka diberi hak untuk membeli dan mengimport beras ke Sabah dan Sarawak.Tetapi setelah memerhatikan kedudukan Abndullah Ahmad Badawi sentiasa lembut hati dengan individu – indivitu pihak Bernas dan Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani, maka saya tidak menyampai hasrat para pedagang dan pengeksport beras Sazbah dan Sarawak tersebut.
Dalam lembaga pegarang Bernas ada orang politik. Mereka menggunakan politik untuk mencari kekayaan, walaupun mencangkul atas belakang rakyat.
Sekarang, apabila Bernas menjual sahamnya kepada sebuah syarikat milik orang Cina di Hongkong – Hong Kong Wang Tal Co.Ltd dan Profesor Di Raja Engku Aziz, saya teringat kembali cerita Bernas tidak mahu membeli beras dari Kerajaan Thai dan mengalik kepada membeli dari syarikat beras milik Cina Thailand dan Cina Hong Kong.
SYARIKAT CINA
Dalam hal ini, jika benar Berna telah melakukan ' cara tidak telus itu', saya kira
Badan berkanun milik Merajaan Malaysia ,menaniaya semua rakyat Malaysia kerana mencari laba yang banyak dan sekali gus menampakkan kerajaan kita tidak merdeka sepenuhnya.
Fikir – fikirlah; Perdagangan gula milik orang Cina, Getah terikat dengan stock file dengan Inggeris dan beras pula terikat dengan syarikat Cina di Hong Kong.
Walaupun Bernas telah memberi jaminan mlindung hak petani, tetapi dalam negara kapitalis dan pengakuan orang – orang kapitalis tidak boleh pegang, kerana urusa niaga saham dunia tidak boleh ditegah atau dtahan dengan lisah. Yang banyak terjadi golongan kapitalis sanggup membeli apa sahaja, hatta negara orang.
Apabaik, sesuai dengan kerajaan di bawab pimpinan orang telus, Dato Seri Najib Tun Razak, Suruhanjaya Pencegah Rasuan menjalankan penyiasatan secara telus ke atas Bernas dan semua ahli lembaga pengarah badan berkanun itu.(mp).
No response to “BERAS”
Post a Comment